Jumaat, 30 September 2011

TANDA DAN MAKNA UNTUK ANWAR IBRAHIM




HENTIKAN PROJEK BODOHKAN MELAYU!













SEMIOTIK: TANDA DAN MAKNA


dari segi semiotik semua imej-imej ini
membawa tanda dan makna
kita hanya perlu memerhati
dan memahami tanda dan makna ini

ramai yang melihat imej
tetapi gagal memahami tanda dan makna
yang dibawa oleh imej

dalam satu bingkai imej
ianya membawa pelbagai naratif
kita boleh membuka bingkai ini
dan memahaminya satu persatu makna dan tanda yang dibawa



imej imej dibawah boleh dilihat
dengan dua naratif
kedua duanya adalah naratif induk
mungkin ada naratif sampingan tetapi
untuk pemahaman kita pagi ini
cukup diterangkan dua naratif induk

naratif pertama ialah naratif
orang yang dicium tangan

perhatikan kesemua imej ini
kesemua yang dicium tangan
matanya ada kala memandang juah
dari objek yang sedang mencium tangan
atau mata ke bawah melihat tangan yg dicium
ada bahasa badan yang dibawa oleh imej ini

sosok yang dicium tangan kelihatan bangga
dan matanya cuba meminta orang disekeliling
melihat apa yang sedang berlaku

bangga sendirian tidak bermakna
bangga hanya lahir jika ianya ke lihat
atau diketahui ramai

perlakuan ini hanya beberapa saat
tetapi imej ini telah berjaya merakamkan apa yang tersirat
jelas kelihatan yang dicium merasa dia lebih hebat
justeru kerana itu tangannya perlu dicium

matanya merayau keluar meminta orang
disekeliling lihat betapa hebatnya aku



dari kajian dan selidikan
maka kita akan mengetahui ini adalah manifestasi budaya feudal
yang di cium tangan itu adalah raja
yang lebih tingi dan berkuasa
yang memberi makan minum rakyat jelata

dalam imej imej ini menggambarkan
yang dicium akan merasa dirinya lebih hebat
berderajat tinggi justeru tangan perlu dicium
walau pun bukan raja
tetapi mungkin
berangan-angan dalam beberapa detik
ketika dicium ini merasakan dirinya raja

naratif kedua ilah diri yang mencium
sosok ini bejiwa hamba
jiwa yang telah telah dihambakan
ini lahir dari ratusan tahun penindasan
ini juga lahir dari zaman dimana raja dan
orang kaya memiliki hamba sahaya
ini adalah saki baki jiwa hamba
dizaman dimana raja itu adalah kuasa

kalau dalam budaya united malay national organisation
naratif kedua ini bermakna meminta projek
tunduk mencium tangan untuk menyampaikan niat meminta projek
aku tunduk pada mu
aku setia pada mu
aku menyokong kamu
aku akan mengundi kamu
berilah aku projek
inilah makna imej ini


gambar teratas memiliki naratif yang sama

tetapi

apa yang berbeza ialah orang yang dicium tangan
nampaknya orang yang dicium tangan ini
masih lagi memiliki budaya feudal yang ditanamkan oleh
united malay national organisation
walupun kita ada melihat sosok ini melaungkan reformasi

ini bermakna melaungkan reformasi sahaja tidak cukup
reformasi politik dan ekonomi tanpa reformasi budaya
tidak cukup kerana budaya jiwa hamba dan bodek
akan memusnahkan kejayaan reformasi politik

sayang nya - budaya tidak dapat dilihat
yang kita lihat hanyalah manifestasi budaya
justeru gambar teratas memperlihatkan budaya bodek dan jiwa hamba ini
telah mula meresap masuk ke dalam parti keadilan rakyat


warga pkr dan pakatan rakyat wajib sedar
apabila mereka melihat imej ini
merejka harus gentar dan berwaspada

mereka wajib sedar
bahawa hegemoni budaya jiwa hamba
dari united malay natonal organisation
masih kukuh dan luas dan berpengaruh

budaya jiwa hamba inilah yang membodohkan melayu

waspada!
jangan nanti bertukar kerajaan rupa rupanya
rakyat hanya bertukar tangan untuk dicium!

NOTA:
manusia semuanya sederajat
tidak ada yang lebih tinggi
dan tidak ada yang rendah

jika ada yang cuba merendahkan kita sebagai manusia
hanya satu jawapan: lawan!




HENTIKAN BUDAYA BODEK YANG MEMBODOHKAN MELAYU
















28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat kat ibu ayah cukup le.

Tanpa Nama berkata...

REFORMASI diri mesti diutamakan....kalau diri engkau masih hamba, semua yang dimiliki bukan nya hak engkau, tapi hak tuan engkau.

Bila aku tengok muka orang politik dan bini orang politik..dengan kuat nya aku menekan keyboard komputer ni krn geram dengan muka2 hipokrit yang dipaparkan.

Kemana...dimana,
airliur orang politik merecik,
bertempias dengan janji2,
Biarpun ianya tiada harga,
namun nilainya adalah harapan rakyat.

C++ berkata...

Bhai TT...

Errr.... tak best la cium tangan camnih.... ader bau kari atau sardin.. hahaha

Kalu dah kampung... tetap kampung gak... hahaha

Mat Merdahika berkata...

Ya setuju. Hapuskan budaya dijajah. Kita Anak Merdeka. Tapi aku nampak Mat Sembab dah beri duit pada pemuda umngok besongkok tinggi macam orang sunda utk bodek mat kaka kerala.Mat Kaka senyum kalau dapat mlm mat kaka nak satu round dgn mat sunda.hakhak...

Tanpa Nama berkata...

TT, aku rasa mcm nak cium tangan lu laa bro bila baca entri ni. boleh ke?? hehehe

Tanpa Nama berkata...

Takde maruah ..

Macam Binatang !

Tanpa Nama berkata...

cium pepet rosmah la baru dapat berkat....

Henzy berkata...

Saya cuma nak cakap, kat area Bangi ni, bila Pakatan mula pegang, yang buat hal kebanyakkannya adalah org2 PKR. Jenis2 yg kaut untung duit pasar malam la, duit down town la, kena mintak restu la kalau nak buat apa2. Semuanya asal dari sisa2 BN tapi org PKR lak bawa.

Maka saya minta, kalau kita nak jatuhkan BN atau siapa2 pun yg tak betul atas sana, kita kena pastikan mereka yg bersama kita tu pun bersih sama.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah budaya jijik yg patut sudah lama ditinggalkan bukan sahaja tidak baik untuk hubongan insaniah,ia juga tidak baik untuk kesehatan-entah apa lah dia usek,aleh2 kita sedut tangan dia....eeeee bodoh nya.jika nak bodek pun...bodek lah cara bertamadun

Tanpa Nama berkata...

nama je dah maju. Tapi fikiran dan tindakan masih zaman feudal.
Bodek jangan tak bodek

DX berkata...

Entahlah macam dilema juga orang yang dicium tangan tu. Takkan la nak tepuk kepala orang cium tangan dia. Dia orang politik kena jaga hati.

Yang mencium tu, memang la amat sayang dan sanjung orang yang dicium. Betul lah, mungkin merasa diri hamba.

Melayu dah ada improvement la tu. Dulu langsung melutut sembah raja.

Tanpa Nama berkata...

tangan boleh kena kurap....kalo air liur ada jangkitan kuman ....hahahahah!

kesimpulnnya.....budaya bodek bukan kat gerombolan ajer....

kalo ilmu tak ader....jadilah kaki bodek utk survive dalam hidup....

belajarlah sungguh2 utk dapat ilmu yg diberkati....kahakahahahk

kalbunUMNO berkata...

bila aku lihat gambar-gambar pembodek membudayakan cium tangan bermakna, aku berjanji tak akan benarkan tangan aku dicium olehmurid dan pendengar ceramah aku.
ciuman ini bukan lagi penghormatan, bahkan kebodohan dan unsur-unsur perhambaan manusia kepada manusia.

dukun berkata...

1)sosok pertama itu kegeli gelemanan.matanya menjalar keluar ke kiri menjauhi sipencium.tangan yang dicium hanya separuh menggenggam tangan sipencium.senyum hambar.sosok pertama melarikan diri.(baca dengan NLP)
2)sosok pencium menarik kebawah tangan sosok pertama.mulut dijuih kerana tangan sosok petama jauh sangat.mata pejam kerana tawaduk perbuatannya maha betul dan benar.

dukun berkata...

setuju dengan DX.ya,takkan nak cocok hidung sipencium

Tanpa Nama berkata...

Bai, cium tangan pompuan aja boleh ke?

Tanpa Nama berkata...

betul tu...kita buat kat ibubapa kita sudah....tak yah nak bodek bodek ni...

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

I really wish Pakatan will change this trend.

Tanpa Nama berkata...

aku kalo jumpa tt....aku nak salam cium tangan....kerana:

1. respek umur...mcm abang ler.
2. pasal ilmu....macam guru ler.
3. di kategori sebagai pemimpin revolusi....
4. kalo penulisan, buku tt boleh layak mohon doktor falsafah...bagi aku lah....hahahaha

aku tak der unsur bodek yer....kahkahkah....just respek!!!!

itulah MELAYU....hahahahah!!!!!

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah..cium tangan stail syahdu giler..kalu buat muka lagi syahdu, besar la habuan kot??..nasib x kluar lidah nk jilat..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

anwar berahim pon kena maki dgn TT..

Rakyat M'sia berkata...

klu nak cium tangan pun jgn la sampai mcm2 sekali. Malu klu anak2 tengok. Maruah kena jaga, klu cium tangan pompuan tu lain la sikit. Aku sebenarnya nak gelak ni........

Tanpa Nama berkata...

ya betulll...lupakan! mulai esok,kita cium telor depa pulak! kahkahkah

Irama berkata...

yang JELAS si pencium pastinya jiwanya belum MERDEKA...
JIKA yang dicium tangannya itu pemimpin rakyat yang berjiwa merdeka, seharusnya ianya kelihatan berimej seperti TIDAK SUKA perbuatan si pencium ,kerana memang tugas pemimpin adalah MEMERDEKAKAN rakyat dan negara

perbuatan mencium tangan WAJIB dibaca oleh sang PEMIMPIN sebagai kegagalannya memimpin

komentar pembaca berirama:
bacaan semiotik TT kali ini tidak TERPERINCI, bacaan imej yangg TT berikan hanya kepada perbuatan mencium tangan...

ini umpama mengatakan pembonceng dan yang dibonceng sama2 memiliki motor yang ditunggangi

bacaan TT tidak menghalusi gelagat si pencium, area mana yang dicium, area jari, belakang tapak tangan,lengan atau si pencium mencium tangan sendiri....

area2 ini membawa makna kepada si PENCIUM, kerana setiap perbezaan membawa makna...

begitu jugak dengan yang dicium... ada beza antara melihat kearah yang mencium, memBELAKANGkan yang mencium, senyum bila dicium,

dalam sebingkai gambar aksi ciuman, hanya ada salah satu dari dua imej ini, yang dicium meihat kearah pencium atau tidak,

dalam sebingkai gambar aksi ciuman sebegini, hanya ada salah satu dari dua imej ini, yang dicium senyum atau tidak

p/s rasanya masih JELAS beza anwar dan geromboan dari gambar2 yang dilampirkan

Lily berkata...

Mencium tangan - pandangan saya secara peribadi bermaksud menghormati. Saya melakukannya untuk menghormati orang yang disayangi dan berjasa( ibubapa,suami,guru dan lain-lain invididu) serta sekiranya syarak membenarkannya

Tapi mintak masflah,untuk politician.

Mereka menjijikkan!

Tanpa Nama berkata...

Cium sebab nak bodek.
Orang cerdik pandai takde nak cium bodek macam ni.
Bila rasa hina terpaksalah cium sebab memang hakiki berjiwa bodek.
Tengok ape sebab hang nadim kena bunuh? Sebab dia lagi pandai daripada raja dan raja bodoh sebab hanya perlukan kaki bodek disekeliling.

Tolonglah jangan hina diri kita. Sebenar2nya mereka (menteri & wakil rakyat) hanya pekerja kita!
Kita yang bayar gaji depa! Sedarlah wehh!

Tanpa Nama berkata...

aku masih menunggu kemunculan badut gila buatan malaysia. nak tengok reaksi ahli politik kalau tangannya yg dihulurkan tu dicium bertubi-tubi tanpa dilepaskan!!

Mohammad Hasif berkata...

dengan ibubapa, saudara sebapa yg lebih tua dan guru sejantina masih bole diamalkan sbg tanda rasa hormat.. adat boleh diamalkan selagi x melanggar batas syariat dan menimbulkan fitnah, bodek tu penyakit hati.. klau x nmpk bodek lg bahaya, time nak merdeka dulu sape bodek British? Fikir-fikirkan..