Jumaat, 30 September 2011

MALAM INI DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA






SILA DATANG MALAM INI





MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BERSIH 2.0: "TUNAIKAN 8 TUNTUTAN, BARULAH PRU-13"


9 Julai 2011 merupakan hari yang sangat bermakna untuk semua penyokong demokrasi di Malaysia. 50,000 rakyat Malaysia telah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Hampir 3 bulan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan tetap lagi berdolak dalik untuk melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0 demi pilihanraya bersih dan adil. Oleh itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen baru iaitu"Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

Pilihanraya Utama Ke-13 (PRU-13) tidak patut diadakan sebelum 8 tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan!

Sertai kami di Pelancaran Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13"!

Tarikh : Jumaat, 30 September 2011
Masa : 8.30pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor, No. 1,Jalan Maharajalela,K.L



Facebook: http://www.facebook.com/event.php?eid=218188344906856


Ucapan khas daripada Masjaliza Hamzah (Centre for Independent Journalism),
Fadiah Nadwa (Lawyers for Liberty),
Ahmad Syukri (Solidarity Mahasiswa Malaysia),
Prof Aziz Bari (UIAM)

AJK BERSIH 2.0
Maria Chin Abdullah,
Zaid Kamaruddin
Dr Farouk Musa
Dato' Ambiga Sreenevasan.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk:
- Pendaftaran pengundi
- Semakan status dalam daftar undi
- Daftar untuk latihan PACA (Polling Agent & Counting Agent)
- Buku-buku dan barangan lain akan dijual
- KHAS: Datang untuk menemui kartunis politik terkenal, Zunar!


Apakah 8 tuntutan BERSIH 2.0?

1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Tempoh kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor













BERSIH 2.0 Secretariat
Tel. No.: 03-77844977
Web: http://www.bersih.org
FB: http://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531
Twitter: http://www.twitter.com/bersih2


3 ulasan:

Anak Jati Kelate berkata...

Bersih 2.0 wujud kerana kita gagal dlm tuntutan Bersih 2007 walaupun pada tahun tu lebih kurang 2rtus ribu rakyat turun kejalan raya..BERSIH 2007 tetap gagal!!!natijahnya kita diperbodohkan dlm GE12..putrajya ntah kemana tuntutan BERSIH 2007 ntah kemana..walau gerombolan tumbang dlm byk negeri..itu tidak cukup sebab target kita gerombolan nyah trus dari bumi malaysia!!!waktu tu keadaan tidak seteruk separah skg..mmg mat filipin da lama jadi pengundi kat sabah..tapi blum ad lagi mat indon,mat bangla,mat myanmar jadi pengundi kt semenanjung..tapi skg ni korang lagi arif..lagi tahu..negara ni da kena jual..kalau perjuangan BERSIH 2.0 sama dengan BERSIH 2007 maksud disini kita kalah dalam tuntutan kita..korang sendiri tau apa keputusan GE13...so lepas ni aku x terkejut kalau wujud lagi BERSIH 3.0..BERSIH 4.0..BERSIH 5.0..dlm korang tgh syok sendiri buat kempen BERSIH 3.0,4.0,5.0..gerombolan sedap2 rembat harta negara..gerombolan sedap2 kencing kita dlm GE...wa nak tya lu..lu x rasa bodoh ke??? broo..rakyat mesir x perlukan masa yg lama nak jatuhkan hosni mubarak..sekali diorg demo..trus jahanam hosni mubarak!!!apa rahsia diorg..diorg x takut mati bila berdemo..diorg tekad dgn perjuangan diorg..diorg da x pk anak bini bila turun berdemo..diorg dah x pk apa2..dan yg paling best..yang paling kool..diorg X BALIK BILA TURUN BERDEMO!!!so lu pk2 la sendiri..jangan kempen forum je lebih..malu beb!!!!

Tanpa Nama berkata...

TUNTUTAN BERSIH ADALAH MUSTAHIL DAPAT DIPENUHI.

cuma tuntutan ketiga dan keempat tu, gua rasa tuntutan paling ringan yang diminta.. ini pun tak tentu kerajaan BN ambil peduli. lain2 tuntutan, sampai kiamat pun tak akan dipenuhi..

melainkan dengan keluar ke jalan raya selama setahun, ada mati2 kene tembak dengan polis macam kat tunisia, thai, mesir sana.. dan BN hanya boleh bungkus dengan cara ini saja. jangan jadi bodoh buat tuntutan bangang ni.. mengabiskan oksigen saja..

Tanpa Nama berkata...

pasal aper asal ader slot2 camni mesti bgema kat dewan cina...dewan mlayu buat hape?

org mlayu klu nk maju mesti tbuka...jiwa mlayu wajib ada jati diri mlayu.mlayu kena bgkit dan sedar btaba slama ini cina maju dsbbkn kbodohn mlayu yg dprbodhkn oleh mlayu...