Sabtu, 8 Jun 2019

MAT SABU SOKONG LATIPAH






PELANTIKAN LATHEEFA KOYA
 SEBAGAI 
KETUA PESURUHJAYA SPRM
Pelantikan saudari Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengundang pelbagai kritikan dan pandangan terutama daripada peringkat dalaman Pakatan Harapan (PH).

Saya berkeyakinan penuh Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil perhatian tentang cara pelantikan dan menjadikan kritikan serta pandangan tersebut sebagai satu ujian kepada kewibawaan Latheefa untuk menjalankan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Saya juga penuh yakin perdana menteri akan mendengar kritikan-kritikan terhadap keputusannya dan akan menilai prestasi Latheefa dari masa ke semasa.

Dan jikalau prestasi Latheefa tidak memenuhi hasrat para pengkritik, saya yakin perdana menteri akan membuat penilaian semula.

Keadaan ini akan menjadi kelegaan kepada kerajaan PH yang cuba memperbaharui segala bentuk tindakan dan persembahan pemerintahannya kepada masyarakat dan negara.

MOHAMAD BIN SABU 
MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

7 JUN 201



-----------

Tiada ulasan: