Jumaat, 20 Ogos 2021

MADEY PULAK BUAT LAWAK BERDIRI

 


INI HEBAT

KAH KAH KAH

MADEY JUGA

DAH PANDAI

BUAT

 LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH 



Tak tahu kenapa Anwar sukar dapat sokongan, kata Dr Mahathir


PENGERUSI Pejuang Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak tahu sebab yang sering menghalang Presiden Anwar Ibrahim sukar mendapat sokongan untuk menjadi perdana menteri.

Beliau berkata demikian pada malam tadi ketika pemilihan untuk jawatan perdana menteri kesembilan melalui undian di kalangan ahli Parlimen menjadi tumpuan ramai.

“Kalau Anwar nak jadi perdana menteri dia kena dapatkan sokongan majoriti Dewan Rakyat, tapi dia kerap kali tak dapat sokongan, pasal apa pun saya tak tahulah,” kata Dr Mahathir.

Tambanya, Pejuang juga kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana gabungan dan memilih menjadi kuasa ketiga.

Ini kerana Pejuang tidak tertarik untuk mengadakan kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

“Kita dapati kedua-dua pasukan gabungan yang ada, PN dan PH tidak menarik sebab itu kita asingkan diri.

“Kita kuasa ketiga. Kita boleh pilih mana satu kita memihak kepada mereka tapi kita ingin tahu apa pendirian mereka.

“Pejuang tak bergabung dengan sesiapa waktu ini. Ada kawan-kawan tapi tak bergabung,” kata Dr Mahathir.

Beberapa petunjuk yang muncul pada waktu itu menunjukkan Anwar tidak berjaya mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri kesembilan.

Pejuang semalam enggan mendedahkan calon pilihan mereka namun kenyataan para pemimpinnya menggambarkan parti itu tidak menyokong calon daripada kem Umno, Ismail Sabri Yaakob.

Paling jelas kenyataan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir yang berkata pihaknya tidak akan menyokong calon yang bekerjasama dengan kleptokrat, merujuk kepada beberapa ahli Parlimen Umno.

Kerjasama Dr Mahathir dan Anwar dilihat kembali pulih apabila kedua-duanya tampil bersetiakawan dalam demonstrasi ahli Parlimen pada 2 Ogos lalu.

Hubungan mereka tegang semula tahun lalu sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri ketujuh apabila penyokong Anwar mendesak jawatan itu diserahkan kepada ahli Parlimen Port Dickson itu.

Sewaktu ditanya dalam wawancara dengan Bernama, Dr Mahathir berkata beliau hanya berminat untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara dan tidak berminat menjadi perdana menteri semula.

Katanya, kedudukan sebagai perdana menteri tidak harus menjadi keutamaan sewaktu negara berperang dengan wabak pandemik Covid-19.

“Saya tak berminat dengan (jawatan) Kabinet, saya nak ada kuasa tangani masalah Covid-19.

“Saya bukan nak jadi perdana menteri saya cuma nak jadi ketua Mageran (Majlis Gerakan Nasional) atau Majlis Pemulihan Negara.

“Tapi apa yang kita putuskan kerajaan kena terima, setakat itu saja,” katanya.

Majlis yang dicadangnya itu ditubuhkan Muhyiddin pada bulan lalu namun tetap dikritik Dr Mahathir kerana masih diketuai perdana menteri.

Beliau pada asalnya mencadangkan penubuhan majlis pemulihan tersebut dilibatkan pakar tanpa pengaruh politik ketika pentadbiran PN.

Dr Mahathir berkata majlis berkenaan harus berfungsi sehingga keadaan penularan wabak Covid-19 reda.

“Sehingga kita selamat daripada Covid-19 kita tak boleh beri masa 10 bulan atau setahun (kepada majlis).

“Covid-19 datang dalam pelbagai varian, saya bagi idea ini masa itu tak besar lagi, kes 2,000 sehari. Sekarang naik ke 22,000 sehari.

“Tak tahulah saya boleh lebih baik daripada itu. Saya rasa kalau kita runding orang yang betul yang fikir masalah ini kita dapat idea tangani Covid-19 ini.

“Kalau bagi (tubuh majlis sejak) awal dulu saya yakin dapat perlahankan kadar jangkitan,” kata Dr Mahathir.

Oleh itu, penubuhan majlis berkenaan amat penting untuk membolehkan negara keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19, katanya.

“Kita risau orang menderita banyak, mati, sakit, bunuh diri pun… kita tak pernah dengar orang Melayu bunuh diri sekarang bunuh diri.” – 19 Ogos, 2021.

MADEY NAK

TUMPU TENAGA

LAWAN VIRUS

KORONA

DARI WUHAN

AMIN 



3 ulasan:

Yeop sepet berkata...

Mail bera kene bwk specialist nie buat Majlis mageran.atok doktor dan juga mantan PM 2x yeop, bukan skali.the longest served PM,bapak pembangunan. Bagi covid nie settle dgn apa jua cara skalipun,ngaku je hangpa Tak ckup terer,bukan atok nak jwtn tu pun xdenye hilang jwtn tu kalu bagi madey tubuh mageran.dah settle hangpa nak berpolitik smpai muntah darah pun lantak hangpa le.

Tanpa Nama berkata...

Anwar kena letak jawatan sebagai ketua pembangkang. Undi telah membuktikan dia tak ada nombor. Anwar gagal. Khalas.

Unknown berkata...

Cilakak madey.. ulasan madey ibarat tarik rambut dalam buret.. rambut tak putus buret boleh jilat. Ibarat baling batu sembunyi kote.. kesian abam dah tercungap cungap tapi tak pancut pancut