Ahad, 14 Jun 2026

DAH MASUK AHAD !!!!


KETIKA ARTIKLE

INI MUAT MASUK

12.08 TENGAH HARI

DI TEHRAN

JAM 1.41 PETAG

DI PAKISTAN

JAM 4.26 SUBUH

DI AMERIKA

AMIN

DUNIA TUNNGU

TERAM BANGUN

KENCING & BUKA

TALIPON

KAH KAH KAH

KHALAS


AS jangka tanda tangan perjanjian, Tehran ragu masa pelaksanaan


WASHINGTON: Pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan menjangkakan satu perjanjian rangka kerja yang sudah lama tertangguh bagi menamatkan pertempuran antara AS dan Iran akan ditandatangani pada Ahad.

Bagaimanapun, Tehran mempersoalkan mengenai masa pelaksanaan tersebut selain, penunjuk perasaan tegar di Iran menyuarakan penentangan.

Presiden AS, Donald Trump menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu berkata, perjanjian dengan Iran dijadualkan untuk ditandatangani pada Ahad, yang juga merupakan hari ulang tahun ke-80 beliau.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, berkata kedua-dua pihak telah bersetuju terhadap satu rangka kerja perjanjian damai dan Islamabad sedang membuat persiapan untuk proses tandatangan secara elektronik pada Ahad, yang akan diikuti dengan rundingan peringkat teknikal pada minggu berikutnya.

Bagaimanapun, Iran tidak mengesahkan perjanjian tersebut ditandatangani pada Ahad.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, yang bercakap sebelum kenyataan Trump itu memberi amaran supaya tidak membuat kenyataan mengenai masa penandatanganan tersebut.

Laporan media negara berkenaan turut memetik kenyataan Baghaei berkata, bahawa ia bukan berlaku pada Ahad tetapi mungkin berlaku "dalam beberapa hari akan datang."

Trump menulis di Truth Social bahawa selepas perjanjian rangka kerja itu ditandatangani, Selat Hormuz, laluan penting bagi bekalan minyak global yang sebelum ini disekat Iran, akan segera dibuka kepada semua.

Walaupun serangan pengeboman AS telah banyak melemahkan pangkalan industri ketenteraan Iran dan merosakkan kemampuan tenteranya, pakar berpandangan perang itu telah mengukuhkan lagi dominasi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang berhaluan tegar.

Video di media sosial dan laman berita Iran menunjukkan penentang perjanjian berkumpul di dataran dan di hadapan Kementerian Luar di Tehran, sambil menyalahkan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dengan laungan, "Araqchi tolong ada rasa malu, lepaskan Amerika".

Reuters tidak dapat mengesahkan video tersebut dengan segera.

Apabila AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari lalu, Trump menyeru rakyat Iran supaya bangkit dan mengambil alih institusi negara.

Walaupun AS dan Iran dilihat bergerak ke arah perjanjian dalam dua hari kebelakangan ini, pertempuran masih berterusan apabila tentera AS mengenakan sekatan ke atas Iran dan berusaha mengurangkan kawalan Iran ke atas Selat Hormuz, yang sebelum perang, menjadi laluan kepada 20 peratus penghantaran minyak dunia.

Pada awal Sabtu, tentera AS memaklumkan telah menembak jatuh beberapa dron serangan satu hala Iran yang menuju ke selat tersebut.

Israel, yang berkata ia bukan pihak dalam perjanjian AS-Iran itu, menyatakan bahawa ia telah menyerang lebih 70 sasaran dalam tempoh 24 jam di Lubnan terhadap sekutu Iran, Hizbullah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berselisih pendapat dengan Trump mengenai tuntutan AS supaya Israel mengehadkan tindakan ketenteraan di Lubnan bagi membolehkan Washington mencapai perjanjian dengan Tehran.

Pada Jumaat, Araghchi berkata, meskipun perubahan terhadap perjanjian mungkin masih berlaku, draf perjanjian sementara itu menunjukkan negaranya telah muncul lebih kuat daripada konflik tersebut.

Dalam perhimpunan pro-kerajaan yang diadakan di seluruh Iran pada malam Sabtu, penduduk dan agensi berita melaporkan bahawa golongan tegar menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap rangka kerja perjanjian tersebut.

Seorang penduduk di bandar timur laut Mashhad memberitahu Reuters bahawa beberapa penunjuk perasaan melaungkan "Mati kepada pengkhianat," yang dipercayai merujuk kepada Araqchi.

Draf memorandum persefahaman yang dicadangkan menetapkan pembukaan semula selat dan penghapusan sekatan laut AS, menurut sumber di semua pihak rundingan.

Rundingan mengenai program nuklear Iran yang merupakan alasan utama diberikan Trump untuk perang tersebut, akan dilakukan selepas itu.

Salah seorang pegawai AS berkata, salah satu syarat perjanjian menyatakan Iran akan membuka Selat Hormuz.

"Iran akan membuka Selat Hormuz, itu adalah syarat. Ia boleh dibuka tanpa tol.

"Apabila itu dilakukan, kami akan menarik balik sekatan laut kami.

"Ia akan berlaku secara serentak, dan langkah seterusnya selepas itu ialah proses menyahperi kawasan selat tersebut," katanya kepada wartawan, sambil menyatakan bahawa negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) mungkin memainkan peranan dalam proses tersebut.

Menurut Pejabat Perdana Menteri Britain (Downing Street) pada Sabtu, Trump membincangkan usaha menamatkan konflik Iran dalam satu panggilan dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer.

Draf terma yang dilihat oleh Reuters melalui beberapa sumber menunjukkan AS akan mula melepaskan berbilion dolar aset Iran yang dibekukan serta melonggarkan sekatan ke atas eksport minyak Iran, sebagai pertukaran kepada pembukaan selat tersebut oleh Iran.

Agensi berita Fars Iran memetik kenyataan Baghaei berkata, bahawa pelepasan aset Iran yang dibekukan adalah sebahagian penting dalam perjanjian itu dan Iran juga perlu mengenakan caj untuk perkhidmatan di Selat Hormuz.

Beliau berkata pangkalan tentera asing di rantau itu mesti ditamatkan, menurut agensi tersebut, tanpa memberikan butiran lanjut.

Program nuklear Iran akan dibincangkan dalam tempoh rundingan 60 hari. Seorang pegawai AS berkata, perjanjian itu akhirnya akan membawa kepada pembongkaran program nuklear Iran, dengan stok uranium yang diperkaya tinggi akan dimusnahkan dan dipindahkan.

Tiada ulasan: