Memaparkan catatan dengan label SALUT UNTUK ORANG BERANI - SALUT INTERNATIONALE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SALUT UNTUK ORANG BERANI - SALUT INTERNATIONALE. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2011

AL- FATIHAH DAN NYANYIKAN INTERNATIONALE




SALUT UNTUK ORANG YANG BERANI!




UMAR OTHMAN : PEMIDATO POLITIK PRORAKYAT YANG GENIUS (1935-2011)

Saudara Umar Othman dilahirkan di Batu Maung pada 10 Ogos 1935. Anak jati Pulau Pinang ini mendapat pendidikan rendah di dua buah sekolah, iaitu Sekolah Melayu Kampong Jawa dan Sekolah Melayu Batu Maung, Pulau Pinang. Pendidikan formalnya hanyalah setakat darjah enam. Persekitaran kampung telah membentuk peribadi beliau sebagai seorang yang budiman. Putera ini adalah anak sulung daripada dua beradik kepada seorang ayah yang bekerja sebagai seorang drebar lori sementara ibunya adalah seorang suri rumah tangga.

Sosok Umar adalah seorang yang tinggi lampai, memiliki suara bariton atau garau dan berkulit sawo matang. Pribadi istimewanya adalah beliau merupakan seorang yang suka berkawan. Beliau gemar dan senang menjemput sahabat handai ke rumahnya untuk dijamu dan diberi keramahtamahan yang mesra. Antara berpuluh-puluh rakan karibnya termasuklah mendiang Usman Awang, seorang penyair dan sasterawan negara yang tersohor itu.

Umar mempunyai hobi suka memancing ketika masa lapangnya. Dia pun suka membela ikan, terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang beliau telah bela sebagai bahan yang sentiasa mengasyikkan beliau. Beliau lazimnya akan ke laut untuk melakukan aktiviti memancing dan membawa ikan segar untuk dimasak.

Dia mendirikan mahligai masjidnya dengan dua wanita; pertama Puan Mariyam Aziz dan dengan perkongsian hidup itu beliau mempunyai empat cahaya mata, tiga putera dan seorang lelaki sementara isteri keduanya adalah Puan Noraini Syukur, asal Perak dan dengan hasil perkongsian hidup mereka berdua ini telah dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata, dua puteri dan seorang putera.

Semasa usia dewasanya Umar telah membuat pelbagai kerja tetapi tidak pernah bekerja atau makan gaji dengan sektor kerajaan. Umar pernah bekerja sebagai seorang tentara kontark biasa selama 4 tahun dengan British Army di Singapura pada suatu masa dulu. Sekembalinya dari Singapura beliau mencebur diri dalam dunia perniagaan dan di samping itu juga beliau berminat dengan isu-isu politik. Garisan politik yang dipilihnya adalah politik yang memperjuangkan keadilan tulen.

Pendeknya politik yang memperjuangkan hak-hak demokrati rakyat, menghapuskan kemiskinan, mempertingkatkan taraf hidup masyarakat majoriti tanpa mengira agama atau etnik. Politik itu pula berhaluan kiri. Beliau memilih menjadi ahli dalam parti pembangkang, Parti Rakyat Malaysia(PRM) yang berlogokan kepala seladang. Parti ini ditanggapi pihak pemerintah sebagai parti berhaluan kiri.

Dalam pelbagai kerjayanya beliau turut juga mencebur dalam pertubuhan bukan kerajaan. Pada sekitar lewat tahun 70-an dan selama untuk satu dekad beliau telah menduduki jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Negeri Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) semasa itu dipimpin oleh Tan Sri Syed Abbas Al-Habshee. Semasa DPMMPP di bawah pimpinan Dato’ Abdul Rahman Maidin beliau turut menjawat sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Pemborong Malaysia.

Dalam pelbagai kariernya daripada menjadi kontraktor atau pengusaha kecil-kecilan beliau juga dapat menikmati suatu jawatan berprestij iaitu sebagai Timbalan Datuk Bandar Pulau Pinang. Beliau memegang jawatan itu selama dua tahun dari 1971-1972.
Pada satu peringat umurnya beliau telah didedahkan dengan satu panggilan tanggungjawab sosial oleh seorang sahabatnya bernama Mat Ishyak dari Tanjung Malim, Perak.

Mat Ishyak mengikut beliau telah berjaya menyakinkan beliau bahawa beliau mempunyai satu peranan penting dalam memberi kesedaran kepada rakyat jelata. Sebelum itu beliau sudah mempunyai kesedaran bahawa banyak kepincangan dan kezaliman angkara pemerintah telah wujud di depan matanya. Beliau boleh memberi kesedaran kepada masyarakat guna untuk memperbaiki keadaan yang tidak memihak kepada rakyat jelata.

Beliau menjadi ahli biasa dalam PRM. Sebelum itu Umar sudah mengikuti perkembangan politik negara sebelum dan selepas merdeka. Umar gemar mengikuti pidato para pemimpin seperti Sukarno dan Ahmad Boestamam, dua tokoh perjuang kemerdekaan bagi negara Malaya dan Indonesia. Bagaimanapun beliau lebih banyak terpikat dengan seorang pemimpin politik dan tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia, iaitu Ahmad Boestamam.

Ahmad Boestaman seperti umum diketahui adalah pengasas PRM. Umar terpesona dengan ketrampilan Ahmad Boestamam dalam berpidato. Ahmad Boestamam adalah seorang pemidato yang diakui ramai sebagai bersuara lantang dan berupaya memberi kesedaran politik kepada sebahagian besar rakyat Malaya pada era pra-Merdeka dulu.

Tanpa sebarang pendedahan formal atau latihan khusus dalam bidang pengucapan awam, Umar setelah lama bereksperimen akhirnya telah berjaya memperolehi kemahiran berpidato dengan begitu berkesan sekali. Ketika dalam era politik Malaysia yang membenarkan rapat umum sekitar tahun 60 dan 70-an dulu, beliau mempamerkan satu kebolehan berpidato di khalayak awam dengan begitu bermutu dan mengasyikkan sekali.

Ketika itu apabila ada rapat umum politik, Umar akan berpidato mewakili atau atas nama Parti Rakyat Malaysia Pulau Pinang di mana saja baik, misalnya di Pandang Kota Lama, Pulau Pinang, di Pontian Johor atau di Terengganu. Ribuan manusia akan hadir sehingga melimpah ruah gelanggang. Orang ramai datang berbondong-bondong untuk mendengar ucapan atau pidato beliau.

Ketika itu beliau adalah seorang putera dalam lingkungan 40-an, begitu bersiap-sedia dan bertenaga mempamerkan bakat berpidato dengan cemerlang. Bukan calang-calang insan boleh mempamerkan satu kebolehan berpidato di khalayak awam dengan begitu bermutu sekali. Umar memanifestasikan apa itu sebuah pidato prorakyat berkualiti kepada awam. Beliau berucap tanpa sebarang resipi yang beraromakan bangsa, agama dan budaya. Beliau tidak mengguna unsur-unsur etnik dan agama bagi memancing penerimaan hujahnya atau penerangannya.

Beliau seakan-akan mempamerkan seorang pemidato yang sangat jelas dengan konsep perjuangan rakyat, mengungkapkan dengan begitu yakin, dengan penuh jiwa raga, begitu yakin dengan isu yang rakyat sedangan alami. Beliau peka dengan jenis audiensnya, jika di kampung misalnya di Terengganu dia akan menggunakan isu kesulitan yang dihadapi oleh para petani dan nelayan sementara jika di bandar seperti George Town beliau akan mengguna isu-isu perkotaan yang dialami oleh pekerja kilang dan kemiskinan bandar.

Beliau banyak berceramah semasa partai PAS bergabung dengan BN pada tahun 1973. Masa itu PRM merupakan satu-satunya partai politik yang aktif memberi ceramah dan banyak menubuhkan ranting dan cabang di luar bandar. Ketika itu juga tidak wujud lagi kemudahan ICT seperti internet, blog, twitter, facebook, e-mel atau sms. Peluang bagi rakyak biasa memperolehi maklumat atau analisis alternatif perihal sosio-ekonomi negara mungkin diperolehi dari ceramah politik saja.

Tanyalah sesiapa yang pernah mengikuti pidato Umar akan bagaimana kualiti ceramahnya. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa rata-rata orang ramai akan bertanyakan: ’ Apakah Umar akan turun berceramah tak pada malam ini?’

Hampir setiap malam Sdr Umar dan pemimpin-pemimpin PRM lainnya akan memberi berceramah. Ketika itulah beberapa anak muda yang suka mengikuti ceramah politiknya akan terpengaruh dengan hujah-hujahnya dan ada di antara mereka akan meneruskan perjuangan mereka menentang kezaliman pentadbiran dalam kapasiti masing-masing di pelbagai ruang dan lingkup dalam kerjaya mereka.

Mengikut seorang pemerhati Dato Abdul Rahman Maidin, seorang tokoh korporat apabila beliau menghimbau ingatannya kepada berpuluh-puluh ceramah Umar, beliau merumuskan bahawa pada tahap kemuncaknya pidato Umar, pidatonya amat hebat, malah sama hebat dengan pemidato yang dibawa oleh tokoh seperti Anuar Ibrahim. Ramai tidak menafikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh pemidato kelas tinggi atau kelas pertama.

Dalam negara tidak ramai yang berstatus sebagai pengucap awam kelas pertama. Namun Dato Abdul Rahman Maidin telah memberi tanda aras kualiti pidato Umar adalah sama seperti Ahmad Boestamam. Pemidato kelas pertama boleh memukau para audiensnya. Beliau akan mengupas sesuatu isu masyarakat yang kompleks itu dengan begitu sistematik dan dipermudahkannya untuk difahami rakyat. Persembahannya tidak pernah menjemukan.

Mukadimahnya, isian, intonasi, kejelasan dan pengutaraannya begitu sempurna.
Banyak isu kompleks politik atau ekonomi yang melanda negara ketika itu akan dikupasnya dan mudah difahami oleh pelbagai strata masyarakat. Persembahannya tidak pernah menjemukan. Beliau dapat menghurai segala-galanya dengan analisis tajamnya seumpama seorang profesor sains ekonomi politik tetapi dibuatnya mudah difahami dengan contoh-contoh mudah dan dibumbui lucu yang menarik.

Sebuah pemidato yang hebat dan menawan boleh membuat para pendengarnya terpesona, terhibur dan terdidik. Beliau percaya bahawa bakat yang diberi Tuhan itu telah membolehkan dia menyampaikan sesuatu isu itu dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat yang mendengarnya.

Kini Umar Othman berusia 76 tahun, tiga tahun lalu beliau diserang oleh angin ahmar. Sejak itu Umar menghabiskan masanya beristirehat bersama isteri tersayangnya di Sungai Rusa , Balik Pulau. Beliau sering mengingat kembali era 60 hingga 90-an yang mana beliau telah banyak menyumbang tenaga melalui memberi ceramah umum menyedarkan rakyat akan sistem kezaliman yang harus dirobohkan melalui pilihan raya. Beliau mengadap Illahi pada 1:40 pagi, 9 Jun 2011.


BERSAMA TONGKAT DAN SYED SHAHRIR


Khamis, 5 Mei 2011

SAUDAGAR AGAMA KENA TIBAI!



HANYA KENAL TIGA ABDUL







AZIZ BARI : MUFTI PERLIS NAIF, JAHIL SEJARAH - mkini

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.

"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

kah kah kah… SUDAGAR AGAMA INI JAHIL…. kah kah kah..

kah kah kah… MEMANG LAH JAHIL SAMPAI KE LUTUT…. kah kah kah….

kah kah kah… BERKAWAN DENGAN ALI BABA DAN 40 PENYAMUN… kah kah kah..

kah kah kah…AKHIRMNYA SAUDAGAR AGAMA INI HANYA TAHU TIGA ABDUL SAJE… kah kah kah..

kah kah kah… ABDUL WAHIIIIB …ABDUL WAHUUB DAN ADUL WAHAAAB … kah kah kah


ABDUL TAMBI

Khamis, 25 Februari 2010

DEMO TELAH MENJADI BUDAYA KITA



HANYA BERDEMO AKAN MENGUBAH KEADAAN




ISU TANAH KENA REMBAT : 30 ORANG ASLI BERDEMO DI GOMBAK - malaysiakini

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.

"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.

KAH KAH KAH...

woit... INI BETUL BETUL DAHULUKAN MEREMBAT TANAH RAKYAT... kah kah kah..

kah kah kah... INI PRESTASI YANG BETUL.... TANAH ORANG ASLI DI JUAL PADA CUKONG.... kah kah kah...

nota:
demo telah menjadi budaya orang asli
demo telah menjadi budaya gerombolan
demo telah menjadi budaya eee
demo telah menjadi budaya anak muda
demo telah menjadi budaya politik

kesian mahafiraun
menangis siang malam
dia kena humban kerana demo reformasi kah kah kah





Khamis, 28 Januari 2010

HARI INI DUA TAHUN DAHULU



AL-HAKIM DR.GEORGE HABASH




MAIN KAN LAGU ITU SEKALI LAGI

Dia dilahirkan pada tahun 1927 di-Al-Lid Palestine.
Pelajar bijak akhirnya mendapat tempat untuk belajar
menjadi tabib di American University of Beirut – di Fakulti Perubatan.

Pulang bercuti pada tahun 1948 – dia melihat sendiri serangan pengganas Zionist
terhadap kotanya. Dia melihat sendiri warga kota berduyun-duyun
dihalau keluar dari rumah dan kampong dan dusun mereka dirampas

Dia melihat kakaknya mati terbunuh. Lalu di kebumikan dalam perkarangan rumah
kerana pengganas Zionis melarang warga Palestine keluar rumah.

Lalu keluarga mereka di halau keluar meninggalkan Al-Lid.
Lalu dia melihat ribuan orang pelarian meninggalkan Palestin
termasuk diri dan keluarganya sendiri.

Di Beirut dia mendapat kelas pertama dari Fakulti Perubatan. Maka
dia dikenali sebagai Al-Hakim.

Dia mendirikan klinik di wilayah miskin untuk membantu sesiapa yang
memerlukan perubatan. Dia menolak untuk jadi kaya raya dan bersenang
lenang walhal peluang ini terbuka luas.

Pada tahun 1967 Al-Hakim muncul bersama PFLP

Al-Hakim adalah Arab tulen.
Al-Hakim adalah rakyat Palestine yang tidak tunduk.
Al-Hakim tidak pernah meminta- minta dari para raja dan sheikh
Al-Hakim tidak pernah duduk semeja untuk berunding
Al-Hakim tidak pernah mengariskan agama
Al-Hakim tidak pernah menjadi chuvinis

Al-Hakim tidak membelot menjualkan seinci tanah Palestine
Al- Hakim tidak ke Camp David
Al-Hakim tidak ke Oslo

Al-Hakim tidak ada istana
Al-Hakim tidak memiliki harta kekayaan

Lalu dunia memanggil Al-Hakim George Habash
Lalu dunia mengenali perjuangan international Palestine

Al-Hakim adalah internationalis
Al-Hakim adalah warga dunia

Salut untuk anak muda yang berani
Salut untuk warga dunia

Mainkan sekali lagi Internationale
Dendangkan suara rakyat tertindas

Lalu Al-Hakim wafat dua tahun dahulu

Salut untuk PFLP
Salut untuk Al-Hakim