Selasa, 22 Jun 2010

SEMUA BERSEDIA - KENDURI BESAR




MALAYSIA DENGAN BANGGANYA MENERIMA SEBUAH LAGI PARTI BARU




PILIHANRAYA KECIL DI SERI SERDANG


Media reporters had hoped to get Selangor Umno liaison secretary Mohamed Satim Diman to comment on his rumoured intention to quit all his political posts, but he was not at the committee’s management meeting last night.

They had waited until 12.30am at the Selangor Umno office for his comments on a rumour that he would relinquish all his political posts including as Seri Serdang assemblyman.

Attempts by the media earlier to reach him via the phone and SMS were also futile.


SATIM TIDAK HADIR MESYUARAT UMNO SELANGOR MALAM TADI - minsider

Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Mohamed Satim Diman tidak hadir pada mesyuarat pengurusan Badan Perhubungan Umno Selangor malam tadi.

Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 tengah malam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar ketika ditemui pemberita berkata Mohamed Satim ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat kerana ada urusan.

Beliau berkata selain Mohamed Satim, bendahari Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Ketua Pemuda Suhaimi Ghazali juga tidak hadir kerana mereka ada urusan di luar negara.

Kelmarin, Noh dilaporkan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Mohamed Satim berhubung khabar angin yang mengatakan Mohamed Satim akan melepaskan semua jawatan politiknya.

KAH KAH KAH

woit… LEPAS KAN SEMUA JAWATAN POLITIK?.... kah kah kah

kah kah kah…. KESIAN…. APA SUDAH JADI DENGAN APNO…. kah kah kah…’

woit…. KALAU SETIAUSAHA TAK DATANG…. BOLEH MESYUARAT KE?.... kah kah kah..

woit….SELURUH MALAYSIA BERDOA AGAR MALAON INI LETAK JAWATAN…kah kah kah..

kah kah kah… ADA DUA PILIHANRAYA… DI BATU DAN DI SERI SERDANG…kah kah ka

kah kah kah... BEROLEK GODANG KITO JANG OOOOiii...kah kah kah..

kah kah kah... MELAMBAK PROJEK MASYUUUUK.... kha kah kah

Nota:
agaknya apa yang sedang berlaku?
1 tian chua dan satim kautim nak tibai mat mongol dengan prk
2 ibrahim ali beli satim untuk prk - ada ajenda besar
3 ini rancangan toyo nak tekan noh omar
4 ini rancangan noh omar nak tekan toyo
5 ini rancangan noh omar dan toyo nak tekan bekas mufti perlis
6 ini rancangan felda nak naikkan harga sawit
woit… apa hal degan bekas mufti perlis?
kah kah kah…. cari makan …kah kah kah


nota:
pilihanraya kecil seri serdang nanti
sebuah parti baru akan muncul
perkatak kah kah kah


BERITA TERGEMPAR



TIDAK ADA JALAN LAIN



nota:
akhirnya terbukti bahawa
cadagan apco untuk beli
anak kucing sebagai propaganda
politik tidak berjaya.

malah makin dibeli anak kucing
makin menyampah orang ramai

kesian apa yang telah terjadi
kepada anak kucing ini
anak kucing ini kelihatan menderita
tapi bersyukur kerana tubuh badan masih belum diletupkan kah kah kah

RAJA KELAWAR NAK TIPU PENDUDUK KG BARU




RAJA KELAWAR - HINA PUN DIA TAK AMBIL POT




ISU KG BARU : MAS TAK MAHU GADUH DENGAN RAJA NONG CIK
- minsider

Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru menyatakan pendirian tegas tidak mahu terlibat dalam “pertelingkahan politik” dengan mana-mana pihak termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Setiausaha Agung MAS Shamsuri Suradi berkata setiap pendapat yang disuarakan itu hanya bersifat peribadi semata-mata dan tidak akan memberikan kesan kepada badan itu.

“MAS tidak kisah apa yang orang nak kata kerana itu pandangan dan pendapat peribadi
mereka jadi kami tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan itu.

“Begitu juga dengan Raja Nong Chik Zainal Abidin yang kata MAS tidak mempunyai hak dalam pembangunan Kampung Baru, bagi kami itu hanya pendapat peribadi beliau yang penting kami tahu apa tanggungjawab dan peranan kami terhadap Kampung Baru.

Berhubung cadangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menawarkan pelan pembangunan alternatif, Shamsuri berkata pihaknya menyambut baik perancangan tersebut.

“MAS menyambut baik cadangan tersebut dan harap ia menepati apa yang diinginkan oleh penduduk di sini.

KAH KAH KAH..

woit… RAJA NONG CIK INI RAJA NEGERI MANA?..... kah kah kah..

woit… BETUL KE MALAOAN INI RAJA…. kah kah ka…

woit… ATAU MALAOAN INI JUGA MACAM TENGU ADANAN… BELI RAJA…kah kah kah…

woit… MALAOAN INI TAK MENANG PILIHANRAYA… MACAM MANA JAGA WILAYAH…kah kah kah…

woit… INGAT SIKIT !!! WILAYAH INI BUKAN SARANG TUPAI ... kah kah kah..

woit…. JANGAN NAK TIPU MELAYU KG BARU…. kah kah kah..


KES RAJA GOPAL LAGI




MARI KITA TAKUTKAN RAJA GOPAL DENGAN HANTU KOPEK




PERNIAGA LEPAS , BEBAS TUDUHAN HANTAR KOMEN HINA SULTAN PERAK
– berita hairan

Selepas empat hari dibicarakan, seorang peniaga hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan iaitu menghantar komen yang bersifat jelek terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui portal di internet.

Hakim Komathy Suppiah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi yang memanggil 10 saksi, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muslim Ahmad, 54.

KAH KAH KAH…

woit… SELURUH MALAYSIA NAK TAHU…. KENAPA TAK BOLEH HINA RAJA GOPAL… kah kah kah..

kah kah kah…. KENAPA TAK BOLEH HINA…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU RAJA GOPAL MENIPU?.... BUAT JAHAT?…. kah kah kah…

woit…. KALAU RAJA GOPAL JUAL DATUK?.... kah kah kah….

woit…. KALAU HENDAK DI SAYANGI …. WAJIB DI PAKSA PAKSA KE?.... kah kah kah..

woit… INI KURUN KE 21….. TAK ADA MASA NAK DAULAT MENDAULAT… kah kah kah..’

kah kah kah…. CUKUP LAAA DENGAN DAULAT TAHIK RAJA KELAWAR…. kah kah kah

kah kah kah... BOLEH JUGA BUAT BAJA... kah kah kah

Isnin, 21 Jun 2010

SERIBU TAHUN DARI HARI INI !




SERIBU TAHUN DARI HARI INI KAMI ADALAH SEJARAH



DEMI ZEUS AKU HANYA MEMBACA SEBUAH PUISI



TEMBOK PENJARA PUDU BERUSIA 100 TAHUN DIROBOH MALAM INI- melayau

Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.


MAKA MEREKA PUN SAMPILAH

maka tembok tembok a farmosa itu pun diruntuhkan
satu demi satu dindingnya diletupkan
tuan farquhar melihat betapa bahaya kota ini
maka tembok tenbok itu wajib dirobohkan
yang ditingglkan hanya pintu
untuk jadi ingatan kepada anak cucu

maka tembok itu pun akan dirobohkan
semenjak 1895 tegak berdiri
kini akan diruntuhkan pintu demi pintu
batu demi batu
satu demi satu

seribu tahun dari hari ini
anak kepada anak kepada anak kepada anak
kepada anak kepada anak kepada anak kepada akan
melihat bahawa kami yang berdiri dihadapan tembok ini
malam kelmarin ada sejarah

seribu tahun dari hari ini
maka anak kepada anak kepada anak kepada
anak kepada anak kepada anakan kepada anak
akan menangis hingga keluar air mata darah
maka menangislah mereka beramai ramai
hingga lahir intan dan berlian
dari cucuran air mata

menangisi jejak sejarah
waktu dan sejarah yang tidak akan berulang
detik detik yang pergi
tembok tembok yang dihancurkan
hanyalah debu debu ingatan yang akan pudar

apabila tembok ini mula retak
zeus di kayangan bersama dewa dan dewi
melihat betapa angkuh dan bodohnya manusia
yang tidak mengetahui jalan cerita
yang tidak mengetahui makna sejarah bangsa
yang tidak mengethaui bahawa tembok itu adalah paku negara

malam kelmarin kami mendongak keatas langit
demi zeus
agar roh roh yang terkorban dalam tembok ini
akan tenteram dan selasa berkeliaran
bersama angin subuh sejuk dan menyegarkan

berapa ramai yang telah gugur
ketika tembok tembok ini dibuat
berapa ramai yang tewas di gantung penjajah
berapa ramai nasionalis gugur saheed menuntut merdeka
berapa ramai gelandangan miskin digantung tanpa peguam

untuk mereka buta sejarah
untuk mereka yang tidak tahu menilai erti bangsa
untuk mereka yang tidak tahu melihat tanda dan makna
untuk mereka yang mata hanya melihat emas dan tinta
demi zeus seribu tahun dari hari ini
anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak mereka
akan menangis dan menyumpah betapa bebal ibu ayah keturunan mereka

demi zeus seribu tahun dari hari ini
kami tahu
kami yang berkumpul malam kelmarin di tembok itu
adalah sejarah yang tidak akan berulang lagi.

esok ketika kau buka mata
semua nya telah pergi
semuanya telah terlambat

dunia ini musnah bukan kerana
ramai orang jahat
tetapi kerana ramai orang baik
tidak mahu melakukan apa apa

seribu tahun dari hari ini
yang kau lihat nanti hanyalah gambar
dan puisi ini