KAH KAH KAH
WOIT
NAK SERANG
HEBAT MACAM
MANA?
KAH KAH KAH
BOOM BOOM
TEL AVIV
KAH KAH KAH
KHALAS
AS, Israel rancang serangan lebih hebat terhadap Iran
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam untuk menyerang Iran dengan 'lebih keras' dan sudah mula melakukan perancangan berkaitan dengan Israel.
Media AS melaporkan beliau sedang mempertimbangkan serangan besar-besaran baharu seawal hujung minggu ini, termasuk menyasarkan infrastruktur tenaga negara itu.
Selepas lebih lima bulan peperangan yang bermula pada 28 Februari lalu apabila AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, konflik itu dilihat masih belum menunjukkan tanda akan berakhir dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan balas.
"Kami akan menyerangnya dengan sangat keras dan pada satu tahap mereka akan berkata, 'Kami tidak mampu menanggungnya lagi'," kata Trump ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di pusat peranginan presiden, Camp David, di Maryland, semalam.
Akhbar Wall Street Journal kemudian melaporkan Trump sudah mengarahkan satu lagi serangan baharu bagi memaksa Tehran menyerah kalah, yang dijangka dilaksanakan seawal hujung minggu ini, memetik pegawai AS yang enggan dikenali.
Sementara itu, CBS News melaporkan AS dan Israel sedang merancang serangan bersama ke atas sasaran berkaitan tenaga dipercayai membabitkan loji penapisan minyak dan stesen jana kuasa.
Sepanjang konflik itu, Trump berulang kali mengancam untuk menyerang infrastruktur kritikal Iran. Minggu lalu, beliau berikrar akan memusnahkan sebuah jambatan atau loji jana kuasa setiap kali kapal di Selat Hormuz diserang.
Bagaimanapun, Trump masih belum memberi kelulusan muktamad terhadap operasi berkenaan, namun AS dan Israel dilaporkan sedang menyelaras perancangan itu, menurut CBS yang memetik beberapa sumber.
Laporan itu disiarkan hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengadakan lawatan ke Washington dan bertemu Trump serta Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth.
CBS turut melaporkan beberapa pegawai kanan Rumah Putih membantah keras rancangan berkenaan ketika mesyuarat Kabinet.
Sekiranya rancangan itu diteruskan, ia menjadikan Israel kali pertama menyertai serangan ke atas Iran sejak fasa awal peperangan. – AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan