PENCERAHAN DARI PEMBACA
MURTAD KERANA LAMA MENUNGGU VIDEO MURTAD
Mengapa saya murtad?
Saya murtad sebab saya tak nak jadi orang macam Hasan Ali. Mengapa saya tak
suka orang macam Hasan Ali? Kerana kononnya mereka sahajalah yang betul. Kerana
kononnya mereka sahajalah yang Melayu dan saya bukan Melayu, Anwar Ibrahim
bukan Melayu, Nik Aziz bukan Melayu dan Hishamuddin Rais bukan Melayu.
Tetapi yang peliknya Mahathir dan Mamak-mamak
lain disangkakan Melayu. Saya bencikan tabiat & perangai macam Hasan Ali
kerana kononnya dia sahajalah yang betul. Orang lain semua salah. Dia sahajalah
Muslim, pejuang Islam dan orang yang berlainanan pendapat semuanya bukan Muslim
dan bukan Islam.
Saya tak nak jadi macam itu kerana saya sedar
ada ramai lagi orang yang jauh lebih baik daripada saya walaupun mereka bukan
Islam dan bukan Melayu. Ini hakikat hidup yang perlu diterima oleh semua rakyat
Malaysia. on SATU DUNIA TUNGGU VIDEO MURTAD - RAMAI TAK SABAR TERUS MURTAD













