Jumaat, 17 Julai 2026

ZOO DAN KITA


ZOO DAN KITA


Tidak ada siapa dalam dunia ini yang tidak kenal dengan zoo. Mungkin ada yang tidak pernah sampai ke zoo tetapi tahu  bahawa  zoo ialah taman haiwan.  Zoo ialah dimana haiwan liar di simpan, dijaga untuk di perlihatkan kepada pelawat – orang ramai.

Di Malaysia ada 33 buah zoo dan taman haiwan hidupan liar. Hampir setiap bandar besar dalam negara kita ini  ada memiliki zoo atau taman haiwan. 

Zoo Negara di Hulu Klang,  Zoo Melaka, Zoo Taiping,  Taman Burung Kuala Lumpur,  Taman Hidupan Liar Langkawi  adalah antara yang di kenali ramai.

Saya amat yakin semua kanak-kanak di sekolah amat suka di beri peluang melihat haiwan liar. Babi , kera, lotong, tenggiling, ungka, biawak dan monyet untuk budak kampung seperti saya bukan satu yang baru.  Tanpa perlu membeli tiket kadang-kadang SAYA terserampak dengan haiwan ini.

Tetapi singa dan badak sumbu lain cerita

Saya mendapat peluang kali pertama melihat harimau , singa, kuda dan gajah apabila pertunjukan sarkas sampai ke Kuala Klawang Jelebu pada tahun 1960. 

Saya ingat lagi – saya sendiri  kagum dan bangga apabila saya sempat melawat Zoo Negara yang baru di buka pada tahun 1963. Dalam Zoo Negara Hulu Klang kali pertama saya   dapat melihat Zirafah dan burung Kiwi. 

Hari ini pandangan saya tentang zoo telah jauh berubah.  Dari pembacaan dari pengamatan dan dari  percampuran saya telah mendapat satu kesedaran baru : Saya tidak lagi menyokong kewujudan zoo.

Zoo di war war dan di hebohkan sebagai wilayah atau sekolah untuk mendidik kanak-kanak dan budak-budak agar mencintai dan berkasih sayang terhadap haiwan.

Dari kecil mereka dididik untuk mencintai haiwan. Indah dan menarik bunyinya.

Zoo juga di katakan adalah wilayah konservasi atau pemuliharaan.  Zoo tempat kajian dan ilmuwan tentang haiwan terkumpul. Dari zoo kita mendapat membuat kajian tentang gajah, harimau , badak , tapir dan pelbagai jenis haiwan.

Indah, menarik dan meyakinkan bunyinya. 

Betul ke anak-anak cinta pada haiwan liar kerana mereka melihat haiwan ini dalam zoo.  Jawabnya tidak.

Buktinya mudah. Hari ini rata-rata anak-anak di seluruh dunia jatuh hati dan jatuh cinta dengan dinosaur  dan dengan pelbagai haiwan di zaman Jurassic.  Haiwan ini semuanya telah  beribu tahun pupus tetapi haiwan ini  masih jadi tarikan untuk pencinta haiwan terutaam kanak-kanak.

Hakikatnya jelas : untuk jatuh cinta dengan haiwan kita  perlu ada di zoo.

Cinta dan kasih sayang akan berputik hanya melalui  pembacaan dan melihat gambarnya.  Malah dengan filem dokumentari haiwan  yang wujud hari ini semua jenis kehidupan haiwan,  unggas, burung dan ulat semuanya boleh kita tonton.

Wajib saya beri pencerahan di sini  : untuk saya  zoo ini sama seperti kedai. Zoo ialah kedai yang berniaga. Haiwan yang di kurung adalah produk yang di jual kepada pelawat atau pelanggan.

Apabila Dara, Amoi  dan Kelat sampai ke Tennoji Zoo di Osaka pada 21 April 2026   media Jepun membuat laporan.

Pengarah zoo, Takeshi Mukai, berkata, "Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana mengamanahkan gajah-gajah Asia yang berharga ini kepada kami—haiwan yang turut digelar sebagai 'khazanah Malaysia'." 

Beliau menambah dengan penuh penekanan, "Saya berharap orang ramai akan mempelajari tentang ekologi haiwan yang bersaiz sangat besar ini serta kepentingan hidup bersama hidupan liar."

Kemudian Takeshi Mukai  menerangkan kepada orang ramai bahawa... “  Dara, Amoi dan Kelat akan di pamerkan satelah di kuarantin 60 hari. Tiket  harga 500 yen boleh di tempah sekarang..”

Jelas khazanah Malaysia kita ini sedang jadi produk. Jika mahu melihat Dara, Amoi dan Kelat  pelawat wajib membeli  tiket.

Ini namanya Tennoji Osaka yang tidak ada bezanya dari Coley Bangsar.

Tennoji Zoo di Osaka menjual  tiket untuk melihat haiwan liar. Coley Pub Bangsar Talawi  ialah  pub menjual beer, wiski dan brandi untuk  pelanggan. Dua-dua lembaga ini memiliki  tujuan dan niat yang sama: mencari keuntungan.

Jika zoo dilihat sebagai perniagaan bagaimana pula dengan niat dan cita-cita zoo untuk menjadi wilayah pemuliharaan dan pengembang baik haiwan liar.

Tentang pengembang biak  haiwan dalam zoo ini saya ingin mencarut.  Kerana inilah satu-satunya perkara yang paling tidak masuk akal.

Saya bertanya kepada Lebai Google di Internet tentang keluasan kawasan yang di perlukan oleh gajah untuk membiak. 

Ini jawapan Lebai Google :                 Gajah memerlukan kawasan keliaran yang sangat luas untuk mencari makan dan meneruskan kelangsungan hidup. Secara purata, seekor gajah liar memerlukan kawasan seluas 10 hingga 250 kilometer persegi. Bagi sekumpulan gajah (kira-kira 60 ekor), mereka memerlukan habitat minimum seluas 465.1 kilometer persegi.

Berapa luas agaknya Tennoji Zoo di Osaka untuk Darat, Amoi dan Kelat bercengkerama di bulan mengambang.

Dari  gambar terbaru Dara Amoi dan  Kelat  - saya ternampak mereka berdiri atas simen.  Atas simen ... saya  ulang ... Dara , Amoi dan Kelat  berdiri atas simen  bukan atas bumi bukan atas rumput dan bukan atas tanah.

Berapa luas kawasan  tempat tinggal mereka. Dalam kawasan tempat tinggal Dara, Amoi dan Kelat ini adakah  Pisang Karuk dan Pokok Petai ditanam sama. Soalan seperti ini Guru Nanak pun tidak akan dapat menjawab. Amin.

Pada hemat saya apakah  satelah beberapa tahun di Osaka maka Dara dan Amoi akan bunting dan beranak. Kelat akan berbangga menjadi ayah.  

Satelah 25 tahun nanti keluarga DAK ini akan menaiki Japan Airline dari Osaka menuju ke Sepang. Di KLIA kita  akan berkompang dan berbunga Manggar menyambut pulang ‘ khazanah Malaysia yang dulu tiga ekor kini menjadi lima ekor...  kita arak mereka pulang  ke Kuala Gandah Pahang.

Ini semua angan-angan karut.

Soalan hakiki yang wajib  kita tanya sekarang ialah apakah  Dara, Amoi dan Kelat akan berumur panjang. Gajah boleh hidup hingga ke 75 tahun. Apakah mereka akan selamat di Tennoji  Zoo. 

Bayangkan belum pun satu bulan duduk di sana gading Kelat telah patah. Dikatakan ianya telah tersangkut di pagar... saya ulang tersangkut di pagar ... ertinya mereka hidup dalam pagar.  

Perlu juga saya nyatakan disini bahawa di Jepun  ada wujud satu NGO – Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mengawasi keselamatan dan kebajikan gajah-gajah dalam zoo di Jepun.

Kumpulan NGO Gajah Di Jepun dilancarkan pada Hari Gajah Sedunia, 12 Ogos 2017, berikutan kematian Hanako pada 2016.  Hanako  gajah yang hidup bersendirian berusia 69 tahun mati di zoo Tokyo.  Hanako ini digelar "gajah paling sunyi di dunia" oleh media Jepun.

Pada ketika ini  Kumpulan Gajah Di Jepun sedang memberi perhatian yang rapi kepada Dara, Amoi da Kelat. Ini kerana sebelum tiga gajah dari Malaysia ini   Hiroko yang berumur telah mati di Tennoji Zoo.

Hiroko dibawa ke zoo semasa masih kecil dan hidup bersendirian selama lebih sembilan tahun selepas kematian pasangannya, Haruko, pada tahun 2014.

Dari kajian ahli biologi gajah Dr. Keith Lindsay yang  memerhatikan Hiroko di lokasi pada bulan Februari 2017, beliau mendapati keadaan mental haiwan itu tidak begitu baik. Hiroko kelihatan lesu dan menghabiskan sebahagian besar masanya dengan bergoyang-goyang secara berterusan—suatu tingkah laku biasa bagi menangani tekanan hidup.

Hiroko mati pada 25 Januari 2018 ketika berusia 48 tahun.

Haiwan juga memiliki perasaan, haiwan juga menghadapi tekan hidup. Haiwan juga berhadapan dengan stress.  Mereka tidak menyatakan tekanan ini seperti kita berkomunikasi sesama manusia.

Tatapi pakar  ahli biologi gajah dapat memahami apa yang sedang di rasakan oleh gajah dalam zoo.

Mengikut pakar - haiwan juga berhadapan dengan Zoochosis . Ini ialah keadaan psikologi luar biasa pada haiwan dalam kurungan. 

Cirinya amat mudah dapat di lihat melalui tingkah laku obsesif dan berulang—seperti berjalan mundar-mandir, berayun-ayun, atau mencederakan diri sendiri—akibat tekanan kronik daripada pengurungan.

Lalu persoalan timbul : apakah Kelat sengaja mematahkan gadingnya untuk menyatakan bahawa dia tidak selesa tidur atas simen.

Kesah Dara, Amoi dan Kelat ini  wajib terus kita jadikan perbualan nasional. Jika kita manusia yang memiliki akal  fikiran dan perasaan tidak berani bersuara maka ini petanda awal yang kita juga telah hilang naluri kemanusiaan kita.

Tanya diri sendiri : Apakah kita tidak merasa sedih melihat gambar  Ibu Gajah  berdiri dalam belukar di tepi jalan raya. Ibu Gajah ini  sedang menangis jenazah yang mati di langgar kereta di Felda Nitar Mersing.

Gambar Harian Metro pada  1 Julai 2026 ini akan terus  menduga dan mencabar wujudiah kita sebagai manusia.  Amin (TT)



TULISAN INI 
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/779920





BARUA AMERIKA TERUS DISERANG


SERANG SERANG

SERANG

AMIN

BARUA AMERIKA

DI SERANG

KHALAS

SUASANA BAIK UNTUK MENGHASUT


EKONOMI DUNIA

PASTI KACAU

AMIN

INI PELUANG

UNTUK

 HUMBANGKAN

AJEN ZIONIS

AMERIKA YANG

JUAL NEGARA

PADA BLACKROCK

KHALAS

AS, Iran kembali 

berbalas serangan,

 Selat Hormuz terus bergolak

TEHRAN: Konflik Asia Barat kembali memuncak susulan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu ke atas Iran, manakala Tehran bertindak balas dengan menyerang sekutu Washington di rantau Teluk, sekali gus meningkatkan ketegangan di Selat Hormuz.

Pertempuran itu tercetus semula hanya sebulan selepas termeterainya perjanjian awal yang bertujuan menamatkan konflik, susulan serangan besar-besaran AS dan Israel terhadap Iran pada penghujung Februari lalu.

Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan pihaknya melaksanakan gelombang serangan baharu sejak Khamis malam bagi terus melemahkan keupayaan ketenteraan Iran, sekali gus menandakan malam keenam berturut-turut operasi ketenteraan AS.

Media televisyen negara Iran melaporkan dua letupan berlaku di bandar Bushehr yang menempatkan satu-satunya loji janakuasa nuklear awam negara itu, menyifatkannya sebagai kesinambungan pencerobohan musuh AS.

Beberapa letupan turut dilaporkan di bandar pesisir Bandar Abbas. Agensi berita rasmi IRNA pula melaporkan berlaku serangan AS di kawasan sekitar Ahvaz.

Terdahulu, Tehran memberi amaran akan menyasarkan infrastruktur di seluruh rantau itu sekiranya Presiden AS, Donald Trump, meneruskan ancaman untuk menyerang loji janakuasa dan jambatan di Iran, walaupun Rumah Putih menegaskan beliau masih terbuka kepada usaha diplomasi.

Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata, pihaknya melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas sebuah pangkalan udara AS di Jordan sebagai tindak balas terhadap serangan AS berhampiran sebuah hospital kanak-kanak penghidap kanser di sekitar Ahvaz.

Media kerajaan Iran kemudian melaporkan beberapa jambatan dan sebuah lapangan terbang di selatan negara itu, berhampiran Selat Hormuz, turut menjadi sasaran serangan.

Media kerajaan Iran turut melaporkan hospital di Ahvaz, barat daya negara itu, dipindahkan selepas serangan udara AS di kawasan berkenaan, yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, sebagai tindakan kejam.

Sementara itu, sekutu AS di rantau Teluk bertindak balas terhadap serangan Iran, dengan Kuwait memaklumkan berjaya memintas dron Iran manakala Bahrain mengaktifkan siren amaran serangan udara.

Jurucakap kanan tentera Iran pula menggesa AS berundur dari rantau itu sambil menegaskan negara itu tidak akan sesekali berundur dalam isu Selat Hormuz.

Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Tahir Andrabi, berkata Islamabad akan terus menggalakkan semua pihak menghentikan keganasan dan menyambung semula rundingan di peringkat teknikal berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) yang dibantu negara itu bulan lalu.

Bagaimanapun, ketua perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, menegaskan sesuatu perjanjian hanya bermakna sekiranya semua klausa dipatuhi dan dilaksanakan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, Trump akan memastikan Iran dipertanggungjawabkan kerana didakwa memungkiri perjanjian, namun menegaskan presiden itu masih terbuka kepada penyelesaian secara diplomatik.

"Mereka menyatakan masih mahu mencapai perjanjian dengan presiden. Kami masih berbincang dengan mereka, namun presiden tidak akan membenarkan Iran menyerang kapal di Selat Hormuz tanpa menerima akibatnya," katanya.

Sebelum ini, Trump mengancam akan menyerang loji janakuasa dan jambatan di Iran sekiranya Tehran enggan kembali ke meja rundingan, sambil memberi amaran bahawa keadaan akan menjadi 'lebih buruk' kepada negara itu pada minggu berikutnya. - AFP

LIBERAL DEMOKRASI GAGAL - ISLAM MUNCUL SEBAGAI PENGGANTI


PENYEBAR

LIBERAL

 DEMOKRASI

TERBUKTI GAGAL

MAKA AGAMAWAN

MUNCUL MENJADI PENGGANTI

KHALAS

Unknown commented on
"TANDA PAS BAKAL
 MEMIMPIN NEGARA"

PAS ini ada kelayakan apa? Jurusan apa ? Sastera dah kena? Dia nak ikut peraturan 1,400 tahun dahulu? Kah kah kah orang-orang muda umur 18 tahun sudah boleh mengundi? Sejarah lama kontrak sosial yang dibuat dahulu sudah tidak relevan lagi? 

Yang menyokong cerita lama hitam putih hanya Mahathir Mohamad berusia 101 tahun dan Hishamuddin Rais sahaja kah kah kah kali ini bagi bungkus semua puak puak tua yang hidup lama dan menghabiskan beras negara kah kah kah kah kah

DAP TUNTUT RCI ?


APA JADI

DENGAN DAP

DULU HEBOH

TUNTUT RCI ?

AMIN

Unknown commented on 
"TANDA PAS BAKAL MEMIMPIN NEGARA"

Heboh-heboh gegak gempita RCI itu ini.
Akhir sekali senyap sunyi apa satu dakwaan satu ekor mafia pun tak kena gari masuk ke lokap.

Kertas siasatan berkeping-keping buang masa orang siasat, menyuarat, audit itu ini akhir sekali senyap sunyi apa satu dakwaan satu ekor mafia pun tak kena gari masuk ke lokap.

Ini Malaysia-lah!
Mana ada satu kes besar yang telus jelas nampak pada mata rakyat yang malaon semua boleh jadi ada datuk seri tan sri kena gari masuk lokap.

ada 2ekor saja anak razak dan anak samad. itu pun ramai orang gila nak minta dia dibebas lepas di tanya kenapa duit berjuta masuk ke akaun dia, dia jawab tak tahu.

Malaysia boleh!

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 18  JULAI  2026

PERANG  DITERUSKAN

SERANG MENYERANG HARI KE 7


AMERIKA BOM JAMBATAN DI BANDAR ABBAS -  perang makin merebak.

MINYAK SIMPANAN AMERIKA MAKIN SUSUT – MAT TERAM DALAM TEKANAN.

Iran dah lama tutup Selat Hormuz. Satu perkara  BARU  timbul – APA DIA?

BAB AL MANDAP di LAUT MERAH AKAN DI TUTUP JUGA – jeng jeng jeng.

Dunia wajib bersedia. Kita wajib bersedia. 

HARGA BRENT CRUDE dah naik hampir 90 dolar satu tong – jeng jeng jeng -  Houthi di Yaman akan bergerak bila  sampai masanya – ini kata -kata diplomatik.

Akhbar THE TELEGRAPH LONDON dah lapor Bab al Mandap dah kena tutup.

SUBSIDI MINYAK
Wow – Menteri kata 40 bilion kita belanja subsidi minyak – ini berat – amat berat -  pasti ada cara lain yang boleh kita usahakan.

KERETA TELAN $40 BILION – berapa banyak rumah boleh di buat untuk warga  dengan 40 bilion RINGGIT? 

Jumlah 40 bilion RINGGIT  boleh batal PTPTN

Jumlah 40 bilion RINGGIT boleh buat hospital tercanggih.

Nampaknya ini KERJA BODOH SUNDISI MINYAK INI SAMA MACAM TERUM SERANG  IRAN – hentikan kerja bodoh ini. Amin
HOKKIEN
Pagi ini basah segar – kemarin hujan lebat. Di Pintu Masuk suara Terkukur gumbira, Dalam belukar Cengkerik bersimponi. Keng Keng melintas.

Langit biru indah – matahari dah bersinar. KL & KL Sentral berkabus.

Dekat Wakaf Pertama  semua muncul – lalu gua beri nasi. Siti tak kelihatan. Puppy Itam muncul. Bila gua bergerak ke Wakaf Ke tiga  ada yang mengekor.

Berjalan pulang – Ibu Muda   dah kenyang – rehat atas  Makam.

Gua dengar Gagak merengget – apa yang di tangisi? 

Depan Wakaf Pertama semua menunggu – bila gua tabur Friskies – Tiong  muncul -  berlabuh  solo.   Gua tabur jauh-jauh – agar jangan bergaduh.

Pagi ini gua gumbira ramai  datang makan tapi Siti tak kelihatan.

Hari ini akan panas – jika petang redup – malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Waktu itu  kertas kosong – lu lukis dan tulislah  karya terbaik lu.

BRO
Lu tak dapat ubah masa lalu – tapi lu boleh membangun masa depan lu.

BRO
Kemarin dah berlalu – esok penuh haarapan. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT