Khamis, 6 Ogos 2026

SELAT HORMUZ SAH DI BAWAH KAWALAN IRAN


SELAT HORMUZ

KINI SAH 

DIKAWAL

OLEH IRAN

AMIN

JIKA 

TERAM SERANG

SEMUA ARAB

BARUA AMERIKA

AKAN DI SERANG

KHALAS




Cadangan perjanjian beri Iran kawal kapal masuk Selat Hormuz


DUBAI: Cadangan perjanjian antara Iran dan Oman dijangka memberi Tehran kawalan ke atas kapal yang memasuki Teluk Parsi melalui Selat Hormuz.

Seorang sumber kanan Iran dan dua pegawai serantau memberitahu Reuters pada Rabu bahawa cadangan bagi membantu menamatkan perang berlarutan selama lima bulan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) itu adalah antara konsesi terbesar yang pernah diberikan kepada Iran setakat ini.

Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas segera daripada pihak AS berhubung cadangan berkenaan.

Dalam usaha diplomatik yang lebih meluas di rantau itu, Iran dan Oman sedang mengadakan rundingan dua hala berhubung pengurusan Selat Hormuz yang dikawal kedua-dua negara menerusi laluan utara dan selatan.

Iran memaklumkan rundingan itu mencapai kemajuan yang penting dan menyatakan kedua-dua perjalanan masuk serta keluar melalui selat berkenaan akan melalui perairan negara itu.
Pada masa sama, Iran memberi amaran kepada negara-negara Teluk bahawa sebarang serangan baharu AS ke atas wilayahnya akan dibalas dengan serangan terhadap infrastruktur tenaga kritikal di seluruh rantau itu, menurut lima sumber.

Langkah itu dilihat sebagai usaha Tehran meningkatkan kemudaratan sebarang tindakan ketenteraan dengan mengancam sekutu rapat Washington di rantau berkenaan.

"Amaran Iran itu jelas. Jika AS menyasarkan infrastruktur Iran, mereka akan membalas dengan menyerang kemudahan tenaga di negara-negara Teluk serta sasaran lain di rantau ini," kata seorang sumber dari negara Teluk.

Sebelum ini, Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap sekutu Washington di rantau berkenaan, selain menyasarkan kapal dagang yang melalui Selat Hormuz tanpa kebenaran pihaknya.

Ketika berucap di hadapan penyokong dalam satu perhimpunan di Las Vegas, Presiden AS, Donald Trump, berkata beliau lebih mengutamakan penyelesaian secara diplomatik.

"Saya lebih suka mencapai perjanjian kerana saya tidak mahu membunuh orang. Saya benar-benar tidak mahu membunuh orang, tetapi pada satu ketika nanti, kita mungkin terpaksa melakukannya," katanya.

Iran melaporkan lebih 3,400 orang terbunuh sejak perang dengan AS dan Israel bermula pada 28 Februari, manakala AS mengesahkan 18 anggota tenteranya terkorban.

Menurut sumber kanan Iran itu, Tehran mahu mengenakan caj antara lima hingga tujuh peratus daripada nilai kargo terhadap kapal yang menggunakan Selat Hormuz.

Oman pula sedang membincangkan kadar sekitar tiga peratus, manakala Washington berpendirian bahawa tiada sebarang caj perlu dikenakan.

Sumber sama berkata, deraf perjanjian yang sedang dibincangkan memperuntukkan Iran mengawal kapal yang memasuki Teluk Parsi melalui selat itu, manakala antara isu utama yang masih dirundingkan ialah sejauh mana peranan Iran terhadap kapal yang belayar keluar.

Dalam kenyataan kepada agensi berita rasmi Iran, IRNA, Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi, berkata pengaturan itu direka supaya kapal dagang akan melalui perairan wilayah Iran bagi kedua-dua perjalanan masuk dan keluar.

Beliau berkata, rundingan dengan Oman telah mencapai persefahaman asas dan menambah bahawa kemajuan itu kini hampir dimuktamadkan.

Gharibabadi turut berkata, Iran menerima mesej daripada AS yang menunjukkan Washington bersedia sepenuhnya untuk kembali mematuhi komitmennya di bawah memorandum persefahaman dimeterai pada pertengahan Jun, yang memperuntukkan pemberhentian segera operasi ketenteraan.

Beliau berkata, perkara itu menjadi syarat kepada pembukaan semula Selat Hormuz, sambil menegaskan tiada rundingan secara langsung antara Iran dan AS diadakan dalam beberapa hari kebelakangan ini. - REUTERS

Tiada ulasan: