Jumaat, 17 Julai 2026

SUASANA BAIK UNTUK MENGHASUT


EKONOMI DUNIA

PASTI KACAU

AMIN

INI PELUANG

UNTUK

 HUMBANGKAN

AJEN ZIONIS

AMERIKA YANG

JUAL NEGARA

PADA BLACKROCK

KHALAS

AS, Iran kembali 

berbalas serangan,

 Selat Hormuz terus bergolak

TEHRAN: Konflik Asia Barat kembali memuncak susulan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu ke atas Iran, manakala Tehran bertindak balas dengan menyerang sekutu Washington di rantau Teluk, sekali gus meningkatkan ketegangan di Selat Hormuz.

Pertempuran itu tercetus semula hanya sebulan selepas termeterainya perjanjian awal yang bertujuan menamatkan konflik, susulan serangan besar-besaran AS dan Israel terhadap Iran pada penghujung Februari lalu.

Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan pihaknya melaksanakan gelombang serangan baharu sejak Khamis malam bagi terus melemahkan keupayaan ketenteraan Iran, sekali gus menandakan malam keenam berturut-turut operasi ketenteraan AS.

Media televisyen negara Iran melaporkan dua letupan berlaku di bandar Bushehr yang menempatkan satu-satunya loji janakuasa nuklear awam negara itu, menyifatkannya sebagai kesinambungan pencerobohan musuh AS.

Beberapa letupan turut dilaporkan di bandar pesisir Bandar Abbas. Agensi berita rasmi IRNA pula melaporkan berlaku serangan AS di kawasan sekitar Ahvaz.

Terdahulu, Tehran memberi amaran akan menyasarkan infrastruktur di seluruh rantau itu sekiranya Presiden AS, Donald Trump, meneruskan ancaman untuk menyerang loji janakuasa dan jambatan di Iran, walaupun Rumah Putih menegaskan beliau masih terbuka kepada usaha diplomasi.

Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata, pihaknya melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas sebuah pangkalan udara AS di Jordan sebagai tindak balas terhadap serangan AS berhampiran sebuah hospital kanak-kanak penghidap kanser di sekitar Ahvaz.

Media kerajaan Iran kemudian melaporkan beberapa jambatan dan sebuah lapangan terbang di selatan negara itu, berhampiran Selat Hormuz, turut menjadi sasaran serangan.

Media kerajaan Iran turut melaporkan hospital di Ahvaz, barat daya negara itu, dipindahkan selepas serangan udara AS di kawasan berkenaan, yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, sebagai tindakan kejam.

Sementara itu, sekutu AS di rantau Teluk bertindak balas terhadap serangan Iran, dengan Kuwait memaklumkan berjaya memintas dron Iran manakala Bahrain mengaktifkan siren amaran serangan udara.

Jurucakap kanan tentera Iran pula menggesa AS berundur dari rantau itu sambil menegaskan negara itu tidak akan sesekali berundur dalam isu Selat Hormuz.

Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Tahir Andrabi, berkata Islamabad akan terus menggalakkan semua pihak menghentikan keganasan dan menyambung semula rundingan di peringkat teknikal berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) yang dibantu negara itu bulan lalu.

Bagaimanapun, ketua perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, menegaskan sesuatu perjanjian hanya bermakna sekiranya semua klausa dipatuhi dan dilaksanakan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, Trump akan memastikan Iran dipertanggungjawabkan kerana didakwa memungkiri perjanjian, namun menegaskan presiden itu masih terbuka kepada penyelesaian secara diplomatik.

"Mereka menyatakan masih mahu mencapai perjanjian dengan presiden. Kami masih berbincang dengan mereka, namun presiden tidak akan membenarkan Iran menyerang kapal di Selat Hormuz tanpa menerima akibatnya," katanya.

Sebelum ini, Trump mengancam akan menyerang loji janakuasa dan jambatan di Iran sekiranya Tehran enggan kembali ke meja rundingan, sambil memberi amaran bahawa keadaan akan menjadi 'lebih buruk' kepada negara itu pada minggu berikutnya. - AFP

Tiada ulasan: