Selasa, 30 September 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 30 SEPTEMBER 2025

GAZA


DAMAI DI GAZA ?
Senin lalu Trump jumpa Setanyahu di Rumah Putih. Lalu di lapor ada projek DAMAI untuk Gaza – di katakan ada 20 BUTIRAN yang akan merangkumi perjanjian damai ini. 

Apa isi masih belum jelas. Yang jelas projek ini di kepalai oleh Trump. Juga untuk menyedapkan cerita  Penjenayah Perang Iraq  BERNAMA Tony Blair akan memainkan peranan penting.

Ini projek Anglo-Amerika – untuk memastikan Zionis Isreal terus wujud dan menjadi kem tentera di Timur Tengah  untuk imperialis Anglo-Amerika.

Di lapor ramai Tok Arab suka – Tok Arab ini adalah macai Amerika. Juga di lapor PEMBELOT Muhamad Abbas meloncat bersetuju.

Tapi HAMAS – belum buat apa-apa kenyataan – menolak atau menerima. Di lapor oleh BBC dari Lebanon – Komander gerila Hamas  sedang mengkaji perjanjian ini. Dalam masa yang sama SEMUA  gerila termasuk 5,000 gerila elit Hamas sedang siap sedia menunggu apa akan terjadi.

Pemerhati  telah menyatakan ini semua TEATER – sandiwara ini di pentas kan agar Maharaja Trump dapat  hadiah Nobel Keamanan dari Raja Sweden. Kah kah  kah. Amin.

LAWATAN TRUMP
Jumaat ini ada DEMO – ini permulaan untuk menyambut Trump yang akan mencecah duli di Kuala Lumpur.

Himpunan bermula jam 2 petang ini. Berkumpul  di Dataran Tabung Haji dan akan berarak  ke  Kedutaan Amerika.

Abang adik kakak semua di jemput – KENDURI besar sedang diatur – untuk menyambut Trump.

Madafaka marah – kah kah kah – kenapa marah?   Saham Blackrock apa cerita ?

Rakyat dan orang ramai ada hak untuk menyambut Trump – malah dinegara kapir laknat makan babi minum arak dan tak percaya tuhan – bila Trump sampai – semua keluar berdemo menyambut  Maharaja Trump. 

Kita juga wajib berbuat sama – ini  FARDU TAK PAYAH  yang wajib kita lakukan  – Turun Turun Turun.

AMERIKA
Trump dan Setanyahu beri amaran pada Hamas untuk terima gencatan senjata dan perjanjian damai. Jika tidak !!! Bala akan sampai.

AFGHANISTAN
Taliban menutup Internet diseluruh negara. Taliban merasa Internet membawa maksiat kepada warga Afghan.

VENEZUELA
Presiden Maduro akan isytihar DARURAT jika Amerika terus menyerang negaranya.

MADAGASKAR
Kerajaan Madagaskar runtuh – ini hasil DEMO ANAK MUDA – besar-besaran yang menentang kerajaan rasuah dan zalim.

MOROKO
Kumpulan anak muda yang memanggil diri mereka GenZ-212 keluar berdemo. Berpuluh anak muda di tahan. Anak muda berdemo  melawan rasuah. Mahu sistem pembelajaran dan kesihatan  yang baik.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari belum bersinar. KL & KL sentral berkabus nipis. Langit berawan putih pucat. Kemarin ujan tak jadi.

Tekukur bersuara di sana sini. Dalam rimbunan sawah rumput gua dengar  suara Pipit. Tertiba satu kumpulan yang ramai melintas jalan.

Ha ha – pagi ini tidak ada suara salakan Warga Asal – semua senyap – malah gua tak sedar satu Puppy Kuning dah hampir degan kaki gua. 

Pagi ini tidak ada Emak dan Abah yang makan. Tapi satu Puppy adik Puppy Hitam  datang sama makan . 

Tiga Abang  pemotong rumput  bekerja. Gua tercium bau minyak mesin.

Berjalan pulang satu Puppy Kuning nak bermain dengan Tak Tak. Tapi Tak Tak sombong tak layan. Gua lihat nasi masih banyak atas makam. Tiga ekor dengan nasi setengah periuk pasti tak habisi.

Hari ini akan panas. Petang mungkin hujan bawa  sejuk di malam hari. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA

BRO
Jika lu ada anjing atau kucing lu pasti akan di sambut bila lu pulang ke rumah.

BRO
 Arwah nenek gua kata : kalau kita pelihara kucing  maka kucing ini akan berdoa agar rezeki kita murah.

BRO
Nikmat bahagia ialah melihat anjing atau kucing makan dengan selera rakus. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maksud mu kawan dengan anjing kucing lebih mulia daripada berkawan dengan manusia? Adakah begitu? Manusia ada kepentingan masing-masing, binatang tiada cuma mengharapkan belas kesian dan sesuap makanan, kasih sayang terjalin, tapi peliknya manusia kita tidak pernah bersyukur tidak pernah cukup tidak pernah puas dengan segala kemewahan yang ada, Amin. Sudah 68 tahun merdeka tetapi masih tidak mencapai hasrat masih tidak mencapai sasaran walaupun segala diberikan secara percuma, bantuan subsidi kontrak projek semuanya kepada orang tertentu termasuk kelas atasan, tetapi masih tidak yakin masih tidak mencapai tahap, masih mahu terus dibagi tongkat sakti, manakala pemimpin terus merakus tamak kuasa haloba semakin menjadi-jadi sekarang kah kah kah, rakyat terus diberi gula-gula, jaya menghasilkan kencing manis darah tinggi woit apapun Malaysia tetap terbaik tetap adil saksama tetap menjadi idaman ramai warga walaupun tidak dilayan sama rata tidak diberi peluang tidak diberi pengiktirafan amin syukur alhamdulillah selalunya kah kah kah