Khamis, 27 Ogos 2026

AWAS ! ZAHID HAMIDI - NEXT CHANGE


AWAS!!!

ZAHID HAMIDI

COMING SOON

ATAU

NEXT CHANGE

AMIN

TEBARAN JALAN

AKAN DATANG

KHALAS

Ismail Sabri hadapi pertuduhan tak isytihar harta berjuta-juta

Ismail Sabri Yaakob hari ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri itu didakwa tidak mendedahkan pelbagai asetnya yang bernilai jutaan ringgit, termasuk jongkong emas dan jongkong perak serta syiling emas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.

Ahli Parlimen Bera itu mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Suzana Husin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan penyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 7 Feb 2025.

Menurut kertas pertuduhan, Ismail Sabri, 66, telah diberikan notis SPRM pada 10 Jan tahun yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, harta Ismail Sabri yang disenaraikan ialah wang tunai RM14,772,150, serta mata wang asing Singapura (S$6,132,350) AS (AS$1,461,400), Switzerland (CHF3,000,000), Euro (EUR12,164,150), Yen Jepun (JPY363,000,000), pound streling (£50,250), dolar New Zealand (NZ$44,600), dirham UAE (AED34,750,000) dan dolar Australia (A$352,850).

Turut disenaraikan lima ketul jongkong emas Petak Suisse Fine Gold seberat 1kg setiap satu selain seketul jongkong perak Petak Suisse Fine Silver seberat 100g dan sekeping syiling emas 999 Fine Gold seberat 5 gram.

Pendakwaan hari ini menjadikan Ismail Sabri sebagai bekas perdana menteri ketiga yang didakwa di mahkamah di bawah Akta SPRM.

Ismail Sabri yang sebelum ini pernah menjadi Naib Presiden Umno didakwa melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 7 Feb tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Farah Ezlin Yusop Khan selaku timbalan pendakwa raya, manakala Amer Hamzah Arshad bertindak sebagai peguam Ismail Sabri.

BILA DUNIA MAKIN PANAS - ALAM TERGANGGU


BILA DUNIA

MAKIN PANAS

ALAM TERGANGGU

AMIN

KEMALANGAN DI NEPAL


AL-FATIHAH

BERDOA AGAR

SEMUA SELAMAT

AMIN


Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi

HYDERABAD: Lebih 50 rakyat Malaysia di Nepal masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga susulan banjir dahsyat pada Rabu yang turut menyebabkan ratusan penduduk tempatan dan warga asing belum diketahui nasib mereka.

"Kami masih mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi.

"Ahli keluarga gagal menghubungi lebih 50 rakyat Malaysia," kata Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohd Firdaus Azman semalam.

Banjir Sungai Bhote Koshi

Firdaus berkata, akses jalan raya ke kawasan berkenaan terjejas akibat banjir Sungai Bhote Koshi manakala kerajaan Nepal telah mengerahkan helikopter bagi operasi mencari dan menyelamat.

"Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa," kata beliau sambil menambah bahawa sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai rakyat Malaysia yang hilang berikutan kerosakan infrastruktur komunikasi.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang cuba mengesan saudara-mara atau rakan mereka perlu menghantar butiran pasport dan perjalanan individu terbabit melalui e-mel kepada Kedutaan Malaysia di mwkathmandu@kln.gov.my bagi tujuan penyelarasan.

Angka kematian akibat banjir melepasi 160 orang pada malam Rabu, manakala ratusan lagi termasuk pelancong serta anggota polis dan pasukan keselamatan Nepal masih belum diketahui nasib mereka.

Sekurang-kurangnya 142 rakyat India antara warga asing yang dilaporkan hilang.

Banjir akibat runtuhan salji itu menghanyutkan perkampungan, jambatan dan beberapa projek tenaga.

Satu "kejadian seismik" bermagnitud 5.2 berlaku berhampiran sempadan Nepal-China pada 8.37 pagi waktu tempatan pada Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) di laman sesawangnya.

"Kejadian ini pada mulanya dilaporkan sebagai gempa bumi bermagnitud 4.4.

"Analisis lanjut terhadap stesen seismik berhampiran, gelombang seismik jangka panjang dan imej satelit membawa kepada penentuan bahawa kejadian seismik itu sebenarnya ialah runtuhan glasier dan aliran puing, manakala tiada gempa bumi berlaku," menurut USGS.

Menurut pihak berkuasa Nepal, banjir kilat yang datang dari arah China memasuki negara itu menerusi Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa.

Sebanyak 19 jambatan dan 40 kilometer lebuh raya musnah akibat banjir itu, menurut laporan Kathmandu Post.

Polis menghentikan pergerakan kenderaan dari Kathmandu menuju ke daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading yang paling teruk terjejas.

Rakaman CCTV memaparkan bangunan dan kenderaan di pelabuhan sempadan Gyirong di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, musnah dibadai arus deras air dan lumpur.

Xi Jinping arah bantu

Presiden China Xi Jinping mengarahkan usaha menyeluruh dilakukan bagi mengesan mereka yang hilang di wilayah berkenaan, kata Duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong menerusi hantaran di X.

Tiga kematian dilaporkan manakala 265 orang hilang di China.

India menghantar pesawat C-130J membawa 10 tan barangan bantuan penting dan bekalan perubatan ke Nepal.

"Operasi udara tambahan menggunakan pesawat C-17 dan C-130 akan membawa bekalan bantuan selanjutnya, manakala helikopter diperuntukkan bagi operasi menyelamat dan pemindahan," menurut Tentera Udara India menerusi hantaran di X.

Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, berkata negaranya bersedia "menghulurkan apa juga bantuan yang mungkin diperlukan Nepal ketika menghadapi kesusahan ini."

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar, berkata negaranya "berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat Nepal dalam saat sukar ini serta kekal bersedia menghulurkan segala bantuan yang termampu."

Sementara itu, negeri Bihar dan Uttar Pradesh di India yang bersempadan dengan Nepal kini berada dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi banjir.

Kenaikan mendadak paras air Sungai Trishuli di Furke Khola, Nepal, kira-kira 160 kilometer dari sempadan India dilaporkan berlaku, menurut Kementerian Dalam Negeri India dalam satu kenyataan pada Rabu.

"Kesan banjir itu dijangka menjejaskan kawasan hilir Sungai Gandak di India," menurut kenyataan itu.


10 DALIL KENAPA KJ TAK LAYAK JADI PM


ARTIKEL KUTUK

KJ KAU KAU

TAK JUMPA

AMIN

ARTIKEL KUTUK

PERLI SIKIT JUMPA

KHALAS


Unknown commented on 
"APAKAH INI TULISAN 10 DALIL KENAPA KJ TAK BOLEH JADI PM?"

KJ nak saman penulis artikel yg mengutuknya.

This text that you pasted is an article yg memuji KJ.

Huh? Tak kan KJ nak saman org yang puji dia pulak? This doesn't make sense? What is the bekos? WHat the hell are you posting, Isham?

FARHASS TAK JAMBU


FARHASS 

TAK JAMBU

JADI APA TUGAS?

JENG JENG JENG

AMIN

SAPA TAHU

ROYAKLAH

KHALAS

Unknown commented on 
"ISMAIL SABRI MASUK JALA"

boring citer pak mail... kami nak cerita farh-ass.. nak tau jubo dia kena tebuk ke tak dengan pak non jubo ?..

kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

KHAMIS 27  OGOS 2026

CIA JUMPA KGB

CIA JUMPA KGB
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Kepala CIA John Ratcliffe telah senyap-senyap terbang ke Moscow. Ada apa? JENG JENG JENG.

Mat Teram kata ini rutin.

Apakah ada rancangan antara Mat Teram dengan Putin untuk paksa Zelensky TAMATKAN PERANG ?

Bekas Menteri Pertahanan Ukraine yang kena buang kerja akan melawat Amerika. Akan jumpa Mat Teram ? JENG JENG JENG.

Mamat yang kena buang kerja ini MAHU PRU di jalankan di Ukraine – dia kini menjadi MUSUH Zelensky walau pun dulu  KAWAN AMAT BAIK.

JALA TANGKAR DUA EKOR EEE
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Dua ekor  EEE telah di  jala oleh SPRM – AZEEZ dan SEREEGAR – kes  TABUNG HAJI.

Nanti bukak punya bukak akan jumpa ROSMAH  kerana  Bik Mama ini Mummy Azeez – kah kah kah.

AWAS !
JALA INI UNTUK BERI INGATAN DAN AMARAN PADA :
ZAHID HAMIDI
ASRAF WAJIDI
TENGKU  FRAUD
MAT MASLAN
JANGAN BUAT RANCANGAN UNTUK GULING MAT BURUT – amin – kah kah kah

Jala akan terus di tebar dalam kolam FELDA  DAN dalam kolam   yang di syaki ada unsur GULING MAT BURUT.  Khalas.

HOKKIEN
Pagi ini jerebu – dah masuk minggu ke tiga -  jerebu tak hilang – Hujan Buatan kemarin GAGAL.

Pagi ini matahari dilihat merah kerana habuk jerebu. KL & KL Sentral hodoh berjerebu. Cengkerik melaung minta hujan turun. 

Jalan kosong takda sapa tunggu gua – Tup Tup Ibu Tetek Lanjut muncul solo – lalu gua beri friskies.

Berjalan ke Wakaf Tiga -  Ibu Tetek Lanjut ikut dengan dua kawan – mereka dapat friskies. Pulang – takda sapa di Wakaf Pertama. SUNYI.

 Di Lorong masuk muncul dua ekor – Itam dan Coklat - gua beri friskies. NASI DALAM BEG   dah dua  hari  AKAN masuk  kembali ke peti sejuk.

Wow ... bila gua tinggalkan Itam dan Coklat ramai Tiong turun makan sama – Gua gumbira.

Di Lorong Keluar dalam sawah rumput  Pipit berterbangan – ramai – berpuluh puluh ekor  – ha ha pagi jadi indah.

Gua harap HUJAN SAMPAI. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
 Keberanian bukan tak ada rasa takut. Keberanian ialah meneruskan walau pun ada rasa takut.

BRO
Lu jangan takut untuk bersinar. Dunia ini memerlukan sinar lu.

BRO
Bila lu sendiri percaya maka kawan-kawan lu juga akan ikut sama percaya. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN  HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK