Ahad, 23 Ogos 2026

PROJEK HUMBANKAN MAT BURUT MAKIN MANTAP


INI BUKTI

PROJEK

PENYATUAN MELAYU

HUMBAN MAT BURUT

MAKIN MANTAP

AMIN

AWAS 

MAT BURUT AKAN

MENJALA LEBIH

MUSUH POLITIK

KHALAS


UMNO akan hantar wakil ke muktamar PAS bulan depan - Zahid


KUALA LUMPUR: UMNO akan menghantar wakil ke Muktamar Tahunan PAS Ke-72 yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, awal bulan depan.

Presidennya,  Ahmad Zahid Hamidi, berkata siapa wakil akan dihantar UMNO bagaimanapun akan ditentukan kemudian.

"Kita pasti akan hantar wakil ke muktamar berkenaan," katanya ringkas pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Dunia (WITEX) serta Festival Seni dan Kebudayaan Dunia, di sini hari ini.

Terdahulu, media memetik Setiausaha Agung PAS,  Takiyuddin Hassan, berkata parti itu sudah menghantar jemputan kepada Ahmad Zahid dan tiga lagi pimpinan UMNO pada Rabu lalu untuk menghadiri muktamar berkenaan yang dijadualkan pada 4 dan 5 September.

"Kita masih menunggu. Kita menjemput Presiden UMNO sendiri serta tiga pimpinan parti itu, terpulang kepada mereka mahu hadir atau sebaliknya. Surat jemputan dibuat tiga hari lalu dan kita masih mempunyai tempoh 10 hari sebelum berlangsung Muktamar PAS di Kelantan," katanya.

MAT BURUT MEMBURUT LAGI


MAT BURUT

MEMBURUT LAGI

KHALAS

ANGKAT SENJATA UNTUK MERDEKA JALAN TEPAT


BERJUANG

ANGKAT SENJATA

UNTUK MERDEKA

GARIS POLITIK

TEPAT

AMIN

Perintah berkurung dikuatkuasa di Narathiwat berikutan siri serangan


BANGKOK: Seluruh wilayah Narathiwat dikenakan perintah berkurung susulan siri insiden keganasan, termasuk serangan pembakaran dan letupan yang melanda beberapa wilayah di selatan Thailand itu sejak malam tadi.

Portal berita tempatan, Bangkok Post melaporkan pasukan keselamatan Narathiwat menerusi hantaran di Facebook mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung itu bermula jam 10.15 malam Sabtu hingga 6 pagi Ahad.

Pihak berkuasa mengarahkan penduduk tempatan supaya berada di rumah dan perlu mendapatkan kebenaran rasmi daripada tentera, polis atau pentadbiran tempatan sekiranya mempunyai urusan mendesak untuk keluar.

Langkah keselamatan ketat itu dilaksanakan susulan insiden keganasan berterusan yang berlaku di Narathiwat, Yala dan Pattani bermula jam 8 malam tadi waktu tempatan.

Kumpulan penyerang dilaporkan membakar pejabat pentadbiran, tayar kenderaan serta meletupkan tiang elektrik dan kedai serbaneka.

Sekurang-kurangnya 11 insiden dilaporkan berlaku di wilayah Narathiwat sahaja, manakala satu kejadian letupan kereta menyebabkan dua individu cedera.

Berikutan perkembangan itu, Wilayah Tentera Keempat Thailand menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati.









SAMAN DIJADIKAN EKONOMI NEGARA


AWAS!!!

MAT BURUT

GUNA SAMAN

UNTUK CARI DUIT

KHALAS

Unknown commented on
 "DARI CERMIN KERETA"

tak kibar kena tangkap. salah kibar pula masuk mahkamah! kena turun naik mahkamah! projek baru cari duitkah? kah kah kah!

MELAYU KENA TIPU


INGGERIS BERI

KUASA PADA UMNO

& FEUDAL MELAYU

AMIN

YANG LAWAN

INGGERIS DIBUNUH

DI TANGKAP

DI BUANG NEGERI

KHALAS

Kari commented on
 "DARI CERMIN KERETA"

31 Ogos hari penjajah British serah kuasa kepada macai dia UMNO Yang merdeka pada 31Ogos hanyalah UMNO. Kita semua kena tipu!

PAGI INI



PAGI INI




PAGI INI

AHAD 23 OGOS 2026

JEREBU  LANGGAR MALAYSIA


AMERIKA DAN CANADA – PERANG NIAGA
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah
Mat Teram kenakan 50% tarif untuk barangan Canada masuk ke Amerika.

PM Canada Mike Carney – balas balik – Canada juga akan kenakan tariff untuk barangan Amerika masuk ke Canada.

TERAM PAU KOREA SELATAN
Mat Teram minta 10 bilion dolar dari Korea Selatan  - kerana Amerika jaga Korea Selatan dari Korea Utara dan China – kah kah kah.

MAT TERAM CUBA RASUAH PEMIMPIN KOR REVOLUSI ISLAM IRAN ( IRGC)
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Berita terbarai – Amerika dah kalah perang dengan Iran. Lalu Teram cari jalan guna BARUA KURDISH. Cari jalan untuk RASUAH 1 BILION DOLAR – pemimpin IRGC – kah kah kah

GAGAL. Gerakan Islam mustahil di rasuah.

IRAN BERI AMARAN
Amerika sekat ekonomi Iran – maka Iran beri amaran mana negara yang ikut cakap Teram akan di anggap musuh.

IRAN BERHAK MEMBALAS !!!

JALA  MAT BURUT
Awas ! Makin ramai akan di jala oleh Mat Burut. Cara mudah.

Guna SPRM  untuk tangkap dan dakwa. 

 Mahkamah buat kes segera. Jatuh hukum -  bila HUKUM JATUH  - TAK BOLEH BERTANDING.

Yang di tuduh BOLEH MERAYU – proses rayuan lambat. PRU16 dah berjalan .

INGAT KES TIAN CHUA DINAFIKAN BERTANDING PRU14 -  Tian merayu menang  TAPI PRU dah selesai.

INI akan berlaku pada Mail Sabri dan semua musuh Mat Burut.

AWAS !
Zahid Hamidi jika tak gerak cepat akan  di nafi bertanding – amin.

HOKKIEN
Pagi ini kering – matahari dah keluar- KL & KL Sentral BERJEREBU – kota di lihat hodoh.
Langit diarah Shah Alam di lihat biru muda.

Di Lorong Masuk banyak Pipit Uban mencari rezeki – ini kerana rumput dah panjang. Cukup indah melihat Pipit berpusing untuk  berlabuh.

Ha ha di Bukit suara  Terkukur - dalam belukar suara  Cengkerik.

Pagi ini tak kelihatan Warga Hokkien – semua lesap.  Berjalan pulang dari Wakaf Tiga  GENG PUTIH turun dari bukit – Menyalak dan marah pada Tak Tak – tapi Tak Tak  langsung tak ambil pot.

Saekor Jantan Putih Baik hampiri gua – beri friskies tak mahu beri hati dan keropok  baru gumbira.

Berjalan pulang muncul Mummy Itam – lalu  gua beria dia friskies – Dia seorang yang makan. Nasi gua bawa pulang.

Hari ini akan panas – gua harap petang akan hujan – halau jerebu. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD

BRO
Apa lu fikirkan   maka itulah jadi  diri lu.

BRO
Lebih baik lu berjaya melawan niat jahat diri lu dari lu menang tempur..

BRO
Bila lu marah jangan lawan dengan marah – lawan dengan cinta kasih sayang. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI