Isnin, 24 Ogos 2026
YB RAYER YAN NGA SILA BERI PANDANGAN
ADALAH BAIK
LAGI CANTIK
JIKA YB RAYER
JIKA YB NGA
BERI PANDANGAN
TENTANG BERITA INI
AMIN
DITAMBAH PULA
DENGAN KOMEN
BEKAS YB RONNIE
AMIN
PANDANGAN
MEREKA
PASTI MEMBANTU
MEMPERKUKUH
PERPADUAN MELAYU
AMIN
AMK PKR JUGA
BERI KOMEN
PASTI TAMBAH CUN
KHALAS
Veteran, Pemuda Umno sah hadir muktamar PAS di Kota Bharu
Veteran Umno hari ini mengesahkan kehadirannya ke konvensyen Dewan As-Sabiqun PAS Pusat yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu pada 3 Sep depan.
Menurut Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, pihaknya akan hadir demi penyatuan ummah.
"Kami akan hadir, demi penyatuan ummah," katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Terdahulu dalam hantaran di Facebook, Mustapha mengesahkan pihaknya ada menerima jemputan daripada Dewan As- Sabiqun.
Dewan As- Sabiqun merupakan sayap veteran PAS.
Jemputan PAS kepada Umno menyusul selepas mereka menjalinkan kerjasama dan persefahaman dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan.
PAS melalui Perikatan Nasional (PN) kini sedang berunding untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN Negeri Melaka yang dijadualkan tidak lama lagi.
Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut mengesahkan bahawa parti itu akan menghantar wakil ke Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung di Kota Bharu.
Bagaimanapun kata Ahmad Zahid, wakil yang akan dihantar Umno akan ditentukan kemudian.
"Kita pasti akan hantar wakil ke muktamar berkenaan," katanya ringkas.
Terdahulu hari ini, Pemuda Umno mengesahkan akan menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS.
Langkah berkenaan menandakan keterbukaan ruang interaksi dan hubungan diplomatik politik antara kedua-dua sayap parti berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh juga mengesahkan komitmennya untuk memenuhi undangan rasmi daripada kepimpinan Pemuda PAS.
"Memang ada jemputan daripada Pemuda PAS untuk menghadiri muktamar berkenaan dan insya-Allah, saya sudah menyatakan komitmen untuk hadir," katanya yang dipetik oleh Berita Harian hari ini.
Fokus halatuju PRN dan PRU
Dalam perkembangan berkaitan, Akmal turut mengulas mengenai Perhimpunan Agung Pemuda Umno yang bakal diadakan pada 10 September nanti.
Menurutnya, perhimpunan itu akan menjadi medan strategik bagi merangka persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Antara fokus utama termasuk pengumpulan idea dan cadangan daripada perwakilan akar umbi untuk dipertimbangkan sebagai teras manifesto parti.
"Pada perhimpunan itu nanti kita akan buka untuk perwakilan mencadangkan perkara terbaik untuk dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) dalam mendepani PRU.
"Kita akan dengar pandangan serta cadangan daripada perwakilan dan seterusnya dibawa berbincang ke peringkat tertinggi parti untuk diputuskan.
"Saya yakin, perwakilan Pemuda banyak idea yang boleh diketengahkan dan sudah pasti kita akan pertimbangkan," katanya lagi.
JEREBU PETANG INI
JEREBU
PETANG INI
JAM 6.30 PETANG
DI HOKKIEN
JEREBU SEDANG MELANGGAR KITA
UDARA KOTOR
MATAHARI PETANG JADI MERAH
KERANA HABUK JEREBU
AMIN
JEREBU MELANGGAR LAGI
PANAS JADIKAN
HUTAN KERING
AMIN
HUTAN KERING
JADI TERBAKAR
ATAU DI BAKAR?
AMIN
JEREBU SAMPAI
KITA TERSEKSA
AMIN
EL NINO
AKAN SAMPAI
LAGI JEREBU
MENYERANG !!!
KHALAS
29 hektar kawasan lalang terbakar, asap menjulang tinggi
KOTA TINGGI – Sebuah kawasan lalang seluas 29 hektar terbakar di Jalan By Pass Punggai-Sebana Cove di sini hari ini hingga mengakibatkan asap tebal menjulang tinggi.
Kepulan asap yang tebal itu juga menghalang pemandangan di beberapa kawasan termasuk di jalan raya malah dapat dilihat dari jauh.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Pegawai Bomba Kanan I, Noor Ikhson Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.25 tengah hari.
Susulan itu seramai 12 anggota dibantu dua Jentera Fire rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 7 kilometer dari balai bomba.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati benar kebakaran lalang berkeluasan 29 hektar.
“PKO bertindak memadamkan kebakaran dan operasi masih dilakukan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.- MalasiaGazette
PENGHORMATAN UTUK HAJI HADI
TONGKAT
BUNG KARNO
PENUH MISTERI
HINGGA HARI INI
AMIN
HARI INI
TONGKAT
HAJI HADI
AMIN
CARA CARI DANA
YANG BIJAK
AMIN
Bida tongkat kemuning Hadi Awang RM16,500, ini penjelasan Muqharabbin
KUALA LUMPUR: Pendaki Gunung Everest negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin malam tadi memenangi bidaan tongkat kayu kemuning milik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada harga RM16,500.
Menjelaskan tindakannya itu, Muqharabbin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Lembah Pantai berkata bidaan bukan kerana nilai sebuah tongkat atau taksub kepada manusia, tetapi kerana ia akan menjadi kenangan serta peringatan sepanjang hidupnya.
"Malam tadi menjadi antara saat terindah buat saya, dapat berada dekat dengan seorang murabbi serta pada masa sama, dapat menyumbang kepada perjuangan PAS Melaka dan PAS Malaysia.
"Bagaimanapun, yang paling penting, tongkat ini menjadi ingatan keras kepada diri saya sendiri.
"Hari ini kita masih kuat, mampu berjalan, mendaki puncak tertinggi, berlari 50 kilometer (km), berkayuh keliling dunia, bekerja dan berjuang tetapi kekuatan itu tidak akan kekal selamanya. Jika Allah panjangkan usia, suatu hari nanti saya juga akan tua dan mungkin akan bertongkat.
"Justeru, selagi Allah beri usia dan kudrat, berjuanglah walau di mana kita berada. Jangan tunggu sehingga kita sudah tidak mampu," katanya melalui satu muat naik di Facebook.
Dalam pada itu Muqharabbin menegaskan tiada perasaan taksub kepada makhluk Allah tindakannya membida tongkat terbabit.
"Penghormatan tertinggi kita kepada manusia hanyalah kepada junjungan besar Baginda Rasulullah," katanya.
Malam tadi, Muhamad Muqharabbin berjaya membida tongkat kayu kemuning milik Abdul Hadi pada Majlis Makan Malam Amal PAS Melaka, dengan harga RM16,500.
Tongkat tertera parap TGHH, bermaksud 'Tuan Guru Haji Hadi' mula dibida pada harga RM2,500 itu dilelong khas dengan persetujuan Abdul Hadi bagi membantu jentera PAS menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.
Lelongan itu diadakan sebagai antara usaha mengumpul sumbangan bagi tabung parti.
Muqharabbin, berkata nilai RM16,500 itu juga membawa makna peribadi untuknya, yang menyifatkan ia bukan tafsiran agama terhadap angka, namun sekadar simbol untuk mengingatkan diri supaya menjaga Islam, iman dan ihsan hingga akhir hayat.
"Sebuah tongkat, sebuah kenangan tetapi membawa peringatan untuk sepanjang kehidupan.
"Insya Allah, kita jumpa di Muktamar PAS 2026 di Kelantan. Selagi ada usia, selagi ada kudrat, teruskan berjuang," katanya.
NAK MERDEKA WAJIB BANGUN MELAWAN
SEJARAH
MEMBUKTIKAN
HANYA MELAWAN
DENGAN SENJATA
BARU DAPAT
MERDEKA
KHALAS
Siri letupan gemparkan tiga wilayah Selatan Thailand malam tadi
KOTA BHARU: Selatan Thailand digemparkan dengan siri letupan bom di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan sejak malam tadi.
Menurut media tempatan Thailand, kejadian berlaku hampir serentak di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan bermula jam 8.15 malam.
Laporan awal memaklumkan sekurang-kurangnya 12 lokasi di tiga wilayah iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat.
Kejadian dilaporkan berlaku membabitkan beberapa bentuk gangguan seperti letupan, pembakaran tayar, pembakaran kenderaan serta serangan terhadap kemudahan awam dan premis perniagaan.
Narathiwat dikatakan antara wilayah yang banyak berlaku letupan bom diikuti Yala dan Pattani.
Susulan kejadian yang berlaku, pasukan keselamatan Thailand meningkatkan kawalan dan menutup beberapa kawasan bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan.
Di Narathiwat, pihak keselamatan dikatakan mengarahkan penutupan sementara kawasan tertentu termasuk Sungai Kolok dan Tak Bai, dengan larangan keluar masuk di kawasan yang ditetapkan.
Sehingga kini, jumlah sebenar kerosakan dan kemungkinan mangsa terjejas masih tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk menentukan keseluruhan kejadian, jumlah kerosakan serta pihak yang bertanggungjawab. Sementara itu, Bangkok Post melaporkan pihak berkuasa Narathiwat mengumumkan perintah berkurung sehingga jam 6 pagi ini susulan kejadian berkenaan.
BABI BAKAR PM UK
SATU DUNIA TAHU
BURN IALAH BAKAR
HAM IALAH BABI
BURNHAM JADI
BABI BAKAR
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
Pakai lah google. Google kan ada.
Burnham surname origin – These place names derive from the Old English words burna or stream, and ham, or homestead.
SAEKOR KANG KONG BANGUN MELAWAN
SAEKOR
KANG KONG
BANGUN MELAWAN
KAH KAH KAH
SAHIH INI SAEKOR
KANG KONG
AMIN
KENA BUANG
27 APRIL LALU
BARU SEKARANG
BARU NAK KENTUT
KAH KAH KAH
PASAI APA
LAMBAT MELAWAN
TAK CUKUP AIR KE?
KAH KAH KAH
KHALAS
Khidmat Solehah berakhir 27 April lepas - UIAM
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik universiti itu telah berakhir berkuat kuasa 27 April lepas.
Dr Solehah Yaacob akan cabar pemecatan oleh UIAM
KUALA LUMPUR: Dr Solehah Yaacob, akan mencabar penamatan perkhidmatannya oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mendakwa institusi berkenaan bersikap tidak profesional dalam keputusannya.
Solehah ketika bercakap kepada FMT memaklumkan beliau akan membawa kes berkenaan ke Mahkamah Perusahaan.
"Saya dipecat dalam tempoh 24 jam dan tidak dibenarkan buat rayuan.
"UIAM mahu bayar saya (pampasan) bersamaan enam bulan gaji, tetapi saya tolak," katanya.
Terdahulu, BH melaporkan perkhidmatan Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik UIAM sudah berakhir berkuat kuasa 27 April lalu.
Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UAIM dalam satu kenyataan memaklumkan Solehah tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor di universiti berkenaan atau mewakili UAIM dalam apa-apa perjawatan.
Dalam pada itu, Solehah berkata UIAM bersikap tidak profesional apabila menamatkan perkhidmatannya, terutamanya selepas beliau menerima anugerah Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sehari sebelumnya.
Penilaian MyRA, yang dibangunkan pada 2006, digunakan untuk menilai prestasi penyelidikan universiti-universiti di negara ini.
Solehah menjadi tumpuan umum berikutan beberapa pandangan kontroversi beliau mengenai sejarah dan tamadun Melayu.
GULING MAT BURUT
JADIKAN ISU
KUIL HARAM
SEBAGAI
PASAK & PAKU
PERPADUAN MELAYU
UNTUK GULING
MAT BURUT
KHALAS
AMERIKA ISRAEL KALAH - IRAN MENANG
IRAN MENANG
PERANG LAWAN
AMERIKA ISRAEL
AMIN
SELAT HORMUZ
KINI JADI SUMBER
EKONOMI
KHALAS
Jawatankuasa Parlimen Iran lulus peruntukan kenakan bayaran kapal guna Selat Hormuz
ISTANBUL: Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran pada Ahad meluluskan satu peruntukan dalam rang undang-undang yang membolehkan Tehran mengenakan bayaran ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz.
Anadolu Ajansi memetik agensi berita rasmi IRNA sebagai melaporkan bahawa jawatankuasa itu meneruskan penelitian terhadap cadangan "Pelan Tindakan Strategik bagi Menjamin Keselamatan dan Pembangunan Selat Hormuz."
Jurucakap jawatankuasa Hassan Qashqavi berkata anggota jawatankuasa meluluskan Perkara 3 rang undang-undang itu selepas perbahasannya ditangguhkan pada mesyuarat terdahulu.
Beliau berkata peruntukan itu membolehkan bayaran dikenakan bagi perkhidmatan pelayaran dan alam sekitar, bekalan bahan api dalam kes tertentu, insurans, keselamatan serta perkhidmatan lain yang disediakan di selat berkenaan.
Harga minyak naik empat hari berturut-turut, harapan damai AS dan Iran semakin pudar
SINGAPURA: Harga minyak meningkat untuk hari keempat berturut-turut apabila pelabur menilai kenyataan bercanggah daripada Tehran dan Washington mengenai sama ada Selat Hormuz dibuka kepada kapal.
Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 42 sen, atau 0.5 peratus, kepada AS$91.44 setong pada 0630 GMT, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik 51 sen, atau 0.6 peratus, kepada AS$85.45 setong.
Iran tak buka Selat Hormuz sehingga AS patuh MoU dimeterai kedua-dua pihak
ISTANBUL: Iran pada Selasa menegaskan tidak akan membuka semula Selat Hormuz sehingga Amerika Syarikat (AS) memenuhi komitmennya di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-dua pihak, lapor Anadolu Ajansi, memetik agensi berita IRNA.
Bercakap semasa sesi parlimen, Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Qalibaf, berkata Tehran akan menggunakan cara diplomatik dan ketenteraan untuk membuat Washington 'memahami akibat tindakannya'.
KANG KONG BELI KERTAS
MASIH BANYAK
KANG KONG
BELI KERTAS PHD
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"TERCABUTNYA SAEKOR KANG KONG"
Ramai lagi tahap kangkung sebegini, semua tempat berair ada kangkung, demi bangsa demi agama mendapat peluang ruang berkecimpung kah kah kah,
kalau ikut kelayakan mungkin layak jadi Tok Imam Masjid Kampung saja kah kah kah, kalau pandai berjenaka memang mendapat perhatian ramai kah kah kah kah
Unknown commented on
"TERCABUTNYA SAEKOR KANG KONG"
Aliran sastera la ni!
Top professor in Malaysia. LOL
PEROMPAK BERNAMA YB
PEROMPAK
DI PANGGIL
YANG BERHORMAT
AMIN
Unknown commented on
"MARI SOKONG YB RAYER"
Betul setuju sungguh, kalau pencuri digelar pencuri bukan Bossku, kalau sakau digelar penyakau, kalau perompak digelar perompak bukan pemimpin, buat jelas buat terang jangan layan perompak negara sebagai pemimpin? Kah kah kah kah perompak scammer dilayan macam kayangan tetapi rakyat dilayan serupa penjenayah oleh semua agensi kerajaan kah kah kah kah tak percaya pergi mana-mana pejabat kerajaan kita kah kah kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)













