Selasa, 11 Januari 2011

KENAPA TAK TANGKAP DATUK INI ?



INI PUN DATUK





BEKAS PENOLONG PEGAWAI DAERAH HULU LANGAT DIPENJARA 6 BULAN DENDA RM20,000
– berita hairan

Seorang bekas Penolong Pegawai Daerah dihukum penjara enam bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM10,000 daripada Ketua Eksekutif sebuah syarikat melombong pasir, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Mat Ghani membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh membuat rayuan dan mengekalkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Norhanizatuazwin Samsuni, 30, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Mat Ghani Abdullah mendapati dia bersalah kerana setuju menerima wang RM10,000 daripada Ketua Eksekutif syarikat Syarikat Winmont Development Sdn Bhd, Datuk Lau Kim Soo, sebagai balasan kepada kelulusan untuk satu permit membawa keluar pasir.

nota:
lihat undang rasuah dalam negara ini
biasanya mata mata cabuk kena tangkap
biasanya pegawai cabuk kena tangkap
biasanya kerani cabuk kena tangkap

akan dikenakan hukuman maksima
akan dipenjara dan akan di denda


yang besar besar
yang rasuah berjuta juta
yang rasuah berbilion
yang ini tak akan kena tangkap
yang ini selamat sepanjang hayat

LIHAT BERITA DI ATAS

pegawai daerah kena hukuman maksima

apa jadi dengan DATUK LAU KIM SOO
dia pemberi rasuah
kenapa dia tidak ditahan sama?

mana dia pukida
kenapa tak minta sultan tarik balik derajah datuk ini?
mana dia ngo melayu?
bukan kah datuk ini hina raja
kerana beri derajah kebesaran tapi amal rasuah?

mana dia pejuang islam zul nordin?
kenapa tak minta DATUK LAU KIM SOO ini di gantung mati?

mana dia melayu jati?
kenapa tak minta china ini dihukum kerana amal rasuah?

mana raja melayu?
tak kan tak baca berita ini?

macam mana china ini dapat datuk?
sultan tak malu?
ketua menteri tak malu?
gabenor tak malu?
pooorah !!!


PLENTY OF KACAU



DULU MAI DENGAN KAPAL INI




ADUN KOMTAR CABAR KIMMA BUKTIKAN SEDIA LETAK JAWATAN
– minsider

Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata “tutup kedai, balik India” terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu.

Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kasali Mohamed Aliyar, 42, ketika pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang kedai.

Ng telah menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menunjukkan rakaman video bagi mempertahankan pendirian beliau.

“Ini jelas satu pembohongan... fitnah dan dakwaan liar yang saya tidak boleh terima,” kata beliau pada sidang media hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK HABIS HABIS EEE BUAT ANGKARA?.... kah kah kah..

kah kah kah… DULU DI BAGAN PINANG ADA EEE PATAH LEHER…kah kah akh..

kah kah kah… MACAM MANA SURUH TUTUP KEDAI BALIK INDIA?... kah kah kah

kah kah kah…. EEE INI BUKAN ADA NEGERI… kah kah kah…

kah kah kah… INDIA PUN TAK KAN LAYAN… kah kah kah..

kah kah kah…. MANA ASAL USUL EEE INI TAK PASTI… kah kah kah…

nota:
nak kata india bukan india
nak kata bengali bukan bengali
nak kata pakistan bukan pakistan
plenty of susah kah kah kah


SIAPA BUKA BERITA ROGOL INI





KELUARGA MITHALI





RAIS ENGGAN ULAS PENAFIAN BEKAS AMAH
- minsider

Rais Yatim memutuskan untuk berdiam diri berhubung perkembangan terbaru dakwaan insiden rogol walaupun bekas pembantunya sudah pun menafikan perkara tersebut.
Rais enggan mengulas apa-apa mengenai penafian tersebut yang dibuat pembantu rumahnya di Indonesia, Jumaat lalu.

“Tiada komen. Saya ada perkara lain untuk hadir,” kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu selama lapan tahun sehingga 2007 menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Menurut laporan portal berita detik.com hari ini, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… NAK KOMEN APA LAGI…. kah kah kah…

kah kah kah…EMBAK DAH KATA TAK ADA ENTOT…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU CAKAP TAK ADA ENTOT.. TAK ADA ENTOT LAAA…kah kah kah

woit… NAPA TAK SAMAN WIKILEAKS… kah kah kah…

kah kah kah…INI MESTI NEGARA BARAT CEMBURU PADA KEJAYAAN MALAYSIA…kah kah kah..

kah kah kah… TU PASAL WIKILEAKS BUIAT FITNAH…. kah kah kah..

woit… KALAU TIDAK WIKILEAKS INI DI BAYAR OLEH PAKATAN RAKYAT… kah kah kah…

kah kah kah… ATAU INI SATU KONSPIRASI YAHUDI TERHADAP PEMIPIM ISLAM…kah kah kah

kah kah kah… MANA TAHU… APCO NI SETIA PADA ISRAEL… kah kah kah..

kah kah kah…ATAU INI RANCANGAN PIHAK PIHAK TERTENTU YANG NAK JATUHKAN PEMIMPIN MELAYU ISALAM… kah kah kah..

nota:
macam macam dilakukan
semua nak tipu orang kampong
semua nak lebong mak cik felda
semua nak kelentong minah kerinchi
kah kah kah..

TANDA TANDA DAN TANDA TANDA APA?




MINYAK OH MINYAK




PERUNCIT: BEKALAN MINYAK MASAK TAK MENCUKUPI - mkini

Beberapa peruncit di sekitar Lembah Klang mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka, sekali gus meruncingkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran.

Mereka berkata sekalipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) telah menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan ini, bekalan kepada mereka masih tidak berubah.

Tinjauan di kedai dan pasar raya juga mendapati kebanyakannya sudah hampir kehabisan bekalan manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula terhad.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK KAN TAK FAHAM….kah kah kah..

kah kah kah… TAK KAN TAK RETI TANDA TANDA INI…. kah kah kah..

kah kah kah… LIHAT … PELIK ATAU TIDAK….kah kah kah..

kah kah kah… NEGARA TERBESAR PENGELUAR MINYAK DALAM DUNIA… TAPI RAKYAT TAK DA MINYAK…… kah kah kah…

kah kah kah.. INI LAH SISTEM EKONOMI KAPITALIS…. kah kah kah…..

kah kah kah… SAPA LEBIH KUAT…. CUKONG ATAU KERAJAAN… kah kah kah…

kah kah jah…. SIAPA LEBIH BERKUASA…. CUKONG ATAU ISMAIL SABRI… kah kah kah


mari kiat bertaruh yang mana akan mucul:

1 - kerajaan akan terus berusha tetapi keadaan ...
2 - harga minyak kita lebih murah dari....
3 - kerajaan beri subsidi berjumlah...
4 - lebai karim di kg gibong akan berjimat ....
5 - kerajaan akan terus pantau...
6 - peniaga cari untung berlebihan akan di dakwa....
7 - tiga pengusaha kilang minyak haram di tangkap...
8 - sebuah lori cuba seludup di tahan....
9 - tuan punya warung berjanji tidak akan...
10 - pergi kencing berdirilaaalaaa.... dah dengar semua ini kah kah kah


LAGI MATI DALAM RUMAH PASONG




INI ADI ANWAR MANSOR



nota:
silap silap
habis orang india
di malaysia kita ini
dalam jil ramai india
di rumah pasong ramai india mati

akhirnya agenda ini akan pupus !




KELUARGA KECEWA BEDAH SIASAT KEDUA DITOLAK -mkini

Keluarga M Krishnan - lelaki yang mati ketika dalam tahan polis pada 7 Januari lalu kesal kerana polis terus enggan memberi lampu hijau kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menjalankan bedah-siasat kedua ke atas mangsa.

Menurut peguam yang mewakili keluarga berkenaan, N Surendran, meskipun dirayu ahli keluarga dan sahabat-handai mangsa yang curiga dengan kecederaan yang ditemui pada tubuh Krishnan, namun polis tetap tidak berganjak.

"Seharusnya tidak ada masalah setuju atau tidak bersetuju dengan post-mortem kedua ini. Keluarga berhak untuk itu jika mereka tidak puas hati dengan hasil dari bedah siasat sebelum ini maka mereka harus diberikan sebuah post mortem kedua. Seharusnya tidak ada pertanyaan atau keberatan," kata Surendran.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI KEMATIAN PERTAMA UNTUK TAHUN INI… kah kah kah..

kah kah kah… AWAL BULAN AWAL TAHUN… MACHA SUDAH KENA BEDAL… kah akh akh..

woit… MARI KITA JUMLAHKAN BERAPA YANG TELAH MATI DI RUMAH PASONG UNTUK TAHUN INI… kah kah kah…

nota:
mana pergi hindraf?


KETUANAN MELAYU YANG TIDAK LAGI TUAN




HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU




UTUSAN TERUS JADI MUSUH NO 1 SATU MALAYSIA – harakah daily

Akhbar Utusan Malaysia disifatkan sebagai musuh nombor satu konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib Razak.

Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, walaupun Utusan terus menolak dasar satu Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melain semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri yang menjadikan konsep satu Malaysia kosong dan penuh hipokrit," kata Kit Siang.

Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita satu Malaysia," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
akhbar ini tidak ada jalan lain
kalau tak menjual perkauaman
nak jual apa lagi?
pembaca dah merosot
saban tahun rugi
anak muda langsung tak ambil pot
maka terpaksa jaja agenda ketuanan melayu
dan jual cerita derhaka terhadap raja dan sultan

lama ke lamaan akhbar ini akan tinggal nama
tak ada pembaca – sekarang pun pejabat kerajaan
dan sekolah-sekolah dipaksa membeli akhbar ini
ada juga kaki bodek beli beribu-ribu naskah kemudian
diedarkan percuma – semua ini hanyalah bekalan
oxygen untuk sementara.

sementara apa?
sementara belum tutup
kah kah kah