Selasa, 21 Julai 2026

CARA TERBAIK


CARA TERBAIK

LAGI TEPAT

UNTUK 

HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIMA

KHALAS




Hadi Awang: Kerjasama PN-BN Ikhtiar Elak Perpecahan UmatKUALA LUMPUR | 21 Julai 26 – Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang mempertahankan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkannya sebagai ikhtiar politik bagi mengelakkan perpecahan umat Islam yang menurut beliau boleh membawa bencana kepada agama, bangsa dan negara.


Dalam tulisan Minda Presiden PAS bertajuk Iktibar Perpecahan Umat Mendatangkan Bencana, Abdul Hadi berkata pendekatan penyatuan itu selaras dengan tuntutan Islam yang mengutamakan perpaduan dan menolak perpecahan dalam kalangan umat.


Beliau menegaskan perpecahan umat Islam sepanjang sejarah telah menyebabkan hilangnya kekuatan politik, membuka ruang kepada campur tangan musuh serta membawa kepada kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam.


Menurutnya, keadaan politik semasa di Malaysia juga menuntut langkah berhikmah bagi menyatukan umat Melayu Islam bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem demi mempertahankan kedudukan politik Islam.


“Keadaan ini mewajibkan langkah perpaduan umat Melayu dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Maka, PAS terpaksa mengambil langkah politik yang berhikmah dengan mengambil teladan Rasulullah SAW yang menyatukan bangsa Arab yang keras berpecah sehingga berperang saudara, diikuti perpaduan umat masyarakat majmuk yang berada di Malaysia,” katanya.


Abdul Hadi berkata PAS mempunyai pengalaman menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti termasuk UMNO, DAP, PKR dan BERSATU, namun setiap kerjasama bergantung kepada pematuhan syarat serta matlamat yang dipersetujui.


Beliau turut mengkritik beberapa parti politik yang disifatkannya tidak lagi sehaluan dengan perjuangan PAS, termasuk mendakwa BERSATU telah menyisihkan diri daripada PN sehingga menjejaskan usaha menawan Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH).


Selain itu, beliau mengulangi pendirian bahawa PAS menolak kerjasama dengan PH yang menurutnya didominasi oleh DAP, sambil mendakwa gabungan itu membawa pendekatan yang bercanggah dengan perjuangan politik Islam.


Mengulas strategi pilihan raya, Abdul Hadi berkata kerjasama PAS dan UMNO di Johor merupakan langkah mempertahankan kekuatan Melayu Islam, manakala di Negeri Sembilan PAS memainkan peranan lebih aktif untuk membantu mengambil alih pentadbiran negeri daripada PH.@politiko.my



Tiada ulasan: