JIKA ADA
PERTEMUAN
UNTUK HUMBAN
MADAFAKA
SEMUA RAKYAT
SOKONG
AMIN
LAKUKAN CEPAT
LAKUKAN HARI INI
AMIN
'Tak ada, tak tahu' - Zahid sangkal pertemuan BN, PN, GPS dan GRS
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menepis spekulasi liar berhubung penganjuran satu pertemuan melibatkan pimpinan utama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang tular di media sosial hari ini.
Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN menegaskan, dia langsung tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan berkenaan dan menyifatkan desas-desus tersebut sebagai tidak berasas.
"Tak ada, tak tahu. Saya tak tahu-menahu hal itu.
“Saya periksa dengan Menteri Dalam Negeri pun, mengikut sumber pun tak ada, tak tahu, tak ada," katanya ringkas yang dipetik akhbar Berita Harian selepas menghadiri Sambutan Hari Imigresen Ke-104 di Cyberjaya, hari ini.
ADS
Ahmad Zahid memberi maklum balas tersebut berikutan penularan mesej di platform media sosial yang mendakwa bahawa gabungan parti-parti berkenaan bakal memanggil satu sidang media khas pada jam 2 petang ini.
Mesej tular itu bagaimanapun tidak memperincikan motif atau agenda sidang media tersebut.
ADS
Spekulasi itu timbul susulan tindakan BN yang bekerjasama dengan PN, khususnya PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.
BN akan bertanding di 25 daripada 36 kerusi manakala baki kerusi itu diisi oleh calon-calon PN, khususnya dari PAS dan Wawasan mentang sekutunya di kerajaan persekutuan, Pakatan Harapan (PH).
ADS
Kekal setia dengan kerajaan Perpaduan
Mengulas lanjut, presiden Umno itu meyakinkan bahawa pendirian partinya adalah untuk terus bersama kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) kelak.
Jelasnya, ketetapan tersebut dipandu sepenuhnya oleh keputusan yang dipersetujui dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini.
"Itu pendirian dan resolusi yang kita bawa ke Perhimpunan Agung.
“Tiada badan yang lebih tinggi daripada Perhimpunan Agung dan kita sangat menghormati keputusan itu. Jadi kita harap janganlah risau," katanya.
Sehubungan itu, dia yang juga presiden Umno meminta semua pihak diminta menghormati keputusan yang telah dicapai di peringkat tertinggi itu.
‘PM ada kuasa mutlak jika syak’
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata keputusan melantik atau menggugurkan mana-mana individu dalam Kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Kuasa pelantikan itu adalah hak mutlak perdana menteri. Jadi kalau perdana menteri mengesyaki ataupun dapat maklumat yang benar, itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan perdana menteri memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang rakan Kerajaan Perpaduan ketika berkempen pada PRN.
Anwar dilaporkan berkata mana-mana pihak berkaitan yang melakukan perkara itu akan diminta berundur daripada jawatan disandang.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan