MAT PET
TAHU POLIS
KAKI PAU
AMIN
MAT BANGLA
MAT MYANMAR
TAHU POLIS
KAKI PAU
AMIN
APAKAH JIKA
HUKUM GANTUNG
DIKENAKAN PADA
POLIS YG RASUAH
AKAN SELESAI
MASAALAH INI ?
KHALAS
Ketua Polis Kelantan dedah anggota jadikan penagih sebagai ATM
KOTA BHARU: Polis Kelantan mendedahkan segelintir anggotanya dikesan menjadikan penagih dadah sebagai mesin juruwang automatik (ATM) dengan mengugut sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan.
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awam, jumlah wang yang diminta sehingga RM1,000 dan pihaknya sudah memberi amaran berhubung perkara ini dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat bukti yang jelas.
"Kita mendapat maklumat perbuatan itu dilakukan ketika mereka menjalankan tugasan di lapangan. Mereka pegang penagih dadah dan sekiranya mahu lepas dan tidak diheret ke lokap, perlu bayar sejumlah wang.
"Selain penagih dadah, mereka juga mensasarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memeras ugut.
"Kita tunggu dan lihat, jika dapat kepada saya memang saya tidak akan lepas dan tindakan tegas akan diambil. Walaupun kes seperti ini hanya terpencil namun kita memandang serius," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, kebanyakan ibu bapa sanggup membayar sejumlah wang berkenaan kerana sayangkan kepada anak-anak.
"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana memberi dan menerima rasuah itu satu kesalahan. Apabila ditangkap dan menjalani hukuman, penagih akan menjalani pemulihan sekali gus dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk mengharungi masa depan," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan