Selasa, 21 Julai 2026

ZAMAN NABI MANA ADA RAJA ATAU SULTAN


PENGANUT ISLAM

SUNNI PELIK

AMIN

KLIM IKUT

SUNNAH NABI

KAH KAH KAH

ZAMAM NABI

MANA ADA RAJA

ATAU SULTAN

KHALAS


Houthi umum sekatan laut ke atas Arab Saudi, ancam cetus konflik baharu


RIYADH: Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman mengumumkan sekatan laut ke atas Arab Saudi, sekali gus berpotensi membuka medan baharu menentang Amerika Syarikat (AS) dalam konflik dengan Iran.

Tindakan itu juga secara tidak langsung meningkatkan ancaman terhadap bekalan tenaga dan perdagangan global di luar rantau Teluk.

Susulan pengumuman Houthi itu, pakatan tentera diketuai Arab Saudi di Yaman memaklumkan akan bertindak balas menggunakan kekerasan.

Pakatan itu turut mengumumkan pelaksanaan langkah perlindungan terhadap kapal-kapalnya yang melalui Selat Bab el-Mandeb, laluan perkapalan penting bagi eksport minyak Arab Saudi susulan penutupan berkesan Selat Hormuz.

Pengumuman Houthi dibuat ketika muncul petanda Tehran dan Washington mahu menyambung semula usaha diplomatik bagi menghentikan kitaran serangan yang semakin memuncak dan hampir menggagalkan perjanjian sementara yang dimeterai bulan lalu.

Sementara itu, Kementerian Luar Iran memaklumkan pihak pengantara sudah mengemukakan beberapa cadangan kepada Tehran, sekali gus menunjukkan saluran diplomatik masih aktif, namun tidak memperincikan cadangan berkenaan.

Susulan pengumuman itu juga, harga minyak meningkat seketika sebelum kembali susut apabila pedagang masih berharap penyelesaian diplomatik dapat dicapai.

Pada masa sama, kos insurans bagi penghantaran barangan melalui Laut Merah meningkat berikutan risiko keselamatan yang semakin tinggi terhadap kapal dagang.

Sebelum ini, Iran dilaporkan menggesa Houthi menutup laluan Selat Bab el-Mandeb yang menghubungkan Laut Merah sekiranya AS terus melancarkan serangan terhadap infrastruktur strategik Iran.

Penutupan sepenuhnya selat itu dijangka mengurangkan bekalan minyak global sebanyak tujuh peratus kerana sebahagian besar eksport minyak Arab Saudi tidak lagi dapat keluar dari rantau berkenaan.

Gangguan itu akan memburukkan lagi penyusutan aliran minyak akibat konflik di Teluk yang setakat ini mengurangkan penghantaran minyak dunia kira-kira 10 peratus daripada bekalan global.

Dalam kenyataannya, sayap bersenjata Houthi mengumumkan pelaksanaan sekatan maritim terhadap musuh jenayah Arab Saudi berdasarkan prinsip 'mata dibalas mata', berkuat kuasa serta-merta sebagai tindak balas terhadap apa yang didakwanya sebagai "kepungan yang tidak adil dan menindas" dikenakan Arab Saudi ke atas Yaman.— REUTERS

Tiada ulasan: