Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 3 November 2011

MENGENAL IBADAH HAJI DENGAN ILMU SEMIOTIK



SATU KAJIAN AWAL IMEJ HAJI




AL-HAJI DAN SEMIOTIK

Mari kita sama sama melihat gambar ini dengan menggunakan ilmu semiotik. Semiotik ialah ilmu untuk membaca tanda dan makna yang lahir dari imej. Semiotik ialah ilmu melihat dan membaca gambar. Gambar atau imej memiliki nahu - seperti bahasa. Dengan mengetahui nahu ini kita boleh mengetahui/membaca dan memahami makna dan tanda yang dipancarkan oleh gambar/imej.

Gambar diatas mempelihatkan Rosmah dan Najib serta rombongan dari Malaysia sedang berjalan dan dikelilingi oleh soldadu. Gambar ini bukan diambil di Putrajaya kerana soldadu ini kelihatan amat asing. Najib dan Rosmah tidak memakai baju dan pakaian biasa. Rosmah tanpa cincin dan mutiara. Rosmah tanpa beg Birkin. Maka akan ada orang akan merasa pelik melihat pakaian Rosmah dan Najib ini. Apakah mereka berteater atau bersandiwara?

Tetapi kepada yang tahu hal ehwal Islam atau seorang Muslim - mereka akan tahu Rosmah dan Najib memakai Ihram. Sedang berada di Mekah dan bukan berteater di Istana Budaya.

Lalu timbul persoalan – siapakah pengiring Rosmah dan Najib ini? Ini kerana soldadu ini memakai pakian chelorong cheloreng? Apakah keadaan amat bahaya? Jika ini di Kaabah maka gambar ini memberi makna bahawa Rumah Allah ini dalam bahaya?

Lalu timbul persoalan – bukankah di wilayah ini – dari sejarah nya – yang paling ditekan dan diajar ialah AMAN dan DAMAI – maka kenapa perlu bala tentera? Untuk yang mengetahui sejarah HAJI – akan bertemu babak sejarah dimana Muhamad telah datang membawa AMAN. Malah membunuh/memburu binatng liar pun diharamkam pada musim ibadah Haji? Mengapa perlu soldadu?

Maka timbul persoalan : Apakah ayat ini wujud? : wahai orang orang beriman apabila kamu ada harta dan ada cincin berlian apabila kamu ada kuasa dan kekayaan maka apabila kamu hendak melakukan ibadah haji hendaklah kamu memakai soldadu dan bala tentera kerana mungkin ada kaum mushrikin yang kana merompak kamu - INI ADALAH AYAT SETAN.

Mari kita selidiki lagi apa makna gambar ini. Apa tujuan gambar ini? Gambar ini pertama dikeluarkan untuk untuk memberitahu Mak Cik Felda bahawa Rosmah dan Najib kini sedang beramal ibadat di Mekah. Imej khusus ditujukan kepada manusia Melayu/Islam.

Gambar ini diambil dan disebarkan bertujuan untuk mengatakan kepada bakal pengundi Melayu/Islam bahawa : Rosmah dan Najib itu adalah insan warak. Kes Bunuh Altantuya, kes makan duit komisen, kes rembat tanah lapangan terbang TUDM di Sungai Besi – semuanya telah disucikan dengan gambar ini. Gambar ini akan menjadikan tanda bahawa semua cerita-cerita itu fitnah. Cerita yang tidak boleh dipakai kerana sebenarnya Rosmah dan Najib ini orang yang warak.

Gambar ini disebarkan dengan tujuan meminta Malayu/Islam mengundi gerombolan. Ini gambar poster berkempen.

Dari segi semiotik pula gambar ini adalah GAMBAR ASOSIASI – atau GAMBAR BERKAIT. Contohnya ramai anak muda ingin mengambil gambar berdiri disebelah Siti atau Mawi. Justeru yang bergambar akan bangga dapat dikaitkan imej mereka dengan penyanyi pop ini.

Atau mengambil gambar di hadapan parlimen British. Jika ada Mak Cik Felda melihat gambar dihadapan parliemn ini maka Mak Cik Felda akan menganggap bahawa – cukup terer orang yang dalam gambar kerana telah sampai ke London. Ini maknanya gambar berkait.

Gambar ini mengkaitkan Rosmah dan Najib dengan Rumah Allah. Dengan Islam.Dengan kesucian beribadah.

Tidak percaya? Ini satu lagi fitnah dari Tukar Tiub? Pandang sudut gambar ini betul betul. Dari sudut mana gambar ini diambil. Ianya bukan diambil dengan kamera cap ayam. Gambar ini diambil dari tempat tinggi. Ertiny memang ada juru gambar yang dibawa khas untuk mengambil gambar ini.semua ini dirancang.Walau opun ambil gambar ini BUKAN tercatit dalam rukum Haji, atau ini adalah rukun Haji yang terbaru.

Justeru terbukti gambar ini memang untuk disebar. Ini bertujuan untuk mengkaitkan Najib dan Rosmah dengan Rumah Allah. Ini untuk memperlihatkan betapa suci nya Rosmah dan Najib.

Lalu persolaan timbul: Apa sebenarnya naratif atau cerita gambar ini?

Gambar ini adalah contoh terbaik apabila Islam difeudalkan. Inilah contoh terbaik apabila Islam di GEROMBOLANKAN. Gambar ini adalah wajah Islam Feudal. Konsep dan falsafah AL-Haj adalah KESAMARATAAN. Semuanya sama didalam Rumah Allah. Semua sama di hadapan Allah. Semua mengabdikan diri beramal kerana Allah bukan kerana undi atau RRU 13.

Tidak ada yang SPESIAL dihadapan mata Allah kecuali yang bertakwa. Beg Birkin dan cincin berlian tidak akan diambil kira. Di hadapan Allah tidak tidak Tun, Taan Tin , Tong, Datuk, Seri , Datin. Semua dianggap sama justeru SEMUA memakai pakaian yang sama – ihram.

Dengan ini jelas bahawa imej ini adalah imej terbaik untuk memperlihat betapa Islam telah difeudalkan – difeudalkan oleh Raja Saudi. Dan di feudalkan oleh Gerombolan/Melayu/Bumiputera/Ketuanan Melayu
.

Islam menentang feudal. Sayangnya satelah lebih dari seribu tahun maka agama ini semakin menjadi feudal dan terus difeudalkan. Imej ini adalah imej asap candu yang akan melalaikan Mak Cik Felda. Imej ini adalah imej feudal yang memperlihatkan bahawa di Kaabah pun – didalam Rumah Allah – ada yang wilayah khas untuk yang berkuasa. Yang berkuasa ini spesial tak kira sanma ada telah terlibat dalam kes bunuh Altantuya atau kes rembat tanah TUDM. Lihat bagaimana telah dilucahkan tempat suci ini.

Wahai orang orang yang cerah sedarlah oleh kamu bahawa agama hari ini sedang dijual beli. Ada agama yang sedang menjadi dadah. Ada agama yang diperniagakan. Ada agama digunakan untuk menindas orang lain. Ada agama digunakan untuk menjadi kaya raya. Dan ada agama dijadikan kempen pilihanraya.

Jika masih ada yang tidak faham akan tanda dan makna imej ini maka sila baca ayat ini: Wahai orang orang yang bodoh apabila kamu telah berjaya dibodohkan maka hendaklah kamu sentiasa menjadi bodoh kerana kebodohan kamu itu adalah tanda bahawa kamu telah betul betul bodoh. Jika kamu bertemu dengan ayat ayat semiotik ini maka hendaknya pecah kebodohan kamu itu agar kamu menjadi insan yang bertakwaayat Tukar Tiub.


NOTA:
siapa pula yang lain lain di belakang Rosmah dan Najib?
selain dari soldadu dan sosok yang tidak memakai ihram
pasti mukabharat polis rahsia saudi arabia
yang lain dari itu ialah para juak dan kaki kaki bodek
pencari kontrek, bakal yang ingin jadi calon, broker tanah
kontrektor kelas A, pegawai kerajaan, Ksu dan pelbagi macam malaon
sayang sekali vincent tan dan ananda bukan islam
kalau tidak pasti mereka pun ada dalam rombongan


KITAB WAJIB BACA


NOTA:
wahai anak anak muda
jika kamu ada masa
wajiblah kamu mencari
membeli buku ini agar
kamu fahamlah hendaknay
makna dan tanda naik haji


28 ulasan:

mek berkata...

tt, kalau tengok berita malam tadi pasal mat monggol kat mekah, lagi la rasa nak termuntah. wekk...wekk...

lucky u tak ada tv.

Fahmi Ismail berkata...

Aku nampak Zambry Kadir dekat situ, Isham..

Tanpa Nama berkata...

HAJI MALBORO @ HAJI MALBERUKKKK

Tanpa Nama berkata...

yang hitam sgt tu sapa tuuu hahahaha

elsyet berkata...

Kat dpn najib, pastu adik najib kot, pastu rosmah, lepas tu baru org lain lain. Kah kah kah. Mana tasbih mutiara dr ostrolia tu? Tak nampak pun? Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Nak berlagak konon orang yang penting sangatlah tu. Sampai kat Mekahpun nak tunjuk lagak. Pergilah seribu kali pun tak kan dapat cuci dosa-dosa tu. Uwek uwek uwek uwek uwek

Tanpa Nama berkata...

Yang gelap tu Pak Sheikh Arab....Mutawwif..... Jamil Khir ngak bisa Ya Pakk???

Tanpa Nama berkata...

apa yang kau merapu ni

isham...ada kala tulisan kau sgt bagus...adakala sangat teruk

apa nak hairan

PM adalah selebriti no 1

hari2 keluar berita mengenai apa dia buat tu biasalah

yang bukan selebriti mcm aku dan korang...update kat facebook jelah...angkat bakul sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham,

satu lg ilmu semiotik dr gambar yg terbaek...kakakakka..

pandangan aku yg ciput ni:

1. petanda benar PRU-13 lepas raya haji...kalau tak Najib n Rosmah mcuba 'melakonkan' ketulusan melakukan ibadat!

2. petanda 'rosak' nya pegangan tauhid manusia melayu kalau mempercayai N&R benar2 jujur melakukan kerja2 haji...

3. petanda binasalah 'keamanan & kesejahteraan' khususnya di bumi Malaysia...petanda itu tertuju terus kpd gerombolan BN...apa maksudnya? tiada lg 'keamanan' dlm gerombolan BN...aku yakin kekalahan jelas telah menanti BN! (hukum Allah jgn disalahgunakan utk pancing undi n dipolitikkan, maka Allah SWT akan 'politikkan' gerombolan sehabisnya!)

4. petanda 'habislah kau rosmah': terang2 menolak hukum benar haji...apa kejadahnya nak berkawal dgn askar?? takut jemaah haji malaysia buat demo ke?? jelas ketakutan yg Allah dtgkan khas utk N&R terpancar dgn gambar ni...tak percaya...pergi mampos lah korang...

5. petanda kpd rakyat: 'Pakat2lah tukar kerajaan'!

BKU (babi kau umno!)

Tanpa Nama berkata...

ALI SHARIATI = Shia Imamiyah
Kenapa TT mendukung SHIA =
Free fuck with all of your mothers (ADULTERY)or, Incest bersama ibunya,PRAYLESS

Riset Tuan TT ternyata bagus, tetapi Tidak perlulah mendagangkan Ahli Falsafah Shia tentang Ibadah Haji.

Sejak kapan parameter pahala shia menjadi metode perkiraan Ibadah?

i_refused

Tanpa Nama berkata...

fikrah anda berkenaan hikmah haji sangat menyegarkan.Haji yang menjadi simbolik kesamarataan dijadikan feudel golongan yang kononnya bangsawan=)

Tanpa Nama berkata...

TT tolong pastikan ini tdk akan trjadi jika ditakdirnya anwar ibrahim, haji hadi...waima sesiapa saja selain geng2 gorombolan mnjd org no 1

Tanpa Nama berkata...

Anon 1.39ptg mesti wahabi toktok yg. Rasis dan hamba zionis

Kah kah kah

otaklunyai berkata...

jenis manusia celaka....

nogoto university berkata...

satu gambar yang melukiskan seribu perkataan..tiba PRU..salin gambar tersebut, jadikan bahan ceramah dan bukti betapa peminpin umno gelap akal semata kerana kuasa dan harta dan agama jadi pertaruhan.
Amalkan duhai peminpin umno,banyak modal telah dan akan dapat rakyat kumpulkan dari kehabisan cerdik anda.

Tanpa Nama berkata...

Apakah Islam sudah ada kasta baru?,bagaimana mungkin seorang pemimpin merasai kesusahan rakyat marhain,pergi tawaf depan kaabah ada soldadu yg iring..naik bas ada langsir dan tempat duduk mewah..makan kat restoran hanya 3 atau 4 ringgit..paling muak lagi meloyakan akhbar parasit buat tajuk besar dengan gambarnya sekali bahawa PERDANA MENTERI mesra rakyat suci murni tulus mulus,sok balik haji ramailah pembanggang,pembodek, pengipas cium tangan nak ambil berkat...apa punya BODOH manusia macam ni.

Tanpa Nama berkata...

salamz bro

saya rasa tak perlu nak ceritakan Pm diakwal oleh tentera etc. Nak buat haji menghadap rumah Allah bukan perkara main2. Biarkan urusan itu antara die dengan Allah. Tidak perlu digimikkan dengan persoalan2 lain bro. saya rasa kurang enak didengar. PAtutnya kita berdoa moga beliau diberi hidayah n kita semua diberikan keimanan untuk berada di jalan yang lurus.

Tanpa Nama berkata...

Bila aku tengok gambar simbiotik/sialbiotik ni teringat kat satu ayat power Zul bisul dalam ceramahnya mengutuk gerombolan ketika dahulu seperti berikut. Katanya bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda, " wahai umatku, di akhir zaman nanti kamu semua akan melihat umatku akan menjual agama mereka hanya untuk kepentingan dunia yang sedikit..". maksud menjual agama adalah seperti dalam gambar sialbiotik tadilah. sandiwara semasa nak tipu umat melayu, tapi Tuhan mereka tak boleh tipu. sama juga dengan si Zul, dia boleh rancang tapi perangan Allah sudah ada untuk Zul dan Lebai monggol. Lepas PRU13 Allah akan tunjukkan kepada kita semua siapa yang akan tergolek dog. Kah..Kah..Kah.

Tanpa Nama berkata...

Anon 3.45ptg

Bukan wahabi walhal bukan rasis maupun zionis.
tidak pantas kita utk mengikut tafsiran shia imamiyah (12 imam). itu adalah konteks. apa yg anda memahami adalah teks sahaja.

makanya, murtadkan lah diri anda dari melayu. dan gigitlah peganganmu dgn geraham.

nah..disitu anda akan memakan inti nya.

Eid Mubarak

Tanpa Nama berkata...

Bro 6:31 ptg, harapan sememangnya begitu agar dibukakan pintu hati menemui jalan yg lurus itu memang positif...cuba baca dan belek belek dgn teliti apa isu Bro TT lontarkan...sumber yg memungkinkan seseorang itu pergi menunaikan haji..adakah samar samar?,gulap lg banyak hitam? atau bersih seputih salji?,pokoknya sumbernya itu,kalau ada unsur menipu,mentedarah duit rakyat apatah lg tuduhan rasuah yg tidak dijawab faham faham sendiri la,tak ada bezanya menang loteri pergi naik haji..akai ada ka...

Tanpa Nama berkata...

1. gambar tu byk tunjuk mereka berborak sesama sendiri.
2. sumber drpd hamba2 Allah yg dah tunaikan haji/umrah, kamera dilarang masuk. curi2 bawa pun amik gambar takut2.
3. mcm pegi melawat disneyland pulak diaorg nie, mcm xbersungguh pun buat ibadat. Allah sahaja yg tahu.

faezal goering berkata...

setuju ngan TT.. gambar kat kaabah tu memang utk tujuan propaganda.. sian kat PM, terpaksa ditunjukkan gambar dia ngan minek gi tawaf supaya org ramai percaya dia memang gi haji... Tun M dulu pun masa org sume benci kat dia dulu, dia gi haji gak, tapi takde ler sampai disiarkan gambar dia depan mekah tuh

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.12ptg
Kalau pun TT nak ikut syiah ke, itu kan hak TT.? Apa masalah dgn kamu kalau bro. Isham menyanjung penulis ali shariati.??
Adakah islam yang diterima oleh Allah ditentukan oleh kamu.
Kamu adalah manusia sombong dan telah mengambil tugas Allah..

Tanpa Nama berkata...

Mengimbau kembali pengalaman ku menunaikan fardhu Haji, di dataran Kaabah sentiasa dipenuhi manusia utk bertawaf dan tiada sesaat pun kawasan tersebut kelihatan lengang seperti dlm gambar - hanya yg ada rombongan Najib dan tentera kawalan sahaja. Setuju dgn pendapat TT bahawa gambar yg diambil telah dirancang utk digunakan sebagai Kempen Pilihanraya. jadi Najib bin Rosmah pergi Mekah utk berlakun filem! Kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

kisah2 dongeng ustat2 sudah terbarai.. kalau dulu, silap bercakap depan kaabah atau kat tanah haram.. akan jadi macam2..

punyerlah ramai makhluk2 binatang ternakan islam di malaysia sudah kecanduan tak tentu pasal..

padahal, masa awal kedatangan islam kan.. tok2 arab badwi gantung patung bersepah2 kat kaabah.. malah menari bertelanjang pun sudah menjadi kisah lawak antarabangsa untuk orang islam sama2 renungi..

woit, bodohnya orang islam macam binatang ternakan jer.. allah bagi otak suruh pikir, tapi guna otak sama macam buah pelir jer.. tau hayun jer bila nak pakai... bila nak dimakan, senang jer disembelih... bila la nak cerdik melayu nih ha? ditakut2kan dengan api neraka, sudah terkincit daa... padahal gerombolan tu munafik jer islam dia.. memang dia nak menipu..

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah, , ,klakarlah tt....mcm org uzur plak najib & rosmah ni aku tgk, Tok Guru Nik Aziz yg sudah tua pon dalam keadaan sederhana sahaja dalam mengerjakan ibadat haji dan umrah nya

Tanpa Nama berkata...

Utk makcik felda yg celik, mereka akan tahu ini lakonan semata. Bukankah kalo pergi haji, taraf anda sama rata dgn semua? Tidak perlu pegawai. Anda perlu berkumpul bersama org lain utk practise pergi padang masyar. Ini tidak. Rasenya x menjadi gambar ni

Tanpa Nama berkata...

heran gak.. nape korang "tak happy" langsung tengok gambo Najib & Rosmah nak gi tawaf? agak-agaknya bilakah kita semua berpeluang ke sana ek ???