Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 3 November 2011

HANYA SATU JAWAPAN : BANGUN DAN LAWAN!




ANAK MUDA WAJIB BERANI





KENYATAAN KHALED NORDEN TENTANG AUKU TIDAK MASUK AKAL


Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa Datuk Seri Mohamed Khaled Norden, Menteri Pengajian Tinggi bahawa beliau akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Khaled dilaporkan berkata:

“Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan.

“Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut.

“Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya…

“Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah.”

Kenyataan Khaled sendiri tidak masuk akal. Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan? Banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut.

Apatah lagi, beliau seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai AUKU. Adakah beliau terlupa tentang Timbalan Menterinya sendiri, Dato Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO?

Kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama. Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya kebodohan itu tiada penghujungnya

surah alkeypiti

otaklunyai berkata...

mentri boddohhhhh.. dulu buat2 boddoh... sekarang Allah dah betul2 boddohkan dia...

dukun melayu berkata...

"yang dipertua dewan.dewasa ini statistik kemalangan jalan raya tinggi,maka apabila dikaji,enjin kereta jepun dan british makin bagus

penyelesaian,semua enjin kereta jepun dan british mesti dibuang sebelum beri cukai jalan yang baru.

hal ini dapat menggalakkan belia berkecimpung dalam sukan berprestasi tinggi dan mengelakkan gejala mat rempit dan lombong haram"

i rest my case,ur honour...