Ahad, 15 Februari 2009

PPSMI: GAPENA BUAT LAPORAN POLIS - Mkini



Badan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Dalam laporan polis itu, Ismail mendakwa pelaksanaan PPSMI "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan".

Menurut laporan berkenaan, Perkara 152(1) meperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

"Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi".

"Berasaskan kepada kehendak perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996), adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu," laporan polis itu dipetik.


kah kah kah…. SIAPA YANG PAKSA MATHS DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS ?.... kah kah kah…

woit…. TAK KAN DAH LUPA KUT ?.... kah kah kah… TAK KAN TAKUT NAK SEBUT NAMA?..... kah kah kah

woit…. LUPA KE ? …. LUPA ? …. kah kah kah… MUNKEE TU IA LAH MADEY…. kah
kah kah….


BACA LAGI :



MCA MAHU MATEMATIK , SAINS GUNA BAHASA IBUNDA
– berita hairan



KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu bahasa ibunda digunakan semula dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Beliau berkata, kebanyakan murid di sekolah rendah ada masalah memahami dua subjek penting itu apabila diajar menggunakan bahasa Inggeris berikutan kekurangan pendedahan terhadap bahasa antarabangsa berkenaan.



kah kah kah…DULU SEMUA TAKUT….SEMUA MENIKUS...kkah kah kah...

kah kah kah SEKARANG DAH BANYAK ROSAK.... DAH TUNGKANG LANGKANG... BARU BERANI
….. kah kah kah

woit....SEMUA INI ADA LAH SCAM UNTUK PEnCETAK BUKU.... CARI SIAPA DAPAT KONTREK CETAK DALAM BAHASA INGGERIS ....kah kah kah

woit... NAK AJAR CAKAP SEPANYOL.... CUI BONO... SIAPA UNTUNG ...kah kah kah...

woit...FOLLOW THE MONEY.... IKUT KONTREK ITU... BARU TAHU KENAPA DASAR DILAKUKAN.... kah kah kah




WARGA MALAYSIA PERTAMA MASUK WORLD GUINESS BOOK OF RECORDS







Peguam Karpal Singh satu-satunya warga Malaysia telah diistiharkan sebagai manusia yang paling banyak mendapat laporan polis dilakukan terhadap dirinya.

Ajensi-ajensi berita luar negara telah melaporkan bahawa wakil Rakyat dari Pulau Pinang ini bukan sahaja telah melintasi Book of Record Malaysia tetapi telah mencatatkan namanya dalam World Guiness Book of Records.

Hingga ke hari ini rekod Yang Berhormat dari Bukit Gelugor ini masih unggul dan mungkin akan bertahan untuk beberapa dekad.

Tercatitnya nama Karpal Singh ke dalam World Guiness Book of Record ini pasti akan mengharumkan lagi nama Malaysia. Ianya juga akan membawa lebih banyak pelancung untuk datang melawat Malaysia.

Ajensi Berita juga telah melaporkan beberapa Ngo Bumiputera dari Malaysia telah meminta World Guiness Book of Record agar 30% rekod-rekod yang dirakamkan oleh badan antarabangsa ini hendaklah di khaskan untuk Bumiputera sahaja. ( TT)




MELAYU PERLU BERSATU - melayau





Orang Melayu perlu berdiri teguh di belakang Raja-raja Melayu dalam berhadapan dengan ancaman ‘samseng politik’ ini. Kita tidak boleh bertolak-ansur dengan samseng politik yang angkuh dan mahu kita semua tahu bahawa orang tidak berani mengambil tindakan ke atasnya.


kah kah kah… TAK ABIS ABIS LAGI DENGAN MELAYU BERSATU!... kah kah kah…

kah kah kah… BERSATU INI NAK BUAT APA ?.... kah kah kah….

woit… SEMENJAK JUTAAN TAHUN MANUSIA MELAYU TIDAK PERNAH BERSATU… kah kah kah…

kah kah kah…. MANA ADA SATU PUN BANGSA DALAM DUNIA INI YANG BERSATU ….. YANG BERSATU HANYA KEPENTINGAN EKONOMI…. kah kah kah…

woit… ARAB YANG SATU BAHASA SATU AGAMA PUN TAN PERNAH DALAM SEJARAH BERSATU… kah kah kah…. JANGANLAH NAK TIPU MELAYU… kah kah kah





SULTAN SELANGOR WAJAR MURKA - melayau


SHAH ALAM 14 Feb. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang murka terhadap tindakan pihak pembangkang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebagai sesuatu yang wajar.



kah kah kah…. RAKYAT PUN WAJAR MARAH PADA MAT SEMBAB INI…kah kah kah

woit … INGAT RAKYAT TAK MARAH HAL TANAH AIR MOLEK YANG MAT SEMBAB SUDAH SEBAT…. kah kah kah…

woit... TAK KAN MARAH PUN DI MONOPOLI SULTAN... RAKYAT PUN BOLEH MARAH...kah kah kah




Sabtu, 14 Februari 2009

BERITA TERKINI !!! 200 MENYERBU LAPANGAN TERBANG KUCING SERAWAK – 200 MENYERBU !!

jam 5.15 waktu TT


Dua ratus orang penyokong Parti Keadilan Rakyat telah datang menyerbu ke lapangan terbang Kucing Serawak.

Mereka ada sebahagian dari ahli-ahli PKR yang seharus mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Sivarasa di Kucing pada jam 3.00 petang tadi.

Sivarasa sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Pindaan Perlembagaan PKR telah datang ke Serawak untuk menemui ahli-ahli parti dan menerangkan apakah pindaan perlembagaan tersebut.

Sivarasa seharusnya mengadakan dua perjumpaan – jam 3 petang di Kucing dan jam 9.00 malam di Miri. Dua program PKR ini telah di batalkan.

Kerana terlalu ramai penyokong yang datang maka pihak imigrisen lapangan terbang terpaksa membenarkan Sivarasa keluar untuk bertemu dengan ahli parti yang sedang menunggu untuk bersetia kawan.

Pihak imigrisen telah memberi tahu Sivarasa bahawa kerajaan Negeri Serawak telah memberi arahan kepada jabatan imigrisen untuk tidak membenarkan Sivarasa memasuki Serawak.

Pada jam 5.30 ini Sivarasa akan pulang ke Kuala Lumpur.
( TT)

NOTA : Serawak satu ketika dahulu pernah di jajah dan di seksa oleh Raja Berook.




7 TUJUH 7 TUJUH MARCH - GMP NEKAD ANJUR PERHIMPUNAN RAKSAKSA - Mkini


Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) nekad untuk mengadakan perhimpunan raksasa pada 7 Mac bulan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walau apa juga keadaannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha GMP, Hasni Abas menjelaskan bahawa perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 100,000 orang itu akan tetap diteruskan walaupun berkemungkinan pihak polis tidak mengeluarkan permit.

"Orang (pejuang) bahasa berani dan nekad menghadapi pelbagai kemungkinan demi perjuangan memartabatkan bahasa," kata beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka.



woit …. MADEY ! INI DEWAN BAHASA DAN BUDAYA YANG ANJUR ? …kah kah kah…

kah kah kah…. MASIH LAGI BUKAN BUDAYA KITA ?.... kah kah kah

kah kah kah.... JANGAN NAK LEBONG.... JANGAN NAK KELENTONG.... kah kah kah