Sabtu, 27 November 2010

PESTA ANAK MUDA - AHAD ESOK !!!




ALAMAT DISINI - DI AMPANG




STAND UP COMING TUKAR TIUB ESOK



nota:
semua anak muda di jemput datang
ini pesta anak muda ini
ajak kawan kawan
semua datang
bersantai !






PROGRAM ANAK MUDA PETANG ESOK :


November 28 • 5:00pm - 11:00pm
Gudang Noisy, First Floor (Upstairs)
178 Jalan Besar Ampang, Pekan Ampang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Ampang, Malaysia


PERSEMBAHAN MENARIK:


1. The Pips
Folk-Pop

2. Tshiung Han See
Sajak & something special

3. Luke Vitale
Tentang Australia

4. Rahmat Haron
Sajak/Tunjak

5. Ayisha Rahman
Sajak/Sunjak

6. Tukar Tiub/Hishamuddin Rais
Lawak/ Berdiri.Stand-up Comic

7. Wolf
Folk-punk

8. Yuen Kok Leong
Zine-talk/review + pole dance!

nota:
minuman/makanan vegan/tempeh/bee hoon – ada percuma – selamatkan hidupan
jadilah mayur

semua percuma – semua derma dipersilakan
kalau ada buku lama bawa bersama – untuk di dermakan


TENTANG:
Pustaka Semesta merupai manifestasi ruang Infoshop. Satu inisiatif bersama oleh Kudeta Collective dan sahabat handai lain, ianya bertujuan menyedia dan menyampai maklumat, bahan bacaan serta pengumpulan hasil kerja tangan-diy komuniti ataupun individu. Buat masa ini, kami masih merangka rencana dan aktiviti pengisian dan masih jelas di peringkat permulaan. Sila turuti perkembangannya nanti.


PADA SUATAU MASA TIDAK LAMA DULU:
Bermula dari kesaksian infoshop I.R.A. di Tokyo, Jepun pada 2008 oleh seorang dari kami, timbul percakapan untuk membuka sebuah di sini. Namun pada tahap lokal, Pustaka Semesta bukanlah infoshop pertama dibuka di Malaysia. Kedai Hitam Putih telah beberapa lama dibuka di Kuala Trengganu sebelum ini. Pustaka Semesta jelasnya tidaklah terjadi serta-merta.

Tidak ada dari kami yang begitu pasti seharusnya bagaimana atau jikalau kami benar-benar berkemampuan mengelola sebuah Infoshop. Percakapan kami semakin menjadi kenyataan beberapa bulan lalu dengan perbincangan lebih teliti serta penentuan lokasi. Seterusnya, niat bagi membantu komuniti Gudang Noisy di Ampang dalam masalah kewangan mereka, membuat kami berputus membukanya di tempat mereka. Tanggal 1 September 2010 lepas menandakan harinya perpindahan kami ke Gudang Noisy.

Lalu, beransurlah menjelma Pustaka Semesta yang ini.

INFOSHOP: SEKILAS PANDANG
Infoshop adalah ia paling utamanya dibuka untuk menjadi satu pusat sosial, baharu kemudian berfungsi sebagai sebuah kedai buku. Jika sesuai dengan keadaan, infoshop membuka peluang kepada pelbagai hal-hal lainnya.

Menjadi pusat distribusi maklumat, tempat mesyuarat, ruang kesenian dan muzik, tempat pertemuan umum dan diskusi. Juga sebagai pusat komputer, perpustakaan, kedai yang menawarkan buku-buku dan bahan bacaan radikal, zines dan pelbagai barang diy serta hasil buatan komuniti lainnya. Ringkasnya, sebagai pusat sumber informasi, infoshop adalah tempatnya untuk perkongsian, pertemuan, dan pendidikan.

Selalunya sebuah infoshop dikendali sukarela juga sebagai pusat usaha-daya komuniti bagi aktiviti atau aksi.

Infoshop banyak terdapat di Eropah terutama di negara Jerman di mana terdapat lebih kurang 60 puluh buah dibuka di sana. Di benua Asia, walau masih agak baru diusahakan telah tumbuh beberapa buah seperti di negara Jepun, Indonesia dan di Filipina.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua yakin, pesta ni ad minum2. gua penah pegi dulu. lu pon sama je. merosakkan budak.

Cob Nobbler berkata...

Yuen Kok Leong buat pole dance?kahkahkah!

lu rasa la sham,bape kali agaknya si Alak tu tengok si Yuen tu buat pole dance?

interesting nihhh...kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah utk brader isham,tanda persaudaraan islam..slps ini ada 6229 ayat lg utk dibca,harap ada 1 ayat yg sesuai utk kau..jika kau jumpa ayat itu ini menunjukkan kau telah bersunat kerna org bersunat shj yg boleh bacanya..jika tidak jumpa bersunatlah skali lg dan mulalah membacanya..bersunat tanda berani...betapa bagus surahmu,bacaan bukumu,rujukanmu masihlah kau ini anak2 yg perlu dinatkan...he..he..he. beritahu dunia jika kau dah bersunat...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak ada minum minum pesta tak meriah la, zaman dulu dulu atok atok kita pun minum air pinang muda, zaman nabi dulu pun ada air anggur yg diminum macam tuak. Apa ni beb pegi la buat research, internet ada.

DAUD PADANG TEMBAGA

Tanpa Nama berkata...

CheGuBard harus dilonjakkan semula, saya harap TT dan teman-teman yang lain mendesak PRESIDEN agar melantik CheGuBard sebagai Naib Presiden Lantikan KEADILAN dan diberi peranan fokus untuk memantau gerak kerja AMK dan memperkemas sokongan anak muda Malaysia terhadap KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT umumnya.

SEKADAR KOMEN MERUJUK KEPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN

Mungkin inilah hikmahnya kak wan terus kekal sebagai Presiden, saya tertarik dengan ucapan dasar yang kak wan kemukakan, hujah yang agak mantap. Sambil berhujah sambil berdakwah, selitan dakwah Kak Wan memang penuh ayat-ayat tersirat dan tersurat.

Alhamdulillah KEADILAN masih bertahan walaupun diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dalam dan luar. Saya tak dapat nafikan, kini keadilan dibarisi oleh gandingan Naib Presiden yang mantap iaitu Nurul Izzah, Fuziah Salleh dan Tian Chua.

Saya harap ada satu perubahan drastik akan berlaku. Cuma saya agak kecewa dengan kekalahan CheGuBard tetapi saya harap CheguBard tidak kecewa, saya yakin CheGuBard masing kurang mendapat sokongan dikalangan AMK sendiri.

Senario ini kita boleh lihat sendiri ketika pencalonan dimana masih dikuasai oleh SAM. Saya harap CheGuBard akan terus turun padang untuk mendamping anak-anak Malaysia terutamanya anak muda dikalangan ahli AMK. Saya akui CheGuBard memang agak famous dikalangan anak muda “siber dan marhean yang celik politik” tapi beliau masih kurang “famous” dikalangan anak muda AMK yang menjadi pengundi dalam Pemilihan AMK 2010.

Ini kerana beliau tidak terlibat dalam gerak kerja AMK secara rasmi pada sesi sebelum ini. Beliau lebih fokus terhadap SAMM dan posisi MPP Keadilan. Saya harap CheGuBard akan terus konsisten untuk bergandingan dengan AMK walaupun telah tewas dalam perebutan Ketua AMK.

Pola pengundian telah menunjukkan kemenangan nipis buat SAM. Ini menunjukkan pola penolakan terhadap SAM semakin meningkat dan dalam masa yang sama pola pengundian terhadap CheGuBard semakin meningkat. SAM perlu berkerja keras untuk meningkatkan semula sokongan terhadap beliau begitu juga CheGuBard.

Sepertimana yang selalu diwar-warkan, sebelum pemilihan kita masing2 berlawan hujah untuk memenangkan team masing-masing, kemudian setelah habis pemilihan kembalilah bersatu sebagai satu pasukan. Saya harap CheGuBard akan menjadi sebahagian daripada “team penggerak AMK” dan saya harap juga HafiziRamli dan Hasmi Hashim dijemput untuk mengisi ruang-ruang yang ada dalam AMK.

Kombinasi CheGuBard, Hafizi Ramli, Hasmi Hashim dan SAM insya Allah pasti akan memunculkan semula era reformasi versi kedua. Semoga calon yang tewas berlapang dada, semoga calon yang menang meraikan calon yang tewas. Kembalilah sebagai satu “pasukan”.

Tetapi sekiranya CheGuBard diketepikan dalam AMK. Saya cadangkan CheGuBard dilantik sebagai Naib Presiden Lantikan sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam KEADILAN. Saya tak nampak calon lain yang lebih layak untuk mengisi kekosongan tersebut melainkan CheGuBard dan Gobalakrishnan.

Tanpa Nama berkata...

SYAM ,

GUA NAK TANYA DENGAN LU LA,
APA NAK JADI DENGAN NEGARA NI YE?

ANAK MUDA TAK ADA KERJA
YANG MUDA MAKIN ROSAK
TAKDE AGAMA
MORAL HANCUR

MEREKA ROSAK BUKAN MAHU ROSAK
MEREKA MENCARI JALAN KELUAR
KERANA DIHIMPIT KAPITALIS
YANG ADA KERJA PUN JADI KULI
JADI MACAI
SUMPAI AKU KESIAN SYAM

PEMIMPIN MACAM BABI MAKAN DUIT RAKYAT
CEO LEBIH ANJING DARI ANJING

SYAM
CUBA CARI PENYELESAIAN SIKIT SYAM
KESIAN AKU TENGOK ANAK BANGSA
MELAYU, CINA, INDIA DAN SEMUANYA
MEREKA MEREMPAT
TERUTAMA ANAK MUDA

TENAGA DIKERAH
DIEKSPLOITASI OLEH ORANG TUA BABI
SAMPAI BILA?

KADANG AKU BERTANYA PADA TUHAN
ADAKAH KEADILAN SUDAH HILANG?
TAPI TIADA JAWAPAN

KADANG AKU TERFIKIR
BETULKAH KITA MANUSIA?

JUJUR AKU KINI KECEWA
TERAMAT KECEWA
SANGAT KECEWA
DUNIA MEMANG CELAKA

din kaki lutu dreba berkata...

ada makan free pulak!
ikut budaya sapa pulak ni?

tak lama lagi kang
ada bas angkut free

lepas tu ada pembaruan lagi
ada angpow pulak

sebijik macam amno

adik beradik amno katakan!
2 X 5 = 5 X 2
Ceh!!!

Tanpa Nama berkata...

ha..ha..ha..ni pun satu kapal dengan geng bangang PKR......infoshop....projek nak membangangkan orang-orang yang Melayu!!!! AWAS JANGAN PILIH ORANG BANGANG MEMERINTAH NEGARA INI....

zana berkata...

sejak bila banyak membaca jadi bangang
umno ajar ke?

yang aku tau banyak membaca luas pengetahuan
banyak berjalan luas pengalaman

dukun berkata...

dah tiga posting aku baca...banyak bedal bro..

ni AMK ke?(ameno memakai kulit keadilan) ke?

Tanpa Nama berkata...

Arab jahiliah memang kuat mabuk...zaman nabi khamar sudah haram...jangan lah nak temberang...kalau ada sekor zaman nabi buat kerja haram bukan semua orang Islam zaman Nabi minum macam tu...halo...atok aku tak minum benda macam tu...kalau atuk hengkau minum bukan semua atuk-atuk minum macam atuk kau....celaka punya orang!!!

Tanpa Nama berkata...

Yang bodoh menulis
Yang bodoh komen
Yang bodoh berpolitik
Yang masuk duit Yahudi