Rabu, 12 Januari 2011
JEMPUTAN UNTUK KETAWA
SEMUA DI JEMPUT
BERTEMU DENGAN ZUNAR
Peminat-peminat berpeluang bertemu kartunis politik Zunar secara langsung dalam program santai di KL Sentral, Brickfields pada 13 Januari ini.
Program "Teh Tarik Session" anjuran portal web "Malaysian Digest" itu bertempat di kedai makan Killiney Sooka bermula dari jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 petang.
Dengan tema "Cartoon as a Powerful Communication Tool" (kartun sebagai media komunikasi paling berkesan), Zunar akan mengadakan sesi dialog, menjelaskan falsafah dalam bekarya dan berkongsi pengalaman secara interaktif dengan peminat-peminatnya. Turut diadakan ialah sesi tandatangan otograf dan penjualan buku.
Ini adalah sesi pertama kartunis kontroversi itu bersama peminat selepas dibebaskan dari lokap kerana ditahan di bawah Akta Hasutan 26 September tahun lepas kerana buku terbarunya "Cartoon-O-Phobia" dituduh kerajaan sebagai "mengancam ketenteraman awam."
Program itu terbuka kepada semua dan menurut pihak penganjur minuman percuma akan diberi kepada 40 perserta pertama yang membuat pendaftaran awal. Pendaftaran boleh dibuat di sini http://www.malaysiandigest.com/teh-tarik.html. Maklumat lanjut boleh menelefon 03 2272 4045
nota:
tukar tiub akan memperkenalkan
zunar pada sesi teh tarik ini
mari kita ketawa kah kah ka
Labels:
JANGAN JADI SENIMAN BODEK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
siapa yg gila gila zunar, let's go!
sepatutnya pihak penganjur menawarkan minuman percuma kepada perserta yang membuat gelak paling kuat. Turrrrrr kah..kah..kah..
Catat Ulasan