Jumaat, 7 Oktober 2011

LAGI KEMARAHAN RAKYAT KEPADA MP PAKATAN



MO PAKATAN JANGAN SAMAKAN DEWAN RAKYAT DENGAN TAPAK FUN FAIR


Tahniah kepada 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya hadir ke pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru. Berjaya atau gagal dalam memperjuangkan satu Rang Undang Undang bukanlah satu persoalan yang sebenarnya. Bandingkan sahaja jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Cuma amat kecewa bila jumlah kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang amat sedikit sewaktu pengundian belah bahagian dijalankan. Ini bukanlah pertama kali Ahli-Ahli Parlimen ini ponteng. Seolah-olah tiada keseriusan dalam menjalankan tugas.

Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli Parlimen perlu berada di Parlimen sewaktu Dewan bersidang. Kita berhasrat untuk menjadikan institusi Parlimen Malaysia ini sebagai kelas pertama, kita menjanjikan reformasi sistem Legislatif negara namun dengan sikap suka ponteng, perkara ini sememangnya umpama mimpi Mat Jenin. Sudahlah kerap ponteng, prestasi di kawasan konstituen juga lemah. Rakyat beri amanah sebagai Ahli Parlimen. Rakyat tidak pernah peduli berapa gaji & elaun kamu tetapi kami hanya inginkan wakil-wakil kami di Dewan ini lebih berdisiplin dan tidak menganggap bahawa Dewan Rakyat yang mulia itu seperti tapak Fun Fair. Sesuka hati kamu hendak hadir, sesuka kamu untuk ponteng.

Rakyat melantik, membayar gaji anda bukan hanya sekadar untuk bercakap mengenai parti lawan semata-mata. Bukan untuk hadir di tempat-tempat ceramah dan jamuan makan malam sahaja. Parlimen dan Dewan Rakyat adalah merupakan tempat kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus faham, jangan kamu ingat oleh kerana kamu sekarang ini berada di pihak yang menentang rejim Pemerintah, maka tiada yang memerhati tindak tanduk kamu.

Apa yang anak muda mahukan adalah kedua-dua pihak mengamalkan politik nilai, politik amanah, politik secara baik. Kalau Ahli-ahli Parlimen ini tidak mengerti nilai kepentingan kehadiran di Dewan Rakyat, kan lebih baik kita tukarkan sahaja mereka ini dengan individu-individu yang rajin dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik demi rakyat.

Ini merupakan bencana besar iklim politik Malaysia kerana kedua-dua belah pihak dilihat malas untuk berbahas persoalan dan rang undang-undang yang akan mengheret rakyat secara langsung ke dalam perlaksanaan rang undang-undang tersebut.Tambahan pula, Persidangan Dewan Rakyat bukanlah berlaku setiap bulan. Jadi, bukanlah satu alasan bagi Ahli-Ahli Parlimen ini untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai tugasan di kawasan konstituen masing-masing sewaktu tempoh persidangan.

Solidariti Anak Muda Malaysia mengambil inisiatif untuk memantau kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen ini ke setiap sesi Persidangan Dewan Rakyat agar kesemua Ahli Parlimen ini menyedari bahawa terdapat mata-mata yang sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka. Pendedahan mengenai disiplin kehadiran setiap Ahli Dewan Rakyat adalah perlu agar memastikan setiap Ahli Parlimen yang dilantik memenuhi kewajipan dan amanah yang digalas di bahu masing-masing dan bukannya hadir hanya apabila Ketua-ketua parti masing-masing hadir ke Parlimen, barulah Dewan Rakyat menjadi penuh sesak, tetapi lengang sebaik sahaja Ketua-ketua ini melangkah kaki meninggalkan bangunan Parlimen.

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Johor



24 ulasan:

dukun berkata...

perhatian cikgu cikgu KL...ambil nama setiap pagi..siapa lambat.....ROTAN!!!

Tanpa Nama berkata...

Anak Muda yang berjiwa besar untuk merubah dalam sistem yang ada.
Di sana di luar sistem banyak lagi peluang anak muda boleh lakukan.
Anak Muda Johor boleh merubah dengan aura Mat Indera.
Tahniah Anak Muda Johor !

Satu cita2 untuk anak muda hapuskan United Malays National Organisation dari muka bumi Malaysia.

Misai Merah 30

dukun berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=AaA-w5FdZoI&feature=player_embedded

bila presiden mencarut,apasal kita x leh mencaroot macam ni?

terjemahan

kita sumua olang susa,bangsat tala luik punya olang.itu pasat la kita anta lu olang naik sana tempat mau kasi fight.lu olang sulah tau itu lubang berak sula banyak busat...apa pasai lu olang korek korek kasi dalam lagi?mau isi sapa punya taik?lu punya ka?lagi mau kita cuci lu punya?

Deadpool berkata...

Jawapannya adalah jalan raya! Mari semua kita turun ke jalan raya bawak segala khemah, dapur, periuk, tilam, bantal, dan segala keperluan hidup dan kita tinggal di jalan raya! Jangan balik2 sampai sume penyamun dari BN mahupun Pakatan kena humban masuk jail! Hidup Jalan Raya!

Revolusi_Malaysia berkata...

mesti ALTANTUYA yg masih hidup itu cakap, ini muslihat BN la! kakakkakakkakaka... slow ya amat...

mesti ALTANTUYA yang masih hidup itu cakap SAMM ini bangang dan bebal sebab ambil tindakan melulu...

mesti ALTANTUYA yang masih hidup itu masih lagi mengeja...

itu bukan slow, itu lemmmmbaaab!

Tanpa Nama berkata...

Dah berapa lama rakyat amerika kena tipu dgn demokrat dan republikan...mcm tu la jgk kita sini, orang politik ni pembohong!!! PEMBOHONGGGGGGGGG.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...

masa berkempen dulu bukan main merenggek minta undi...

bila rakyat beri undi dan menang..

mula dia naik tocang...

asyik ponteng aje...

kah kah kah...

makan gaji buta...

ni nak naik gaji lagi...

kaki ponteng akan sokong naik gaji...

kah kah kah...

sebab boleh dapat duit walau jadi ular...

rakyat kena tipu lagi..

orang politik juga yang pandai auta...

kah kah kah...

esok pru13 kita pakat undi parti undi rosak...

pundak...meh sama-sama sokong pundak...

kah kah kah... dua-dua belah pihak x boleh pakai...

elok pundak jadi menteri...

kah kah kah...

http://pundak.wordpress.com/

kakitangan awam berkata...

celaka Najib !!!!!! Gaji tak naik ! gampang !!!!! Bagi bonus nak buat apa ! Mengikut hak-hak kakitangan awam , kerajaan seharusnya bayar 13 bulan gaji . 1 bulan itu dah memang bonus . Celaka najib ! tipuuu ! tarrak naik gaji !

PRU 13 , aku dah tau nak pangkah mana . siap ko najib ! lahanat !

Tanpa Nama berkata...

Bro..

Mintak buat surat hantar kpd Anwar Ibrahim jelaskan secara rasmi kenapa MP2 PAKATAN x hadir dalam perbahasan..jika bersalah mintak mereka mohon maaf secara terbuka kepada rakyat!!

ZIK

Tanpa Nama berkata...

yaa semua pakat undi BN balik sebab MP pakatan rakyat tak hadir 100% kehkehkeh... pastu biar umngok dgn cukong dgn kroni bantai semua hasil kekayaan negara.... Tahniah TT kerana berjaya mempromosi kembali BN, madey cakap trima kaseyyyyyyy kah kah kah kah kah...tahniah kerana memperjuangkan kg baru yg mmg akan dilingkupkan oleh umngok...

dukun berkata...

http://thestar.com.my/archives/2006/9/10/lifefocus/sm_04karpal1.jpg

kalau ini tak datang boleh ampun..

mat ranggi berkata...

MP Pakatan udah kantoiiiiii......
tak brani nak jawab beb.....
banyak sangat yg blah......
najib jugak yg 'smart'......
baru padan muka MP MP PR.....
cakap bukan main lagi.........
jadual rakyat pun tak gheti nak ikut........

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

tt jelobak, sudah2 lah tu. Tanah lot tiap satu sekangkang kera tapi bertuankan seribu. Rumah usang beratap zing dinding papan, tikus sebesar kucing. Elok dibangunkan, zaman dah berubah. Bangunkan hartanah tu, jual kpd anak muda org melayu yg ramai tak berumah sendiri. Siapa ada duit, beli. Abis cerita. Nak menagis sampai bila?

Tanpa Nama berkata...

kita perlu mp yang ada 3 badan ,6 kaki dan 6 kepala serta 6 mulut.

badan 1-hadir sidang parlimen
badan 2-hadir ceramah yang telah diatur
badan 3-hadir kes mahkamah.

atau jangan hadir kes mahkamah kerana lebih cepat anwar ke dalam.

woi tt,hang paham atau tidak:marah nyamuk kelambu dibakar.

aku pun marah juga,tetapi tunggulah dulu jawapan depa.

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.08.. bukan masalah buka pekung didada..
masalahnya belom duduk kerusi Putrajaya dah buat perangai..klw dah duduk nanti tak taw la besaq mana kepala bana depa..
skali skala maw kene tiaw jugak MP2 PR ni.. jgn ingat rakyat dok sokong depa buta2 jer.. rakyat ada mata laa..

raden

Tanpa Nama berkata...

terus senyap MP Pakatan Rakyat.sebelum sembang kencang bukan main dalam ceramah..dah kantoiii terus terkedu.lain kali jangan nak belagak lebih sangat.korang kena bertanggungjawab.nanti mula lah buat2 muka pejuang.

Tanpa Nama berkata...

MACAM SIAL YB PR, BERAHIM KATAK DEMAM2 PUN DATANG PERLIMENT. SAMPAI TERTIDUR... AKIBAT MAKAN UBAT.. YG YB PR GI MANA?

Tanpa Nama berkata...

Lahanat la Lu bro.....ape peduli rang undang kg baru tu....biar diluluskan...org tahu sape dalangnya kan...Lu bantai mp pakatan watpe.....Lu la bodoh.....org nak menang pru 13.... Kalau menang, undang2 tu bole gubal balik atau dibatalkan with majority....Lu patut tau better than that.....nobody perfect, asshole.....that Includes YOU!
Thank you for making THEM happy!

I think you are secret agent in disguise.....
Scissors in our blanket!

patah sayap berkata...

Hampir 20 thn tinggal di Kg Baru.Saya tak tukar kwsn mengundi walau dah 7 thn berpindah semata-mata utk menolong org Kg Baru.Rumah suami di sana tidak kami sewakan walaupun sewa nya mahal.Hajat dihati untuk anak-anak tinggal kalau belajar atau bekerja di sana.Bila dengar berita TT,rasanya gelap-gelita dunia ini.Tak dapat bayangkan bagaimana nasib anak-cucu nanti.Cuma pesan saya pada semua pembaca dan makcik & pakcik felda khasnya, kalau anda hendak menolong orang Melayu di Kg Baru,pastikan anda tidak memangkah orang-orang yg zalim ini.Kembalikanlah hak org Kg Baru.

Tanpa Nama berkata...

Di negara maju, para HAPRAK yakni individu yang tidak mendapat tempat dalam dunia pekerjaan dan individu yang tak mampu berjaya jika bekerja sendiri akan menjadi gelandangan dan mendapat elaun bantuan bulanan. Malaysia spesel! HAPRAK mendapat tempat utama dalam politik! Sebab tu walau dah lebih 50 tahun Malaysia masih level HAPRAK!

Tanpa Nama berkata...

ambil kehadiran setiap MP.. setiap jam ada mcm guard tour system tu..50 MP PR pegi mana yer.. sumer gi berak ka?

Deceive All People (DAP) berkata...

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dap-lifts-manoharans-flag-change-suspension/

Tengoklah kepimpinan DAP pun sokong sama bendera Malaysia yang diciplak...macam mana sekarang? all wayang only..bullshit !

Tanpa Nama berkata...

kalau MP pakatan malas bertempur di PARLIMEN kaki PONTENG, maka rakyat masih menilai mereka MP PR sebelum menawan putrajaya..
perbezaanya dengan UMNO agak berlainan... penyokong UMNO perlu
diupah untuk menyerang musuh mereka.tetapi bagi penyokong ahli Pakatan rakyat tidak perlu diupah dengan mengeluarkan wang saku sendiri untuk memperjuangkan PR, jadi penilaian pemimpin PR terhadap penyokong mereka perlu di persoalkan..
Kalau ada PEMIMPIN PR yang terikut ikut perangai UMNO sila nyatakan pendirian.. kalau tidak mampu berkerja untuk rakyat jangan bertanding PRU akan datang.
bagi penyokong/ ahli PR Bawahan berkerja keras siang dan Malam untuk menaikan darjat PAKATAN RAKYAT dengan mengunakan wang saku sendiri.
rasa nak marah juga.. adakah kami memperbodohkan diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

ader y ckp ramai ahli parliman di halang dari pada masuk ke parliman. to y 28 org jerek to.-ramzi