Rabu, 25 April 2012

IBU SEGALA DEMO PADA SABTU 28 APRIL INI - SEMUA TURUN!




SEMUA DEMONSTRAN WAJIB BERSEDIA




28 APRIL SATU CATATAN SEJARAH

Tulisan ini akan disiarkan lima hari sebelum 28 April 2012. Inilah tulisan akhir sebelum kita semua turun ke jalan raya untuk bersama merayakan IBU segala tunjuk perasaan di Dataran Merdeka. Justeru tulisan ini cuba merakam detik-detik dan saat gelombang kebangkitan rakyat mendobrak gerombolan United Malays National Oganisation.

Tuntutan orang ramai untuk membawa Malaysia menjadi sebuah wilayah yang damai, bebas, demokratik dan adil tidak dapat dibendung. Abang adik, ibu ayah dan anak-anak muda sedang berjuang untuk menjadikan Malaysia kita ini sebagai wilayah di mana anak semua bangsa boleh merayakan kehidupan tanpa tekanan dan kekangan.

Untuk memahami apa makna semua ini saya ingin membawa para pembaca melihat kembali sejarah lampau. Memahami pekara yang lalu untuk kita dijadikan panduan. Ilmu itu sebenarnya ialah pengumpulan pengalaman. Kita belajar dan melihat jalan dan liku yang telah direntasi oleh orang yang terdahulu dari kita.

Mari kita kembali melihat gerakan-gerakan politik yang lebih awal dari kita. Mari kita memahami kemana arah mereka. Dan apa yang telah mereka laungkan. Justeru saya berani memanggil zaman kita ini zaman pengulangan kembali era Perlembagan Rakyat 1947. Kita kembali ke era AMCAJA-PUTERA.

Saya pernah menulis tentang zaman Perlembagaan Rakyat 1947. Saya menulis tentang sejarah perserikatan dan setiakawan anak semua bangsa dalam AMCAJA-PUTERA yang berjuang menuntut MERDEKA melawan British. Saya hanya menulis pemahaman saya dari apa yang saya baca. Saya belum lahir ketika gelora Perlembagaan Rakyat mengampoh Tanah Melayu. Ketika itu saya masih lagi di Laut Kalzum.

Dari apa yang saya baca saya kagum melihat gerak laku orang-orang yang terdahulu dari kita. Mungkin masih ada lagi mereka ini di kalangan kita. Maka apa yang saya cuba tulis ini adalah tanda penghormatan kita kepada mereka.

Disinilah – di bumi inilah – pada tahun 1947 dahulu - anak semua bangsa bertekad, bersetia kawan dan berjuang untuk melahirkan satu garis politik baru, satu pembudayaan baru yang mengarah kelahiran satu negara bangsa. Perlembagaan Rakyat 1947 adalah dokumen sejarah pejuangan negara bangsa.

Setiakawan anak semua bangsa dalam AMCAJA-PUTERA telah di sabotaj dan digagalkan oleh penjajah British. Penjajah melihat setiakawan antara Melayu, China dan India ini sebagai satu ancaman. Pemimpin dan pemuka hadapan gerakan nasionalis ditangkap. Di penjara. Di halau dari Tanah Melayu. Dan ada yang digantung mati.

Penjajah British yang licik telah menggunakan perundangan untuk menumpaskan gerakan rakyat ini. Melalui pelbagai jenis hukum dan akta, penjajah British telah menekan gerakan menuntut Kemerdekaan ini. Penjajah British dengan licik telah merancang untuk mengagalkan tuntutan Perlembagaan Rakyat dan tuntutan Kemerdekaan.

Akhirnya pada 20 Jun 1948 British melancarkan serangan keatas kaum nasionalis, kaum agama, kaum sosialis dan kaum komunis dari anak semua bangsa. Dengan menggunakan Akta Darurat penjajah British telah menangkap ribuan anak semua bangsa dari pelbagai jalur politik. Mereka dipenjarakan kerana kesalahan melawan British.

Pemimpin politik ditangkap. Pemimpin agama di tangkap. Pemimpin kesatuan sekerja ditangkap. Pemimpin pelajar di tangkap. Sesiapa sahaja yang menentang British akan ditangkap. Maka pada 20 Jun 1948 memulakan sejarah perjuangan bersenjata melawan penjajah British.

Saya telah mengulangi kesah ini berkali-kali. Ini kerana musuh kita United Malays National Organisation adalah anak didik British. Gerombolan yang berselogankan Hidup Melayu ini diwujudkan oleh British untuk menjadi benteng menangkis gerakan nasionalis yang telah bangun melawan.

Akhirnya, British terpaksa mengundur diri kerana serangan gerila dari Gerakan Rakyat Malaya Menentang Tentera British yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya. Kerajaan kolonial British hampir jatuh bangkrap – berbelanja besar - belanja ketenteraan untuk memerangai rakyat di Tanah Melayu.

British telah memilih United Malays National Organisation untuk menggantikan mereka. Justeru – jelas dan tepat jika kita mentakrifkan gerombolan United Malays National Organisation ini adalah boneka buatan British.

Apa sangkut pautnya boneka ini dengan Duduk Bantah Bersih 3.0? Apa hubungannya dengan Ibu segala demo di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 haribulan ini?

Biar saya terangkan sejelas mungkin bagaimana semua ini ikat mengikat. Bagaimana semua babak babak ini kait berkait- hubung berhubung.
Ahli-ahli United Malays National Organsiation sedar akan sejarah peranan jahat mereka bersekongkol dengan penjajah British. Gerombolan Hidup Melayu ini juga sedar mereka dipandang hina oleh orang ramai. Dimata anak semua bangsa warga Tanah Melayu gerombolan ini dilihat lebih rendah nilainya lagi dari bangkai biawak yang hanyut dalam Sungai Klang. Inilah suasana budaya politik sebelum Merdeka.

Kini budaya dan suasana politik itu telah berulang lagi. Gerombolan United Malays National Organisation kini dipandang bagitu hina dan haprak. Anak semua bangsa melihat mereka seperti kondom terpakai yang tersadai dalam tong sampah di lorong belakang Bukit Bintang. Mereka dilihat jijik seperti pampers Abdulah Badawi.

Selama 54 tahun mereka berkuasa akhirnya kebencian rakyat yang terpendam selama ini telah menggelora untuk meledak. Anak semua bangsa yang selama ini ditipu telah tidak mahu lagi ditipu. Manusia Melayu yang telah dibodohkan selama 54 tahun telah tidak mahu lagi menjadi bodoh. Anak muda , pelajar dan mahasiswa yang selama ini dikongkong telah mula bangun melawan.

Budaya melawan telah mengampoh seluruh negara. Budaya menentang kezaliman menjadi cool dan trendy. Budaya memperlekeh United Malays National Organisation telah menjadi feshen untuk yang tua dan muda. Yang tinggal bersama United Malays National Organisation hanya yang poyo dan kaki bodek.

Apakah yang saya tulis ini hanya angan-angan saya? Atau ianya mimpi harapan saya? Tidak saya tidak bermimpi. Bukti saheh kenyatan saya ini ialah hasil piliharaya tahun 2008 di mana United Malays National Organisation telah dinyahkan oleh rakyat. Kebosanan dan kejelikan rakyat telah diterjermahkan ke dalam peti undi.

Sebenarnya, ahli-ahli dan pemimpin gerombolan United Malays National Organisation ini sedar bahawa di PRU13 ini orang ramai akan mengtong sampahkan mereka. Mereka sedar pertubuhan mereka dibenci rakyat. Justeru kini mereka merancang. Mereka sedang merancang untuk menipu di PRU13

Perancangan jahat lagi licik ini sama seperti perancangan strateji British untuk terus berkuasa agar dapat memunggah harta kekayaan Tanah Melayu – balak, bijeh dan getah. Bagitu juga tindak tanduk gerombolan ketika ini. Mereka ingin terus berkuasa. Dengan kuasa mereka akan merembat dan memunggah harta kekayan negara untuk anak, bini dan kroni.

Penjajah British telah menggunakan pelbagai akta dan rang undang-undang. Gerombolan United Malays National Organisation juga sedang menggunakan pelbagai akta dan undang-undang untuk terus menipu. Undang-undang dan akta yang diluluskan oleh Parlimen ini digunakan untuk menindas rakyat. Pelbagai macam akta akta dan undang-undang diwujud dan digubal khusus untuk meneruskan kuasa. Khusus untuk menipu di PRU13.

Minggu lalu seperti 40 Orang Penyamun Tarbus – para YB United Malays National Organisation dengan senyap senyap telah masuk ke Parlimen dan meluluskan 8 undang-undang tipu.

Betul kah undang-undang yang diluluskan pada Khamis/Jumaat jam 2 atau 3 pagi itu undang-undang tipu? Atau saya membuat fitanah?

Untuk saya sahen ini akta tipu. Saya ingin bertanya - kalau ini bukan undang- undang tipu kenapa TIDAK dibincangkan secara terbuka. Kenapa tidak ada usaha untuk mencari atau mendengar pandangan orang ramai.

Kenapa Parlimen tidak diberi masa yang lama untuk mengkaji rang undang undang ini. Kenapa dilulus secara tergesa-gesa. Ini undang-undang bukan mee segera. Paling memeranjatkan undang-undang tipu ini diluluskan diawal subuh pada jam 2 atau 3 pagi.

Saheh - undang-undang ini bertujuan untuk menipu dalam pilihanraya. Akta kesalahan piliharaya telah dilupuskan. Barong untuk wakil parti politik telah dilupuskan. Hak parti politik untuk memereksa kad pengenalan bakal pengundi telah dilupuskan. Pemerhati dari parti politik tidak lagi dibenarkan dalam bilik mengundi.

Biar saya kupas akta yang melupuskan hak wakil parti untuk memereksa kad pengenalan bakal pengundi. Amat jelas akta ini digubal untuk memastikan berpuluh ribu Mat Pilipina, Mat Bangla dan Mat Indon yang telah diberikan kad pengenalan dapat menyuludup untuk mengundi. Pengundi hantu ini bolos tanpa dipantau.

Kalau dalam pilihan raya yang lepas-lepas wakil parti boleh berada dalam Barong/Khemah untuk memereksa kad pengenalan bakal pengundi. Di Pondok Panas bakal pengundi boleh melihat nama mereka dan saloran mereka. Tanpa Barong/Khemah semua ‘hantu’ akan datang mengundi. Tanpa Barong/Khemah wakil parti bakal tidak wujud untuk membantu bakal pengundi.

Pasti ramai nama-nama pengundi Pakatan Rakyat telah sengaja dialih dan diubah tempat. Ini dilakukan untuk memastikan mereka gagal mengundi. Tanpa Barong/Khemah maka bantuan dari pekerja parti untuk mencarikan tempat mengundi adalah mustahil. Ramai pengundi Pakatan Rakyat akan tidak mengundi kerana nama telah dihilangkan.

Amat jelas akta ini direka dan diluluskan di Parliemn dengan tujuan untuk mengalahkan Pakatan Rakyat. Seperti tulisan saya yang lalu Pakatan rakyat akan dikalahkan bukan kerana TIDAK ada sokongan tetapi kalah kerana ditipu. Penipuan ini memang dirancang dengan licik dan teratur.

Penjajah British telah menggagalkan cita-cita Perlembagaan Rakyat 1947 untuk mendirikan Tanah Melayu yang merdeka. Kali ini boneka peninggalan British yang bernama United Malays National Organisation juga sedang merancang untuk mengagalkan projek mendirikan Malaysia sebagai wilayah yang adil, demokratik dan bertamadun. Mereka ingin menggagalkan setiakawan anak semua bangsa yang wujud dalam Pakatan Rakyat – sama saperti di zaman Perlembagaan Rakyast 1947 dahulu. Gerombolan ini mahu kembali membawa politik adu dumba – China/Melayu.

PRU13 ini adalah tali gantung untuk United Malays National Organisation. Perhatikan kebelakangan ini betapa para kroni sedang merembat harta negara yang bernilai berbilion-bilion rinngit. Projek lebuh raya, projek MRT, projek wifi dan projek ini dan itu yang nilainya berbilion ringgit sedang digasak oleh para kroni.

Awas! Kita jangan duduk melopong tertonggeng buntut untuk terus ditipu. Masanya telah tiba untuk kita bangun dan menggagalkan niat busuk dan rancangan jahat United Malays National Organisation.

Justeru 500 ribu anak semua bangsa yang berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 habribulan ini adalah amaran kita. Ini adalah amaran dari orang ramai. Ini adalah tanda bahawa : rakyat Malaysia tidak mahu ditipu lagi. AyohI Kita berjumpa di Dataran Merdeka! (TT)




INI PANDUAN TEMPAT BERKUMPUL


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


6 ulasan:

robocop berkata...

Adalah menjadi 1malapetaka buat rakyat malaysia, seminggu sebelun tarikh demonstrasi, mesti polis buat road-block. bila jalan sudah jem sebab sekatan, polis akan salahkan program demo. Sampai ke tahap ini rakyat dibodohkan.
Kalau gitu lagunya, baik kita buat demo tiap2 minggu, biar polis buat kerja road-block tiap2 hari. Baru ada kerja diorang.

Tanpa Nama berkata...

yg paling bangsat bila ular mak gerombolan TIDAK mampu menelan fakta ini semua!!! Konon penaung Ketua islam tapi Sheikh Nazim kata:........

nak harapkan NGO dan mahasiswa semuanya dah reput disimbah najis Thogut. siang malam tumpang sekaki sedut lendir hasil judi, arak dan pelacuran tajaan anak didik omputih!
paling sedih bila anda sendiri yg berada turut rakus sedut darah dan airmata rakyat Melayu yg papa kedana dek Dasar-Dasar yg menkayakan kroni dan bangsawan!!

maka itu kita tidaklah berapa percaya anda semua boleh rasa tercabar oleh pandangan TT saat ini.

harapan TT bukan kepalang but YOU DON'T have THE lONG MARCH TO BEGIN, you, yourself, as The Trail Burner!
May u not become Shahnon telan shit dan muntah sendiri.
as for msian they've already pissed by the north koreans!!!!

Revolusi Anak Muda Malaysia berkata...

Kalau takut kepada 'Anjing Tunggangan Barisan Nasional' , usah berbicara soal demontrasi...!!

Untuk masa ini kita cuma ada kata-kata (semangat).
Jika kita boleh kumpulkan bibir-bibir yang berkata-kata ini..
Tidak mustahil, kita boleh kumpulkan tangan-tangan yang mengangkat senjata...

KEKUATAN tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari SEMANGAT yang tidak pernah mengalah...

Ayuh anak semua bangsa. kita zahirkan semangat kita pada 28/04/2012,
di Dataran Merdeka untuk menentang ketidakadilan pemerintah ZALIM..

SALAM REVOLUSI


http://youtu.be/POS2m5WWN6Y

Raja Haji Jr berkata...

Gerombolan Umngok dilaknat oleh seisi alam dan Penciptanya. Ingat Umngok ditubuh dimana???? Rumah Lanun.

Tanpa Nama berkata...

Lu kutuk UMNO kononnya bersekongkol dengan British,LU pun tinggal kat Britain bertahun-tahun.....apasal lu tinggal kat Rusia ke ,China ke....tidak pun standard lu boleh tinggal di Uganda....mungkin Uganda pun tak nak terima orang macam lu....kah...kah...kah

Tanpa Nama berkata...

bila masa TT tinggal lama kat Britain???

kau tahu tak? eropah tu byk negara...

yg aku tahu dia lama dok belgium...

sweden pon TT pernah duduk...

satu lagi...nak kabo, macam jugak malaysia ni, kat britain pon ada penjahat2 politik.

yg jahat2 ni, yg pergi jajah negara orang.

yg jahat2 ni, yg memperkenalkan teknologi baru dan moden...

so, ambik yg baik....yg jahat jangan ikut lah....

kalo TT dok uganda....dia dah jadi king!!!! hahahahahah