Rabu, 8 November 2023

TERUS BOIKOT MEK DONAL



McDonald's, Starbucks terus jadi sasaran boikot di sebalik penafian sokong Israel

Kempen boikot produk yang dilihat menyokong keganasan Israel masih berterusan malah bertambah rancak di media sosial, di sebalik beberapa laporan jualan yang semakin merosot melibatkan beberapa jenama terkenal.

Ia seiring dengan sentimen anti-Israel yang semakin memuncak di Barat, yang menyaksikan peningkatan kempen memulau beberapa jenama global seperti McDonald's dan Starbucks, walaupun pemegang lesen tempatan jenama itu berulang kali menafikan dakwaan menyokong secara tidak langsung penindasan rakyat Palestin.

McDonald's dan Starbucks antara jenama yang menjadi sasaran utama selepas beberapa tindakan pemilik jenama francais itu di Amerika Syarikat dan Israel yang dilihat mengambil pendekatan mempertahankan pengeboman besar-besaran di Gaza, yang setakat ini meragut lebih 10,000 nyawa, sebahagian besarnya kanak-kanak.

Minggu lalu, polis menahan dua lelaki yang berjaya menggodam menu digital McDonald's, dengan memuat masuk beberapa slogan yang mengaitkan syarikat itu dengan pembunuhan di Gaza.

Bahang kemarahan umat Islam terhadap apa yang berlaku di Gaza turut memberi kesan kepada McDonald's dan Starbucks di Malaysia, berikutan tindakan rakan francais di negara lain yang dilihat menyebelahi Israel.

Akhbar Singapura, The Straits Times, baru-baru ini memetik seorang pekerja Starbucks di Malaysia yang berkata jualan semakin merosot akibat kempen memulau francais kopi itu.

"Sebelum kempen boikot, boleh dapat RM30,000 sehari, tetapi sekarang kira nasib baik kalau dapat RM10,000," katanya.

Baru-baru ini, syarikat Starbucks di Amerika Syarikat menyaman sebuah kesatuan kerana memuat naik kiriman di X yang menyatakan solidariti kepada Palestin.

Pengurusan Starbucks turut menulis surat kepada sebuah lobi pro-Israel berpangkalan di New York - Dewan Perniagaan Yahudi Ortodoks - menyatakan syarikat itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pekerja yang "menyokong keganasan Hamas".

Ketika dihubungi MalaysiaNow, Starbucks Malaysia, yang dimiliki Berjaya Food, syarikat dikaitkan dengan Kumpulan Berjaya milik ahli perniagaan terkenal Vincent Tan, berkata ia telah menyumbang RM1 juta kepada tabung kemanusiaan Palestin yang dilancarkan kerajaan.

"Khabar angin bahawa Starbucks memberikan sokongan kewangan kepada kerajaan Israel dan/atau tentera Israel adalah palsu," kata seorang jurucakap.

Starbucks, seperti McDonald's, merupakan salah satu jenama yang disenaraikan oleh Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), sebuah pergerakan antarabangsa yang menganjurkan pemulauan syarikat, jenama dan institusi akademik yang didakwa mendanai dan menyokong rejim Israel secara langsung dan tidak langsung.

BDS yang diasaskan pada 2005 itu diinspirasikan oleh sekatan ekonomi terhadap rejim apartheid Afrika Selatan, yang akhirnya berjaya menamatkan penguasaan kerajaan kulit putih itu.

Pergerakan BDS dilihat paling menampil di Amerika Syarikat dan UK, di mana sentimen anti-Israel memuncak sejak serangan ke atas Gaza bulan lalu, yang turut menyaksikan perarakan pro-Palestin yang terbesar pernah diadakan bagi membantah sokongan kerajaan mereka terhadap Israel.

Minggu lalu, sebuah cawangan McDonald's di West Yorkshire, UK,  diserang sekumpulan pemuda yang mengibarkan bendera Palestin.

Di Birmingham, tiga cawangan McDonald's diserang dengan cara melepaskan berpuluh ekor tikus ke dalam premis, yang menurut akhbar Daily Mail dipercayai respons terhadap langkah sebuah cawangan McDonald's di Israel untuk menyumbang makanan kepada tentera Israel. 

Masih tidak jelas sama ada McDonald's Malaysia terkesan dengan kempen boikot itu, walaupun syarikat itu melancarkan beberapa siri kempen publisiti termasuk di media sosial untuk menepis tuduhan terhadapnya.

Beberapa pegawai tertinggi McDonald's Malaysia berkali-kali tampil menyatakan pendirian mereka bersimpati dengan rakyat Palestin, di samping mengumumkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin anjuran kerajaan.

Pada 26 Oktober, pengurusan tertinggi McDonald's Malaysia turut menziarahi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya, dengan penjelasan panjang lebar mengenai struktur syarikat itu yang menurutnya merupakan entiti berasingan daripada McDonald's di negara lain.

Malah Pengarah McDonald's Malaysia, Mohamed Nasir ketika sesi perbincangan yang dimuat naik di YouTube itu turut memanggil Israel dan Yahudi sebagai "laknatullah".

Bagaimanapun, ia tidak dapat menenangkan sentimen orang ramai yang masih tidak yakin dengan penjelasan itu.

"Penjelasan orang-orang berkepentingan memanglah akan mempertahankan perniagaan dan jenama mereka. Terpulanglah kepada individu pengguna untuk makan McD atau tidak.

"Cuma perlu diingat kita wajib mencari makanan bukan setakat halal, tetapi wajib juga menjaga kesihatan diri dan anak-anak," kata pengguna YouTube, Hendon Anwar.

"Bagus diucapkan kepada management (pengurusan) tertinggi  di pihak Restoran McDonald's kerana telah menerbitkan suatu klip video yang telah memberikan pencerahan tentang isu McDonald's," kata seorang pengulas.

Bagaimanapun, ramai masih tidak menerima penjelasan mengenai sifat McDonald's yang bebas daripada syarikat induknya di Amerika Syarikat.

"Francais tetap francais," kata salah satu komen.

Ada yang mencadangkan McDonald's Malaysia menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin secara terbuka, selain daripada sumbangan kepada tabung kemanusiaan.

"Apa kata saya bagi cadangan, start sekarang cuba McDonald's Malaysia kibarkan bendera Palestin atau banner yang mengatakan 'we support Palestine'," kata pengguna media sosial Iszshah.


BUKAN HANYA

PENYOKONG

TEGAR ZIONIS

AMIN

MALAH JUAL

MAKANAN YANG

BAWA MUDARAT

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lain kali bagi tutup saja, tutup kedai senang pandailah mereka meniaga tempat lain negara lain kah kah kah

abuqassim berkata...

Apo payah bona nk tunjuk tk sokong zionis..
Pasang yo bendero palestin kek kodai memasing..
Kot boto brani la...
KAH KAH KAH