Kes guru tunjuk kemaluan masih dalam siasatan polis – Hui Ying
GEORGE TOWN – Siasatan berhubung kes seorang guru sekolah rendah di Balik Pulau di sini didakwa menunjukan kemaluan ketika berada dalam kelas masih dalam siasatan pihak polis.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kejadian tersebut namun tiada butiran lanjut memandangkan ia masih dalam siasataN.
“Kes ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan biar mereka jalankan siasatan dahulu. Sekiranya kejadian itu benar berlaku siasatan akan dilakukan di bawah kes gangguan seksual.
“Saya sekali lagi ingin tegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan kes-kes sebegini tidak kira ia membabitkan guru mahupun pelajar,” katanya.
1 ulasan:
Alah... Apa nak heran... Gambar kote merata rata... Yang berseroban pun ado.... Lah kah kah
Catat Ulasan