Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan

Rabu, 2 Disember 2009

MARI BERSAMA FAHAMI BERITA INI



SIAPA YANG AKAN JADI KRONI NANTI ?




PDRM PERLU BANYAK HELIKOPTER - melayau

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu memiliki lebih banyak helikopter pada masa depan bagi memantapkan aktiviti pemantauan jenayah di negara ini, kata Ketua Polis Negara Musa Hassan.

Beliau berkata, setakat ini PDRM memiliki 10 buah helikopter.

"Bagi saya kita perlu lebih helikopter kerana ia banyak kebaikan terutama untuk pencegahan jenayah. Kalau boleh saya mahu setiap negeri ada satu helikopter,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2009) di sini hari ini.

Ditanya sama ada PDRM berminat untuk memiliki pesawat tanpa pemandu (UAV), Musa berkata pihaknya tidak bercadang untuk membeli pesawat berkenaan pada masa ini kerana kosnya yang agak mahal.

nota:
ini juga berita kuntau

bila ada kenyataan macam ini keluar
ertinya sudah ada kroni yang telah dapat kontrek
ertinya suadah ada politikus yang telah masyuuuk


bagai mana caranya?

syarikat multinasional akan jumpa barua tempatan
barua ini akan menjadi orang perhubungan antara syarikat multinasional
dengan menteri gerombolan. pihak pdrm – bukan polis cabuk - akan
juga ada bersama untuk mencadangkan keperluan ini. yang
mencadangkan ini juga masyuuk. menteri yang
meluluskan akan juga ada kepentingan.

tak percaya tunggu dan lihat – siapa kroni yang akan
membawa heli ini masuk – mungkin bekas pegawai tinggi polis
bekas menteri pencen - ketua bahagian gerombolan – semua
bersama merembat harta negara.

yang melopong orang melayu yang bangga dengan ketuanan melayu
yang melopong orang melayu yang bangga dengan hak istemewa

memang betuk orang melayu ada hak istemewa
hak istemewa untuk melopong dan ditipu
kah kah kah.



Selasa, 26 Ogos 2008

YB GOBALA - TERKINI

Ketika membuat laporan polis tentang bas yang membawa pengundi hantu YB Gobala telah ditahan.
Beliau dan 2 anaknya serta seorang petugas telah dikasari dan dipukul oleh pihak polis.
Mereka kini masih lagi ditahan di lokap.
Ketua Polis Pulau Pinang telah membenarkan bas yang penuh dengan penumpang itu beredar.
Bas itu keluar dari Permatang Pauh tanpa sebarang siasatan dibuat ke atas para penumpangnya.

BERITA SELINGAN

Terlalu ramai anggota polis kelihatan di pusat-pusat pembuangan undi.

Sejak awal pagi sehinggalah ke saat ini.