Sabtu, 29 Ogos 2026

SPS BERLAKU DI NEPAL DAN TIBET


APA BERLAKU

DI NEPAL & TIBET

AMIN

TOKAY JUDI DALAM PKR?


ADA TOWKAY JUDI

DALAM PKR?

KAH KAH KAH

KHALAS

MAT BURUT DAN JUDI


MAT BURUT

TAK SOKONG JUDI

BETUL KE?

KAH KAH KAH

DALAM PKR

TAKDA JUDI?

BETUL KE?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS


PM: Kerajaan Madani tak pernah sokong aktiviti judi

Perdana Menteri menegaskan kerajaan Madani tidak pernah menyokong aktiviti perjudian, sebaliknya komited mengekang kegiatan itu menerusi pengurangan jumlah cabutan khas nombor ramalan.

Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan berkata sebaik menerajui pentadbiran negara, kerajaan Madani mengurangkan kekerapan cabutan berkenaan daripada 22 kali kepada hanya lapan kali setahun.

“Orang kata Anwar bin Ibrahim  ini tauke judi. Saya (sebenarnya) tidak sokong orang judi.

“Sebelum saya jadi perdana menteri, semasa kerajaan dulu perintah, cabutan (nombor ramalan) setahun ialah 22 kali.

“Saya buat secara berperingkat. Saya turunkan daripada 22 kali, jadi lapan kali setahun.

“Kamu hendak maki saya pasal apa?” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Skim Usahawan Bangkit (SUB) Madani Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam hari ini.

Anwar berkata tindakan mengurangkan jumlah cabutan berkenaan adalah antara langkah yang diambil bagi membendung kegiatan perjudian dan dia tidak seharusnya dipersalahkan atas dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran sebelum ini.

Permatang Pauh tetap di hati

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyalahkan Anwar berhubung keputusan mahkamah tentang isu lesen premis perjudian di negeri berkenaan.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan akan terus memperkukuh nilai agama dan akhlak masyarakat menerusi pelbagai inisiatif termasuk program pendidikan al-Quran serta pendekatan yang menyentuh kehidupan rakyat secara langsung.

Dia mengulangi kenyataan bahawa pembangunan negara tidak seharusnya hanya diukur menerusi kemajuan ekonomi semata-mata, sebaliknya perlu diimbangi dengan penghayatan agama dan pembentukan akhlak yang baik dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Anwar berkata Permatang Pauh sentiasa ada tempat istimewa dalam sejarah politiknya meskipun kini dia merupakan Ahli Parlimen Tambun di Perak.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh selama beberapa penggal itu berkata dia tidak akan sesekali melupakan kawasan berkenaan yang menjadi saksi kepada permulaan khidmatnya sebagai wakil rakyat serta mempunyai nilai sentimental sebagai sebahagian daripada sejarah perjuangan politiknya.

Walaupun kini mewakili kawasan Tambun, tambah Anwar, hubungan dan komitmennya terhadap Permatang Pauh tidak pernah terputus.

“Permatang Pauh inilah yang beri saya peluang dahulu. Saya jadi perdana menteri, betul, sebab wakil rakyat Tambun, tetapi (segalanya) bermula di Permatang Pauh. Takkan saya lupa.

“Ini kampung halaman kita. Saya pergi Port Dickson (Negeri Sembilan), Tambun beri kekuatan untuk kita, tetapi mulanya di sini, sebab itu kena turun ke Permatang Pauh kerana ini tempat saya, kampung halaman saya,” kata beliau.

Anwar mula memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1982 dan menyandang kerusi itu hingga 1999 sebelum kembali memenanginya pada 2008 hingga 2015, menjadikan keseluruhan tempoh dia mewakili kawasan itu kira-kira 24 tahun.

Ahli politik berusia 79 tahun itu kemudian memenangi kerusi parlimen Port Dickson menerusi pilihan raya kecil (PRK) pada 2018 sebelum beralih ke Tambun dan memenangi kerusi itu semasa PRU ke-15 pada 2022. - Bernama

PENYAKIT BERULANG - UBAT TAK BETUL


HUTAN DIBAKAR

KERANA HUKUMAN

TIDAK BERAT

AMIN

TIAP TAHUN

KENA JEREBU

KHALAS


Jerebu selatan ASEAN: Kerjasama pemadaman api perlu dipertingkatkan

SINGAPURA: Kerjasama yang dipertingkatkan untuk memadam kebakaran di kawasan tompok panas di seluruh wilayah selatan ASEAN sangat penting dalam menangani jerebu rentas sempadan.

Pengerusi Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA), Simon Tay, jerebu yang kini berlaku di wilayah selatan ASEAN sebagai ujian terhadap kerjasama serantau dalam menangani isu berkenaan.

"Buat masa ini, kerjasama untuk memadamkan kebakaran ialah perkara paling utama. Kita melihat adanya usaha sebenar untuk menangani kebakaran ini walaupun tidak sempurna, usaha itu wajar diiktiraf.

"Penting juga untuk diingatkan bahawa cuaca tahun ini panas dan kering, serta fenomena El Nino yang kuat adalah satu cabaran yang berat," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Disyorkan
Anggota PASKUB, Timbalan Pengarah Bahagian JBPM dilaporkan hilang ketika misi pendakian di Nepal
Banjir Nepal: Senarai warga asing hilang
KL City mungkin hanya beraksi 10 pemain malam ini
Banjir dahsyat Nepal: Kenderaan hanyut hingga 200km, anggota badan manusia ditemui
Sambil mengakui kerjasama semasa ASEAN dalam pemantauan titik panas dan perkongsian data saintifik menerusi Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), Tay menekankan bahawa perkongsian maklumat kualitatif dan penyelarasan pelan pemadaman kebakaran masih boleh ditingkatkan.

Beliau berkata perkara itu akan diletakkan di bawah bidang kuasa Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ACC THPC) yang baharu di Jakarta.

Pusat tersebut telah dilancarkan awal tahun ini namun belum beroperasi sepenuhnya.

"Diharapkan situasi jerebu tahun ini akan menjadi pemangkin untuk memuktamadkan perjanjian pelaksanaan dengan semua negara anggota ASEAN serta membolehkan pusat itu beroperasi sepenuhnya," tambah beliau.

Menurut Tay, tindakan jangka panjang bagi menangani isu jerebu perlu diteruskan melangkaui musim kering tahun ini, memandangkan dunia diramalkan bakal mengalami musim yang lebih panas dan kering pada masa hadapan akibat perubahan iklim.

Beliau berkata Malaysia telah mengusulkan penggunaan 'diplomasi sains' yang lebih meluas serta penubuhan Tabung Jerebu Mampan yang baharu semasa mesyuarat peringkat menteri ASEAN mengenai jerebu pada Julai.

Penubuhan tabung itu bagi memperkukuh kerjasama dan pembiayaan serantau dalam usaha pencegahan jerebu.

"Ini satu cadangan yang baik, sememangnya sudah terdapat Tabung Kawalan Pencemaran Jerebu di bawah ASEAN, namun sumbernya terhad.

"Satu isu yang mungkin timbul menjelang musim kebakaran 2026 ialah pihak berkuasa tempatan dan agensi pengurusan bencana mungkin mempunyai sumber kewangan lebih terhad susulan keadaan ekonomi global yang kurang memberangsangkan serta langkah pengetatan belanjawan awam," katanya.

Dalam pada itu, Tay menegaskan bahawa isu jerebu akan terus menjadi agenda serantau apabila Singapura mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada 2027.

"Situasi jerebu semasa merupakan satu ujian ketahanan terhadap tahap kesiapsiagaan rantau ini dalam menangani jerebu namun ia juga menjadi peluang untuk membina kerjasama yang lebih kukuh pada masa hadapan," katanya.

KITA SEMUA BERSIMPATI


SATU MALYSIA

SAMA SEDIH

SIMPATI UNTUK

KELUARGA

AMIN

SATU DUNIA

SEDANG MENCARI

AMIN

'Kesunyian tanpa khabar amat menyakitkan' - 49 keluarga rayu Wisma Putra salur maklumat rasmi setiap hari


KUALA LUMPUR: Keluarga kepada 49 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan tragedi banjir kilat di sempadan Nepal-Tibet merayu Wisma Putra menyalurkan maklumat rasmi secara berkala setiap hari walaupun tiada perkembangan baharu mengenai insan tersayang mereka.

Jurucakap Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH), Dr R Manivannan, berkata keluarga memerlukan satu saluran komunikasi rasmi yang boleh dipercayai bagi mendapatkan perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata, maklumat itu perlu merangkumi status terkini rakyat Malaysia yang masih hilang, kawasan pencarian, perkembangan daripada pihak berkuasa Nepal dan China serta bilangan individu yang sudah ditemukan atau diselamatkan.

"Kami amat memahami bahawa maklumat kadangkala mungkin terhad atau masih tertakluk kepada pengesahan.

"Walaupun kemas kini yang diberikan hanya menyatakan bahawa tiada maklumat baharu yang disahkan, perkara itu tetap dapat memberikan ketenangan kepada keluarga bahawa perkara ini sedang dipantau dan diusahakan secara aktif," katanya pada sidang media di Gombak hari ini.

Lebih 70 ahli keluarga rakyat Malaysia yang masih hilang turut hadir pada sidang media berkenaan.

Manivannan berkata, MASFIH turut meminta Wisma Putra serta Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Beijing melantik pegawai perhubungan khas bagi berkomunikasi secara langsung dengan tiga wakil pertubuhan itu.

Katanya, kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang diwakili MASFIH dan saluran komunikasi berpusat membolehkan maklumat rasmi disampaikan dengan cepat serta konsisten kepada keluarga.

"Ia juga dapat mengurangkan beban anggota keluarga yang terpaksa berulang kali menghubungi agensi berbeza untuk mendapatkan maklumat.

"Kami menerima maklum balas daripada beberapa anggota keluarga yang mengalami kesukaran untuk menghubungi atau mendapatkan maklum balas daripada Kedutaan Malaysia di Kathmandu sejak dua hari lalu," katanya.

Bagaimanapun, Manivannan berkata, rayuan itu bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak kerana mereka memahami misi diplomatik sedang berdepan situasi bencana yang amat mencabar dan sentiasa berubah.

"Bagi keluarga yang dalam keresahan dan menunggu berita mengenai insan tersayang, kesunyian tanpa khabar amat menyakitkan.

"Ketidakpastian menimbulkan ketakutan, kekecewaan dan ada ketika putus asa," katanya.

Beliau berkata, lebih 72 jam sudah berlalu sejak banjir kilat melanda kawasan sempadan Rasuwagadhi, Nepal-Tibet, namun keberadaan rakyat Malaysia berkenaan masih belum diketahui.

Katanya, setiap jam tanpa maklumat yang boleh dipercayai meningkatkan kebimbangan, penderitaan dan tekanan emosi ditanggung keluarga.

Manivannan berkata, keluarga ketika ini menerima maklumat terutama mengenai perkembangan di sebelah Nepal, tetapi hanya sedikit atau tiada maklumat secara langsung berkaitan operasi SAR serta keadaan di sebelah Tibet, China.

Katanya, berdasarkan maklumat dan pergerakan terakhir kumpulan berkenaan, ada kemungkinan sebahagian atau ramai rakyat Malaysia yang hilang berada di atau berhampiran kawasan imigresen atau kastam China.

"Mereka juga mungkin terperangkap dalam banjir ketika melintasi sempadan atau sudah melepasi pemeriksaan imigresen dan dalam perjalanan menuju Gyirong atau Kerung.

"Keluarga tidak sepatutnya terpaksa bergantung pada maklumat yang tidak lengkap daripada sumber tidak rasmi untuk menentukan sama ada insan tersayang mereka sudah ditemui," katanya.

Dalam pada itu, Manivannan berkata, MASFIH turut menggesa kerajaan menggunakan semua saluran diplomatik dengan Nepal dan China bagi mendapatkan kelulusan segera untuk menggerakkan pasukan SAR Malaysia serta kepakaran berkaitan.

"Pada peringkat ini, keluarga memohon agar setiap sumber yang mungkin, setiap saluran yang mungkin dan setiap kawasan pencarian yang mungkin digunakan.

"Kita tidak mampu kehilangan lebih banyak masa," katanya.



ANGKA WARGA HILANG DI NEPAL BERTAMBAH


AL-FATIHAH

AMIN

ANGKA WARGA

HILANG BERTAMBAH

KHALAS

MAT TERAM MENTAL


KAPAL MINYAK

MILIK KUWAIT

DISERANG

AMIN

MENTERI LUAR IRAN

KATA MAT TERAM 

DAH MENTAL

KHALAS

PENJAJAH DAN PENDATANG


PENJAJAH

DAN

PENDATANG 


Saya pernah melihat dalam YouTube satu lawak berdiri dimana Sang Pelawak  - yang berkulit hitam – berkata :  Dulu kamu datang ke India  kerana itu bila kamu balik ke negara kamu kami semua ikut kamu pulang bersama.

Komidi ini  memperlihat tentang keadaan kenapa di UK terlalu ramai  orang India, Pakistan dan Bangla  telah bermastautin.

Mengikut bancian tahun 2021 terdapat 5.6 juta  - warga berasal dari benua India atau dikenali sebagai warga Asia. Ini  mencakupi orang  dari India, Pakistan dan Bangladesh. 

Contohnya di Birmingham ada 340,000, di Bradford ada 140,000 di Manchester ada 115,000 warga berasal dari  India. 

Dari Jabatan Statistik tahun 2025 warga  kota London berjumlah 9.1 juta.  Dari jumlah ini 1.8 juta berasal  dari India, Pakistan dan Bangladesh. 

Ini jumlah  pendatang yang halal dan kosher.  Yang gelap dan haram belum di kira jumlahnya. Amin

Lawak lucu tentang Mat Salleh balik kampung  dan Mat India ikut sama ada kebenaran.  Inggeris negara penjajah. Maka  yang mengikuti mereka  pulang ke UK adalah anak-anak tanah jajahan.

Di Kota Paris kita temu pendatang dari Algeria, di kota Amsterdam kita temui pendatang dari Surinam, di Brussels kita temui pendatang dari Zaire atau dari  Belgium Congo.

Negara-negara Orang Putih ini semuanya  pernah menjadi penjajah. Belgium pernah menjajah Congo. Belanda pernah  menjajah  Surinam dan Indonesia.  Peranchis pernah menjajah bumi Arab seperti Algeria, Tunisia dan Moroko.  Juga Mali, Senegal, Benin dan Ivory Coast,

UK satu ketika dulu adalah kuasa kolonialis hegemon  imperialis yang  terbesar dan menguasai antara 65 ke 178 tanah jajahan di serata pelusuk dunia – termasuk Tanah Melayu. Legasi yang wujud hingga ke hari ini ialah Kesatuan   Negara Commonwealth – 56 buah negara   bekas tanah jajahan Inggeris.

Hakikatnya pendatang yang kini berada di France, di Belgium atau di UK ini pada awalnya adalah hasil dari penjajahan.  Ada pertalian antara Penjajah dan Anak Tanah Jajahan.  Pertalian yang intim.

Anak-anak tanah jajahan dihantar belajar ke negara Ibunda. Dari Tanah Melayu  anak tanah jajahan dihantar ke Kirby untuk jadi Guru dan Cikgu. Dilatih jadi peguam, jurutera, doktor dan pelbagai profesion di universiti dan kolej di UK.

Peranchis dan Belanda juga membuat dan mengambil jalan yang sama ketika menjajah.

Paling menonjol ialah anak-anak dari tanah jajahan yang direkrut untuk menjadi soldadu dan tentera Inggeris atau  tentera Peranchis. 

Saya masih ingat lagi  tahun 50’an ketika saya membesar. Ketika ini Parti Komunis Malaya sedang memimpin    Gerakan Pembebasan Tanah Melayu. Parti Komunis  berjuang melawan Inggeris untuk Tanah Melayu Merdeka.

 Dalam pekan Kuala Klawang Jelebu  ada  soldadu dari Fiji, ada soldadu dari Nigeria , Nepal, Kenya, New Zealand , Australia  yang menjadi  askar Inggeris. Mereka semua anak dari tanah jajahan. 

Hari ini di Kuala Klawang  satu jalan di namakan Jalan Ghurkha.  Jalan ini satu ketika dulu adalah  penempatan  soldadu Ghurkha berkhemah.

Di zaman penjajahan rujukan anak tanah jajahan pastilah kepada London atau  Paris  atau Amsterdam atau Brussels.  

Maka tidak hairan selepas   kuasa penjajah berundur anak  tanah jajahan  ikut pulang ke London, Paris atau Brussels.

Saya ada pengalaman peribadi tentang pendatang dari Tanah Melayu yang terus bermastautin di UK. Mereka ini adalah pelaut  yang bekerja di kapal dagang Inggeris.

Pada tahun 1987 saya berpeluang berjumpa Pak Abu  yang berasal dari Melaka. Mengikut surah - pada awalnya bila dia berhenti ke laut   dia menetap di Liverpool – kota pelabuhan.

Dia menikah dengan Minah Salleh. Ketika kami bertemu Pak Abu yang sudah beranak dan bercucu tinggal di Whitechapel Timur London.

“ Malaya apa cerita..... ‘ Bayangkan Pak Abu masih memanggil Malaysia Malaya.  

Mengikut Pak Abu ramai pelaut dari Tanah Melayu yang masih menetap di Liverpool. Mereka datang ke UK ketika Tanah Melayu masih tanah jajahan. Tidak perlu pasport. Tidak perli visa.

Bayangkan ada 56 buah Negara Commonwealth – berapa ramai agaknya pendatang seperti Pak Abu yang kini  menjadi warga negara UK.
Sesudah Perang Dunia Ke Dua – Eropah dengan bantuan dana  Marshall Plan dari Amerika membangun kembali. Buruh dan tenaga kerja di perlukan. Bangunan  yang runtuh perlu di baiki. Perumahan baru wajib dibina untuk bekas soldadu. Jalan kereta api wajib dibaiki dan yang baru perlu di buat. 

Buruh. Buruh. Tenaga kerja di perlukan. Maka di jemput  datang anak dari  bekas tanah jajahan.

Justeru kerajaan UK mengambil langkah radikal. Undang-undang baru untuk pendatang di buat.

Akta Kewarganegaraan British 1948: Undang-undang ini memberikan hak undang-undang kepada semua rakyat Empayar British – bekas tanah jajahan dan Komanwel untuk tinggal, bekerja, dan menetap di UK.

Contoh klasik  yang  hari ini masih disebut-sebut ialah kes  kapal Empire Windrush: Kapal ini tiba di Essex pada bulan Jun 1948 dengan membawa ratusan penumpang dari Caribbean yang datang untuk mengisi kekosongan jawatan penting dan memburuh. 

Keperluan ekonomi: Penghijrahan ini didorong oleh keperluan mendesak. Britain memerlukan  tenaga kerja pasca-perang, ditambah pula dengan kadar pengangguran yang tinggi serta peluang yang terhad di Caribbean.

Perkara yang sama juga berlaku di Belgium.  Jika di UK warga dari Jamaica datang memburuh. Di Belgium warga dari Moroko masuk  menjadi pekerja. 

Di German konsep Pekerja Tamu   di perkenalkan. Pekerja tetamu – Gastarbeiter - di Jerman Barat  ini  program kerajaan pada pertengahan abad ke-20. Kerajaan  secara aktif merekrut tenaga kerja asing untuk melakukan kerja fizikal sementara, dengan jangkaan bahawa mereka akhirnya akan pulang ke negara asal.

Hakikatnya  ada pertalian yang jelas antara Negara Penjajah dengan warga Tanah Jajahan.

Malah satu ketika dulu di Tanah Melayu ada  menggunakan frasa : Old Mother England. Ini bukan konsep lucah atau lawak tapi inilah hakikat hubungan kita yang pernah di jajah oleh Inggeris.

Tetapi semua ini berubah. Akhir-akhir ini saya terbaca dalam portal akhbar The Guardian  bagaimana ada  warga Jamaica  yang datang dengan kapal Windrush mahu dihantar pulang kembali ke Jamaica.

Krisis pengusiran warga Windrush tercetus pada tahun 2018 apabila penduduk jangka panjang UK dari negara-negara Komanwel. Mereka  tiba sebelum tahun 1973, kebanyakannya dari Caribbean.

Sentimen anti pendatang semakin melonjak. Pendatang dari negara bekas tanah jajahan menjadi sasaran. Keadaan ini lahir akibat dasar imigresen "agak keras” - hostile environment. Ini dasar  Kementerian Dalam Negeri yang mahu di lihat popular di kalangan pengundi.

Beratus-ratus orang berdepan dengan penahanan, kehilangan pekerjaan, penafian akses penjagaan kesihatan, dan pengusiran yang tidak wajar walaupun mereka merupakan penduduk sah Britain.

Skandal Windrush ini masih belum selesai. Cuaca dan ambiance  terhadap pendatang  tidak mereda. Malah suhu  benci dan  mahu menghalau pendatang ini pulang ke negara asal makin merebak.

Keadaan   yang sama sedang berlaku di Belgium, di German, di Peranchis, di Sepanyol , di Itali atau di Belanda. Malah saya tidak akan dianggap salah jika  saya katakan sikap anti pendatang ini sedang mengampuh di Eropah.

Di Eropah Barat dan di Eropah Timur sentimen  tak suka dan benci kepada pendatang ini sedang membara.

Justeru  di German ada Parti AFD – Parti Alternatif untuk German. Di UK ada Reform Party – parti garis  kanan yang menjadikan pendatang agenda utama. Di Italy   Giorgia Meloni  yang menjadi Presiden semenjak 2022 datang dari Party Brothers of  Italy yang jelas berfahaman kanan.

Yang saya rakamkan disini adalah pendatang hasil dari babak penjajahan.  Mereka di jemput datang dan di rayakan. Tetapi semua ini sedang berubah.

Sejarah penjajahan dah lama tamat. Kini dunia memasuki era pasca Globalisasi.  United Kingdom bukan lagi hegemon kolonial utama. Amerika telah mengambil alih peranan UK.

Era Globalisasi ini  membuka semua sempadan. Apa yang kita saksikan ini adalah   hasil pasca Globalisasi.  

Krisis  pendatang yang kita lihat sekarang ini ialah krisis  modal dan buruh. Buruh dari awal dulu datang mengikut modal. Di mana ada modal buruh akan sampai. Kalau dulu di jemput  hari ini buruh sampai  dengan pelbagai cara. 

Apa  terjadi dengan pendatang lama dan pendatang  baru ini? Tunggu minggu hadapan. Amin . (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM POERTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/783176

















ISLAMIK NATO


IRAN PUKUL

KALAH AMERIKA

MUNCUL

ISLAMIK NATO

KHALAS

HIZBULLAH TERUS BERJUANG


DASAR GARIS

POLITIK TEPAT

DARI HIZBULLAH

AMIN

LETAK SENJATA

AKAN JADI MACAM

AL-FATAH & PLO

KHALAS


Ketua Hizbullah sekali lagi tolak perjanjian Lubnan-Israel, enggan menyerah


BEIRUT: Ketua Hizbullah, Naim Qassem, sekali lagi menolak perjanjian antara Israel dan Lubnan, sambil menegaskan kumpulan disokong Iran itu tidak akan menyerah, hampir enam bulan selepas tercetusnya perang dengan Israel.

"Kami menentang perjanjian rangka kerja itu dan menyeru supaya ia dibatalkan," katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi saluran televisyen milik kumpulan berkenaan, Al-Manar pada Jumaat.

Israel dan Lubnan memulakan rundingan secara langsung yang ditaja Amerika Syarikat (AS), selepas Hizbullah mengheret Lubnan ke dalam konflik Asia Barat pada 2 Mac dengan melancarkan serangan terhadap Israel.

Israel kemudian bertindak balas dengan serangan besar-besaran dan melancarkan pencerobohan darat, yang menurut pihak berkuasa Lubnan, mengorbankan lebih 4,300 nyawa.

Dalam rundingan pada akhir Jun lalu, Lubnan dan Israel menandatangani perjanjian yang menggariskan pelucutan senjata Hizbullah, pengunduran secara berperingkat tentera Israel dari selatan Lubnan serta penempatan tentera Lubnan di kawasan berkenaan, bermula dengan zon perintis.

"Perjanjian rangka kerja itu tidak sah, menyalahi undang-undang, memalukan dan memusnahkan kedaulatan Lubnan.

"Kami tidak bersetuju dengan zon perintis atau apa yang akan berlaku susulan pelaksanaannya," kata Qassem sambil menolak sebarang cadangan sistem pengesahan.

Selepas rundingan di Rom awal bulan ini, sumber Lubnan memberitahu AFP bahawa persetujuan dicapai mengenai 'senarai pendek' negara yang berkemungkinan mengawasi pelaksanaan proses zon perintis itu.

Antaranya termasuk usaha tentera Lubnan meleraikan sebarang infrastruktur Hizbullah di kawasan berkenaan.

Pusingan baharu rundingan dijadualkan berlangsung pada awal September, namun tarikhnya masih belum diumumkan.

Keganasan berkurangan sejak memorandum persefahaman AS-Iran mengenai konflik lebih meluas di Asia Barat pada Jun lalu dan perjanjian rangka kerja Israel-Lubnan pada bulan sama.

Namun, Lubnan masih melaporkan serangan Israel, bedilan artileri dan kemusnahan besar-besaran bangunan awam di kampung serta pekan di selatan negara itu.

Tentera Israel kini beroperasi di dalam apa yang diisytiharkan sebagai zon keselamatan, yang meliputi kawasan kira-kira 10 kilometer (km) ke dalam wilayah Lubnan di sepanjang sempadan.

Agensi Berita Nasional Lubnan yang dikendalikan kerajaan pada Jumaat melaporkan beberapa serangan udara Israel di selatan negara itu, termasuk di kawasan Nabatieh, yang menyaksikan peningkatan serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Qassem berkata, kumpulannya menyokong pelaksanaan gencatan senjata pada November 2024 yang bertujuan menamatkan perang terdahulu dengan Israel.

"Kami akan terus berdiri teguh dan tidak akan menyerah," tegasnya. - AFP

KE JALAN RAYA


JALAN RAYA

SEBELUM 

 PILIHAN RAYA

ADA KERJA SUCI

MELAWAN 

KERAJAAN  ZALIM

KHALAS

Unknown commented on
 "KENALI PERANGAI ORANG POLITIK"

Kadangkala kita jadi bodoh sangat apabila mencari jalan menyalahkan orang lain, selama ini semua kita tahu orang-orang sendiri yang mencuri merompak merasuah hasil bumi sehingga merosakkan segala umat di negara ini, syukur alhamdulillah negara ini bebas segala malapetaka alam, 

tetapi malapetaka terbesar ialah perangai manusia di negara ini, tidak pernah bersyukur tidak pernah berterima kasih pun walaupun aman damai sejahtera percuma dan mendapat segala nikmat hidup secara percuma, ampun dosa perangai keji dan perbuatan mereka-mereka sebelum ini, selepas ini, 

ya Allah SWT bawalah musibah kepada seluruh manusia yang taksub ego pencuri perasuah yang menghancurkan negara ini atas alasan agama bangsa kaum keturunan ketuanan amin amin amin semoga doa kebaikan ini dapat dapat anugerah Illahi amin amin amin

TURUN BERDEMO LAWAN RASUAH


BERDOA BAIK

TAPI TURUN DEMO

GASAK & LAWAN

LEBIH BERFAEDAH

KHALAS


Unknown commented on
 "KENALI PERANGAI ORANG POLITIK"

Ya Allah ya Tuhanku hancurkan mereka yang rasuah makan makanan haram setiap masa, gunakan duit rakyat untuk kesenangan kesejahteraan, mendapat segala percuma tanpa sebarang usaha, rosakkan keluarga anak beranak golongan munafik yang menghalalkan segala perbuatan keji dan mungkar amin kah kah kah