Khamis, 8 Mac 2012

LAGI KES SHAHRIZAT LEMBU



SHARIZAT LEMBU - KL ECO CITY


Saya telah membawa isu pembangunan sebidang tanah di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai yang mengenepikan kebajikan rakyat di dalam sidang Dewan Rakyat yang lepas. Projek pembangunan hartanah mewah KL Eco City bernilai RM6 billion yang melibatkan SP Setia, DBKL dan syarikat milik Pergerakan Pemuda Umno ini telah mendapat perhatian ramai berikutan nasib yang menimpa penduduk-penduduk berpendapatan rendah yang mendiami tanah tersebut asalnya.

Pendedahan terbaru pada hari ini bahawa dana awam yang disalurkan kepada NFC telah digunakan untuk membeli 8 unit hartanah mewah di KL Eco City pada nilaian semasa yang mencecah RM12 juta mengundang pelbagai persoalan baru.

Pertamanya, tindakan suami dan keluarga seorang menteri kanan yang juga Ahli Parlimen kawasan yang terbabit membeli hartanah tersebut menimbulkan persoalan pertembungan kepentingan (conflict of interest) di antara tugas seorang Ahli Parlimen dan kemahuan peribadi keluarga beliau.

Dalam kes pembangunan KL Eco City, ia melibatkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah yang tidak diberikan pampasan yang berpatutan. Sewajarnya nasib dan hak penduduk berpendapatan rendah ini dibela oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil agar syarikat pemaju yang besar seperti SP Setia memberikan pampasan yang sepadan.

Dengan pendedahan terkini, Dato’ Seri Shahrizat Jalil wajar menerangkan kepada rakyat sama ada beliau memainkan apa-apa peranan yang mempengaruhi keputusan sehingga menyebabkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah di Kampung Abdullah Hukum. Jika beliau mengambil sikap sambil lewa dalam membela nasib penduduk yang terbabit sejak sebuah syarikat usahama diwujudkan dalam tahun 2007, ia juga menimbulkan pertanyaan sama ada ini ada kena mengena dengan kepentingan keluarga beliau yang berhasrat membeli hartanah di KL Eco City.

Persoalan-persoalan moral ini adalah lanjutan dari isu yang saya bangkitkan di Dewan Rakyat berkenaan ketidakpedulian pimpinan Pemuda Umno yang mendapat durian runtuh berjumlah RM75 juta daripada projek ini, sedang rakyat berpendapatan rendah dibiarkan tanpa pembelaan.

Kepimpinan Pemuda Umno terlibat secara langsung di dalam pembangunan KL Eco City dan tindakan pemindahan penduduk melalui syarikat YGP Holdings Sdn Bhd, yang merupakan rakan kongsi awal KL Eco City Sdn Bhd (iaitu pemaju yang juga anak syarikat SP Setia).

Pengarah-pengarah YGP Holdings Sdn Bhd termasuklah Ketua Pemuda Umno, Sdr Khairy Jalamuddin dan pimpinan Pemuda Umno seperti Dato’ Abdul Rahman Dahlan dan Dato’ Megat Firdouz Megat Junid.

Saya akan menunggu jawapan dari Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Umno mengenai penglibatan mereka di dalam sebuah projek yang meminggirkan kepentingan rakyat berpendapatan rendah di Lembah Pantai, sementara rakan-rakan pimpinan KEADILAN yang lain terus mendesak pertanggungjawaban dari keluarga menteri yang menggunakan dana awam untuk membeli harta peribadi.

NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN

7 MAC 2012

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Izzah,
Semua orang yang berfikiran matang tahu selama ini gerombolan sapu duit rakyat malaysia selama lebih 50 tahun. Masalahnya, orang melayu masing mahu sokong gerombolan apabila dihasut dengan ketuanan dan bangsa serta agama. berilah pencerahan kepada orang melayu. turun padang jumpa dengan orang melayu untuk beri penjelasan.
kalau melayu masih mahu sokong gerombolan hanya ALLAH boleh selamatkan malaysia...

Accounting and Finance Solution berkata...

Banyak haram itu

Tanpa Nama berkata...

owh banyak pengembala lembu rupernye..

sekor lembu berak bepuluh ekor lembu terpalit jua.. :D

Tanpa Nama berkata...

MAMPUS PADAN MUKA DENGAN ORANG ABDULLAH HUKUM...

sokong lagi, sokong lagiii... sokong sokong...

tanah kene rembat pun sokong lagi... sokong...

kalo korang nak tau, orang-orang abdullah hukum terkenal dengan UMNO TUNGKIK PEKATNYA...

Tanpa Nama berkata...

Ha ha pecah tembelang kj ber*k ni, patut lah defend mati-mati kak srizat dia ari tu..... dah terlondeh.. patut lah PNB beli beli SP Setia.... dia dah kau tim??....... skarang dia jaga SPNB pulak.... hancus duit.... Bengkrapkan Negara aka BN.
AA

Tanpa Nama berkata...

gaji naik 13%.....yahoo...ada aku kesah!!!

Pro_Pembaharuan berkata...

khairy jamaluddin lembu paling bodo...

1. tolak nurul izzah yang pandai lagi cun melecun (dapat laki pondan kutty), ambik anak badak yang bodo lagi hodoh - sah-sah bodo...

2. sorok-sorok kes altantuya untuk bini rosmah, last-last dia gak tak dipilih jd menteri oleh bini rosmah walhal ketua pemuda UMNGOK

3. berapi-berapi lawan PR tapi yang akan jatuhkkan dia nanti UMNGOK gak...

Seswai sangatlah khairy dinobat lembu yang suka dipanggil lembu sedangkan shahrizat lembu pegi mekah 3 kali takut dipanggil lembu...