Rabu, 25 September 2024

ISU NEGARA MENAKUTKAN PENGUNDI


Jangan bawa isu nasional dalam kempen PRK Mahkota – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Isu nasional yang tidak relevan terutama membabitkan pemimpin luar Johor seharusnya diselesaikan peringkat nasional bukan dibawa dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, ini kerana isu tersebut tidak sesuai dan dibimbangi akan menggugat keharmonian masyarakat di negeri ini.

“Kita ambil masa yang lama dan berdekat untuk bersatu dan (perpaduan yang terbina) ini boleh diruntuhkan dalam masa overnight (satu malam).

“Kalau tidak jaga keharmonian boleh runtuh sekelip mata dan merugikan semua pihak. Negara jadi tak stabil dan gaduh sahaja,” katanya dalam temubual di kediaman Menteri Besar Johor di Saujana di sini semalam.

Beliau berkata, perbezaan pendapat melibatkan pemimpin adalah normal dalam masyarakat majmuk berbilang kaum di negara ini.

“Sebagai Bangsa Johor, kita sentiasa pentingkan perpaduan, perkara dibawa pemimpin peringkat nasional biarlah jadi isu nasional.

“Kita di sini mempunyai visi dan hala tuju yang jelas untuk bangunkan negeri dan DUN Mahkota serta daerah Kluang,” katanya yang juga Pengarah PRK DUN Mahkota.

Sebelum ini Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok bertelagah berkenaan isu pensijilan halal.

Isu pensijilan halal menjadi polemik selepas media sebelum ini melaporkan Teresa berkata, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela untuk membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Kenyataan itu mendapat bantahan Dr Akmal dan menerusi satu hantaran video dalam TikTok sebelum ini, beliau melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal. – 

WOIT

KAH KAH KAH

JANGAN BAWA ISU

HARGA BARANG

MAHAL

KAH KAH KAH

JANGAN TIMBULKAN

ISU NAJIB DIPENJARA

KAH KAH KAH

JANGAN TANYA

ISU SIJIL HALAL

AMIN

KEMPEN ISU

BANGUN PAGI

GOSOK GIGI 

 BERAK DULU

SEBELUM MANDI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: