Isnin, 7 September 2026

ANAK TAK SEKUAT EMAK

 

KRAKATAU

 MELEDAK 1883 

6 BULAN BUMI

GELAP

AMIN

KINI ANAK

 MELEDAK

TAK SEKUAT EMAK

KHALAS


8 lapangan terbang kekal ditutup akibat letusan Gunung Anak Krakatau


JAKARTA: Lapan lapangan terbang di Indonesia masih ditutup pada awal pagi Isnin ekoran abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau, menurut Kementerian Pengangkutan negara itu.

Abu daripada Anak Krakatau, yang terletak di pertengahan antara Pulau Jawa dan Sumatera, sudah menyelubungi Jakarta dan beberapa kawasan sekitarnya sejak ia meletus lewat pada Jumaat, mengakibatkan lapangan terbang ditutup atas faktor keselamatan.

Kementerian pengangkutan berkata, seramai 170,000 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan.

"Kami tidak dapat memastikan bila keadaan ini akan berakhir ekoran cuaca yang dinamik," kata Menteri Pengangkutan, Dudy Purwagandhi dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menambah lapan lapangan terbang terbabit termasuk yang menyediakan perkhidmatan untuk wilayah berdekatan Jakarta iaitu Lampung dan Jawa Barat, di mana ia kekal ditutup sehingga pagi ini.

Singapore Airlines antara syarikat penerbangan terjejas dan mengumumkan sudah membatalkan penerbangan pergi dan balik dari Jakarta kerana letusan gunung berapi itu.

Sebanyak 18 penerbangan dengan waktu penerbangan bermula seawal jam 5 pagi hingga 8 malam hari ini turut dibatalkan, menurut syarikat penerbangan terjejas.

Satu lagi penerbangan pada Selasa yang berlepas dari Jakarta turut dibatalkan.

Laman web agensi meteorologi BMKG menunjukkan letusan Anak Krakatau paling terkini berlaku pada jam 8.23 malam pada Ahad.

Letusan itu menyebabkan abu mencapai ketinggian sehingga 6,000 meter (m) di bahagian gunung berapi yang menghadap Jawa dan 15,000 m di bahagian yang menghadap Sumatera serta beberapa bahagian wilayah Banten di Jawa.

Pada Ahad, agensi bencana menggesa orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah bagi mengelak terkesan dengan abu.

Agensi berita negara, Antara melaporkan di Jakarta dan Lampung, sekolah tidak melaksana kaedah bersemuka bagi mengurangkan risiko kesihatan kepada pelajar.

Indonesia terletak di lingkaran api Pasifik, lokasi kerap berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Anak Krakatau, yang bermaksud anak Krakatau, mula muncul seabad lalu dari kawasan sebelum ini diduduki oleh Krakatau, yang ketika itu dikenali sebagai Krakatoa.

Letusan gunung Krakatau pada Ogos 1883 adalah antara bencana alam paling dahsyat dalam sejarah manusia yang mengorbankan lebih 36,000 nyawa. - AGENSI.

BERKULIT HITAM


HITAM DAN

BAU BUSUK

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"ROHINGYA HITAM 
HODOH PENGOTOR ?"

awek kata lu busuk lu hitam.. lu jagan marah awek tu.. lu pegi mandi mekap tebal2..

bukan awek tu nak lu.. lu yang nak awek tu..

kah kah kah

BUKAN SALAH TUHAN RA


JANGAN SALAHKAN

TUHAN RA

AMIN

UMAT MANUSIA

MUSNAH DIRI

SENDIRI

KHALAS

Unknown commented on
 "IRAN MEBALAS DENGAN TEMBAK PELURU BERPANDU"

Himalaya cair, Indonesia hangus, tengah tengah apa akan terjadi? Adakah menjadi habuk atau dikukus terus?

Banjir merata tempat di dunia, dua Amerika Arab baik tiada langsung, menyusahkan kaum seluruh dunia, kah kah kah kah biar kedua negara ini semua dilenyapkan terus oleh Tuhan Ra? Kah kah kah kah

PAGI INI

 


PAGI INI




PAGI INI

SENIN 7 SEPTEMBER 2026

ZAHID  DAH BERANI LAWAN MAT BURUT


IRAN BERI AMARAN PADA AMERIKA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Dulu Amerika beri amaran pada Iran – sekarang dah terbalik. Ini kerana Iran tahu Amerika dah kurang senjata dan  gaduh dalam PANTAGON  sedang berjalan gila gila.

Banyak Jeneral letak jawatan tak setuju dengan perang. Banyak INTEL orang dalam bocorkan  maklumat  pada media.


Askar dan rakyat Amerika rasa ini PERANG BODOH – perang UNTUK ISRAEL -  makin ramai sedar Mat Teram kena tipu  oleh Setanyahu. Amin.

UKRAINE – Zelensky kata perang akan di teruskan – wakil Mat Teram jumpa Putin dan jumpa Zelensky  menemui jangan BUNTU.

ZAHID SERANG MAT BURUT
Berita tersebar mengatakan  ada tikam. lidah antara Zahid dengan Mat Burut – Ini. Laporan Bloomberg.  

Mesyuarat RABU lalu pendek.

Pasal apa ? Tidak jelas tapi MUNGKIN kes pakai BAJU OREN – Mat Burut jala ramai pemimpin UMNO. Semua belum di dakwa dah pakai  BAJU OREN
.
TUJUAN Mat Burut nak malukan si Polan  yang kena tahan SPRM – jeng jeng jeng.

TUP TUP – Baju Oren tak perlu di pakai – kerana belum dalam jil – belum didapati salah. AMIN

APAKAH MAT BURUT AKAN  JALA ANAK ZAHID ? jeng jeng jeng – NAK BERI TAHU PADA ZAHID – jangan cuba !!! Amin

HOKKIEN
Pagi ini JEREBU – Puki Mak Jerebu tak habis lagi – KL & KL Sentral di balut jerebu. Matahari pagi jadi MERAH kerana jerebu.

Tim Mak Tetek Lanjut dah tunggu gua di lorong masuk.  Gua beri makan nasi dan friskies sekali. Pagi ini Siti Solo muncul sama. Gua gumbira ramai makan.

Ha ha ha – Wakaf Pertama telah di ambil alih oleh Geng Putih – mereka semua pindah dari Wakaf Dua depan Pokok Ara. Bila kami melintas mereka marah.

Berjalan pulang gua nampak  Tiong Laki Bini menunggu  dekat Wakaf Pertama – tempat  biasa gua tabut friskies – kali ini gua tabur friskies  hanya untuk mereka berdua.

Berjalan pulan Siti Solo dan Jantan Baik muncul ikut sampai ke pintu keluar – Siti  dan Jantan Baik dapat  hati dan keropok. 

Wahai hujan datanglah – kami dah lama menunggu Amin.

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SENIN
DENGAN SENYUMAN


BRO
Lu akan di anggap jantan baik dan berhati mulia  jika lu berjalan dengan anjing.

BRO
Lu akan merasa cinta kasih sayang yang sejati  dari  anjing lu.

BRO
Lu belajar dari anjing untuk setia dan memberi  cinta tanpa belah bagi, Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAY BEKERJA

Ahad, 6 September 2026

DENGAR CERITA HADI - BACA RAKAMAN SEJARAH TUKAR TIUB

 

DARI ARKIB

TUKAR TIUB

TERBIT : 20/9/2018






MERAKAM SEJARAH

SEMUA DI RANCANG

Demi pemahaman politik  saya wajib melakukan pencerahan.  Wajib saya menerangkan untuk  difahami bahawa apa sahaja yang terjadi dalam politik - semuanya disusun. Semua dirancang. Semuanya diatur. Dalam politik tidak ada satu pekara boleh berlaku secara sendirian. Politik bukan bencana ribut taufan atau gempa bumi. 

Dalam politik tidak ada casus fortuitus atau force majeure atau  act of God - politik bergerak bukan kerana kuasa Tuhan. Dalam politik semua dirancang dan diatur oleh manusia. Dalam politik Tuhan tidak masuk campur.

Ada agenda politik yang dirancang dengan  niat baik tapi hasilnya membawa mudarat. Ada agenda politik yang dirancang untuk tujuan jahat tapi hasilnya membawa kebaikkan.

Dalam politik tidak ada salah cakap. Tidak ada tersalah lawak. Apa sahaja yang  terkeluar dari mulut politikus semuanya telah lama mengeram dalam kepala  politikus. Bila politikus becakap maka ide terperam menetas.

Tuduhan terhadap media atau akhbar salah lapor adalah cara jahat politikus untuk memburukkan wartawan dan menyelamatkan diri. Membuat kenyataan kemudian mengatakan kenyataan itu hanya lawak hanyalah jawapan Mat Songel yang membuat lawak bodoh.

Mengakui diri sakit dan dipaparkan kesakitan kepada umum  wal hal diri  tidak sakit. Ini adalah kelakuan orang politik dalam agenda  minta simpati. Ada pula Sang Politikus telah diberitahu oleh doktor yang dirinya sah sakit tapi sebagai agenda politik Sang Politikus tidak akan mengumumkan penyakitnya kepada orang ramai hingga dia mati tegak.

Kawin dalam gelap kemudian bercerai dalam gelap juga adalah kerja orang politik untuk menunjukkan yang dirinya adalah manusia suci seperti Mahatma Gandhi yang tidak ada berahi seksual. Hakikatnya apa saja yang berlaku dalam politik dan bersangkutan dengan orang politik, yakinlah , semua dirancang dan disusun.

Tetiba satu petang awal tahun 2014 saya dapat panggilan talipon. Saya diberi tahu ada seorang wartawan nak  jumpa.  Pekara berjumpa dengan wartawan ini adalah  pekara lumrah. Banyak wartawan dari dalam dan luar negara yang telah saya jumpa. 

Ramai yang telah bertemu bual hingga saya terlupa media mana atau stesen tv mana yang telah saya layan. Paling saya lupa ialah  wartawan dari luar negara. Kad-kad  nama wartawan ini  masih ada tersimpan. Mungkin untuk bahan sejarah. Justeru satu lagi panggilan talipon tidak mengejutkan saya. 

Kami membuat pertemuan di sebuah restoran China di Jalan Stadium. Restoran ini agak tersorok. Tidak terbuka saperti Old Town Cafe Brickfield. 

Pada malam itu yang  saya temui ialah seorang wartawan perempuan - Ms Louise Story. Wartawan ini dari The New York Times (NYT).  Ini harian  yang amat berpengaruh dari America.  Malah inilah akhbar yang menjadi rujukan politik untuk warga Amerika. Kepada  sesiapa dalam dunia ini yang mahu memahami  garis dan dasar politik Rumah Puteh wajib membaca NYT. 

Untuk kaum kiri di Amerika,  NYT ini dipelekeh sebagai akhbar penyimpan arkib  CIA. Justeru, NYT ini mungkin boleh disamakan peranannya saperti Utusan Melayu.  Walau pun kualiti laporannya  NYT berpuluh juta kali lebih baik dari Utusan.

Sambil makan kami bersembang. Agak susah juga untuk bersembang secara terbuka kerana kami baru berkenalan. Si Louise ini sedang menyediakan laporan berita  tentang 1MDB dan Jho Low. 

Ini diawal tahun 2014. Nama China tembam Jho Low belum pop lagi. Nama 1MDB pun belum meledak. Hakikatnya pada ketika ini saya sendiri  tidak arif  tentang  1MDB. Malah tidak tahu  siapa hamba Allah yang bernama Jho Low.

Dua malam kemudian kami berjumpa lagi. Kali ini  makan di Jalan Alor. Kami bersembang lagi. Saya korek dan gali. Si Louise ini mengkorek-korek juga. Sama-sama mencari maklumat.

Pertemuan kali kedua ini agak selesa. Saya telah sempat bertanya dengan Lebai Google tentang siapa Minah Louise  Story.

Wah! Minah ni bukan calang-calang wartawan. Lulusan Colombia University dan Yale. Menjadi wartawan di NYT lebih  dari satu dekad. Pernah dicadangkan untuk mendapat Hadiah Pilitzer pada tahun 2009 kerana laporan beritanya. Ini hadiah terulung untuk warga Amerika. Kalau filem ada  Academy Awards. Dalam bidang penulisan ada Hadiah Pulitzer.

Saya dengan senang hati membantu wartawan NYT ini. Malah saya cuba membuka beberapa pintu agar dia mendapat maklumat yang dicari. Saya    juga menggunakan jaringan ‘old boy MCKK’ untuk membantu Louise. Nama-nama yang disebut oleh  Louise telah saya  cuba  uruskan.

Apakah saya tidak sedar bahawa NYT ini adalah akhbar yang ada hubungan dengan lembaga CIA? Apakah saya tidak sedar bahawa akhbar NYT ini sedang membuat penyelidikan terhadap kerajaan Malaysia?  Dimana kesetiaan saya? Kepada kepentingan negara asing atau kepada negara sendiri?

Dalam hal ini saya cukup jelas. Saya dari mahzab kiri cukup yakin degan teori ‘united front’. 

Lihat sejarah united berjalan di Tanah Melayu pada satu masa dahulu. Jepun telah melanggar dan menjajah Tanah Melayu dari 8 Disember 1941 hingga 2 September 1945.  Parti Komunis Malaya (PKM) telah bekerjasama dengan kuasa kolonial Inggeris.  PKM telah melancarkan perang gerila melawan Jepun. Senjata telah diterbangkan oleh British dari Ceylon kepada  Ching Peng dan Rashid Mydin. Senjata dari musuh  lama    ini bertujuan untuk menyerang Jepun - musuh baru.

PKM dan British telah menjalin kerjasama atas dasar united front. Buktinya sesudah Jepun kalah, Chin Peng Setiausaha PKM telah mendapat anugerah OBE - Order of the British Empire dari Raja England. Kemudian anugerah OBE ini ditarik balik kerana gerila PKM  terus menyerang soldadu British di Tanah Melayu.

Pada 2014 Hishamuddin Rais juga telah bersedia bekerjasam dengan musuh termasuk CIA dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan  United Malays National Organisation. Dalam hal ini saya tidak berselindung atau malu muka. Falsafah saya ialah musuh kepada musuh saya adalah kawan saya. Amin.

Pertemuan kali ke tiga dan akhir dengan Louise dibuat di Old Town Brickfield. Telah lebih satu bulan si Louise ini merayau-rayau dari kota ke kota mencari  maklumat. 

Saya perhatikan bahawa wartawan NYT ini amat berbeza cara kerjanya  berbanding  dengan  kerja wartawan dari Utusan. Nama-nama yang wajib ditemui disusun rapi. Ini bukan kerja wartawaan. Ini macam kerja intel.

Bila saya tanya Louise bila agaknya artikel iakan mucul di NYT.

‘ Sometime in the autumn…’  Maknanya tulisan ini akan diterbitkan dalam bulan Oktober atau November - musim daun gugur - sebelum masuk musim sejuk. Saya wajib menunggu 8 bulan untuk melihat apa yang telah ditulis oleh Louise.

Wow. Lambat sekali. Apa yang menjadikan tulisan ini keluar amat lambat hanya Guru nanak sahaja yang maha mengetahui.

Sesudah Louise pulang ke Amerika saya telah menalipon  Wan Fathi dari Malaymail Online, Najib  Ketua Pengrang Suara Keadilan, Jimadi dari MalaysiaKini, Amin Iskandar dari Malaysian Insider dan  Sadikin Omar dari Roket.

Semua sosok ini saya nyatakan agar bersedia dengan data dan maklumat 1MDB. Saya tidak nyatakan bahawa ‘ejen CIA’ akan meledakan berita ini dalam bulan Oktober depan. Saya menalipon  para wartawan ini dalam  tahun 2014 maka saya wajib berselindung bukan terbuka saperti sekarang.

Saya yakin kawan-kawan wartawan saya ini tidak tahu dan tidak faham hujung pangkal. Mereka wartawan - buah butir dari saya tidak jelas. Justeru, mungkin mereka tidak ambil pot. Kalau hari ini ditanya mereka sekali lagi - pasti mereka tidak ingat panggilan talipon dari saya. 

Kepada kawan-kawan dan aktivis  di Bangsar saya nyatakan bersedia ‘ something bigger than big..akan sampai…’ Apa pekara lebih besar dari besar ini saya tidak dapat menerangkan kepada mereka. Tapi saya telah membayangkan rancangan CIA dan Amerika  dan kuasa Eropah terhadap Najib.

Malah satelah Louise pulang ke Amerika saya dan beberapa kawan  yang pernah bertemu Louise bertukar-tukar cerita. Sambil-sambil ketawa - ada yang menyatakan yang dia pernah ternampak rambut palsu dalam beg Si Louise ini. 

Malah ada kawan  yang berwatapps dengan Louise  menerangkan bahwa Si Louise ini kerap menukar number taliponnya. 

Babak-babak politik ini berlaku dalam  tahun 2014 - kerajaan Najib masih berkuasa. Saya yakin saya diperhatikan oleh aparacik daulah.  Saya sedar saya masih dianggap musuh negara. Justeru saya mengelak dari menghubungi Louise melalui e-mail.

Tahun 2014 suasana politik masih malap. Langkah Kajang gagal. Anwar tidak bertanding dalam PRK Kajang. Wan Azizah ditolak oleh Sultan dari menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin diangkat menjadi Menteri Besar.

Kini saya tergantung dalam dua penungguan. Pertama - saya masih menunggu jawapan dari Orang Tun. Niat  untuk membuat kerjasama telah dihantar. Tujuan untuk menggalang kerjasama  untuk menjatuhkan Najib dan United Malays National Organisation. 

Kedua - menunggu musim daun gugur di Amerika Utara. Bulan September ,Oktober dan bulan November adalah musim daun gugur. Bulan Disember permulaan musim sejuk.  Menunggu - bigger than big - menunggu garapan Louise Story muncul dalam NYT. 

Saya terfikir dan tertanya-tanya kenapa laporan satu berita mengambil masa yang bagitu panjang untuk dituntaskan. Saya tidak faham. Saya diwajibkan menunggu tanpa tarikh dan masa yang tepat.

Sebenarnya saya tidak sabar. Apa yang saya bayangkan ialah apabila - bigger than big - meledak   maka suasana politik malap akan berubah. Saya juga  merasa ‘gatal’ ingin bertanya kepada Louise bila agakya berita akan keluar. Tapi saya pendamkan niat ini.

Apakah niat dan cita-cita saya ini akan termakbul? Tunggu minggu hadapan. (tt) 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


--------------------

JIKA NAJIB BEBAS - DAP AKAN KELUAR KERAJAAN ?

 

JIKA

NAJIB BEBAS

APAKAH DAP

AKAN KELUAR

KERAJAAN

AMIN

NI JANJI DAP

PADA PENGUNDI

KAH KAH KAH

KHALAS


Loke: Tak perlu bubar parlimen awal selagi Anwar ada sokongan majoriti

Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim tidak perlu tunduk kepada gesaan untuk pembubaran awal Parlimen awal selagi memegang sokongan majoriti di Parlimen, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Loke berkata kerajaan perpaduan dibentuk berdasarkan perjanjian ini susulan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 2022, dan mengingatkan bahawa terdapat 15 bulan lagi sebelum tempoh kerajaan tamat pada Disember 2027.

“Berikutan pilihan raya negeri baru-baru ini di Johor dan Negeri Sembilan, kita telah mendengar banyak berita dan suara daripada pelbagai parti dan pihak yang mendesak perdana menteri untuk membubarkan Parlimen dan membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-16.

“Kita mempunyai baki 15 bulan untuk menyelesaikan pembaharuan,” katanya seperti dilapor The Star.

Pada 3 September, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan komitmen gabungan itu untuk mengadakan PRU16 lebih awal, dengan mengatakan ia akan membolehkan kerajaan mendapatkan mandat baru daripada pengundi.

Walau bagaimanapun, Presiden Umno itu juga berkata BN bersedia jika penggal parlimen hanya dibubar sehingga tamat tempoh.

Berikutan itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Nabil Halimi memberitahu Zahid dan pemimpin partinya untuk menyatakan pendirian mereka dengan jelas jika mereka benar-benar percaya pilihan raya negara harus diadakan lebih awal untuk mandat baru.

The Star juga melaporkan bahawa Loke meremehkan pergeseran awam antara sekutu mereka dalam kerajaan, dengan mengatakan terdapat perbezaan antara berpolitik dan pentadbiran, kerana tiada parti yang meninggalkan kerajaan.

“Selagi setiap parti masih berpegang teguh pada kerajaan, maka dari segi tadbir urus, kita sepatutnya dapat mentadbir negara.

"Tiada masalah. Itu tidak bermakna tiada politiking. Tiada siapa yang boleh menghalang mana-mana parti politik atau ahli politik daripada berpolitik," katanya.

Mengenai PRN Melaka yang akan datang, Loke berkata partinya belum memutuskan sama ada ia mahu bekerjasama dengan BN atau tidak, sambil menambah bahawa parti itu tidak terlibat dalam rundingan antara pengarah pilihan raya Pakatan Harapan (PH), Amirudin Shari, dan Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh.