KRAKATAU
MELEDAK 1883
6 BULAN BUMI
GELAP
AMIN
KINI ANAK
MELEDAK
TAK SEKUAT EMAK
KHALAS
JAKARTA: Lapan lapangan terbang di Indonesia masih ditutup pada awal pagi Isnin ekoran abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau, menurut Kementerian Pengangkutan negara itu.
Abu daripada Anak Krakatau, yang terletak di pertengahan antara Pulau Jawa dan Sumatera, sudah menyelubungi Jakarta dan beberapa kawasan sekitarnya sejak ia meletus lewat pada Jumaat, mengakibatkan lapangan terbang ditutup atas faktor keselamatan.
Kementerian pengangkutan berkata, seramai 170,000 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan.
"Kami tidak dapat memastikan bila keadaan ini akan berakhir ekoran cuaca yang dinamik," kata Menteri Pengangkutan, Dudy Purwagandhi dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau menambah lapan lapangan terbang terbabit termasuk yang menyediakan perkhidmatan untuk wilayah berdekatan Jakarta iaitu Lampung dan Jawa Barat, di mana ia kekal ditutup sehingga pagi ini.
Singapore Airlines antara syarikat penerbangan terjejas dan mengumumkan sudah membatalkan penerbangan pergi dan balik dari Jakarta kerana letusan gunung berapi itu.
Sebanyak 18 penerbangan dengan waktu penerbangan bermula seawal jam 5 pagi hingga 8 malam hari ini turut dibatalkan, menurut syarikat penerbangan terjejas.
Satu lagi penerbangan pada Selasa yang berlepas dari Jakarta turut dibatalkan.
Laman web agensi meteorologi BMKG menunjukkan letusan Anak Krakatau paling terkini berlaku pada jam 8.23 malam pada Ahad.
Letusan itu menyebabkan abu mencapai ketinggian sehingga 6,000 meter (m) di bahagian gunung berapi yang menghadap Jawa dan 15,000 m di bahagian yang menghadap Sumatera serta beberapa bahagian wilayah Banten di Jawa.
Pada Ahad, agensi bencana menggesa orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah bagi mengelak terkesan dengan abu.
Agensi berita negara, Antara melaporkan di Jakarta dan Lampung, sekolah tidak melaksana kaedah bersemuka bagi mengurangkan risiko kesihatan kepada pelajar.
Indonesia terletak di lingkaran api Pasifik, lokasi kerap berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Anak Krakatau, yang bermaksud anak Krakatau, mula muncul seabad lalu dari kawasan sebelum ini diduduki oleh Krakatau, yang ketika itu dikenali sebagai Krakatoa.
Letusan gunung Krakatau pada Ogos 1883 adalah antara bencana alam paling dahsyat dalam sejarah manusia yang mengorbankan lebih 36,000 nyawa. - AGENSI.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan