Memaparkan catatan dengan label aljazera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aljazera. Papar semua catatan
Khamis, 25 Jun 2009
LANGKAH TEPAT YANG SASAU
PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS KENYATAAN NIK AZIZ - bernama
KOTA BAHARU 25 Jun — Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.
Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Baharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.
KAH KAH KAH….
ah kah kah…. KU PINANG PINAGN TAK DAPAT SAYANG…. KU PUJUK PUJUK KU BAWAK LARI – zinuddin mat dom –Alaaaa Mak Kahwinkan Aku 1968.
kah kah kah… KU PINANG PINANG TAK DAPAT SAYANG…. KU KUTUK KUTUK KEMUDIAN DI GARI… gerombolan 2009
KAH KAH KAH KAH ….
Labels:
aljazera,
altantuya gadis cun mongolia,
azlina
Selasa, 2 Jun 2009
ALAM SIBER UCAP SELAMAT DATANG !
WANITA BN KEDAH DILATIH TULIS BLOG – berita hairan
Anggota wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kedah akan dilatih untuk menulis blog sebagai satu cara mendekati pengundi bagi mendapatkan maklumat balas dan bertukar-tukar pendapat.
Ketua Wanita Umno Kedah, Maznah Hamid, berkata ahli pergerakan wanita komponen BN akan dilatih menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan lebih mahir walaupun bagi mereka berusia 50 tahun ke atas.
"Apabila rakyat membaca blog, dari situlah ahli-ahli wanita BN akan tahu komen, reaksi serta kemahuan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan wanita komponen BN di sini, hari ini.
kah kah kah… INI BERITA BAIK… kah kah kah…
kah kah kah… TAPI … KURANG BAIK UNTUK UTUSAN DAN BERITA HARIAN… kah kah kah…
kah kah kah… BILA MAK CIK INI JADI CYBER WORRIOR…. MEREKA TAK BACA AKHBAR MELAYU LAGI…. kah kah kah…
kah kah kah… MAK CIK KEDAH MAK CIK COOL… MAK CIK ROCK…kah kah kah..
kah kah kah.. SELAMAT DATANG KE ALAM SIBER… kah kah kah...
Labels:
aljazera,
altantuya gadis cun mongolia
Rabu, 24 September 2008
HAIRAN RAKYAT TETAP PERCAYA PEMBOHONGAN – Utusan Melayau
MELAKA 23 Sept. - Sikap rakyat negara ini yang terus mempercayai pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat hari ini.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kalau dahulu seseorang yang berbohong melebihi dua kali tidak lagi dipercayai oleh masyarakat tetapi kini ia tidak berlaku sedemikian.
kah kah kah…. mamat 46 ni hairan…. kah kah kah….kesian mamat ni dah nak merajuk…..kah kah kah.
rakyat tak percaya kepada laporan tepat, betul dan berilmiah dari rtm….. kah kah kah….
gua sendiri pun hairan kenapa agaknya orang percaya kepada yang bohong dan tak percaya pada yang betul….. kah kah kah….
woit tak paham ke orang dah penat dengar radio, tv dan surat khabar hang yang melaporkan pekara-pekara yang betul…. kah kah kah…. cuba buat bohong … orang mesti akan berkerumun depan rtm….. kah kah kah
woit…. napa hang suka 46…. Orang semua suka 69 ….kah kah kah
Labels:
aljazera,
bbc,
rtm,
ziana zain,
zzzzzzzzzzzz
Selasa, 16 September 2008
SANGLANG PERLIS UNTUK PAS – TERKINI !
Mahkamah Tinggi Persekutuan telah membuat keputusan sebentar tadi : bahawa
Yang menang pada pilihanraya 8 March dahulu ialah Hashim Jasin dari Pas.
Yang kalah ialah : Abdullah Hassan dari United Malays National Organisation/Barisan Nasional.
kah kah kah : Yang susah hati ialah Shahidan Kassim.
kah kah kah : Yang suka hati ialah rakyat Perlis
Ini bermakna kerusi Dun Sanglang Perlis kini milik Pakatan Rakyat.
Yang menang pada pilihanraya 8 March dahulu ialah Hashim Jasin dari Pas.
Yang kalah ialah : Abdullah Hassan dari United Malays National Organisation/Barisan Nasional.
kah kah kah : Yang susah hati ialah Shahidan Kassim.
kah kah kah : Yang suka hati ialah rakyat Perlis
Ini bermakna kerusi Dun Sanglang Perlis kini milik Pakatan Rakyat.
Labels:
16 September,
aljazera,
glamour
Isnin, 15 September 2008
ABDULLAH PM HINGGA 2010 - TERKINI !!
Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak telah berbincang. Persetujuan telah dicapai: Abdullah Badawi hanya akan mengundur pada tahun 2010.
Labels:
abudullah badawi,
aljazera,
KU LI,
Malaysia Today,
MB Pahang
Khamis, 11 September 2008
BERITA GEMPAR !!! PM TERKEJUT KENYATAAN MUHYIDDIN
PUTRAJAYA 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.
``Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.
kah kah kah….. betullaaaa mamat dooolah ni kaki tidoooo….. baru sekarang dia terkejut… sluruh dunia dah tahu….kah kah kah
woit….mana hang pegi dolaaaah oooi…. hang tidok kat mana….celah mana hang tidoook…
kesian…. tak de orang bagi tau mamat ni…. yang dia nak kena sembelih oleh tim MMK – madey,muhidin dan ku li….. tolong habak laaa pada …tolong ceeeek…kah kah kah
Labels:
abudullah badawi,
aljazera,
kaki tido,
KU LI,
Menantu Dolah,
Rasuah. Adun Lenggeng
Selasa, 9 September 2008
PENGUMUMAN TERKINI
Aljazera International akan menayangkan TUKAR TIUB bermula hari Selasa 9hb September.
SELASA: Jam 9.30 pagi dan 20.30 malam
RABU : Jam 3.30, 11.30 dan 18.30
KHAMIS : Jam 7.30 dan 15.30
Sesiapa ada tv dan stesen Aljazera International dijemput menonton.
SELASA: Jam 9.30 pagi dan 20.30 malam
RABU : Jam 3.30, 11.30 dan 18.30
KHAMIS : Jam 7.30 dan 15.30
Sesiapa ada tv dan stesen Aljazera International dijemput menonton.
Labels:
aljazera,
tukar tiub,
tv
Langgan:
Ulasan (Atom)
