Memaparkan catatan dengan label KU LI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KU LI. Papar semua catatan

Rabu, 23 Februari 2011

YAAA AMPOONNNN..YA TUNKU



RAPTAI PERTABALAN SULTAN TANJUNG



nota:
dengan penuh adat istiadat
dengan penuh kegemilangan
yan ne wu lek
ye ne wu leK
hidup melayu!!!



BAKAL SULATN PULAU PINANG





SULTAN SULU LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI UMNO
-meloya

Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, yang diselubungi kontroversi selepas diisytiharkan sebagai Sultan Sulu di sini baru-baru ini, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada UMNO berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu yang dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat UMNO dengan salinannya dikirim ke pejabat di Sabah, akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keahliannya dalam UMNO sejak lebih dua dekad lepas.

Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.

"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini,” katanya.

Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat — satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.

Katanya, beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis ”pertabalan sebenar” diadakan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…INI HEBAT… INI BERITA GEMPAK…. kah kah kah..

kah kah kah… DALAM GEROMBOLAN BUKAN SAJA ADA LANUN….kah kah kah..

kah kah kah….. SULTAN PUN ADA… kah kah kah..

woit…. KALAU SULATAN SULU ADA DI SABAH… APA LAGI…. kah kah kah…

kah kah kah..BAGILAH DIA ISTANA….BARU FILIPINA TAKUT…. kah kah kah…

kah kah kah…..DI SERAWAK KITA ADA RAJA BEROOKE…. kah kah kah..

kah kah kah….MELAKA DAH ADA SULATAN…. kah kah kah….

kah kah kah….NANTI PULAU PINANG KITA TABAL KAN SULTAN EEEEEE….. kah kah kah

Sabtu, 30 Januari 2010

TINDAKAN DISPLIN TERHADAP KU LI ?



KU LI PENERANGAN MINYAK DAN KELENTONG GEROMBOLAN





MELAUT WARGA KELANTAN MENUNTUT ROYALTI MINYAK - MENDENGAR UCAPAN KU LI




UMNO TELITI TINDAKAN PADA KU LI
- malaysiakini

Umno masih meneliti kandungan ucapan seorang pemimpin veterannya Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu semalam.

Katanya, beliau masih belum menerima kandungan ucapan tersebut bagi menentukan tindakan sepatutnya ke atas ahli parlimen Gua Musang itu.
.
"Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh jadi bagi tempoh masa kepada kita untuk dapatkan laporan apa yang diucapkannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya lagi, kandungan ucapan Tengku Razaleigh itu juga akan dibincangkan lanjut oleh parti.

"Pendirian kita, mesti patuh kepada disiplin parti. Tetapi macam mana pun kita akan bincang perkara ini," tambahnya lagi.

KAH KAH KAH…

woit…. KU LI KENA DISPLIN PULAK… kah kah kah..

kah kah kah… ZAMAN INI SEMAKIN RAMAI YANG KENA DISPLIN…kah kah kah…

kah kah kah… DALAM PKR ADA GEROMBOLAN… kah kah kah..

kah kah kah… DALAM GEROMBOLAN ADA PAKATAN….kah kah kah..

woit… KALAU MACAM INI KENA GONCANG DADU SEKALI LAGI…kah kah kah..

woit… KALAU MACAM INI TANGGUK DAN TAPIS SEKALI LAGI…kah kah kah..

kah kah kah… BANYAK NAK TUKAR RUMAH…. kah kah kah

SAYA BERHAK BERSUARA - TENGKU RAZALEIGH - melayau

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau berhak untuk menyuarakan pandangannya tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam tadi.

“Saya bebas dan boleh bersuara apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.

“Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut. Kalau orang ajak kita masuk ‘rok’ (semak), kita masuk ‘rok’ lah ,” katanya.



Jumaat, 8 Januari 2010

BERITA BAIK UNTUK PEJALAN KAKI - HARGA MINYAK AKAN NAIK



MENGALU ALUKAN KEDATANGAN HARGA MINYAK YANG BARU




DUA HARGA PETROL MULAI 1 MEI – berota hairan

Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Dia berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.

KAH KAH KAH…

woit… NI MACAM MANA NI?... kah kah kah…

kah kah kah… DI KEDAI MINYAK ADA PUM YANG BERBEZA KE?... kah kah kah..

kah kah kah…. MACAM MANA ORANG JALAN KAKI?.... kah kah kah…

kah kah kah.. BILA NAK BAGI SUBSIDI...kah kah kah

kah kah kah… MACAM MANA YANG NAIK BASIKAL…. kah kah kah…

kah kah kah... ULUR ULUR LAAAA...UNTUK YANG MENGAYUH...kah kah kah

woit…. YANG NAIK BAS MACAM MANA?.... kah kah kah…

nota:
tunggu dan nanti
mat kelam dan lebai kabut akan datang
tunggu dan nanti
perbandingan harga minyak - di malaysia lebih murah dari di sweden
tunggu dan nanti
harga barang makanan makin mahal

tunggu dan nanti bila beras naik akan ada
cadangan jangan makan nasi kerana beras mahal
kena makan roti

tak percaya?
sila tanya pelajar itm tahun 70’an semua diberi makan roti
kerena makan roti akan jadi pandai macam mat salleh kah kah kah





Ahad, 13 September 2009

BUAT UNDANG UNDANG BARU




JANGAN BUAT SPEKULASI CALON BANGAN PINAG :TMP
– melayau

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang hanya akan diumumkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Muhyiddin Yassin meminta semua pihak supaya jangan membuat spekulasi mengenai calon yang akan bertanding.

KAH KAH KAH…

woit… BUAT LAAA UNDANG UNDANG BARU… kah kah kah…

kah kah kah… TANGKAP DAN ROTAN.. SIAPA BUAT SPEKULASI….kah..kah kah…

kah kah kah… ATAU TARIK KERAKYATAN….ATAU PENJARA SEMUR HIDUP…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU DEGIL MASIH BUAT SPEKULASI LAGI….JATUHKAN HUKUM PALING KERAS…..SEMALAM DENGAN BIK MAMA…. kah kah kah




Rabu, 10 Jun 2009

APA MUNKEE NI CAKAP

ISU PERPADUAN HARIS DIUTAMAKAN SEMUA PARTI – RAIS - melayau


KUALA LUMPUR 9 Jun — Rais Yatim berkata soal perpaduan harus diutamakan oleh semua parti tidak kira sama ada pembangkang ataupun penyokong kerajaan di negara ini.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mempunyai hak untuk mengatakan cadangan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan tidak boleh diterima.

“Saya percaya PAS mempunyai pendirian sendiri. Tidak perlu DAP atau PKR beri nasihat dalam bentuk yang tidak menguntungkan, kita jangan merendahkan pandangan mana-mana pihak.

KAH KAH KAH…



kah kah kah… TAK ADA HAK ?.... kah kah kah..

kah kah kah…..MUNKEE NI ADA HAK APA PULAK…. kah kah kah..

woit…. ANAK ENTOT ENTOT MANA PEGI… kah kah kah…

kah kah kah… ENTOT ENTOT..HAK SAPA TU?.... kah kah kah…

kah kah kah… YANG ENTOT ENTOT LARI….HAK SIAPA?.. kah kah kah



Selasa, 26 Mei 2009

MANEK TERBURAI



ORANG KUAT UMNO BEREBUT MANEK URAI
– mkini

Empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Ketua bahagian Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda, ketua Wanita Rohani Abdul Majid dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat semuanya disebut-sebut menawarkan diri bagi menggalas cabaran BN di kerusi kubu PAS tersebut.

Sumber-sumber Umno bahagian memberitahu Malaysiakini hari ini, kecuali Rohani, semua yang berminat itu bukan orang tempatan di DUN tersebut.

Menurut sumber itu lagi, tradisi Umno meletakkan calon luar tidak disenangi oleh pengundi Manek Urai.

kah kah kah… BERITA BAIK UNTUK SATU MALAYSIA…kah kah kah..

kah kah kah… EMPAT TERHEBAT… kah kah kah..

kah kah kah….SIAPA TAK DAPAT JADI CALON…. JADI CALON BEBAS…kah kah kah..

kah kah kah… JANGAN MENGUNDUR…. LAWAN… JANGAN TAK LAWAN…kah kah kah..

kah kah kah... BILA LAGI NAK LAWAN PAS... kah kah kah..

woit… YANG INI TAK MEMBAZIR KE ?.... kah kah kah…

kah kah kah… JAMIN TAK MEMBAZIR… MANEK URAI SEDANG TUNGGU PROJEK…. kah kah kah..



Selasa, 5 Mei 2009

BAKUNIN DAN PUNK ROCKERS


BAJU HITAM PROTES SIDANG DUN
- mkini

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini.

NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.

Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan i Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan.

kah kah kah… KAH KAH KAH… kah kah kah…

kah kah kah… BARU COOL …. BARU ANAK MUDA… BARU CHIC…kah kah kah

kah kah kah….BARU PUNK ROCKER…. BAJU HITAM…. kah kah kah

kah kah kah… BARULAH BAKUNIST… BARULAH ANARKO… kah kah kah..

kah kah kah…..BARU PARIS KOMUNE…. BARULAH MEI 68… kah kah kah

p/s : TAK TAHU APA BAKUNIN ? TAK TAHU APA MEI 68 - ITULAH PERGI SEKOLAH LARI... SURUH BELAJAR MATHS DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS TAK NAK KAH KAH KAH.




Isnin, 19 Januari 2009

45,000 PEKERJA KILANG DIBERHENTI - melayau


KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.


MAKLUMAT PENJAWAT AWAM KONTRAK KENA HENTI DIKUMPUL – berita hairan

KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara yang ditamatkan perkhidmatan mereka sejak awal bulan ini akan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya sudah menjelajah ke seluruh negara mengumpul maklumat itu berdasarkan laporan dan aduan yang diterima daripada mereka yang sudah ditamatkan perkhidmatannya, awal bulan ini.

Katanya, beliau menerima aduan hampir setiap hari berhubung kontrak perkhidmatan tidak disambung itu yang mana kebanyakannya membabitkan jabatan kerajaan pada peringkat negeri dan agensi kerajaan termasuk badan berkanun.

Beliau sebelum ini mendedahkan kemungkinan 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan bermula awal tahun ini.



SULTAN KEDAH HARAP MASAALH HENTI KERJA DIKURANGKAN
- melayau

ALOR STAR 18 Jan. - Isu pemberhentian kerja rakyat negeri ini ekoran krisis ekonomi global mendapat perhatian Sultan Kedah hari ini apabila baginda meminta majikan yang terlibat berusaha mengatasi masalah itu.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah, kegawatan ekonomi dunia telah mula memberi kesan kepada ekonomi negeri Kedah khususnya oleh syarikat berasaskan elektrik dan elektronik menyebabkan timbulnya isu untuk memberhentikan pekerja.

Titah baginda, keadaan itu sedang dipantau oleh kerajaan negeri supaya tidak berlaku pemberhentian pekerja yang akan menjejaskan kehidupan rakyat.



kah kah kah…. kah kah kah…. OUR ECONOMY HAS NO PROBLEMS !!!.... OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…. kah kah kah…. munkee mana yang cakap ni… kah kah kah..

woit …. munkeee mana yang cakap…. kah kah kah….. isteri rosmah ke ?….. kah kah kah….kah kah kah…. isteri rosmah menteri keduitan… kah kah kah

kah kah kah.... MALAYSIA TIDAK ADA KRISIS EKONOMI.... kah kah kah




Ahad, 4 Januari 2009

GEMPA DI PAPUA: DUA HOTEL ROBOH, DUA TERBUNUH -melayau


JAKARTA 4 Jan. - Dua buah hotel roboh dan dua mangsa terkorban akibat beberapa gempa sekitar 5.6 hingga 7.6 skala richter melanda Manokwari, Papua Barat, awal pagi ini.

Berdasarkan maklumat Badan Meteorologi dan Geofisika (BMG) Indonesia, gempa berlaku pada pukul 02.43 pagi waktu Indonesia Barat (3.43 pagi waktu Malaysia) 76 Km dari barat daya Manokwari.

BMG mencatat gempa di wilayah itu berulang empat kali dan paling besar dengan kekuatan 7.6 skala richter pada pukul 6.33 pagi.


woit…. di mana bik mana jogging pagi ini?..... kah kah kah…

kah kah kah….. warga kuala terangganu waspada!.... bik mama akan datang hari penamaan calon… kah kah kah…

kah kah kah…. rumah tepi laut sila pasak…. kalau tidak runtuh…. kah kah kah



Ahad, 26 Oktober 2008

TETAP TAWAR TANDING PRESIDEN - melayau

GUA MUSANG 25 Okt. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tetap dengan pendiriannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO walaupun sehingga kini beliau masih belum mendapat sebarang pencalonan.

Tengku Razaleigh berkata, pada masa ini kira-kira dua per tiga daripada 191 bahagian UMNO belum mengadakan mesyuarat dan beliau percaya peluangnya untuk bertanding jawatan berkenaan masih ada.

Ini bukan satu pertandingan... saya hanya menawarkan diri, terpulang kepada perwakilan untuk memilih. Perwakilan jangan takut untuk membuat keputusan kerana ini akan menentukan masa depan parti
.

kah kah kah…. ampun patik tuaku…. kah kah kah….ambo nak royak sikit…. ada peluang ke???…. kah kah kah…. patik kesian dulu kena tipu oleh mat mogol… kemudian kena tipu madey…. ni sapa pulak yang tipu tuanku…katakan tuanku leh menang.... kah kah kah

ni macam cerita siput dan lawan lumba lari dengan arnab…. kah kah kah…. siput menang akhirnya.... itu kerana siput banyak dalam sungai…. tapi kesian…. tuaku tak ada sapa... tuanku sorang....tak de sapa pun nak calon ….kah kah kah

tuanku sorang aje nak lawan mat mongo…. kesian kesian kesian…kah kah kah… kenapa tuanku tak nak masuk PAKATAN…. sudah pasti tuanku disambut dengan kompang…. hanya satu syarat dari PAKATAN…. syarat ini bukan susah…. Syarat ini cukup seanag…. Syaratnya jangan bawa KATAK …. kah kah kah



Khamis, 9 Oktober 2008

PENDIRIAN KU LI TIDAK BERUBAH PRESIDEN - U malayau

KUANTAN 8 Okt. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, beliau tetap dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan walaupun ada pihak cuba menghalang hasratnya itu.

Tegas bekas Menteri Kewangan itu, tidak ada pihak yang boleh mempengaruhinya untuk mengubah pendirian tersebut kerana beliau bertekad membela nasib orang Melayu yang kini dilihat terumbang-ambing di bawah kepimpinan sedia ada.

kah kah kah…. pak engku tak ada orang nak halang pun…pendirian pak engku memang tetap… tapi dapat ke pak engku 60 bahagian yang mencalonkan pak engku…. kah kah kah…



Ahad, 5 Oktober 2008

BAGAIMANA HENDAK MERACUN BAYI

Kementerian lulus makanan bayi kuantiti kurang daripada 1 bahagian per sejuta

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan memutuskan hanya produk bayi dengan kandungan melamin kurang daripada satu bahagian per sejuta (ppm) dibenarkan dijual di pasaran negara ini.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata kementerian turut menetapkan tahap standard keselamatan bagi melamin dalam produk makanan lain adalah 2.5 ppm atau kurang.

Beliau berkata, penggunaan melamin dalam produk makanan dengan kuantiti yang kecil adalah selamat asalkan ia berada dalam lingkungan tahap dibenarkan.


Kah kah kah….. inilah dia sifat asli kapitalis dan kaum pemodal….tak kira racun…kaum kapitalis akan lobi gamin dan rasuah pegawai…. akhirnya racun jadi bahan makanan…. malamine ?? sebagai makanan… ka kah kah benda ni nak buat kerusi meja….nak buat dinding…. cam mana nak jadi susu…. kah kah kah…. tak caya…. sila tanya pak saudara saya lebai google…. jangan terperanjat…. Mana ada racun yang selamat….. racun … memang nak bagi mati… patut lah ramai rakyat kita jadi ngok kerana dari kecik akal dah kena racun … kah kah kah



Sabtu, 4 Oktober 2008

BERSATULAH, KENAPA PERLU BERKELAHI ? – U.malayau

APAKAH kesannya jika Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum tidak bersatu padu? Mungkinkah negara ini dapat mencapai kemerdekaan dan seterusnya kemajuan seperti dinikmati sekarang?

Bayangkan kesannya terhadap sistem politik, ekonomi dan sosial negara jika masyarakat berpecah-belah dan negara huru-hara? Mungkinkah kita dapat meraih kecemerlangan pada masa depan jika keadaan sedemikian berlaku, dan terdapat jurang besar antara kerajaan dengan rakyat?


kah kah kah…. nak bersatu cam mana…. asik-asik kontrek kamu saje yang dapat….asik-asik projek kamu saje yang dapat…. asik-asik tender anak bini kamu yang dapat…. nak bersatu buat apa? …. asik-asik lesen teksi nazri yang dapat….asik-asik AP rafidah yang dapat…. nak bersatu buat apa…. ingat kami bodoh… ingat kami ini bodoh macam peminat mawi…. kah kah kah….ingat kami ni peminat penyanyi pop dataran merdeka ke…. ..kah kah kah…bersatu untuk apa? ..... kah kah kah…. cemerlang bukan dapat beli kasut…kah kah kah… kecermerlangan bukan dapat beli petai di chow kit….nak buat apa kecemerlangan? … bukan dapat bayar bil leterik….kah kah kah…ingat kami bodoh macam telo….kah kah kah



Isnin, 15 September 2008

ZAID IBRAHIM MASIH MENTERI - TERKINI

Berita baru di terima - Zaid Ibrahim yang telah meletakkan jawatan menteri undang-undang kerana tidak bersetuju ISA digunakan - masih lagi seorang menteri kabinet.

Perdana Menteri Abdullah Badawi telah menolak permintaan Zaid untuk meletak jawatan.

Zaid di beri cuti selama dua minggu.

Apakah Zaid juga akan bercuti ke Taiwan untuk memperlajari ilmu pertanian masih belum jelas.

ABDULLAH PM HINGGA 2010 - TERKINI !!

Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak telah berbincang. Persetujuan telah dicapai: Abdullah Badawi hanya akan mengundur pada tahun 2010.

Jumaat, 12 September 2008

ANWAR BUANG MASA PUJUK ANGGOTA BN SERTAINYA – SYED HAMID – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 11 Sept. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercadang untuk ke Taiwan bagi memujuk 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertainya sebagai membuang masa.

Pilihan raya kan ada pada tahun 2012. Buat apa nak curi ahli-ahli BN yang telah menyatakan bahawa mereka tetap dengan BN. Buat apa cuba mendapat kuasa di luar kaedah pilihan raya, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini malam ini.

Kah kah kah ….. buang masa apa tok sheikh…. unta laa yang buang masa kami… unta sendiri pun tak leh menang kat bahagian cam mana unta nak jadi pemimpin malaysia….kah kah kah.

Pilihan raya tahun 2012…. kah kah kah…. ni unta nak menipu lagi laaa ni… 1999 dulu 600,000 pengundi baru di tolak….ni zamn firaun.. lah ni zaman unta … tiga hari sebelum mengundi …nak pakai dawat hitam unta batalkan….. unta ni kaki auta … jual minyak attar laaaa…. kah kah kah

Khamis, 11 September 2008

BERITA GEMPAR !!! PM TERKEJUT KENYATAAN MUHYIDDIN


PUTRAJAYA 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.

``Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.

kah kah kah….. betullaaaa mamat dooolah ni kaki tidoooo….. baru sekarang dia terkejut… sluruh dunia dah tahu….kah kah kah

woit….mana hang pegi dolaaaah oooi…. hang tidok kat mana….celah mana hang tidoook…

kesian…. tak de orang bagi tau mamat ni…. yang dia nak kena sembelih oleh tim MMK – madey,muhidin dan ku li….. tolong habak laaa pada …tolong ceeeek…kah kah kah

Ahad, 31 Ogos 2008

UMNO BUKAN RASIS

KOTA BHARU 30 Ogos - UMNO bukan sebuah parti rasis seperti yang didakwa pihak tertentu biarpun ia memperjuangkan nasib kaum Melayu, kata Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

''Perkataan rasis tidak sama dengan perkauman, semua bangsa ada perasaan bangga bangsa, cintakan kaum masing-masing.

''Tetapi apabila perasaan atau kesedaran bangsa ini melampau sehingga sampai ke tahap membenci bangsa lain dan menganggap bangsanya sebagai eksklusif dan istimewa seperti Yahudi, maka inilah yang dinamakan rasis," katanya.


Kah kah kah ….. Ketuanan Melayu tu apa ? Siapa nak jadi hamba kalau you yang nak jadi tuan? I nak KETUANAN RAKYAT napa you tak nak….you ingat you spesil ke ? …..kah kah kah

BENTUK KERAJAAN : KU LI TIDAK YAKIN

KOTA BHARU 30 Ogos - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 September ini.


Kah kah kah….. I pun tak yakin you pun dapat cukup pencalonan….. kesian you… orang pun tak yakin you bolih jadi PM …. Kah kah kah.