Ahad, 24 Jun 2012

SAH HANG TAK ADA DI GEBENG KALAU HANG BACA TENGAH HARI





KAH KAH KAH

senyumlah
ketawalah

ketika ini kami sedang beararak
ke hadapan kilang santau radio aktif

semasa tersenyum
ingatkan kami yang sedang bedemo








MARI KITA KETAWA PAGI AHAD -

NOTA:

ketika hang baca ini
kalau hang baca pagi ini
ertinya hang tidak di gwebeng

kami sedang berdemo di gebeng
kah kah kah


INI COTOH SENI MELAWAN






Sabtu, 23 Jun 2012

MARI BANGUN MELAWAN SANTAU RADIO AKTIF




KEMBALI MELIHAT SEJARAH

mari kita melihat kembali perjuangan dulu
mari kali beri perhatian ke mana arah kita
mari kita belajar dari pengalaman

hanya ke jalan raya
hanya turun berdemo
maka suara kita akan didengaar
maka suara kita dapat diambil kita

kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya

kita bertemu di pantai balok hari ini
esok ahad kita ke gebeng berdemo

salut untuk yang berani!





KITA BERDEMO LAGI DI GEBENG PAGI AHAD





SEJARAH BERUKLANG LAGI

ini sejarah kita
ini sejarah perjuangan kita
ini sejarah perjuangan rakyat

kini kita bangun menentang lyanas
kita kita bangun melwan santau radio aktif

kita bertemu di pantai balok

pagi ahad kita berdemo di gebeng




INI PERJUAANGAN KITA




MARI KITA LAYARI SEKALI LAGI
sejarah anak muda bangun melayan
sejarah rakyat bangun melawan
ini sejarah kita

jika tidak melawan
sampai mati kena buli

kita bertemu di balok!




Jumaat, 22 Jun 2012

KITA BERDEMO LAGI - HUJUNG MINGGU DI PANTAI BALOK




HUJUNG MINGGU INI

semua dijemput
untuk buat ramai
anak anak muda
malam esok
ada gig underground
ada ceramah
ada pameran
ada mandi laut


NOTA:
sila buat persediaan
untuk berpesta di laut
towel mandi
seluar mandi


NOTA:
juga khemah
untuk bermalam


NOTA:
semua warga kota yang bosan
semua warga kota yang sesak nafas
sila ke balok
kita berpesta


MARI KITA BERDEMO LAGI






PELBAGAI ACARA DI HIMPUNAN BALOK-GEBENG - harakah dailay

KUANTAN: Ibu negeri Pahang ini sekali lagi akan dibanjiri puluhan ribu rakyat yang membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dengan program santai ‘Duduk Bantah Balok-Gebeng’ pada 23 dan 24 Jun ini.

Program anjuran NGO Himpunan Hijau itu akan berlangsung selama 24 jam bermula pukul 12 tengahari 23 Jun dan akan berakhir pada jam yang sama keesokan harinya dengan kemuncaknya peserta berkumpul di hadapan Lynas, Gebeng.

Menurut Pengerusi Mobilisasi program berkenaan, Nasrun Amir Abdullah, pelbagai acara akan diadakan selama dua hari itu dengan pelancarannya akan diadakan di Pelangi Beach Resort pantai Balok.

Katanya, selain daripada itu program akan diisi dengan pameran, mini konsert melepaskan layang-layang yang tertulis mesej selamatkan bumi dan ceramah.

“Di tapak pelancaran pada sebelah malam akan diadakan ceramah melibatkan Sasterawan Negara A. Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.

“Pada waktu yang sama juga di Kampung Padang jalan Sungai Lembing, satu ceramah lagi akan dijayakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Omar.

DI BALOK/GEBENG


“Pada esoknya pula bermula pukul 9 pagi peserta akan bertolak ke Gebeng di mana terletaknya kilang Lynas. Perarakan akan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu,” jelasnya.

Menurut Nasrun, jarak di antara Balok ke Gebeng ialah 11 kilometer jadi orang ramai boleh menyertai konvoi dengan berkereta, motosikal atau berjalan kaki," kata Wong.

Serentak dengan itu, beliau menyeru seluruh penduduk Kuantan yang berkesempatan agar hadir ke program berkenaan demi menunjukkan bantahan dengan operasi kilang Lynas seperti dua perhimpunan yang diadakan sebelum ini.

“Himpunan tersebut hanya mahu menyatakan rasa hati penduduk Kuantan yang mempunyai hak untuk bersuara dan sesuai dengan amalan hak-hak demokrasi dan kebebasan yang diizinkan undang-undang.

“Jika boleh kami mahu program ini disertai tidak kurang daripada perhimpunan terdahulu iaitu tidak kurang daripada 20,000 orang,” katanya.





Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang ketiga selepas perhimpunan pada 26 Februari lalu di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan 9 Oktober tahun lalu di pantai Taman Gelora, Kuantan.

Baru-baru ini jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) yang diketuai Datuk Seri Khaled Nordin mengesyorkan

Lynas Corp diberi Lesen Operasi Sementara (TOL) kerana menurut kajian mereka kilang yang dianggap kontroversi itu selamat.

Bagaimanapun penduduk tetap tidak berpuas hati dan membantah keputusan kerajaan untuk meluluskan lesen TOL untuk projek Lynas kerana menganggap PSC hanya membenarkan tindakan menghalalkan lynas oleh pihak kerajaan sebelum ini.

layari untuk punk rock: