Khamis, 28 Ogos 2008

KAMI ORANG-ORANG BIASA

Bagini ceritanya:

Ketika itu piliharaya kecil di Lunas, ini lama dahulu. Saya ke sana untuk membantu kawan seorang wartawan BBC membuat laporan terus menerus – Lunas/London. Di Lunas kami bertemu.

Dia baru sahaja meninggalkan sekolah. Saya tidak tahu latar belakangnya. Tapi pastilah dari keluarga yang bukan berada. Ketika itu saya masih tidak memiliki talipon tangan. Jadi hilang bagitu sahaja pertemuan kami di Lunas.

Kemudian apabila saya memiliki talipon tangan - kami berhubung. Saya diberitahu yang dia kini sedang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang di Pulau Pinang. Jauh juga perjalanan anak muda ini dari Kuala Muda ke Pulau Pinang.

Dia selalu meghantar nota-nota kecil tentang berita-berita ceramah di Kedah atau sebelah Utara. Kebelakangan ini di akhir nota pasti akan tertulis Takbir! Dari nota ini saya amat yakin yang kenalan saya ini telah menjadi ahli sebuah parti politik.

Dua tahun dahulu saya ke Kepala Batas untuk membuat sebuah dokumentri. Kami berjumpa lagi. Tetapi saya perhatikan dia agak kurang selesa dengan susuk dan siswa-siswa di sekeliling saya. Akhirnya kami putus hubungan kerana namanya perlu di keluarkan dari talipon cap ayam saya yang hanya sanggup menerima 100 nama.

Berapa bulan yang lalu dia menghantar nota kembali. Awalnya saya bertanya – ini siapa? Dia mengenalkan diri lagi. Saya amat segan kerana namanya telah ‘terdelete’. Selalunya orang akan memberi alasan yang taliponnya hilang, di curi, kad sim masuk air dan dan dan. Saya hanya nyatakan yang namanya tidak tersenarai lagi tapi di tulis dalm buku talipon. Ini jawapan jujur.

Semenjak dari itu saya selalu mendapat berita tentang ceramah-ceramah besar di Kedah dan sekitar. Anak muda ini cukup aktif datang mendengar ceramah. Rasa saya dia memiliki motorsikal untuk senang begerak.

Ketika PROTES di Kelana Jaya dahulu anak muda ini datang dengan bas rombongan. Dia datang ke gigi pentas tetapi kami tidak sempat berbual kerana saya sibuk dengan itu dan ini. Saya juga tidak tahu dimana dia menginap pada malam itu.

Apabila pilihanraya kecil P44 di umum dia menghantar nota bertanya khabar. Lalu kami berjanji akan berjumpa di Permatang Pauh. Bayangkan betapa susahnya untuk bertemu dengan kawan lama di Permatang Pauh. Saya ternanti-nanti tapi tidak ada berita darinya lagi. Saya tidak pula tahu dia berada di kawasan mana di Permatang Pauh.

Tiga hari kemudian dia menghantar nota kembali. Kami berjanji untuk bertemu di sebelah Masjid Kubang Semang sesudah saya mendengar ucapan Imam Romlang. Lewat malam, ketika dia sampai dengan kawanya , saya sedang berlabon santai dengan kumpulan anak-anak muda Pemantau dari KL.

Nasib baik kami mendapat meja dan kerusi. Lalu kami bersembang. Dia tidak menghubungi saya tiga hari dulu kerana kreditnya sudah habis. Baru saya sedar kenapa kami terputus hubungan.

Kemudian saya bertanya apakah dia di Ipoh minggu lalu. Tidak. Dia hanya ahli biasa sahaja. Bila saya tanya pandangan tentang Hadi hendak jadi PM , dia pun tidak tahu. Dia bukan ‘orang penting’ katanya. Dia hanya penyokong biasa.

Sekarang dia menggangur setelah bengkel bapa saudaranya jatuh muflis. Kawan sebayanya masih bernasib baik – dia memburuh sebagi kuli kontrek. Mereka tidak seperti saya menghisap rokok dari kotak. Mereka berdua berkongsi tembakau dan daun nipah. Saya juga tidak tahu sama ada motosikalnya ada cukai jalan atau tidak. Apa yang saya tahu dia hanya memasukan 10 ringgit tambahan untuk talipon agar dia dapat menghubungi saya.

Nah! Kenalan saya ini adalah orang-orang yang setia dengan perjuangan Reformasi. Mereka menaruh harapan kepada Anwar Ibrahim untuk membuat perubahan. Mereka tidak ambil kira sangat PKR atau PAS atau DAP. Mereka tidak ada pangkat atau kedudukan dalam parti. Mereka tidak ingin jadi ketua bahagian atau YB.

Mereka tidak pernah bermimpi untuk mendapat ‘pink form’ atau untuk mendapat kontrek untuk membuat lebuh raya. Apa yang pentng ialah satu perubahan berlaku dengan harapan hidup mereka akan lebih selesa.

Sebelum kami beredar kami berjanji untuk jumpa kembali. Tidak tahu dimana. Hanya berjanji. Kemudian saya tanya dia tentang intenet. ‘ Dulu ada – sekarang tak pernah tengok lagi..’

Inilah Cerita ‘dia’ saya tulis ini. Dia sendiri pun tidak akan tahu kerana kami ini hanya orang-orang biasa.

HOT ! MESYUARAT MT UMNO BATAL

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya diadakan jam 8 malam ini telah dibatalkan. – Bernama


Kah kah kah….apa dah jadi wak oooi… nak meeting pun tak cukup orang …. kantoi mantoi…

HOT HOT HOT

Setiap ahli parlimen Barisan National dari hari ini akan terus di ekori oleh SB.

Ini untuk memastikan mereka TIDAK akan meninggalkan ‘ kapal’ yang sedang hendak tenggelam.

Dalam masa yang sama langkah ini juga akan menyusah para YB kita yang kaki dangdut dan kaki ambil duit kopi. Ini mungkin menjadikan mereka lebih cepat hendak membantu penubuhan kerajaan baru Pakatan Rakyat.

HATI PENGUNDI ATAS PAGAR GAGAL DITAWAN: MOHD ALI RUSTAM

(Berita Hairan) Kegagalan di Permatang Pauh tak bermakna BN terus ditolak.

KUALA LUMPUR: Kegagalan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh kelmarin bukan bermakna pengundi di situ menolak terus parti berkenaan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebaliknya ia dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk kemungkinan sikap terlalu yakin jentera parti BN untuk menang.

Woit…. Nak buat lawak lagi ke …. ni lawak seram....menongeng aku ketawa… patah keretek aku…

KEPUTUAN PERMATANG PAUH TAK JEJAS BN: PM

Oleh Khirul Bahri Basaruddin – Berita Hairan

JOHOR BAHRU: Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dimenangi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, tidak semestinya boleh berlaku di kawasan Parlimen lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil itu juga tidak merubah kerajaan sedia ada yang diterajui Barisan Nasional (BN).

"Keputusan itu hanya membabitkan satu pilihan raya kecil seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini. Ia bukan perkara yang boleh melemahkan BN kerana kita tidak kehilangan 20 atau 30 kerusi.


Kah kah kah kah ….. mana hang pegi….. hang baru bangun tiduk kaaaa… kah kah kah

SATU ROMPAKAN KILAT

Berjaga-jaga satu gerombolan perompak baru sahaja berjaya merompak hampir 7 billion Ringgit.

Dibawah ini laporan penuh tentang rompakan kilat yang baru sahaja berlaku:

TMNet ( perancang rompakan awal ) telah hampir mendapat harta rompakan berjumlah Rm11.03 bilion. Rompakan ini melalui rancangan ‘Buat WiFi Untuk Lembah Klang’. ( Tender tarak buka – tu pasaal ini jadi kes rompak).

Tetiba satu gerombolan konsortium telah datang dengan pantas. Kali ini projek yang sama telah naik harga menjadi Rm18.00 bilion.

Dalam sekelip mata Rm 7 bilion duit kita semua telah di rompak.

Siapa ketua perompak ini ? Dari siasatan awal kepala perompak ini tidak lain dan tidak bukan ialah si Mamat yang main ‘TANGAN’ di piliahan raya kecil Sanggang.

Mamat ini sedang jadi lanun besar kerana kapal hampir pecah. Awas. Kita mesti perhatikan dan jaga agar harta kita semua tidak di lanun.