Ahad, 6 September 2026

DENGAR CERITA HADI - BACA RAKAMAN SEJARAH TUKAR TIUB

 

DARI ARKIB

TUKAR TIUB

TERBIT : 20/9/2018






MERAKAM SEJARAH

SEMUA DI RANCANG

Demi pemahaman politik  saya wajib melakukan pencerahan.  Wajib saya menerangkan untuk  difahami bahawa apa sahaja yang terjadi dalam politik - semuanya disusun. Semua dirancang. Semuanya diatur. Dalam politik tidak ada satu pekara boleh berlaku secara sendirian. Politik bukan bencana ribut taufan atau gempa bumi. 

Dalam politik tidak ada casus fortuitus atau force majeure atau  act of God - politik bergerak bukan kerana kuasa Tuhan. Dalam politik semua dirancang dan diatur oleh manusia. Dalam politik Tuhan tidak masuk campur.

Ada agenda politik yang dirancang dengan  niat baik tapi hasilnya membawa mudarat. Ada agenda politik yang dirancang untuk tujuan jahat tapi hasilnya membawa kebaikkan.

Dalam politik tidak ada salah cakap. Tidak ada tersalah lawak. Apa sahaja yang  terkeluar dari mulut politikus semuanya telah lama mengeram dalam kepala  politikus. Bila politikus becakap maka ide terperam menetas.

Tuduhan terhadap media atau akhbar salah lapor adalah cara jahat politikus untuk memburukkan wartawan dan menyelamatkan diri. Membuat kenyataan kemudian mengatakan kenyataan itu hanya lawak hanyalah jawapan Mat Songel yang membuat lawak bodoh.

Mengakui diri sakit dan dipaparkan kesakitan kepada umum  wal hal diri  tidak sakit. Ini adalah kelakuan orang politik dalam agenda  minta simpati. Ada pula Sang Politikus telah diberitahu oleh doktor yang dirinya sah sakit tapi sebagai agenda politik Sang Politikus tidak akan mengumumkan penyakitnya kepada orang ramai hingga dia mati tegak.

Kawin dalam gelap kemudian bercerai dalam gelap juga adalah kerja orang politik untuk menunjukkan yang dirinya adalah manusia suci seperti Mahatma Gandhi yang tidak ada berahi seksual. Hakikatnya apa saja yang berlaku dalam politik dan bersangkutan dengan orang politik, yakinlah , semua dirancang dan disusun.

Tetiba satu petang awal tahun 2014 saya dapat panggilan talipon. Saya diberi tahu ada seorang wartawan nak  jumpa.  Pekara berjumpa dengan wartawan ini adalah  pekara lumrah. Banyak wartawan dari dalam dan luar negara yang telah saya jumpa. 

Ramai yang telah bertemu bual hingga saya terlupa media mana atau stesen tv mana yang telah saya layan. Paling saya lupa ialah  wartawan dari luar negara. Kad-kad  nama wartawan ini  masih ada tersimpan. Mungkin untuk bahan sejarah. Justeru satu lagi panggilan talipon tidak mengejutkan saya. 

Kami membuat pertemuan di sebuah restoran China di Jalan Stadium. Restoran ini agak tersorok. Tidak terbuka saperti Old Town Cafe Brickfield. 

Pada malam itu yang  saya temui ialah seorang wartawan perempuan - Ms Louise Story. Wartawan ini dari The New York Times (NYT).  Ini harian  yang amat berpengaruh dari America.  Malah inilah akhbar yang menjadi rujukan politik untuk warga Amerika. Kepada  sesiapa dalam dunia ini yang mahu memahami  garis dan dasar politik Rumah Puteh wajib membaca NYT. 

Untuk kaum kiri di Amerika,  NYT ini dipelekeh sebagai akhbar penyimpan arkib  CIA. Justeru, NYT ini mungkin boleh disamakan peranannya saperti Utusan Melayu.  Walau pun kualiti laporannya  NYT berpuluh juta kali lebih baik dari Utusan.

Sambil makan kami bersembang. Agak susah juga untuk bersembang secara terbuka kerana kami baru berkenalan. Si Louise ini sedang menyediakan laporan berita  tentang 1MDB dan Jho Low. 

Ini diawal tahun 2014. Nama China tembam Jho Low belum pop lagi. Nama 1MDB pun belum meledak. Hakikatnya pada ketika ini saya sendiri  tidak arif  tentang  1MDB. Malah tidak tahu  siapa hamba Allah yang bernama Jho Low.

Dua malam kemudian kami berjumpa lagi. Kali ini  makan di Jalan Alor. Kami bersembang lagi. Saya korek dan gali. Si Louise ini mengkorek-korek juga. Sama-sama mencari maklumat.

Pertemuan kali kedua ini agak selesa. Saya telah sempat bertanya dengan Lebai Google tentang siapa Minah Louise  Story.

Wah! Minah ni bukan calang-calang wartawan. Lulusan Colombia University dan Yale. Menjadi wartawan di NYT lebih  dari satu dekad. Pernah dicadangkan untuk mendapat Hadiah Pilitzer pada tahun 2009 kerana laporan beritanya. Ini hadiah terulung untuk warga Amerika. Kalau filem ada  Academy Awards. Dalam bidang penulisan ada Hadiah Pulitzer.

Saya dengan senang hati membantu wartawan NYT ini. Malah saya cuba membuka beberapa pintu agar dia mendapat maklumat yang dicari. Saya    juga menggunakan jaringan ‘old boy MCKK’ untuk membantu Louise. Nama-nama yang disebut oleh  Louise telah saya  cuba  uruskan.

Apakah saya tidak sedar bahawa NYT ini adalah akhbar yang ada hubungan dengan lembaga CIA? Apakah saya tidak sedar bahawa akhbar NYT ini sedang membuat penyelidikan terhadap kerajaan Malaysia?  Dimana kesetiaan saya? Kepada kepentingan negara asing atau kepada negara sendiri?

Dalam hal ini saya cukup jelas. Saya dari mahzab kiri cukup yakin degan teori ‘united front’. 

Lihat sejarah united berjalan di Tanah Melayu pada satu masa dahulu. Jepun telah melanggar dan menjajah Tanah Melayu dari 8 Disember 1941 hingga 2 September 1945.  Parti Komunis Malaya (PKM) telah bekerjasama dengan kuasa kolonial Inggeris.  PKM telah melancarkan perang gerila melawan Jepun. Senjata telah diterbangkan oleh British dari Ceylon kepada  Ching Peng dan Rashid Mydin. Senjata dari musuh  lama    ini bertujuan untuk menyerang Jepun - musuh baru.

PKM dan British telah menjalin kerjasama atas dasar united front. Buktinya sesudah Jepun kalah, Chin Peng Setiausaha PKM telah mendapat anugerah OBE - Order of the British Empire dari Raja England. Kemudian anugerah OBE ini ditarik balik kerana gerila PKM  terus menyerang soldadu British di Tanah Melayu.

Pada 2014 Hishamuddin Rais juga telah bersedia bekerjasam dengan musuh termasuk CIA dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan  United Malays National Organisation. Dalam hal ini saya tidak berselindung atau malu muka. Falsafah saya ialah musuh kepada musuh saya adalah kawan saya. Amin.

Pertemuan kali ke tiga dan akhir dengan Louise dibuat di Old Town Brickfield. Telah lebih satu bulan si Louise ini merayau-rayau dari kota ke kota mencari  maklumat. 

Saya perhatikan bahawa wartawan NYT ini amat berbeza cara kerjanya  berbanding  dengan  kerja wartawan dari Utusan. Nama-nama yang wajib ditemui disusun rapi. Ini bukan kerja wartawaan. Ini macam kerja intel.

Bila saya tanya Louise bila agaknya artikel iakan mucul di NYT.

‘ Sometime in the autumn…’  Maknanya tulisan ini akan diterbitkan dalam bulan Oktober atau November - musim daun gugur - sebelum masuk musim sejuk. Saya wajib menunggu 8 bulan untuk melihat apa yang telah ditulis oleh Louise.

Wow. Lambat sekali. Apa yang menjadikan tulisan ini keluar amat lambat hanya Guru nanak sahaja yang maha mengetahui.

Sesudah Louise pulang ke Amerika saya telah menalipon  Wan Fathi dari Malaymail Online, Najib  Ketua Pengrang Suara Keadilan, Jimadi dari MalaysiaKini, Amin Iskandar dari Malaysian Insider dan  Sadikin Omar dari Roket.

Semua sosok ini saya nyatakan agar bersedia dengan data dan maklumat 1MDB. Saya tidak nyatakan bahawa ‘ejen CIA’ akan meledakan berita ini dalam bulan Oktober depan. Saya menalipon  para wartawan ini dalam  tahun 2014 maka saya wajib berselindung bukan terbuka saperti sekarang.

Saya yakin kawan-kawan wartawan saya ini tidak tahu dan tidak faham hujung pangkal. Mereka wartawan - buah butir dari saya tidak jelas. Justeru, mungkin mereka tidak ambil pot. Kalau hari ini ditanya mereka sekali lagi - pasti mereka tidak ingat panggilan talipon dari saya. 

Kepada kawan-kawan dan aktivis  di Bangsar saya nyatakan bersedia ‘ something bigger than big..akan sampai…’ Apa pekara lebih besar dari besar ini saya tidak dapat menerangkan kepada mereka. Tapi saya telah membayangkan rancangan CIA dan Amerika  dan kuasa Eropah terhadap Najib.

Malah satelah Louise pulang ke Amerika saya dan beberapa kawan  yang pernah bertemu Louise bertukar-tukar cerita. Sambil-sambil ketawa - ada yang menyatakan yang dia pernah ternampak rambut palsu dalam beg Si Louise ini. 

Malah ada kawan  yang berwatapps dengan Louise  menerangkan bahwa Si Louise ini kerap menukar number taliponnya. 

Babak-babak politik ini berlaku dalam  tahun 2014 - kerajaan Najib masih berkuasa. Saya yakin saya diperhatikan oleh aparacik daulah.  Saya sedar saya masih dianggap musuh negara. Justeru saya mengelak dari menghubungi Louise melalui e-mail.

Tahun 2014 suasana politik masih malap. Langkah Kajang gagal. Anwar tidak bertanding dalam PRK Kajang. Wan Azizah ditolak oleh Sultan dari menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin diangkat menjadi Menteri Besar.

Kini saya tergantung dalam dua penungguan. Pertama - saya masih menunggu jawapan dari Orang Tun. Niat  untuk membuat kerjasama telah dihantar. Tujuan untuk menggalang kerjasama  untuk menjatuhkan Najib dan United Malays National Organisation. 

Kedua - menunggu musim daun gugur di Amerika Utara. Bulan September ,Oktober dan bulan November adalah musim daun gugur. Bulan Disember permulaan musim sejuk.  Menunggu - bigger than big - menunggu garapan Louise Story muncul dalam NYT. 

Saya terfikir dan tertanya-tanya kenapa laporan satu berita mengambil masa yang bagitu panjang untuk dituntaskan. Saya tidak faham. Saya diwajibkan menunggu tanpa tarikh dan masa yang tepat.

Sebenarnya saya tidak sabar. Apa yang saya bayangkan ialah apabila - bigger than big - meledak   maka suasana politik malap akan berubah. Saya juga  merasa ‘gatal’ ingin bertanya kepada Louise bila agakya berita akan keluar. Tapi saya pendamkan niat ini.

Apakah niat dan cita-cita saya ini akan termakbul? Tunggu minggu hadapan. (tt) 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


--------------------

JIKA NAJIB BEBAS - DAP AKAN KELUAR KERAJAAN ?

 

JIKA

NAJIB BEBAS

APAKAH DAP

AKAN KELUAR

KERAJAAN

AMIN

NI JANJI DAP

PADA PENGUNDI

KAH KAH KAH

KHALAS


Loke: Tak perlu bubar parlimen awal selagi Anwar ada sokongan majoriti

Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim tidak perlu tunduk kepada gesaan untuk pembubaran awal Parlimen awal selagi memegang sokongan majoriti di Parlimen, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Loke berkata kerajaan perpaduan dibentuk berdasarkan perjanjian ini susulan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 2022, dan mengingatkan bahawa terdapat 15 bulan lagi sebelum tempoh kerajaan tamat pada Disember 2027.

“Berikutan pilihan raya negeri baru-baru ini di Johor dan Negeri Sembilan, kita telah mendengar banyak berita dan suara daripada pelbagai parti dan pihak yang mendesak perdana menteri untuk membubarkan Parlimen dan membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-16.

“Kita mempunyai baki 15 bulan untuk menyelesaikan pembaharuan,” katanya seperti dilapor The Star.

Pada 3 September, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan komitmen gabungan itu untuk mengadakan PRU16 lebih awal, dengan mengatakan ia akan membolehkan kerajaan mendapatkan mandat baru daripada pengundi.

Walau bagaimanapun, Presiden Umno itu juga berkata BN bersedia jika penggal parlimen hanya dibubar sehingga tamat tempoh.

Berikutan itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Nabil Halimi memberitahu Zahid dan pemimpin partinya untuk menyatakan pendirian mereka dengan jelas jika mereka benar-benar percaya pilihan raya negara harus diadakan lebih awal untuk mandat baru.

The Star juga melaporkan bahawa Loke meremehkan pergeseran awam antara sekutu mereka dalam kerajaan, dengan mengatakan terdapat perbezaan antara berpolitik dan pentadbiran, kerana tiada parti yang meninggalkan kerajaan.

“Selagi setiap parti masih berpegang teguh pada kerajaan, maka dari segi tadbir urus, kita sepatutnya dapat mentadbir negara.

"Tiada masalah. Itu tidak bermakna tiada politiking. Tiada siapa yang boleh menghalang mana-mana parti politik atau ahli politik daripada berpolitik," katanya.

Mengenai PRN Melaka yang akan datang, Loke berkata partinya belum memutuskan sama ada ia mahu bekerjasama dengan BN atau tidak, sambil menambah bahawa parti itu tidak terlibat dalam rundingan antara pengarah pilihan raya Pakatan Harapan (PH), Amirudin Shari, dan Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh.

ROHINGYA HITAM HODOH PENGOTOR ?



KENAPA BENCI

DENGAN 

ROHINGYA?

AMIN

BETUL KE MEREKA

PENGOTOR ?

AMIN

APAKAH KERANA

MEREKA HITAM

 KALAU PUTIH 

MACAM BOSNIA

ATAU VIETNAM 

RAMAI NAK

 BUAT BINI

AMIN

KHALAS



Tindakan terjah, dedah penempatan Rohingya wajar, tunjuk keresahan awam kian meningkat


KUALA LUMPUR: Langkah sebilangan aktivis dan pempengaruh media sosial menerjah serta mendedahkan penempatan warga Rohingya di negara ini disifatkan sebagai usaha proaktif masyarakat.

​Tindakan itu membolehkan warganegara bertindak sebagai 'mata dan telinga' kepada pihak berwajib bagi menangani kemelut penempatan asing yang dilihat semakin membarah.

​Pakar Sosial, Profesor Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata tindakan pendedahan terbuka terbuka timbul berikutan keresahan awam yang kian meningkat.

Masyarakat tak lagi dapat toleransi dengan Rohingya

​Katanya, masyarakat tempatan kini tidak lagi mampu bertoleransi dengan sikap sesetengah etnik berkenaan yang kerap kali melanggar norma serta budaya tempatan.

​Menurut beliau, setiap masyarakat mempunyai nilai dan identiti tersendiri yang dipegang, diamalkan serta menjadi sebati dalam kehidupan seharian.

​"Malaysia dibina atas acuan masyarakat berbilang bangsa yang mengutamakan keharmonian, kebersihan dan kebiasaan menghormati fasiliti di ruang awam.

"​Namun, kehadiran dan tindakan sebahagian etnik Rohingya didapati membawa trend negatif yang mengganggu gugat ketenteraman awam.

​"Keadaan itu sekali gus menimbulkan keresahan warga tempatan akibat tindakan melampaui had toleransi yang wujud selama ini.

​"Percanggahan budaya dan norma hidup etnik terbabit disifatkan memberi impak ketara kepada persekitaran tempatan," katanya ketika dihubungi.

Rakyat tak selesa dengan Rohingya

​Media sebelum ini melaporkan rakyat kini mula berasa tidak selesa dan terancam di tanah air sendiri disebabkan ketidakpatuhan undang-undang oleh warga asing terbabit.

​Antara kelakuan yang kerap didedahkan adalah penyalahgunaan ruang awam seolah-olah harta peribadi, termasuk tindakan menjemur pakaian di kawasan terbuka.

​Mereka turut dikesan memasak di tengah padang serta menyalahgunakan kemudahan awam tanpa memikirkan kebersihan persekitaran.

​Penggunaan kenderaan modifikasi roda tiga di sekitar ibu kota secara bebas juga menjadi norma salah yang kerap dilakukan secara berterusan.

​Mengulas lanjut, Mohammad Shatar menegaskan usaha membanteras kemelut itu tidak boleh diletakkan di bahu kerajaan semata-mata kerana adanya keterbatasan tertentu.

​"Penanganan isu secara menyeluruh memerlukan kerjasama erat antara tiga pihak utama iaitu kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat.

​"Kerajaan berperanan merangka dasar, manakala pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa yang ditetapkan undang-undang.

​"Masyarakat serta NGO (badan bukan kerajaan) pula bertindak menyalurkan maklumat awal bagi mengelakkan masalah menjadi lebih parah dan sukar ditangani," katanya.



Rohingya pemegang kad UNHCR bukan PATI: KP Imigresen


KUALA LUMPUR: Pelarian etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak tergolong sebagai Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan di luar bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

​Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban menjelaskan, pemegang kad UNHCR mempunyai 'imuniti' perlindungan daripada diambil tindakan berhubung kesalahan dokumen perjalanan atau pas tidak sah.

​"Rohingya tidak sama dengan PATI. Mereka yang memiliki kad UNHCR tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.

​"Bagaimanapun, mereka tetap tertakluk kepada undang-undang lain yang dikuatkuasakan oleh agensi penguatkuasaan lain," katanya dihubungi bagi mengulas kedudukan status pelarian Rohingya.

IRAN MEBALAS DENGAN TEMBAKA PELURU BERPANDU

 

IRAN MEMBALAS

 TEMBAKAN MISIL

SERANG KAPAL

LAUT AMERIKA

BERKUASA

 NUKLEAR

KHALAS

BETUL - AMAT TEPAT

 

BETUL LAGI

TEPAT 

AMIN

GUA JUMPA

BUKAN 

AJEN CIA TAPI

LOUISE STORY

WARTAWAN

NEW YORK TIMES

AMIN

JUMPA GUA

3 KALI 

DI BRICKFEILDS

MASA NAK BUAT

ARTIKLE 1MDB

 KHALAS


Unknown commented on
 "ANWAR BIN IBRAHIM 
PILIHAN AMERIKA"

bukan ke lu pun tulis dalam buku lu.. cia datng jumpa lu..

kah kah kah

MAT BURUT MEMBURUT LAGI

 

 MAT BURUT

MEMBURUT LAGI

AMIN