Khamis, 23 Oktober 2008

TERKINI DARI PLENTONG JB – Berita jam 4.30 PETANG

Satu TUNJUK PERASAAN akan diadakan untuk membantah perobohan dan penyeksaan warga kota penduduk Kg. Baru Plentong Tengah.

Tunjuk perasaan ini akan di adakan di BUKIT TIMBALAN JOHOR BAHRU sesudah sembahyang Jumaat esok – 24/10/2008. Berkumpul di sana.

Semua warga yang bersimpati di jemput merayakan perjuangan penduduk miskin kota. Penduduk Plentong meminta sokongan padu dan bantuan. Rumah mereka sudah roboh. Hujan mencurah basah. Mereka menuntut keadilan.Tidak sanggut berlenjan mengigil dan ditipu.

Tapak tanah mereka untuk towkay dari mana? Singapura?

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 019-771- 40 - 55




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam abang isham,

Ayuh saudara-saudaraku di JB !
Bangun menentang kezaliman!

jebatderhaka berkata...

aku memang syok kalu bt kerja amal camni tapi masalhnye aku kat kl...tanya skit...dari kl takde provide transport ker...???
ada kalu hello jer aku...

Tanpa Nama berkata...

salam tuan tukar tiub,
nie lagi akibat org yang tak bijak belajar malas bekerja tapi nak hidup senang.....makan rasuah...jadi barua pada towkay2 cina...dalang di sebalik semua nie mesti baruanya melayu sendiri..yang dapat duit sikit tapi bersorak kg sendiri tergadai...

Unknown berkata...

Tiada tunjuk perasaan. Hanya menyampaikan memorandum penangguhan kepada MB JOHOR Yg hanya tau zapin tu. Sila bertenang, jgn buat kacau. Saya adalah anak jati plentong tengah. SB dah bersedia nak provoke. Ikut arahan ketua. Tq