Rabu, 19 Mei 2010

SURAT UNTUK SAUDARA KANDUNG




TALI GANTUNG SEDANG MENUNGGU





Saudaraku yang baik hati,

Aku menulis surat ini di pagi sesudah Pakatan Rakyat memenangi kerusi Sibu. Aku tahu bahawa kaum kerabat Pakatan Rakyat sedang dalam keriangan. Syabas! Aku tahu kau juga sedang tersenyum puas kerana kemenangan ini. Aku hanya ingin sama menumpang berkongsi riang.

Kemenangan di Sibu rasa aku adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan. Kemenangan itu adalah manifestasi kebencian majoriti warga Serawak yang telah bosan dengan tindak tanduk dan rompakan gerombolan manoriti Melanau. Hari-hari akhir hegemoni Melanau telah kelihatan. Ini aku amat yakin.

Sebelum kau terus membaca surat aku ini, aku perlu minta maaf terlebih dahulu. Ini kerana surat ini akan membawa berita yang tidak akan mententeramkan hati kau.

Aku sebenarnya adalah pembawa ayat-ayat songsang. Aku pembawa ayat-ayat setan yang selalu tidak menyenangkan hati. Aku menjadi perawi yang membawa surah-surah yang mengegarkan keyakinan diri.

Ingin aku beri tahu bahawa isi surat ini telah aku fikirkan ketika kiraan undi semakin melonjak untuk Pakatan Rakyat. Setiap kali undi melonjak setiap kali degup jantung aku bergegar. Apakah kau faham apa yang ingin aku katakan ini?

Aku mahu kau sedar bahawa kemenangan di Sibu adalah notis akhir untuk menghantar Anwar ke tali gantung. Kau faham?

Nah ! Ke tali gantung - inilah ayat-ayat songsang yang ingin aku bawa ke hadapan muka kau. Ayat-ayat songsang ini mengerunkan bunyinya. Kau ulang baca sekali lagi : kemenngan di Sibu adalah tali gantung untuk Anwar Ibrahim.

Mungkin kau anggap aku ini sasau dan kurang siuman. Kau salah. Atau aku ini selalu poton stim dan merosakkan suasana ghairah di pesta. Kau salah lagi. Biar aku terangkan kenapa.

Bagini kesahnya: Kau ingat pilihanraya kecil Lunas? Oooo.. maafkan aku… mungkin kau masih anak sekolah ketika itu. Atau kau tidak mengikuti politik semasa. Atau kau ketika itu sedang dilamun cinta berahi berpacalan.

Biar aku surahkan tentang Lunas ini. Pilihanraya kecil Lunas ini berjalan pada bulan November tahun 2000. Ini ketika si Mahafiraun masih berkuasa. Opps… maaf lagi …mungkin kau tidak tahu siapa Mahafiraun. Ini nama ‘manja’ untuk Mahathir Muhamad yang di munculkan oleh laman yang bernama Mahazalim. Laman ini telah menjadi arwah. Ini lama dahulu - di zaman sebelum wujudnya face book dan blog. Di zaman internet masih menumpang di Telekom Malaysia.

Di pilihanraya kecil Lunas ini Saifuddin Nasution calon Parti Keadilan - ketika ini Parti Keadilan masih belum bergabung dengan Parti Rakyat – telah menang. Satu kemenangan yang amat memberangsangkan. Perasaan menang di Lunas ketika itu samalah seperti kemenangan di Sibu minggu ini.

Pemerhati politik melihat Lunas membawa tanda-tanda yang Mahafiraun semakin di benci oleh rakyat. Imej Mahafiraun sedang di kencingkan rakyat di sana sini. Ini betul. Tetapi ada satu pekara yang gagal dilihat dan di baca oleh pemerhati politik. Pekara ini ialah : kuasa bukan mudah dilepaskan.

Kemenangan Lunas telah membangunkan Mahafiraun dari tidornya. Mahafiraun terus merancang dengan licik untuk memastikan yang Parti Keadilan tumpas dan tidak dapat bergerak bebas. Setahun sesudah Lunas Mahafiraun menangkap 10 orang aktivis Reformasi termasuk pimpinan muda Keadilan. Kesemua yang di tangkap dibawah ISA.

Berhadapan dengan kemenangan Keadilan di Lunas, Mahafiraun telah sedar bahawa imej Firaun nya amat-amat di benci rakyat. Selain dari menggunakan ISA, dengan licik Mahafiraun telah melantik Abdullah Badawi sebagai pengganti. Melantik Abdulah Badawi sebagai gantinya samalah seperti melantik saorang tukang kebun untuk menjadi Gubenor Bank Negara. Tetapi inilah kelicikan Mahathir Muhamad.

Nah! Kau akan bertanya apa sangkut paut Lunas dengan Sibu? Bagaimana Sibu ini menjadi tali gantung untuk Anwar?

Sabar… sabar. Kau lupa bahawa Sibu ini lebih penting dari seribu Lunas. Sibu lebih penting dari semua pilihanraya kecil di Semenanjung. Ketika kau merayakan kemenanga di Sibu ini aku ingin mengingatkan kau bahawa Sibu dan seluruh Sarawak termasuk Sabah adalah peti duit simpanan untuk gerombolan.

Apabila kau menang di Sibu ertinya kau telah mula menghafal angka pin kepada peti duit simpanan gerombolan. Seperti aku katakan tadi : kuasa bukan senang untuk dilepaskan. Kau sedang bermain dengan bahaya.

Yakinlah, ketika ini para gerombolan dari Semenanjung sedang merancang untuk melupuskan Taib Mahmud dari arena politik Serawak. Gerombolan di Semenanjung menganggap susuk si Taib ini adalah susuk yang paling di benci oleh warga Serawak. Ini samalah seperti Mahafiraun mencari ganti dirinya dahulu; kalau tidak diganti si Taib Mahmud akan membontoti apa yang terjadi keatas Wan Mokhtar di Terangganu.

Apa ini ada sangkut paut dengan tali gantung?

Ahhh! Kau kurang sedar bahawa Pakatan Rakyat sedang mengancam keselamatan gerombolan. Kalau dahulu gerombolan hanya diserang di Semenanjung tetapi kini serangan bertalu-talu telah beralih ke Serawak. Ini tanda-tanda yang amat bahaya untuk gerombolan. Bank simpanan gerombolan telah mula pecah. Suasana ini amat merbahaya.

Aku yakin gerombolan – sesudah Sibu – akan bertindak ganas. Justeru Anwar Ibrahim perlu digantung secepat mungkin … ini yang aku maksudkan dengan tali gantung dari Sibu. Apakah kau tidak faham bahawa dari kaca mata gerombolan – mereka melihat nyawa dan kuasa mereka hanya dapat diselamatkan dengan memenjarakan Anwar Ibrahim. Jika Anwar Ibrahim terus bergerak di luar penjara maka tali gantung ini akan beralih untuk menjerut kepala mereka sendiri.

Aku tahu masih ada kawan dan teman-teman yang membaca bahawa sandiwara yang sedang dipentaskan di mahkamah Jalan Duta ini akhirnya akan membebaskan Awar Ibrahim.

Saudara ku yang baik hati,

Aku harap kau tidak tersalah anggap apabila kau melihat sandiwara di mahkamah yang sedang dipentaskan ini. Aku tahu bukan semua anggota gerombolan yang mahu Anwar di penjara. Ada yang memiliki jalur pandangan yang berbeza. Mereka merasakan jika Anwar di penjara maka masa depan gerombolan semakin bertambah gelap dan nyawa gerombolan akan bertambah pendek. Mereka ini tidak ramai. Gulungan minoriti ini sesudah Sibu akan merasa diri mereka terancam sama jika Anwar masih bebas. Kini, aku yakin mereka jua mahu Anwar di penjara secepat mungkin.

Sesudah kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu, aku amat yakin kes Anwar akan dipercepatkan untuk memastikan Anwar ketepikan dari politik tanah air kita. Anwar wajib diketepikan sebelum pilihanraya umum untuk negeri Serawak yang wajib diadakan sebelum akhir tahun 2011.

Kepada kau dan kawan-kawan dalam Pakatan, hanya satu harapan aku: aku berharap kau tidak akan memiliki apa-apa ilusi tentang mahkamah. Aku juga berharap kau akan dapat memahami tentang kuasa. Telah aku katakan beberapa kali – kuasa tidak mudah akan dilepaskan. Di malam pengiraan undi di Sibu itu , kau sendiri dapat melihat bagaimana gerombolan dan aparachik SPR bekerja keras untuk mengabui mata rakyat agar gerombolan terus menang.

Aku sebagai pembawa ayat-ayat songsang sekali lagi ingin mengingatkan kau bahawa konspirasi untuk melupuskan politik Anwar akan bertimbun tambah. Kau tunggu dan lihat. Hanya yang ingin aku ingatkan ialah dalam merayakan kemenangan di Sibu sedarlah bahawa tali gantung untuk Anewar Ibrahim semakin rapat.

Wassalam
Tukar Tiub







63 ulasan:

Non-Excremental Individual berkata...

hanya satu saja kita boleh buat terutama anak2 muda - turun ke jalanraya

Tanpa Nama berkata...

Melantik Abdulah Badawi sebagai gantinya samalah seperti melantik saorang tukang kebun untuk menjadi Gubenor Bank Negara

hahahahahahha apa la bro,,lu patot cakap ini macam :Melantik Abdulah Badawi sebagai gantinya samalah seperti melantik seekor kambing untuk menjadi Senator dewan negara.........
baru adil maaa huhuhuhuh

Sayang Pada Rasuah Murahan berkata...

wahai pakcik ku Isham ,

pertama sekali aku ingin meminta kebenaran dari kau untuk membenarkan aku gelak seperti kau, kah kah kah

tawa dalam penulisan aku adalah inspirasi dari kau pakcik ku !

corak fikir dan reaksi aku kepada
politik ini banyak terkesan dengan penulisan kau pakcik ku kalaupun aku belum pernah bersua dengan kau pakcik ku !

Ya , bila-bila masa sahaja Anwar akan dipenjarakan.Tapi kalaupun Anwar takkan dipenjarakan oleh gerombolan , susuk Anwar juga dimakan usia.

Sebab itu ummat pejuang akan terus bersilih ganti , dari yang digantung , dipancung , dipenjara , diseksa.

Tetapi perjuangan itu tidak akan mati.Anak-anak muda akan sambut baton perjuangan itu !!!

Bak kata kau pakcik ku , DUNIA INI MILIK ANAK MUDA !!!


MB WARRIOR

*salah seorang malaon dari tawanmalaysia.com

Tanpa Nama berkata...

TT,

Saya amat percaya dgn tulisan tuan ini.teramat sangat.

adnan M

Salleh PJ berkata...

Kemenangan PR di Sibu menjadikan perut - perut juak BN menjadi semakin sebu. Kentut tak lepas - angin berputar di dalam perut. Mata berair menahan senak sebu.

Anwar bin Ibrahim ini dilihat sebagai punca kesebuan - tidak dapat tidak, punca sebu ini wajib di buang.

Olih itu strateji demi strateji akan di rancang untok memusnahkan susuk manusia bernama Anwar bin Ibrahim ini.

Tq

anwar berkata...

anwar akan dipenjara.. insyaAllah ada seribu lagi anwar yg akan muncul

Putra berkata...

Gerombolan UMNGOK memang difahami jenis spesis yg amat pelik didunia.
Karekter mereka sebenarnya tak kenal dan tak faham erti kekalahan. Bagi mereka kekalahan itu satu dogma yg amat ditakuti.

Fakta:

1. 13 Mei 69.
2. Rampasan kuasa di Perak.
3. Rampasan kuasa di K'tan.

Terkini: Menjadi pengacau disemua negeri yg di perintah oleh PR.

Rakyat perlulah bersatu bagi mengnyahkan gerombolan pelesit ni dari persada politik M'sia secepat mungkin.

Kita bina Negara Bangsa yg baru yg lebih prihatin,telus tanpa haprak yg meloyakan dan seterusnya mesra rakyat bagi generasi yg lebih bermaruah dimasa depan..

Tanpa Nama berkata...

jika 'tali gantung' itu dimaksudkan secara 'literal', maka aku sangat2 yakin, kali ini berjuta2 rakyat malaysia yang akan bergabung dalam satu gelombang ketumbukan turun ke jalan2 sanggup memusnahkan senjata2 polis/askar serta juga mana2 susuk bergelar polis/askar yang cuba menggunakan senjata2 tersebut untuk menentang gelombang kemarahan rakyat. dan kali ini angka jutaan itu bakal menyaksikan apa yang sebenar2nya dimaksudkan dengan semangat muhibah negara malaysia dengan gelombang ketumbukan ini disertai oleh pelbagai bangsa: melayu, cina, india, dsbnya - bangsa malaysia - berbeza dengan kumpulan amuk pada 13 mei 1969 yg rata2nya melibatkan melayu lawan cina, malah jauh berbeza dari asakan puluhan ribu dalam peristiwa reformasi 1998 yg rata2nya melibatkan melayu yg bencikan mahathir/umno dan simpati pada anwar ibrahim dan hanya disertai segelintir cina/india/dll.

perubahan mengambil masa tetapi perubahan tetap berlaku, kerana bagi umat Islam itulah ketentuan Allah yakni segala ciptaanNya termasuk segala jenis makhluk dan sifat2 makhluk itu adalah baharu - tidak sedia ada, tidak kekal dan berubah, sedangkan pada bukan-Islam pula mereka juga mengakui theorem dari pemikiran heraclitus yang menetapkan: the only thing constant is change.

perubahan tetap berlaku walau bukan dalam masa singkat. 1998 cuma puluhan ribu angka yg bingkas sedar dan terpanggil, kebanyakkannya sebangsa dengan anwar. sedekad kemudian, kita lihat jelas dalam pru-2008 betapa bangsa cina dan india juga sudah bangkit bersama menentang bn yg sebelum ini sangat selesa bermaharajalela. kini 2010 kita masih menyaksikan api kebangkitan bangsa malaysia masih marak untuk menghanguskan kezaliman bn seperti dibuktikan oleh pengundi2 bangsa cina khasnya di hulu sgor dan sibu.

dengan adanya semangat juang dan setiakawan dalam bangsa malaysia, kita akan bersama2 bersepakat berganding bahu dengan lebih berani, kental, focused dan bijak dalam merempuh penyangak2 negara.

persepakatan waja ini akan meledakkan angka jutaan rakyat yang berani merempuh penzalim, perompak dan penipu.

jika penzalim, perompak dan penipu ini berani ke tahap mengenakan tali gantung secara literal kepada jasad anwar ibrahim, mereka2 juga tidak akan ada yang terlepas dari menerima pukulan maut oleh jutaan rakyat yg bakal bingkas bangun garang kali ini!

jika 'tali gantung' itu dimaksudkan secara simbolik sahaja ke atas nyawa politik anwar ibrahim, maka aku tidak gusar. kerana aku sangat2 yakin dengan kata2 saudara anwar sendiri pada 1998 dahulu: satu anwar jatuh, seribu lagi anwar lain akan naik!

-average joe-
klakka-la.blogspot

Saiful berkata...

senor tt,saya anak lunas..masa tukira antara anak antu lunas..geng anak ,saya tau semua cerita pasai lunas..tanya yb nasution ..kenalwahidi sg limau lunas..dia mesti teringat kan kenangan ,anis..masa tu..kami siang mlm..berusaha memenangkan yb nasution..semuanay benci mahafiraun...pagi2 lagi kami dah bangun ..tangkap pengundi hantu..3 bas kamitangkap..saya tau sapayg pecahkan cermin bas tu..tv3 pun kena ludah dengan anak antulunasni..kamibersatu masatu..bykpolis tau cerita kami..sekali kami melepak ..20-30 org..kamiadaekonomi kami sendiri..pernah ada org umno suruh kami bukak cwg..bukanya kami tak tau ..depani sapu dok sumbangan.. bila ada cwg baru..kena maki..blah camtu saja..masa tu kami benci bn-umno-mic..sebab apajoe fernanadez mampuih..pasai dia ni berlagak..ofis diatakpernah ada..yg dia tau pasai klinik dan dakwah kristiandia..brp byk anak2 melayu dikristiankan..kami tau..dekat mana dia kena tembak..di bm..mcm ni lah jugak jetua kelab penyokong pasyg kena tembak di perak..jaga2 dimsiani ada mafia..
yb nasution tak lama..betui cam senor cakap..lepastu pkr bungkuih..cina,melayu india dibeli..duit ringgit diumpan..tapi sekarang Alhamdulillah..tapi haram jadah adun dan mp kulim/lunas semau dah blah..malang saya tak ada disanasekarang mahu saya kencing kan rumah dua2 mamat ni..
kita kena ambil pelajaran dari pengalaman..bersedia ..bertempurlagi..kali ini berbeza..sbb opakatan rakyat sudah ada..dgn perancangan dan pelaksanaan yg tepat ..Insya Allah kita akan dpt kerajaan baru..
ttg saudara anwar..jika kes dia nampak berat sebelah..kita kena plan ..dia mesti dilarikan keluar dari malaysia..biar dia bebas wpun takada dimalaysia..kita kena plan utk selamatkan dia..dgn kereta, kaai terbang,bot,moto..anak2 ..isteri..kena dipindahkan jugak..kita kena guna kwn international dia..jgn terlambat..

melayu berkata...

TT yang baik hati memperingati sesseorang untuk mati jika tidak berhati-hati. Gelap bakal menanti jika lupa diri....

Tanpa Nama berkata...

Brilliant piece of work TT.
My fears exactly.

In fact, I was a little releived when Pakatan lost in Hulu Selangor. After all, it was just another "buy" election. Most of us expected a comeback in the next GE. Despite the amount of cash, work and promises spent by the government, the rakyat in Sibu made their decison albeit a thin majority.

The rakyat who delivered time and time again to BN cannot be hoodwinked anymore. Looks like the people in East Malaysia are more ballsy than the rest of us in Semenanjung. And this are among the risks we'll have to endure.

Haaai....Kalah tak syok... menang lagi susah!

regards,
vicky

Tanpa Nama berkata...

Telor gerombolan akan kecut bila Anwar dipenjarakan. Anak2 muda akan ke turun jalan raya. Malaysia akan menjadi Thailan ke-2. Malaysia akan Lumpuh. FDI akan lari. Mentri2 BN akan pening kepala. Barulah tahu senjata memakan tuan. Gara-gara kes jobor saiful gerobolan menyesal tak sudah2.

-sarawakian-

Nikjoe berkata...

tuan TT hebat!

patut si mahafiraun tu cepat2 ke tali gantung akibat merasuh 100b ringgit.

anwar yang membela rakyat pula yang ke tali gantung. apahal ni beb!

gua sedih kalau perkembangan ini terjadi. benar - benar sedih.

mosabit berkata...

biar anwar digantung...mnereka mana tau ada 100 anwar ibrahim dalam pakatan???....mereka tunggu giliran ni.......
dulu masa anwar di 'dalam ' siapa uruskan pakatan di luar??

Tanpa Nama berkata...

BN/UMNO SEJAUH MANA HENDAK MENDONGAK KELANGIT,GEMBITA DIBUMI AKAN BERALUN JUGA.SEKUAT MANA ANGKUH BN/UMNO MENGHENTAK KAKI,BERSILAT KUNTAU KELESUAN TENAGA PASTI BERTAPAK JUGAK.SEHEBAT SERAKUS MANA PUN MERANCANG YANG PASTI KETENTUAN TETAP BUKAN MILIK MEREKA.BERANI KERANA BENAR.

Harris berkata...

1 surat yg menarik..Tmbh naik smgt aku utk same2 bjuang mjatuhkan kerajaan gerombolan yg pnuh korup n menindas.!AYUH ANAK2 MUDA!!!

master berkata...

Turun ke jalan raya !

Tanpa Nama berkata...

aku pun yakin juga dengan kata2 ini.. lobang jubur saifool yang menentukan masa depan umngok.. utuk menambahkan keyakinan aku.. teks "SURAT UNTUK SAUDARA KANDUNG" akan aku copy.. dan menunggu "ketibaannya".. kalau betul apa yang berlaku teks tersebut akan disebarkan semula sebagai keyakinan kita pada "andaian" ini..

Tanpa Nama berkata...

haibat kiasan tt kali ini...syahdu dan pelir pun tak stim lagi...

memang aku nampak pun begitu, tapi sukar diolah dengan kata2... apa yang tt tulis kali ini, lebih cerah dari apa yang terlintas dibenakku...

Tinta.Muallimah berkata...

Bacaan politik yang teghang lagi bersuluh yeop !! Anwar buka aje akan ke tali gantung..malah akan diletupkan-letupkan macam altantuchia..So awas..awas..

wakmeli berkata...

satu perkara yg kita kena pegang dan terima ialah anwar tetap akan pergi meninggalkan kita semua tapi perjuangan dan reformasinya tetap hiduop sampai bila2..! dan wajib diteruskan oleh generasi baru pada masa hadapan.....! kebenaran akan melenyapkan kebatilan..

Tanpa Nama berkata...

Saudara Tukar Tiub,

TULISAN YANG JITU, TELUS DAN TEPAT DI DAHI!

KAGUM DENGAN ANDA SEBAGAI TERUNA!
BEBAS! WALAUPUN SONGSANG RIMA BAITNYA NAMUN AKU YAKIN INI ADALAH SUNTIKAN 'ADRENALIN' UNTUK PARA MANUSIA YANG BERNAUNG DI BAWAH BENDERA MALINGSIA.

SYABAS!
JIKA IMAM SYAFIE MENJADI DOKONGAN DAN PEGANGAN UNTUK MAZHAB SYAFIEE, MAKA DENGAN BERANI AKU MENGATAKAN KAU JUGA ADALAH IMAM. NAMUN IMAM MEMBAWA KEPADA KEBEBASAN DI DALAM DEMOKRASI.

SEBENARNYA, AKU TAHU KAU SONGSANG. AKU TAHU ENGKAU KRITIS. AKU TAHU KAU BUKAN MAMA JUWIE. TAPI TULISAN KAU KEBANYAKAN TELAH MEMECAHKAN TEMBOK DUNGU PEMIKIRAN. MELALUI TULISAN ENGKAU AKU MULA KENAL, APA ITU SEJARAH DAN APA ITU LABONAN SEJARAH! TIDAK KIRA ENGKAU BERCERMIN MATA, TIDAK KIRA ENGKAU PENDEK ATAU BUNTAL, TIDAK KIRA ENGKAU MUKA PECAH ATAU SKRU MATA PIPIH, APA YANG PASTI AKU HORMAT PENULISAN KAU.

TERIMA KASIH!

SEPOTONG AYAT YANG AKU TIDAK BOLEH LUPAKAN SAMPAI SEKARANG:

"BABI TIDAK BOLEH TERBANG, IKAN TILAPIA TIDAK MEMERLUKAN BASIKAL"

SYABAS! SEMOGA ENGKAU DILINDUNGI ALLAH SWT.

Cassa Blanca

Bijen M. berkata...

"Lu tak rasa ke wujud pengundi hantu kat sana? Itu pasal depa menang."
(Ayat normal selepas pilihan raya)

Tanpa Nama berkata...

Aden dah kato lamo dah rancangan khalifah(succession) PKR mesti mengambil puteri AI, Nurul sebagai penggantinya. Mesti 'groom' dia kerana siapa lagi yang ada karisma macam AI. Nurul boleh artikulate, ada tarikan kewanitaan, ada sokongan dari banyak pihak, dia boleh mirip seperti Bhuto di Pakistan, dia masih muda ada aura tarikan bagi anak muda, ada pendidikan tinggi, ada 'iman' dan ada ciri-ciri kepimpinan. Jangan takut tomahan nepotisme, Nurul ada material sebagai ganti AI
Kalu AI kena masuk rumah pasung dan ada pelapis yang kuat perjuangan PKR/PR MESTI ada kesinambungan. TT pun boleh kalu tertakluk pada disiplin parti PKR boleh sama bantu.
Apo kato semua?

Tanpa Nama berkata...

Tajam menusuk kalbu. Paham abis

Kerajaan Rakyat berkata...

Kepada Anwar dan semua pimpinan Pakatan.

Tulisan Hishamuddin ini satu analisa yang mamtap... semua pimpinan Pakatan wajar ambil perhatian terhadap analisa ini.

Pedih tapi inilah kenyataannya..!!

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan di Sibu=Anwar semakin dekat dgn penjara...

Tanpa Nama berkata...

Sarah pun,percaya!

Tanpa Nama berkata...

Aku membaca sehingga noktah terakhir..dan hanya tangisan sebak ..tidak lagi ketawa kah kah kah..

Meang benar..realitinya kemenangan sibu ialah tali gantung untuk Anwar..ucapkan selamat tinggal pada Anwar sehingga kita bebaskan dia..insya'allah!

Tanpa Nama berkata...

1 anuar hilang, 1000 anuar akan muncul.. dulu 1998 perjuangan utk anuar ( justice 4 anuar- aku masi teringat tag itu yg ku pakai hari leps plg dr skul) perjuangan hari ini adalah perjuangan rakyat.

perjuangan perlukan pengorbanan. belajar dr sejarah pihiline. rakyat philipine amat syg pd Ninoy aquino dan bakal ganti marcos. Dia mati d tgn org yg ingin menghalangnya sebaik mejejak kaki d phipine. rakyat hilang ninoy, tp m'hasilkan gelombang yg membungkuskan marcos.regim dpt d tumbangkan. berjuta manusia berarak membawa mendiang ninoy sebaliknya marcos pula mati dlm buangan- kehinaan.

kita perlu sedari dr hr ini bhw anuar dilahirkan sbg pejuang dan bukan sbg pemimpin. jadi kita seharusnya bersedia. anuar hanyalah mancis yg menyalakan lilin perjuangan . mengharapkan mancis yg sama utk menyalakan lilin2 yg lain adalah 1 kesilapan.
gunakanlah lilin yg telah d nyalakan utk menyemarakkan lilin2 yg lain...

-jack.

Tanpa Nama berkata...

PAS Perak hari ini menempa sejarah baru dalam merealisasikan slogan PAS For All. PAS yang selama ini dikepung oleh imej negatif yang dipakaikan oleh media BN telah berjaya menyingkapnya petang tadi dalam dialog bersama paderi kristian sekitar Ipoh. Ketakutan yang selama ini menghantui penganut bukan Islam terhadap PAS telah terhapus.



http://anaksengat.blogspot.com/2010/05/pas-perak-hari-ini-menempa-sejarah-baru.html

Unknown berkata...

Bhai TT

Aku salute surat ni...Bukan sahaja saudara kandung kita yang baik hati tu hampir dengan tali gantung...Bhai TT juga wajib waspada, pemikiran begini telus mengugat bangsat-bangsat kuasa..

Bhai TT.....jaga diri.

ayamtido berkata...

percayalah.. sekali pon mereka hambat anwar ke tali gantung atau penjara... takkan mengubah perspektif rakyat terhadap UMNO dan BN...

aku sebagai rakyat yang liberal tidak akan memperjuangkan kepentingan seseorang manusia tetapi kepentingan sejagat semua manusia...

yang mana benar tetap benar walau sumangkok gula nak tutup sesudu garam sekalipon takkan dapat menutup kemasinan garam...

perjuangan Islam atau kebenaran dan keadilan tetap utuh di akal dan hati manusia yang waras.. dan mereka tidak taksub kepada simbol manusia...

aku akan turun ke medan perang sekiranya perlu untuk menegakkan kebenaran... pemergian anwar mungkin seperti pemergian seorang adik-beradik malah akan di lihat sebagai pemergian seorang hero..

UMNO sekarang tersangkut dalam dunia "between the death and doom" atau "torn between scylla and charybdis". macam mana mereka buat pon, mereka akan tersangkut.. hanya tunggu nasib makan diri sahaja kerana buat mana-mana pon takkan dapat menghalang kemaraan rakyat. sama ada terima sebagai

kami takkan berhenti disini sekalipon Tuan Guru Nik Aziz atau Anwar Ibrahim pergi dahulu sebelum kami...

rakyat akan terus mara kedepan..

buka mata berkata...

rimba mana yang tak beronak duri,lautan mana yang tak bergelombang,sagu mana yang tak beruyung,hatta tatkala makan pun adakalanya lidah atau bibir tergigit.

itulah gambaran perjuangan,susah payah harus ditempuh,pahit getir nya harus ditelan.

aku yakin kini,dah ramai rakyat sedar untuk membuat pilihan yang mana satu intan yang mana satu kaca.kita dah semakin dewasa dan matang.

teruskan perjuangan para sahabat,lawan tetap lawan ,lawan sampai menang.membujur lalu melintang patah,nyalakan lilin yang lain menggunakan lilin yang dah menyala.padam sebatang nyalakan yang lainya,teruskan,kejayaan menuggu dihadapan.teruskan..teruskan

Tanpa Nama berkata...

A Prayer for AI,

Almighty God,Divine healer of all,
give to my Freinds, my brother your bless, strength and courage in his duty
give to him heart compassion and understanding
give to him skill and tenderness
give to him knoweleged and wisdom
especially,
help him always to remember
the true purpose of human vacation and life
that self-less service to everybody and
dedecation to the weak,
to the needed and despairing in body and spirit.
Amin!

A.B>U berkata...

TT..THANKS BRO

aNUAR UMPAMA pencetus, tt, pkr,pas dap dan lain umpama pemangkin..

yang utama dan pertama adalah keadilan,keamanan, kestabilan ke arah politik yang sempurna upama kegemilangan andalusia,bagdad pada zaman khalifah the factor athmosphere walaupun ada non muslim kita boleh hidup aman damai sehingga serigala pun tak makan kambing didepan mata.. imagine the athhmophere sihingga haiwan pun terpegarauh dengan environment,ekonomi, sosio aman..

jadikan faktor ini 1 target walaupun satu pemimpin tumbang beribu pimimpin lagi akan tumbuh... ayuh bangun semua semangat,semua azam tak kira tua muda...

Unknown berkata...

p/s:laporan student UMT shahid di Sabah ada di blog sy...tujuannya adalah kita semua mengambil ikhtibar dari kejadian ini..dan meyakini di dalam hati kita bahawa barangsiapa yang membantu agama Allah,akan bantu dia...

sardindalamtin berkata...

bagus tulisan ko wahai Pak Isyam. ade can menang Nobel Sastera.

Walau ape pon yg diorg wat kat Anwar Ibrahim, pasti lebih kuat tentangan dr rakyat yg mempunyai kesedaran tentang kejahatan AMNO.

Mcm dalam filem Star Wars= "Kalo ade revenge of the sith, mesti ade return of the jedi"

Setiap kejahatan mesti akan datangnya keadilan.

hukum karma yg tak pernah berubah sampai bila-bila.

rattlehead berkata...

tremendous touch bro....memang betul bagai dikata....selagi DSAI ada selagi tu perancangan jahat UMNGOK terbantut...so sebagai golongan muda kita kena standby untuk reform habis-habisan jika DSAI di apa-apakan selepas ini....UMNGOK kena tahu bahawa satu Anwar dikekang maka beribu-ribu Anwar akan timbul.

Pet Shop Boys berkata...

1 Anwar masuk penjara ada lagi seribu Anwar?

OH come on! Theres only one Anwar Ibrahim!

FaridShah berkata...

"patah tumbuh, hilang berganti.."

..tolak pilihanraya,
pilih jalanraya..!

-Menjana Perubahan-

Tanpa Nama berkata...

tt..

after the joyous victory in SIBU for PR, i am feeling sad today..T.T..

may Allah bless Anwar!

Tanpa Nama berkata...

janji Allah pasti sampai,mengingat mati seperti membawa kenderaan yang ada brek,kami anak2 muda yg masa anwar di ainyanya dulu hanya baru 13 tahun,sekarang kami akan menggantikan org tua kami dijalanan menuntut reformasi,hidup kita mudah2an memberi manafaat kepada mahkluk Allah yg lain.terimakasih TT kerana membakar semangat kami yg mula menyala dek episod dubur sayfool.

Lang berkata...

teringat kata2 bro anwar yg dikontrevesikan...

malaysia ini bukan milik melayu, tetapi milik melayu, cina, india, iban, kadazan.....

inilah gambaran sebenar jika kita yang mengaku ini tanah air kita, sekeliling kita adalah rakan kita... tiada melayu, tiada cina, tiada india, tiada iban, tiada kadazan.... tiada dan tiada..

yang ada cuma KAMI MALAYSIAN

yang siapa yang teristimewa, tiada melayu istimewa, tiada cina istimewa, tiada india istimewa, tiada iban tiada kadazan yang istimewa....

yang teristimewa ialah KAMI MALAYSIAN

kalau semua yang mengaku cinta, sayang dan setuju inilah tanah tumpah darah... maka wajib bagi kamu membuang prasangka, buang hasad dengki berdasarkan asal keturunan, berdasarkan warna kulit.

Jangan lagi memandang keturunan melayu itu melayu, keturunan cina itu cina, keturunan india itu india, keturunan iban itu iban, keturunan kadazan itu kadazan.....

tapi pandanglah mereka MALAYSIAN

kita bangsa MALAYSIA, lahir dibumi MALAYSIA berlindung dalam negara yang dinamakan MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul Bee End pembela rakyat apasalahnya bergabung tenaga dgn negeri PR utk kepentingan rakyat.ini tidak ashik mengacau je.itukah pembela rakyat?hanya org pendek akal je akan sokong Bee End.Mereka sebenarnya berjuang utk periuk nasi sendiri je..poodah!!!

Kucing Parsi berkata...

untuk pengetahuan...
cina sarawak tidak menolak calon supp di sebabkan taib

kerana monopoli ekonomi adalah kaum cina

perlu di ingat parlimen sibu yang di uar2kan sebagai kawasan melayu adalah salah, kerana pengundi kawasan nagka adalah majoriti kaum melanau

kerana budaya rasis inilah kita hanya mampu menang 398 undi sahaja

minta maaf...
ini adalah perkara yang benar

visit
http://melodymockers.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

salam

bro isham. Baca surat lu rasa teringat cerita sayidina Abu Bakar. Waktu tu, nabi Muhammad dan para sahabat merayakan kemenangan atas pengambilalihan kota Mekah (cam menang pilihanraya Sibu. Dan nabi pun memberi khutbahnya yang termashur itu (khutbah akhir).Semua orang Islam gembira sangat-sangat. Hanya seorang yang tak gembira malahan dia menangis. Wahai Abu Bakar kenapa kau menangis sedangkan orang semua gembira. Jawab Abu Bakar, ni lah tanda-tanda nabi Muhammad akan meninggalkan kita.(Maksudnya dah

Anwar hanya pejuang dia bukan pemimpin. Bro tt ialah "gadfly" dalam Socrates. kita semua adalah pejuang-pejuang kecil, mungkin kecil pada dari segi impaknya,tapi kita berjuang atas landasan yg sama, mencari kebenaran dan keadilan. Selalunya perjuangan begini lambat dan memakan korban tapi akhirnya yang buruk pasti akan tumpas juga. itulah janji Allah dan fitrah kejadian dan hukum ketamadunan manusia.

ya. suatu hari, kebatilan akan kalah juga.

mi-phg berkata...

woit tt
gerombolan merangcang dan Rabb juga merangcang yang pasti perancangan Rabb itu yang terbaik.....

Tanpa Nama berkata...

memang itu lah usaha hebat yg sedang dilakukan sekarangoleh bn/umno... lupuskan ANWAR dari persada politik Malaysia walaupun kita lihat skrip yang mereka bawa itu terlalu longgar & melucukan!

walaupun "factor ANWAR" tidak dapat dinafikan pada PRU12 dulu... namun kemenangan PRK Sibu ini bukan lah bersandarkan ANWAR semata2, malah jika dilihat "faktor ANWAR" disini (PRK Sibu), maka sepatutnya PR akan kalah lebih teruk di Sibu. walaupun DAP yang mengambil bahagian dlm PRK Sibu, namun kita lihat bn/umno begitu gharah menghantam ANWAR tanpa henti, dari tindakan Mahkamah hinggalah tindakan tikam belakang oleh pemimpin2 & ahli2 parti yang "kebulur", apatah lagi PR yang diwakili PKR baru saja tewas di Hulu Selangor!
memang segala usaha yg dlakukan keatas ANWAR sekarang ini, mengheret beliau di mahkamah berjaya menghilangkan fokus kepada nahkhoda parti hinggakan perbagai masaalah yg timbul disamping pihak umno terus mengambil kesempatan ini untuk mengkucarkacir kan lagi PKR.

dan kita melihat kecerdikan pengundi di Sibu dalam menyanpaikan mesej kepada pengundi lain di Seluruh Malaysia!
Maka PR tak perlu lagi bimbang, akan ada kebangkitan beratus lagi "ANWAR" (termasuk yang bukan berdarah Melayu)jika perkara ini menjadi kenyataan!

tetapkan nekad teruskan perjuangan!

LAWAN TETAP LAWAN!

Genta berkata...

"History is made not by majorities who vote, but by minorities who fight"

Tanpa Nama berkata...

tulisan yg bagus, ak nie yg x suka membacapun rase stim baca TT punya pendapat..cool..keep it rock, kami anak2 muda sentiasa di belakang org2 yg benar........

-jebatderhaka78

kingkonglee berkata...

hai hicyam yang Budiman,
Surat rawi lu amat melankolis, terkadang kita perlu sedih/pilu bila mengenangkan prjuangan penuh dengan ranjau & tribulasi. Hicyam, lu sepatutnya letak itu senapang & besi penjara di samping tali gantung. Berabad lamanya pejuang rakyat & kebenaran telah menemui tali gantung, ditembakmati & disiksa penjara.
Lihat saja Jose Rizal, Syed Qutb, Rosle Dhobi, Tok Janggut, Dr Burhanuddin, Mandela, Ho Chi Minh - oh ramai lagi.
Gua sekadar menikmati gas pemedih mata aqua sewaktu mahasiswa & beberapa siri demontrasi 1998 -2008.
Jangan disangsi semangat Wirajuang kita seperti Anwar, Lim Guang Eng, Sifu Nik Aziz, Hadi,Gobala, Sivarasa, Mat Sabu & ...tapi setiap warga mestilah dijadikan pejuang dlam pelbagai cara yang termampu.

PAS, DAP & PKR= PR, platform terbaik. Pastikan platform ini mampu membentuk jiwa singa kepada penyokong & simpatis mereka. Bukan jiwa tikus & katak yang merayap/melompat mencari lubang2 busuk.
Gua selalu hingatkan anak2 & keluarga gua - Wira negara adalah Anwar, Sifu Nik Aziz & Lim Guan Eng. Klau mereka meninggal @ dipenjara 'spirit' & sejarah mereka terus hidup di hati rakyat. Begitu juga klau rejim BN tumbang tidak lama lagi, angkara-murka mereka tetap menjadi sejarah untuk seluruh warga. Gua yakin rakyat Malaysia semuanya dah mengambil maklum apa yang telah/sedang dilakukan oleh gerombolan lahanat ini kepada negara &rakyat -

Siapa yang membunuh demokrasi?
Siapa yang membunuh Bahasa Kebangsaan?
Siapa yang menyerahkan Singapura kepada cibai lahanat Lee Kuan Yew?
Siapa yang menyerahkan Pulau Batu Putih?
Siapa yang menghina kaum China & India sebagai pendatang
Siapa yang mencetuskan 13 May & terus mencurah minyak perkauman?
Siapa yang menghalalkan yahudi-zionist dlam hal keselamatan negara?
Siapa yang memilikkan negara SPR, SPRM, PRDM., Mahkamah...?
Siapa yang menjadi cukong cibai lahanat dlam PKFZ - merampas tanah rakyat marhen di Port Klang.
Siapa yang merampas royalty minyak Terengganu 1999-2004?
Siapa yang menipu/membaham royalty minyak Kelantan?
SIAPA ? SIAPA ? SIAPA ?...UMNOMCAMIC=BN cibai babi lahanat!
hingat pepatah China - "Ikan Busuk Dari Kepala Hingga ke Ekor" : Pemimpin busuk negara lagi busuk maa'
Jangan sedih hicyam budiman - kita akan hidup seribu tahun lagi & perjuangan mesti diteruskan !

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tengok sejauh mana 1000 Anwar muncul selepas ketiadaan/kematian Anwar Ibrahim!

Pembohong semua itu, aku yakin, jika Anwar sudah mati, maka peluang PR untuk naik menjadi semakin lembab dan lupus begitu saja.

Jangan ghairah dengan 1000 Anwar baru kerana 1000 Anwar baru itu, semuanya macam Senatak Ezam saja. Cakap boleh la bong-bang-bong-bang, kene water cannon sekali, trus lari mengengkang2.

Aku tak percayakan 1000 Anwar baru akan muncul lagi setelah ketiadaan Anwar sekarang. Nak harap Cikgu Bard, aku nampak dia ni pun macam Si Ezam jugak. Belum lagi ujian2 lain diduga.

Sementara ada Anwar ini, inilah masanya untuk kita berusaha. Bukan tunggu Anwar ni mampus dulu, kita tunggu Anwar 1000 yang baru. Pelapis PR = 99.9% adalah penakut.

Tanpa Nama berkata...

Anwar boleh bila-bila masa dilenyapkan
Namun semangat juangnya akan terus mengalir dalam darah setiap pejuang tanah air
Dia tidak pernah akan padam
Semangatnya sebati dengan semangat Mat Kilau, Tok Janggut. Dia akan terus berdetik bersama degup jantung generasi muda.

Tanpa Nama berkata...

Politik itu terlalu luas untuk dibicara dan politik itu bukan satu dosa, yang dosa itu para pemain politik itu sendiri ... barangkali kita senada dengan hal itu.

TAPI bukan soal keadilan di negara ini, bagi aku yang awam ini, negara kita punya badan kehakiman yang tidak perlu dipertikai. Jangan kita terus menuduh makamah negara kita main wayang.

Hanya orang-orang yang tersepit dengan kekeliruan tentang perjuangan yang tak ada hujung pangkal akan berhujah sedemikian rupa.

Nasihat aku mudah, kepada anda yang tidak percaya pada sistem keadilan negara Malaysia ... SILA MASUK HUTAN ATAU CARI SATU PULAU BUAT NEGARA SENDIRI.

Tanpa Nama berkata...

Tweeter & Facebook akan terus menyemarakkan Reformasi! Biar 100tahun, Malaysia harus di selamatkan dari tangan BeEnd! Perjuangan harus diteruskan utk generasi akan datang!

-Ipin-

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah sejarah wahai kita semua, pejuang-pejuang yang tidak sealiran dengan penjajah atau gerombolan pemerintah akan disenyapkan terutama dalam penjara dalam ISA, Pak Sako, Ahmad Boestamam dll menjadi bukti, Dr Burhanuddin Helmi berkali2 dipenjara diISA hinggalah meninggal kerana derita sakit dalam penjara (ini semasa pemerintah orang melayu agama islam - kuasa dan harta tidak berbangsa dan beragama) Dr Zulkifli Mohamad - tokoh orator PAS meninggal dalam kemalangan yang masih menjadi misteri hingga ke hari ini...katanya sebelum meninggal Dr Burhanuddin pernah berkata dalam ucapannya..' Jika saya pergi jangan ditangisi pemergian saya kerana ramai penyokong-penyokong kita akan terus berjuang, dan jika semua penyokong-penyokong kita mati, mayat-mayat mereka akan bangun teruskan perjuangan..' sejauh mana benar diucapkan oleh beliau walahhua'lam tetapi amat sesuai untuk pembakar semangat meneruskan perjuangan...TAKBIR3X

Tanpa Nama berkata...

hoi kawan kawan..... tepi sikit, ada babi amno terlepas kat sini (anon 16:34)

Tanpa Nama berkata...

TANPA NAMA 16:34:

KENYATAAN ANDA SUNGGUH BEBAL. ANDA MUNGKIN MENELAN DAN TONGGAK TV. SISTEM KEADILAN MALAYSIA ADIL?

KAH!

FAKTA MANA ANDA AMBIL?

UTUSAN?
TV3?
BEZITA HARIAN?

KAH!

NAK BUAT APA CARI HUTAN. SEDANGKAN HUTAN ADA DI DEPAN MATA. ITU REALITINYA. SAYA RASA ANDA HIDUP DI KERAJAAN LANGIT KERANA ANDA MASIH TIDAK SEDAR APA YANG BERLAKU.

KAH!

Tanpa Nama berkata...

Pak cik TT..

Lu adalah inspirasi gua..
tulisan lu memberi semangat
tok anak2 muda seperti gua..

sesungguhnnya lu adalah manusia
yang hebat lagi kreatif..
gua salute pada gaya penulisan
dan cara pemikiran lu..

Wssalam

digger berkata...

TT yg cool...
Aku bersyukur mindaku di jalan yg betul...
Aku akan terus menyokong mu & pejuang2 yg lain...

Sivakumar berkata...

Saudara Tukar Tiub,

Tulisan saudara bagaikan cahaya lilin yang kecil namun terang menyuluh dalam dingin malam yang ditindih bunga api langit Sibu.

Menyentuh hati saya, memfokuskan pandangan saya pada horizon masa depan yang akan datang.

Saya bersiap sedia bagi apa yang mungkin akan berlaku.

Saya menyeru semua anak muda seperti saya, tak kira Indian, Chinese or Melayu untuk bersedia untuk hari ini untuk mara ke hadapan dengan pedang keberanian dan lembing kebenaran, bersama sama. Kerana pada kesimpulannya tanah bumi ini milik kita bersama dan kita penentu masa depannya secara bersama sama.

Thanks for your surat saudara Tukar Tiub!

Tanpa Nama berkata...

Korang fikirla sendiri. Korang kan cerdik. Orang yg menceburkan diri dalam politik sudah tentu org yg CERDIK masuk U dan hati yg keras dan cekal. Teruk2 korang pun kalau jadi ahli parlimen dah ada gaji... apatah lagi bila jadi menteri. Gaji ribu riban. Elaun luar lagi.

Mak cik kat sini meniaga je.

Salam hormat
makcik kantin

Aaa apa??
makcik buat lawak bodoh?
Janganla marah la makcik!!! kang simbah air cabai kang!!!! aaa baru tau!!

Ok la..ok la.. makcik bagi sokongan moral.
BERUSAHA!!!!!!!
BERUSAHA!!!! kpd PR.

Disini juga makcik ingin tujukan sebuah lagu SEROJA utk anak2 muda, lagu yg penah dinyanyikan oleh bekas boipren makcik dlm kugiran tahun 60an dulu.

Salam