Rabu, 19 Mei 2010

PROJEK BERI KRONI KAYA




GULA AKAN NAIK HARGA - KRONI AKAN TAMBAH KAYA





TUNJUK SURAT NIKAH SEBELUM BELI GULA : KEDAI RUNCIT DISERBU
- melayau

DUNGUN 18 Mei – Tindakan seorang pemilik kedai runcit menyimpan stok bekalan gula dalam kuantiti yang berlebihan membawa padah apabila premisnya diserbu pihak berkuasa.

Sebanyak 5.520 tan metrik gula bernilai kira-kira RM9,000 dirampas dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) pada pukul 1 petang semalam.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Mohd. Hilmi Mohd. Nor berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berumur 68 tahun yang merupakan pemilik kedai runcit di Jalan Yahaya Ahmad, Sura Gate itu.

Siasatan dibuat berikutan laporan yang menyatakan peniaga di premis berkenaan meminta pelanggan menunjukkan surat nikah sebelum membenarkan pembelian gula, katanya.
Mohd. Hilmi berkata, pihaknya membuat pemeriksaan di kedai terbabit selepas anggota KPDNKK yang menyamar sebagai pelanggan tidak dibenar membeli gula melebihi satu kilogram dan diminta menunjukkan pengenalan diri terlebih dahulu.

KAH KAH KAH…

woit… KERJA GILA INI BERMULA KEMBALI…. kah kah kah.,.

woit… YANG JADI MANGSA PEKEDAI RUNCIT…. kah kah kah..

woit… TOWKAY BESAR TAK BERANI USIK…. kah kah kah..

woit… KENAPA KERAJAAN TAK JADI PENGIMPOT GULA…. kah kah kah..

woit… KALAU KERAJAAN ADA POLIS…kah kah kah…

woit… KERAJAAN ADA ASKAR… kah kah kah..

woit… KERAJAAN ADA DUTA DI LUAR NEGARA… kah kah kah…

kkah kah kah....KENAPA TAK BOLEH JADI PENGIMPOT GULA… kah kah kah

woit… KALAU KERAJAAN BOLEH IMPOT KAPAL SELAM… kah kah kah…

woit… KALAU KERAJAAN BOLEH IMPOT TANK DARI POLAND… kah kah kah..

kah kah kah… KENAPA TAK BOLEH IMPOT GULA…. kah kah kah…

woit… SAJE NAK BAGI KRONI IMPOT GULA… NAK BAGI KRONI KAYA…. kah kah kah..

6 ulasan:

Non-Excremental Individual berkata...

negara ni takkan tak boleh tanam tebu? woit bekas sawah2 padi tu boleh tanam tebu laaa.pesal tak buat??

negara2 penanam tebu utama ialah negara2 Amerika Selatan,Filipina,India yang cuaca tak byk beza dr negara ni.

tak payah bagi mcm2 alasan laaa

Tanpa Nama berkata...

Bapak mertua Datuk Sharir, Taukeh Kuok tak sanggup lagi berniaga di Negara ini telah jual semua saham kepada ejen besar nasi Bukhairy dan Felda. Taukeh dari Johor ini kata berniaga dengan negara komunis lagi mudah dari meniaga dgn orang Melayu. Yang ambil alih ini tengah pening Sekarang mcm mana nak beri komisyen. Jual beli saham...dah beli mahal sahm dalam pada itu mintak komisyen...mana tahan, mahu tak mahu kena naik harga gula sebelum PRU 13.Masa dekat pilihanraya turun harga sikit...kerajaan UMNO perihatin kat orang kampung kerana pakai gula buat kueh...semua kes tuntan mahkamah simpan dulu dekat dgn pilihan raya kerajaan akan luluskan semua projek terbengkalai...kha..kha..kha. Kerajaan BN best...pangkah lagi untuk lima tahun...kerana dapat RM200/=.

Nota:Kalau special race banyak setiap minggu keluar maknanya ada wakil rakyat Pakatan Rakyat nak lompat parti atau pilihanraya sudah mula dekat.

Tanpa Tiub berkata...

kah kah kah, harga gula naik dah..kah kah,sebab apa? gula habis digunakan Najib untuk pilihanraya..bila ada pilihanraya ja,bagi gula2..macam mana stok gula tak habis

Tanpa Nama berkata...

hahaha... cukong kawal gula, mana KPDN berani kacau.. yang dia kacau ialah peruncit seolah2 peruncit ini membuat dosa yang maha besar dan tak boleh bertaubat...

hahahah bela lagi cukong2 tu, biar rakyat jadi susah. cukon2 semua jangan disiasat, nanti kene jentik telur... periuk nasik kene taruk pasir dengan gerombolan...

Lang berkata...

ni la masalahnya... kroni hidup mandi dengan gula... kalau dia rasa untung tu tak cukup untuk makan dan enjoy anak, cucu, cicit, monyet dan piang hingga kiamat, dia akan naik harga tinggi-tinggi.

lantaran tokey kecik pikir, inilah masa nak buat duit... kalau tokey besar buat duit, dia pon tak mau tertinggal... sekat lagi, dan sekat lagi... biar harga naik lagi...

Rakyat? bila bising2... bapak menteri kata kurangkan gula... nanti kencing manis... banyaklah dia punya kencing manis... gula bukan penyumbang besar kepada kencing manis... ada ke org mesia ni minum satu cawan kopi dengan 8 sudu gula?

kementerian bila dah bingit dengo org ramai bising, komplen... nak beli gula pon susah, mula lah sebok2 terjah kedai gula... pesal tak terajang je pengimpot, pemborong dan tauke2 piang gula tu?.. sedndiri ada otak, sendiri pikirla...

Tanpa Nama berkata...

sapa kata gula tak ada??? baaaanyaaak ooooo. tapi kalau nak beli kena tunjuk kad ahli amno baru dapat, macam nak beli nombor jugak la....