Khamis, 9 Februari 2012

ANGPAU PUTIH DARI PERKASA




UCAPAN SELAMAT UNTUK BRAHENG







ANGPAU PUTIH: TIDAK MUNASABAH DAP SALAHKAN MCA
- meloya

KUALA LUMPUR 8 Feb — Tuduhan bahawa MCA ada hubungan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak munasabah kerana Perkasa pernah mengadakan demonstrasi di ibu pejabat MCA di sini dan telah mendesak anggotanya supaya tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden MCA, Chor Chee Heung berkata, “Jika MCA ada hubungan dengan Perkasa, kenapa Perkasa mengadakan demonstrasi di ibu pejabat MCA dan mendesak anggotanya agar tidak mengundi calon MCA pada pilihan raya umum akan datang?

"Jika apa yang dikatakan Lim Guan Eng pada Selasa adalah benar, adakah ia menandakan sekiranya terdapat mana-mana pertubuhan yang meminta anggotanya memboikot DAP, akan senyap-senyap bekerjasama dengan DAP? Ini benar-benar dakwaan yang tidak berasas.

"Saya menasihatkan Lim Guan Eng jangan sesekali menyalahkan MCA tanpa alasan kukuh, jika tidak ia akan menjadi tidak munasabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chee Heung berkata, dakwaan Guan Eng bahawa MCA mempunyai hubungan dengan Perkasa hanyalah ”semata-mata mahu menyembunyikan hubungan rapat antara DAP dan Pas”.

Isu tentang MCA mempunyai hubungan dengan Perkasa timbul apabila pengerusi cawangan MCA dilihat pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa di mana presidennya, Datuk Ibrahim Ali telah memberikan wang di dalam sampul putih, yang mana ia adalah dilarang dalam adat resam masyarakat Cina. — TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
yang aturkan mak cik dan pak cik china tua
datang jumpa braheng ialah ketua cawangan mca
kah kah kah

ini mesti ada yang sedang merancang
untuk memastikan projek satu malaysia gagal

nak bodek china
china naik marah
nak bodek india
hindraff naik marah
poster kecil terpasang di merata tempat
poster ini tak ada nilai seni




NOTA :
beri sampul puteh
ertinya diharapkan lekas mati
ini adat dan budaya china
kah kah kah

4 ulasan:

sampul surat berkata...

TT, ini bukan bab sampul putih ke apa ke!! ini tak ada kena mengena dgn adat resam cina.. sampul putih bawak sial ke.. cepat mati ke.. apa pun tak ada kena mengena dgn sampul putih.

ini mesti bab tak puas hati dgn 'isi' sampul putih!!

ini mesti 'isi' sampul putih dari perkasa CIPUT!!

kah kah kah

lipan bara berkata...

hmmm., betul gak kata TT., nak bodek tapi kantoi la pulak., atau Braheng Ali ada maksud tersirat selain dari minta MCA mati cepat tu.., walau pun pada hemat teman braheng tu bukan lah cerdik dan bijak sangat namun dalam isu ni teman merasakan beliau ada 'message' tersendiri dengan memberi angpau putih tersebut

serenity9260 berkata...

takde masalah rasenye kalo dua2 jahanm ni mati cepat

Casing iPhone Keras Diuji Sebagai Bola Hoki Ais(Video)

Tanpa Nama berkata...

errrrr..
tapi
yang datang tu MCA
Dap tak datang
MCA yang datang

kenapa MCA datang?
Lu tanya la kat perkasam