Khamis, 9 Februari 2012

HEBAT GERAKAN ANTI RASUAH




MENGAPA YANG INI TAK TANGKAP?







RASUAH: GURU SEKOLAH MEMANDU MENGAKUI TIDAK BERSALAH
- meloya

SUNGAI PETANI 9 Feb. - Seorang guru sekolah memandu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan memberi suapan kepada seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahun lalu.

Seow Song Sun, 42, dituduh memberi suapan RM200 sebagai dorongan untuk membenarkan tenaga pengajar tanpa sijil mengajar (SM2/SPIM) memandu dan tidak mengambil tindakan kerana tidak memakai tali pinggang keledar, di Pintasan Barat di sini antara pukul 10 dan 11 malam, 12 Mei tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Hakim Norsalha Hamzah menetapkan RM4,000 sebagai jaminan dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam S.P Raman. — TIEWNAMA


PENSYARAH DIREMAN TERIMA RASUAH RM300 DARIPADA PELAJAR – berita hairan

IPOH: Seorang pensyarah sebuah kolej di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima wang berjumlah RM300 daripada seorang pelajarnya bagi membolehkan pelajar berkenaan lulus satu kertas peperiksaan, semalam.

Pensyarah lelaki itu direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...HEBAT GERAKAN MELAWAN RASUAH DI MALAYSIA... kah jkah kah...

kah kah kah...HABIS SEMUA KENA BALUN... kah kah kah..

kah kah kah.... HABIS SEMUA KENA TANGKAP.... kah kah kah..

kah kah kah...RASUAH 200 JUTA ..300 JUTA SEMUA KENA TANGKAP.... kah kah kah..

woit...OPPPS.... LAAA BUKAN 200 JUTA ..BUKAN 300 JUTA...kah kah kah..

kah kah kah...TIGA RATUS RINGGIT..200 RINGGIT.... kah kah kah..

kah kah kah...PATUTLAAA LEMBU SHARIZAT ANAK BERANAK TAK KENA TANGKAP.... kah kah kah..

kah kah kah...YANG KENA TANGKAP SEMUA CACING KERAWIT... kah kah kah...

NOTA:
sampai kiamat rasuah
tidak akan dapat di lawan
di malaysia ini kalau yang
kena tangkap hanya anak cacing
kah kah kah




FORUM MALAM ESOK





FORUM OKU/ORANG BUTA

malam esok di dewan bangunan orang buta
brickfield sebelah monorail tun sanbanthan

OKU TERTINDAS - OKU CULAS

jam 8.00
kompleks MAB

PANEL:
Hishamuddin Rais - aka tukartiub
Mohd Faizal Che Yusof - aktivis hak asasi kurangpenglihatan

semua orang celik dijemput hadir
untuk mendengar apakah masalah
yang dihadapi oleh orang kurang upaya


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huhu ini kalau kos peguam lebih dari nilai suapan huhu..

kenapa sebab depa tak boleh suap peguatkauasa kah?

dah terima rasuah setakat seratus dua nak suap penguatkausa beribu mana mampu..

Lee Kin Hong IIX berkata...

weh.aku tak puas hati la.tolong la sesiapa puaskn hati aku. macamana? tolong khabarkan kepadaku, ada atau tidak seorang pemain Pahang yg terlibat rasuah bola sepak tahun 90an dulu?klu ada, senaraikan. klu takda, KENAPA? lagi satu, skrg timbul semula isu rasuah bola. yg timbulkn ialah Tengku Mahkota Pahang. soalan: ada atau tidak pemain Pahang yg terlibat??? untuk kedua dua soalan aku: KENAPA?MENGAPA?

Stupid University berkata...

Sebabnya senang sahaja! rm200 tu berapa sangatlah kalau dikongsi dengan pegawai SPRM lain? Kalau rm200 juta atau rm300 juta boleh beli rumah atau kereta baru! Setidak-tidaknya bila dikongsi dapat kahwin seorang lagi! Kah! Kah! Kah! Kah! Tu lembu betina pergi jumpa SPRM untuk kowtimlah tu! Kah! Kah! Kah! Kah! Lepas nie pegawai-pegawai tu dapat merasa BMW atau Mercedes baru! Kah! Kah! Kah!

Tanpa Nama berkata...

anak-anak ikan bilis dah masuk pukat
emak bapak ikan jerung bila pulak?

mungkin nilai 0000000 yang terlalu banyak menyebabkan kesukaran untuk mengira...

pakcik lan berkata...

Depa naik Pangkat pun yg rasuah juta2 rekomen kan. Kes tutup.

Jaka Jaki berkata...

Sepatutnya SPRM, polis dan SPR tidak boleh ditadbir di bawah kementerian yg diterajui oleh Menteri or Perdana Menteri yg berasal dari orang2 politik....apabila diletak dibawah kementerian sudah tentu Menteri or Perdana Menteri itu tidak akan diaudit, disiasat, ditangkap, dituduh dan dipertikaikan.....

SPRM, polis dan SPR perlu lebih bebas dan lebih kuasa utk jalankan tanggungjawab mereka dan kuatkuasakan undang2....

Tok Jebat Jr berkata...

memang binawe tengkujuh tu. org dah elok elok main bola kena gantung. lepas tu keluar duit lagi latih lagi budak muda lepas tu tangkap lagi. yg razak baginda dgn omak lombu tu bila nak tangkap tuan tengkujuh? ngongkek artis je kerjanya tengkujuh ni.