Rabu, 8 Februari 2012

BERSEDIA - IRAN AKAN DISERANG ZIONIS




PERANG PECAH - ZIONIS MENYERANG









NEOCON , IRAN dan BOM

Israel's defence minister, Ehud Barak, has said the moment is approaching when any military intervention to halt Iran's nuclear programme will come too late, in a strong indication that the Jewish state is closer than ever to authorising action THE GUARDIAN LONDON 3 Feb 2012

Ehud Barak Menteri Perang Israel yang juga kenalan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia kini sedang mengolah pandangan dunia untuk melancarkan perang terhadap Iran. Perancangan untuk menyerang Iran ini bukan satu yang baru.

Pada tahun 1997 di Amerika Syarikat satu gerombolan puak kanan yang dikenali sebagai NeoCon telah mengeluarkan Kenyataan Prinsip yang dikenali sebagai Project For The New American Century – Projek Amerika Alaf Baru.

Gerombolan NeoCon ini telah mencadangkan :

- Amerika wajib menambah belajawan pertahanan, memodenkan alat persenjataan untuk mengawal dunia dimasa hadapan

- Amerika wajib memperkukuh hubungan dengan negara rakan yang mengamal demokrasi dan menentang rejim seteru yang berlawanan dengan kepentingan dan nilai Amerika

- Amerika wajib mengembang dan memperluaskan kebebasan politik dan ekonomi perdagangan bebas diluar negara

- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk memastikan dunia antarabangsa selari dengan kepentingan keselamatan, kekayaan dan prinsip Amerika


Sosok-sosok berfahaman kanan ini bernaung dibawah lambang NeoCon. Neo bermakan baru – manakala Con adalah singkatan dari perkataan Conservative. NeoCon bermakna fahaman Konservatif Baru. Dari segi idealogi NeoCon ini berhaluan kanan. Mereka menyokong dasar ekonomi kapitalis – pasaran bebas, penswastaan dan menolak negara berkebajikan. Mereka tidak mahu daulah campur tangan dalam urusan ekonomi. Gerombolan NeoCon ini melihat kuasa imperialis Amerika sebagai sebagai kuasa mutlak dunia sesudah USSR – Union of Soviet Socialist Republic - runtuh.

Adalah salah untuk melunggokan semua bengolan NeoCon ini sebagai Yahudi. Mereka terdiri dari WASP – White Anglo Saxon Protestant, ada ramai Yahudi malah Zalmay Khalilzad - wakil Bush Junior ke Afghanistan adalah contoh NeoCon yng beragama Islam. Agama tidak penting disini. Justeru bukan semua NeoCon beragama Yahudi tetapi semua NeoCon adalah Zionis. NeoCon adalah perserikatan intim antara Yahudi Zionis dan Christian Zionis. Nabi mereka ialah Irving Kristol – seorang pemikir Yahudi dan inteletual kanan. Rukun iman NeoCon ialah memastikan kesejahteraan Isreal.

Secara sedar NeoCon telah merancang dan menyusun. Mereka menubuhkan kumpulan pemikir, kumpulan pelobi, bersarang dimedia dan di dunia akademia – mereka mula berjaya menyusup masuk ke dalam pentabiran Rumah Puteh di zaman Ronald Reagan. Gerombolan in telah mengajukan pandangan mereka untuk dijadikan dasar Amerika. Justeru dunia diberitahu tentang Clash of Civilisation/Bentrokan Peradaban ( 1993) buku Samuel Huntington dan The End Of History/Tamatnya Sejarah (1992) buku Francis Fukuyama. Dua buku ini adalah contoh idealogy kanan yang menjadi rujukan NeoCon.

Presiden Ronald Reagan telah di gantikan pula oleh Bush Senior. Ini adalah zaman kegemilangan gerombolan NeoCon. Parti Republican yang berhaluan kanan dan konservatif telah sedia menerima pandangan dan cadangan dari NeoCon untuk dijadikan dasar. Apabila Bush Senior digantikan oleh Bill Clinton dari Parti Democrat gerombolan NeoCon mengalami sadikit kemunduran. Tetapi apabila masuk Bush Junior ke Rumah Puteh maka inilah masa dan ketika dimana semua dasar dan Projek Alaf Amerika Baru diimplementasi.



Apabila kita memasuki tahun 2008 Rumah Puteh telah diduduki oleh Obama dari Parti Democrat – seharusnya Parti Democrat ini memiliki dasar yang berlawanan dengan dasar kanan NeoCon. Tetapi politik Amerika telah beralih jauh ke kanan. Hari ini garis dan dasar yang membezakan Parti Republican dengan Party Democrat amat tipis. Malah ada beberapa dasar Parti Republican kelihatan lebih baik dari Democrat. Contohnya : Bush Junior secara terbuka melarang Israel mendirikan perkampongan baru di tanah dan wilayah Palestin yang telah di rampas. Barack Obama hingga ke saat ini langsung tidak berani bersuara terhadap keganasan Israel.

Jangan silap baca. Barack Obama dinaikan ke tahta Rumah Puteh adalah sebahagian dari perancangan untuk mengabui mata rakyat dunia. Jantan berkulit hitam di Rumah Puteh ini tidak akan dituduh rasis apabila membenarkan kapal terbang mengebom Libya atau Syria dan membenarkan drones membunuh Anwar al-Awlaki warga Amerika sendiri di Yamen.

Belum pun habis satu penggal – Obama - Si Jantan berkulit hitam ini juga telah mengarahkan CIA untuk menggunakan drones dan meledakan bom di Utara Pakistan. Lebih banyak bom jatuh di Utara Pakitan di zaman Obama berbanding dengan dua penggal Bush Junior di Rumah Puteh.

Mengikut falsafah NeoCon wajib diwujudkan satu kumpulan kelas elit pemerintah yang bijak bistari untuk mengendalikan sesebuah negara. Manakala orang ramai dan warga negara hanyalah menjadi pengikut. Orang ramai hanya wajib menerima arahan dari pemimpin yang bijak pandai ini.

Jika falsafah ini diterjemahkan untuk dunia maka kelas elit yang berkeupayaan berfikir untuk memimpin dunia hanyalah NeoCon yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Negara-negara lain dalam dunia ini hanya perlu mengikut perentah. Jika falsafah ini diikut maka dunia mengikut pandangan NeoCon akan aman makmur. Inilah yang mereka namakan New World Order atau Tata Dunia Baru - yang sedang dirancang untuk diwujudkan.

Tetapi apa sangkut pautnya semua ini dengan Iran?

Dizaman Shah Ahmad Reza Pahlevi dahulu Iran dianggap sebagai negara sahabat Amerika. Shah Reza menjadi pembeli senjata Amerika yang kedua terpenting sesudah Saudi Arabia. Iran sanggup menjadi Tok Sarjan yang setia untuk mengawal Selat Hormuz. Bala tentera Shah menjadi barua Amerika yang menjaga keselamatan lalu lintas tanker minyak di perairan ini. Hampir 40% minyak dunia melintasi selat ini. Hampir 60% minyak untuk Jepun lalu di selat ini. Iran menjadi negara yang amat penting untuk keselamatan perjalanan minyak yang menjadi asas sistem ekonomi kapitalis.

Justeru, apabila Shah Reza di halau keluar dan Iran menjadi republik pada tahun 1979 maka Iran terus dicap sebagai musuh Amerika. Kerajaan Iran dicap sebagi pengganas.

Mengikut idealogy NeoCon tidak akan dibenarkan lagi muncul mana mana negara yang berkemungkinan bangun untuk menentang atau berani engkar tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat. Tidak juga Iran, tidak juga China – tidak juga Russia akan dibenarkan menggugat kepentingan Amerika dalam dunia hari ini.




Era dua negara super/ two super powers – Amerika dan Soviet Union seperti dizaman Perang Dingin dahulu – tidak akan dibenarkan muncul lagi. Yang wujud hari ini adalah dunia unipolar – dunia Amerika dan empire Amerika.

Justeru, apa yang kita lihat berlaku di Iraq, di Libya dan di Syria adalah contoh dimana rejim-rejim yang engkar atau culas dan tidak berkiblat ke Rumah Puteh sedang dilupuskan. Semua ini adalah perancangan NeoCon. Semua yang berlaku hari ini adalah strateji perancangan mengimplementasi Projek Amerika Alaf Baru.

Ketika tulisan ini digarap media antarabangsa sedang berdondang sayang tentang kemungkinan Iran berjaya menjadi kuasa nuklear. Saban hari rakyat dunia diberitahu betapa kita dalam bahaya jika Iran memiliki senjata nuklear. Tidak cukup dengan dondang sayang ini – kita juga dapat membaca komen-komen dari pegawai tentera Amerika yang telah bersara. Mereka memberi amaran agar ‘dilakukan sesuatu’ : baca serang - terhadap Iran sebelum terlambat.

Kita juga berpeluang membaca komen dari bekas tim risikan Amerika dan Britain. Mereka mengabsahkan bahaya yang akan menimpa dunia jika Iran memiliki bom nuklear. Jika semua ini tidak meyakinkan dunia maka Isreal dan Mossad akan mengeluarkan data dan gambar tentang loji nukelar bawah tanah sebagai bukti yang Iran sedang membuat bom nuklear.

Pada ketika ini semuanya sedang diatur mengikut perancangan. Di Pulau Socotora yang terletak di antara Laut Merah dengan Telok Aden – bala tentera Amerika sedang dikumpulkan. Pada akhir bulan March ini akan cukup 100,000 bala tentera Amerika dari semua pasukan berkampong di Socotora. Jumlah 100,000 ini sama dengan jumlah tentera Amerika ketika Bush Junior ingin menyerang Iraq dalam tahun 2003 dahulu.

Sebelum perang pecah dan Iran diserang , para zionis saperti Ehud Barak terus mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Iran sebagai musuh dunia. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan mengenakan sekatan ekonomi seperti yang telah dilakukan kepda Iraq dahulu.

Media pro Zionis akan terus berdondang sayang untuk memastikan rakyat dunia akan melihat Ahmadinejad Presiden Iran sebagai Hitler baru. Bila label telah dibubuh maka amat senang untuk ditembak.(TT)(bersambung)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni komen bodoh sapa ni....kalau Amerika tak serang Iran apakah bermakna Amerika kawan Iran? Jadi sebenarnya sikomen ni nak bebenor Amerika serang Iran...sebab dia ni anak haram Arab Saudi Wahabi.

golok perak berkata...

barangkali juga ini akan menjadi punca untuk berlakunya perang dunia seterusnya, sebab semua umat manusia tahu ekonomi amerika sedang berada dalam tahap tenat yang amat sangat, maka dengan terjadinya perang peluang amerika untuk menjual senjata (yang menjadi sumber utama ekonomi mereka) bukan sahaja kepada sekutunya di semenanjung arab tetapi juga di rantau lain, sebagai langkah berjaga-jaga. Setidak-tidaknya penjualan senjata ini dapat memperbaiki senario ekonomi Amerika. Ini cuma penilaian saya sendiri dan tak de apa-apa bahan rujukan yang dapat saya tunjukkan untuk mengukuhkan hujjah saya. Cuma yang mungkin merunsingkan Amerika sekiranya Israel tidak mempunyai pilihan dan terpaksa memulakan perang, rakan sekutu Amerika yang lain akan semakin menjauhkan diri. Sebahagian besar negara Amnerika Latin semakin banyak yang akan meminggirkan Amerika, manakala di sebelah rantau asia sendiri Amerika semakin hilang cengkaman bermula dari Semenanjung Korea, Tanah Besar China, Benua Kecil India dan lain-lain negara yang kelihatannya tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk bernaung di bawah payung Amerika. Sebahagian Eropah terutama Negara-negara Blok Timur dan yang bersempadan dengan Russia semakin memandang serong kepada Amerika. Namun begitu kita harus melihat kepada sejarah lampau dimana perang-perang besar meletus apabila kuasa-kuasa besar mengalami situasi ekonomi yang begitu teruk (seperti tahun 1912 - 1917 yang menyaksikan kemelesetan ekonomi yang melanda Eropah yang membawa kepada Perang Dunia I ) mungkin hujjah ini bukan suatu yang konkrit, tetapi harus juga diingat, Negara-negara Besar telah kehilangan banyak sumber dari negara-negara 'jajahan tak rasmi' mereka dengan tumbangnya kerajaan boneka mereka satu persatu. Apa pun saya secara peribadi tak ingin melihat perang berlaku samada besar mahupun kecil, kerana kesan perang yang sekecil mana pun akan meninggalkan parut luka yang menyakitkan, samada kepada yang menang lebih-lebih lagi kepada pihak yang kalah, penderitaan yang menimpa orang awam amatlah menyedihkan. Saya dilahirkan selepas Merdeka tetapi dari sumber bahan bacaan dan lain-lain media dapat merasakan keperitan yang akan menimpa sekiranya berlakunya perang. Dilihat dari sejarah dunia, pertembungan pihak-pihak yang berselisih pendapat dan yang mahu menjaga kepentingan tidak dapat tidak mengambil pendekatan perang untuk menyelesaikan konflik. Namun jauh di sudut hati saya berharap agar 'the last resort' itu tidak akan diambil oleh US mahupun Israel, Namun jika Iran diserang juga pastinya US/ Israel serta sekutu mereka tak kan mendapat jalan yang mudah, Iran sekali-kali tak tunduk tanpa melawan, Dunia belum mengenali sepenuhnya kekuatan kuasa tentera Iran, manakala Russia pastinya tak akan berdiam diri walau atas apa alasan sekalipun, mudah-mudahan Allah tidak membenarkan sebarang perkara yang lebih buruk berlaku dalam masa yang terdekat.

Tanpa Nama berkata...

komen dari northerner iaitu komen pertama bagi entri "bersedia - Iran akan diserang zionis" muncul sebagai sebuah hasil propaganda amerika dan Israel bahawa Iran dan Syiah bukanlah sebahagian dari Islam. Maka pelbagai usaha digunakan untuk memburukkan Iran termasuk di media2 antarabangsa supaya apabila mereka menyerang Iran nanti, dunia Islam tak akan menyebelahi Iran. Salah satu fahaman yang sangat benci kpd syiah adalah wahabi. Justeru, wahabi digunakan sebagai saluran CIA utk menyerang habis-habisan imej syiah termasuklah di Malaysia. tokoh2 wahabi termasuk yg ada jawatan dlm kerajaan atau yg pernah ada jawatan bekerja keras siang malam berceramah soal syiah sesat, syiah kafirkan sahabat, syiah halalkan zina, syiah bunuh ahlul sunnah, syiah itu dan ini... cuba taip di google "Dr Asri syiah..." atau apa saja gabangan antara dua perkataan itu maka akan jumpa satu klip video "amerika tak akan serang iran"...dengarlah klip itu... baca mis-en-scene nya... cool atau tak cool, benci atau tak benci syiah? jadi, org melayu sekarang suka dengar youtube dari tv3 , so mereka tonton juga video ini dan mereka faham dan mereka sampaikan hingga menjadi kepercayaan.

Tanpa Nama berkata...

Yg anak haram tu kau-tanpa nama 11:51! Wahabi tu apa, atok kau? Sekurang2nya komennya ada sdkt berasas. Bukan mcm komen ko. Mcm kata2 org betina kg berebut jantan!

Tanpa Nama berkata...

Skng ni, Iran kuasa besar Islam bukan sahaja di Asia Barat malah di dunia. Usaha US dan Zionis untuk menghapuskan Iran jika berjaya, bakal melemahkan pengaruh Islam di seluruh dunia. Tiada lagi negara Islam yang mampu mencabar dua kuasa kafir dunia ini sekiranya Iran berjaya dibinasakan. Negara Arab dan negara Islam lain masa kini umumnya tidak sehebat mana, termasuklah Malaysia. Pemimpin yang ada sentiasa memikirkan kuasa, harta dan pengaruh sedangkan martabat Islam dibiarkan jatuh tersungkur.

Namun untuk menjatuhkan kuasa Islam Iran bukanlah satu jalan mudah. US dan Zionis terpaksa membayar harga yang terlalu mahal. Kemusnahan secara besar-besaran mungkin berlaku yang kesannya akan dirasai bukan sahaja kepada masyarakat Islam dunia, tetapi kepada seluruh makhluk di alam maya ini.

Percayalah, Iran tidak akan mudah mengalah seperti Iraq, Afganistan atau negara lain. Rakyat Iran akan bangkit sehingga ke titisan darah terakhir demi negara dan agamanya.
Lalu, kita sebagai saudara seIslam, tanyalah diri. Apakah sumbangan kita pada Islam ketika negara saudara kita diancam sebegitu rupa oleh golongan kafirun. Tepuk dada tanya iman.

iDeologi berkata...

Percayalah.. Zionis mahupun US(proxy zionis) tak akan serang Iran. US tidak menunggu lama untuk serang Iraq, Afghanistan... tapi dah belasan tahun asyik nak serang Iran... tapi tak serang2 juga.. Sekali lagi, tunggu dan lihat.. ZIONIS tidak akan serang Iran! Mengapa?... ia sudah jadi rahsia umum

Tanpa Nama berkata...

Bagus pencerahan TT untuk rakyat kelabu asap di negara ini. Alangkah baiknya kalau Nash Hassan (Pemuda PAS) boleh menghuraikan risalah-risalah dunia sebegini....

bik mama berkata...

Tahniah TT.. artikal yg bgus...klu aku ckp syiah tu agenda Dajal, mesti korang gelakkan.... hehehe, melihat dgn hati...anda akan nampak semua... manusia merancang,tp Allah maha merancang...

ikuti http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/

tp ingat baca dgn hati...klu dibandingkn artikal tt ni[akal+mata]hanya boleh dkatakan bahan lawak bbanding artikal yg dtulis dgn hati... baca artikal2 yg mbogelkan syiah... bersedia utk kejutan!!

hkt hkt berkata...

Kenapalah prajudis sgt.. Tidak ada sapa dipaksa utk sokong iran. Tapi Saya sgt terkejut baca komen diatas. Kenapa masih ada yg tidak dpt maklumat yg betul dlm zaman cyber ini sedangkan Semua maklumat boleh dpt dihujung jari. Rupanya makin byk maklumat, makin keliru. Org melayu pun keliru juga

jeng jeng jeng berkata...

aku hari2 baca berita iran ngan israel ni, benda lain aku kurang minat skit, sbb bagi aku perang amerika dengan iran ini cukup penting dalam sejarah dunia akan membawa kepada perang dunia ke 3, itu pandangan aku. Apa yang aku baca dan fahami setakat ni, israel n geng akan serang iran dalam musim panas, summer..dan pada pandangan aku, sebolehnya, Obama tak mahu serang iran kerana Amerika tahu beban yang mereka tanggung adalah sangat berat jika serang iran, lagi2 dengan ekonomi Amerika yang semakin parah. Tapi, apakan daya..Amerika itu dikuasai Zionis, nak tak nak Amerika terpaksa serang Iran..Bagi aku 2012 bermulanya peralihan kuasa Amerika kepada Israel..dragon sudah keluar bro

Tanpa Nama berkata...

Saudara TT.. seperti kajian kapitalis saya sarankan anda selidik dengan teliti sejarah Iran dan amerika.. kemungkinan Iran juga pelakon dalam pentas kapitalis.. :)

:) Iran memang syiah.. :) kalau tt kata m'sia teruk pulau atau cuba tangkap atau sekat fahaman syidah.. (tapi pelik makin banyak syidah masuk Msia ni huhu) apapon nak adil.. ada baiknya pi jenguk dan siasat sejarah Iran dan tgk apa dia buat kepada alim ulama selain dari syiah.. tentu TT leh buka mata luas2 siapa sebenarnye lebih zalim.. juga selidik disebalik kisah perang Iran dan Iraq..

Saya agak muskhil.. yang US akan serang Iran walau Iran digambarkan cukup gah sebagai negara Islam yang kuat dengan nuklear etc.. Kalau US nak serang dia sudah serang sebelum Iran bangunkan senjata nuklear lagi..

kita tunggu dan lihat.. perlu hati-hati.. banyak kepalsuan dan fitnah akhir zaman ni.. semoga tuhan tujukan kita jalan yang lurus.. dan betul..

wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

tulisan bro tt ni pasal us dan israel nak serang iran ni adalah teori konspirasi, yang tahu hanya Allah swt

Stupid University berkata...

Cuba semak buku karangan Nostradamus yang sengaja dimanipulasi untuk menakut-nakutkan orang ramai terhadap Perang Dunia Ke-3. Mungkin sekarang ianya ditafsir sebagai Perang Dunia ke-3 akan terjadi disebabkan oleh Iran. Semuanya terjadi disebabkan oleh perancangan Order Dunia Baru Amerika Syarikat! Mungkin Amerika Syarikat kelam-kabut sekarang akibat penggunaan kuasa veto oleh Rusia dan China terhadap tindakan kepada Syria! Sebenarnya tindakan veto dilihat sebagai tentangan terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya! Syria hanyalah mangsa keadaan antara kuasa-kuasa besar!

Tanpa Nama berkata...

iran dah brapa kali dok hingaq nak serang israel..haram xdak.wkwkwkwk..saddam husin bengong2 dia pun dah tala SCUD pegi israel....woi iran,dok hingaq apa,serang jela.dah lama aku dok tunggu perang dunia ke 3.bila lg nk mula.

Tanpa Nama berkata...

INI dia bukti dari MITI (Kem. Perdagangan Antarabangsa & Industri)

Pengeluaran Lesen untuk Import / Eksport Perkara yang Disenaraikan dalam Larangan Kastam Pesanan Import / Eksport Di bawah Akta Kastam 1967



latar belakang

Import dan eksport barang-barang yang tersenarai di bawah Akta Larangan Kastam 1967 dikawal:

Untuk melindungi kepentingan pengeluar tempatan, kesihatan dan kehidupan tumbuhan dan keselamatan negara negara.
Untuk mengambil kira dasar luar pertimbangan Malaysia '.
Untuk memastikan bahawa perlu ada bekalan barangan keperluan yang mencukupi.
Barang-barang berikut di bawah Akta memerlukan lesen eksport oleh MITI: (TAHU MAKNA APA ????? BOLEH EKSPORT TAPI PERLU LESEN)

Susu dan produk susu
Minyak dan lemak minyak sawit tidak termasuk marjerin, minyak sapi tiruan lelemak dan minyak isirung sawit
klinker simen
simen portland
Sanga, dros, scalings dan bahan buangan yang serupa besi dan keluli, zink
Sekerap dan bahan buangan lain besi dan keluli, tembaga, nikel, plumbum, zink, timah, magnesium
Sanga timah dan orang tolol timah
Zink debu, serbuk dan kepingan
naptha
Filem sinematografi yang terdedah tetapi tidak maju di 16mm atau 35mm
bumbung genting
Tekstil ke EEC, Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Norway, Finland dan Austria
Pakaian dan peralatan ketenteraan
bata
Timah unwrought, unalloyed (Jongkong Timah)
gula
Bilet daripada besi atau keluli bukan aloi
Bar dan rod besi atau keluli bukan aloi
Semua barangan (ke Israel)
Kapal Keluli tahan karat, pam kapasiti sederhana atau besar dan pemandu (turbin gas dan motor elektrik) yang direka untuk digunakan dalam pengangkutan minyak mentah dan gas asli dan peralatan yang direka untuk kegunaan di terminal eksport minyak mentah (ke Libya)

http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_bbb6f0ff-c0a81573-aba0aba0-750fd5e5

hkt berkata...

US dah nak serang org islam, kita masih bergaduh padal syiah. Apa nak jadi bila orang islam dah disembelih, masih juga nak bergaduh pasal syiah. Harap org islam akan sedar lepas boneka2 arab jatuh spt di tunisia, mesir dan libya. Tak lama lagi yemen dan bahrain akan jatuh. Syria masih tak jelas. Semua negara tu akan berkawan dgn iran spt yg mesir dah buat. Masa tu tak timbul lagi syiah sunni wahabi. Semuanya islam. Masa tu akan tau sapa kawan AS dan Israel. Tak lama dah..

serenity9260 berkata...

kalo serang,mst oic tgk je

Casing iPhone Keras Diuji Sebagai Bola Hoki Ais(Video)

Henzy berkata...

Itulah tu HKT,

Org kafir nak serang negara Islam, tak kiralah mereka lain fahaman dari kita, tapi kita2 kat sini dok bercakap pasal Syiah lagi.

Syiah ker apa ker, mereka tu masih Islam. Mereka tak ngaku mereka agama lain pun. Yang kita semua ni lak mcm suka org kafir nak sembelih sedara mara kita.

Insaflah wahai kawan2 semuslimku. Alihkanlah tinta yang mengaburi mata2 kamu semua tu. Tinggalkanlah tulisan2 konspirasi teori tapi bukalah mata besar2 tentang keadaan dunia skrg.

Mmglah kafir gertak2 jer skrg nak serang Iran, mereka ada strategi. Tapi bila mereka dah mula serang, marilah kita, yang jarang pergi berjihad ni, kurang2 doa2lah yg baik utk sedara mara kita.

Wallahua'lam.

Md Indera Jr berkata...

serangan ni didalangi raja arab saudi yg awal awal cakap akan keluarkan lebih petroleum utk elak harga minyak dunia melambung. raja arab saudi suruh serang iran tapi MB Kedah suruh rakyat rujuk fatwa raja arab saudi yg roboh masjid dan surau. pelik la akhir zaman ni. ulama takdak akal fikiran yg waras malah sesatkan rakyat pula. aku yakin iran akan malukan amerika dan sekutunya kali ni.

Tanpa Nama berkata...

Mmg laa Amerika dan Israel takut nak serang Iran...ngan Hizbullah kumpulan kecik pon Israel x dpt nak kalahkan masa perang dulu...inikan pulak nak kalahkan Iran ngan Pengawal Revolusi...hahaha

Tanpa Nama berkata...

masalahnya graduan lulusan syariah dari mesir dan malaysia bodoh macam lembu. lepas tu jadi ulama mufti yg berfikiran macam lembu. tak habis habis nak gaduh dgn syiah tapi dgn israel dan konconya baik pulak. ngabiskan duit zakat je jurusan syariah ni.

jgn bodoh sgt berkata...

masalahnya graduan lulusan syariah dari mesir dan malaysia bodoh macam lembu. lepas tu jadi ulama mufti yg berfikiran macam lembu. tak habis habis nak gaduh dgn syiah tapi dgn israel dan konconya baik pulak. ngabiskan duit zakat je jurusan syariah ni.

morovlizki berkata...

bro TT, tentang pengedar syabu dr Iran yang ramai masuk malaysia,adakah itu benar atau mainan media tajaan zionis di malaysia?