Cipta jadual berkala terbesarSahol Hamid, warga fakulti dan pelajar bersama jadual berkala terbesar pada majlis perasmian Karnival Keusahawan FSG 2013, semalam.
Shah Alam: Warga Fakulti Sains Gunaan (FSG), Universiti Teknologi MARA (UiTM), mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records selepas menghasilkan jadual berkala terbesar bersaiz 56 meter panjang dan satu meter lebar.