Jumaat, 16 Mac 2018

PERANG DALAMAN




APA MAKNA

SEMUA INI?


Mengapa sayang sangat pada Jho Low, soal Rais Yatim


PENASIHAT kerajaan Tuan Haji Rais Yatim menyindir menteri Kabinet, Tuan Haji Mohamed Nazri Aziz kerana sanggup menyerang dirinya disebabkan terlalu “sayang” pada ahli perniagaan Low Taek Jho.

Walhal, Malaysia sudahpun menjadi sasaran kritikan masyarakat dunia atas tindakan ahli perniagaan yang “pemutar alam” itu, kata Rais.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada penglibatan Low yang juga dikenali dengan nama Jho Low, dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

“Dunia dah cukup perli Malaysia melalui Jho Low. Kenapa sayang sangat pada pemutar alam Jho Low?

“Saya masih menteri, lupa kot? Siapa meroyan?” kata Rais ketika dalam tulisannya di Twitter pada malam tadi.

“Saya masih menteri, lupa kot? Siapa meroyan?” kata Rais ketika dalam tulisannya di Twitter pada malam tadi.

Veteran Umno itu turut mengingatkan kepada Nazri bahawa menteri itu juga tidak akan kekal di jawatan tersebut buat selama-lamanya.

“Itulah, bila ditegur, menteri hebat macam Nazri kata orang meroyan.

“Berbillion ringgit wang negara lesap. Ingat bila pelepah gugur pucuk jangan ketawa,” kata Rais.

MAKNANYA

MAKIN 

RAMAI SEDAR

JIKA NAJIB

MASIH BERKUASA

PAKATAN AKAN

MENANG PRU14

INI PERANG

DALAMAN

MEREBAK

SUARA INI 

ADALAH PROJEK

TERAJANG  NAJIB

SELAMATKAN

GEROMBOLAN


--------------

Tiada ulasan: