Isnin, 23 September 2019

KENG DALAM SEJARAH






SEJARAH

AKAN

RAKAM

KENG

YANG

BELOT


Najib tidak pernah beri arahan lapor 1MDB kepada polis, kata saksi


NAJIB Razak tidak pernah mengarahkan sebarang laporan dibuat berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas pemimpin pembangkang membangkitkan skandal kewangan itu pada 2015, kata saksi dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri hari ini.

Bekas pegawai khas perdana menteri Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau tidak maklum adanya sebarang arahan seperti itu daripada majikannya.

Beliau memberi keterangan itu semasa disoal pada peringkat pemeriksaan semula oleh pendakwa raya dilantik Gopal Sri Ram.

Sri Ram: Pada bila-bila masa, antara 2015 dan 2018, adakah kamu terima arahan daripada tertuduh untuk membuat laporan polis berhubung 1MDB?

Amhari: Tidak.

Sri Ram: Laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)?

Amhari: Tidak.

Terdahulu, Amhari ditanya oleh Sri Ram untuk menjelaskan mengenai komen “Duit 1MDB lah, bro!” komen dibuat oleh ketua setiausaha peribadi Najib, Azlin Alias ​​pada awal 2015.

Azlin meninggal dunia dalam nahas helikopter pada 4 April 2015.

Amhari berkata komen itu dibuat selepas Azlin turun dari pejabat Najib dan bersikap di luar kebiasaannya.

Beliau menambah persekitaran kerja di Pejabat Perdana Menteri (PMO) sangat tegang antara akhir 2014 dan awal 2015.

“Ini kerana banyak laporan dan bukti penipuan dalam 1MDB muncul pada masa itu. Ia boleh dikatakan PMO dikepung 1MDB pada 2015.

“Kami di pejabat memutuskan untuk mengambil pendirian membela kerana kami percaya ia adalah konspirasi terhadap PM.”

“Isu penyelewengan dana, perjanjian PetroSaudi, gaya hidup mewah Jho Low dan The Wolf of Wall Street - semua ini timbul daripada 1MDB,” kata Amhari sambil menambah perkara itu diterima umum.

Kemudian, Amhari yang merupakan saksi pihak pendakwa kelapan dibebaskan dari kandang saksi.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009 dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. – 23 September, 2019.


ALANG LANG

NAJIB MASUK JIL

BIAR SAMP[AI

MAMPOOS

JADI TAULADAN

UNTUK MELAYU
--------------

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sampai hatimu abg Tt nak najib duk dalam jel sampai mampos..habis tu kak mah macamana? Takkan la nak ditinggal kak mah keseorangan. Jangan cakap macam tu melainkan kak mah pun kedalam jugak ermmm...